Upload
yazihjahiri
View
352
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ok
Citation preview
PENDAHULUAN.
Pengajian Fiqh merupakan satu bidang yang amat luas dan bersifat fleksibel. Seseorang ahli
Fiqh perlu mahir dalam pelbagai bidang agar dapat mengeluarkan sesuatu hukum yang tepat
dan benar.
التفصيلية أدلتها من العلمية الشرعية باألحكام العلم فهو اللغة فى الفقه األصول
“Usul fiqh menurut bahasa adalah suatu ilmu yang membahas tentang hukum-hukum
syariah tentang suatu perbuatan dari suatu dalil-dalil yang terperinci.”
Ilmu usul fiqh dari segi istilah pula adalah ilmu tentang kaedah-kaedah dan pembahasan-
pembahasan yang merupakan cara untuk menemukan hukum-hukum syarak yang amaliyah
dari dalil-dalilnya secara terpe, rinci atau kumpulan-kumpulan kaedah dan pembahasan yang
merupakan cara untuk menemukan (mengambil) hukum syarak yang amaliyah dalil-dalilnya
secara terperinci. Menurut Abdul Wahab Khallab tujuan mempelajari usul fiqh adalah:
به يثبت ما حيث من الكلى الشرعى الدليل فهو الفقه اصول علم فى البحث موضوع وأما
الكلية األحكام .من
Ertinya:“Tujuan pembahasan usul fiqh ialah dalil-dalil syarak yang umum yang akan
menetapkan hukum-hukum yang umum.”
Terdapat 5 kaedah fiqh yang perlu difahami dalam bidang ini. kelima-lima kaedah tersebut
ialah;
a. Kaedah 1 : Setiap perkara mengikut niatnya. بمقاصدها األمور
b. Kaedah 2 : Yakin tidak dihilangkan dengan syak. بالشك اليزال اليقين
c. Kaedah 3 : Kesukaran mengandungi kemudahan. التيسير يجليب المشقة
d. Kaedah 4 : Kemudharatan harus dihilangkan. يزال الضرر
e. Kaedah 5 : Adat itu boleh dijadikan hukum. محكمة العادة
BAHAGIAN A ; LIMA KAEDAH FIQH.
KAEDAH 1 : SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT
1. Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang.
Sumber asal kaedah :
a. Al-Bayyinah : 5 `Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid’
1
b. Ali Imran : 145 `Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan
bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami
berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu.
c. Hadis Umar al-Khattab : `Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambilkira berdasarkan niat,
dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana
dunia yang ingin diperolehinya, atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, hijrahnya itu
berdasarkan apa yang ia hijrahkannya.
d. Hadis Abu Hurairah : `Manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya.
e. Hadis Abu Musa al-Asy`ari : Niat seseorang muslim lebih baik dari amalannya.
f. Hadis Uqbah bin Husayn : `Sesungguhnya Allah memasukkan 3 orang ke dalam syurga
kerana satu anak panah.
Amalan yang dilakukan mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama fiqh
bersepakat menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak
dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi
pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram. Peristiwa Rukanah
menceraikan isteri dengan lafaz al-Battata bermaksud : putus.
Hadis Riwayat Yazid bin Rukanah :
`Sesungguhnya beliau telah menceraikan isterinya dengan lafaz al-Battata, iaitu putus. Dia
pergi menemui Rasulullah saw dan bertanyakan masalah tersebut dengan berkata : Aku
tidak inginkan begitu, katanya lagi : Aku maksudkan satu talak sahaja. Rasulullah saw
bertanya : Demi Allah! Engkau maksudkan satu? Rukanah menjawab : Demi Allah! Aku
maksudkan hanya satu. Beliau berkata : Baginda mengembalikan isterinya’.
Bidang Kaedah
a. Ibadat
Wuduk, mandi wajib dan sunat, khuf, tayammum, solat, puasa, iktikaf, haji, umrah.
b. Akad dan Kontrak
Hukum berkaitan akad dan keluarga seperti pinjaman, jaminan, pindahan hutang, pelupusan
hutang, pembatalan jualbeli, perwakilan, ikrar, rujuk, talak dll.
c. Qisas
Membezakan antara perbuatan pembunuhan sengaja, separuh sengaja dan tidak sengaja.
d. Segala amalan Taqarrub
2
Niat mendekatkan diri kepada Allah seperti menyebarkan ilmu, mengajar, fatwa, menulis,
menghukum, menegakkan kebenaran, berkaitan dengan kehakiman dan tugasnya.
e. Segala amalan harus bertujuan ibadat contohnya makan, minum, bekerja dan mencari
nafkah, berkahwin serta hubungan keluarga juga menjaga diri daripada zina dan maksiat.
Fungsi disyariatkan niat.
a. Membezakan ibadat dengan adat.
• Menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan badan.
• Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban.
b. Membezakan ibadat dengan ibadat lain.
• Ibadat fardhu atau sunat.
• Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat.
Kedudukan Niat dalam ibadat – sama ada berada pada status rukun atau syarat
a. majoriti ulama mazhab al-syafie : rukun daripada ibadat
• alasan : ia berada atau terletak dalam ibadat. Sedangkan syarat itu hendaklah berada atau
seharusnya ada sebelum menunaikan ibadat, serta wajib ada syarat tersebut selagi perkara
itu berlangsung.
b. Ibn al-Sabbagh dan Qadi Abu al-Tayyib : niat adalah syarat, bukan rukun
• Alasan : jika tidak dikatakan syarat sudah tentu perlu kepada niat yang lain pula dan tidak
memadai satu niat tersebut sahaja, iaitu perlu kepada niat yang dikatakan rukun tersebut.
KAEDAH 2 : KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN
Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian
untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh
ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap
dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak
kepadanya.Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan
yakin.
Sumber asal kaedah
a. `Apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul
keraguan dengan sebabnya : Apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak?
3
Janganlah sesekali ia keluar daripada masjid sehingga ia mendengar suara atau mencium
bau’
b. `Apabila seseorang kamu ragu2 ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah
yang telah dilakukannya : 3 atau 4? Hendaklah ia ketepikan keraguan tersebut dengan
keyakinan dan berpegang dengan apa yang meyakinkan’
Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Waham
a. Yakin
• Al-Jawhari : suatu ilmu dan lenyapnya syak
• Ibn Mansur : Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara
• Abu al-Baqa’ : Pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan
• Raghib al-Asfahani : Tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum.
Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu al-yaqin
dan tidak dikatakan makrifa al-yaqin
• Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui
penglihatan atau dengan adanya dalil.
b. Ghalabah al-Zann
• Al-Allamah : penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan
• Setengah ulama : berada pada tingkat yang sama dengan yakin
• harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah zan ketika tidak ada yaqin dan selagi ia
berasaskan penelitian dan bukti.
c. Zann
• Al-Hamawiy : seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapat
mengukuhkan atau dapat ditarjihkan salah satu antara keduanya
• Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai
tahap keyakinan dan ghalabah al-zan.
• harus dibina hukum dan diterima.
d. Syak
• Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara contohnya
keraguan tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat
• tidak diterima dalam hukum fiqh.
4
e. Waham
• Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau
cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh
• Suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan
meleset atau salah
• Tidak diterima dalam hukum fiqh
4. Jenis syak
a. keraguan yang lahir daripada atau sumber haram
b. keraguan yang terbentuk daripada asal atau dasar yang harus
c. keraguan yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya, sama ada haram atau harus
Kategori Hukum Asal dan Zahir
(A) `Berlaku pertentangan antara asal dengan zahir’
a. Asal lebih kukuh secara pasti
b. Zahir lebih kukuh secara pasti
c. Asal lebih kukuh menurut pendapat yang lebih tepat
d. Zahirnya lebih kukuh daripada asal
(B) `Berlaku pertentangan di antara dua asal’
a. seseorang yang meragui sedikit atau banyaknya darah kutu yang terkena pada pakaian
sembahyangnya. Imam al-Haramain, ada dua kemungkinan : asalnya terhindar dari najis dan
asalnya juga najis dan darah seperti itu dimaafkan.
(C) `Berlaku pertentangan di antara dua zahir’
a. seseorang wanita mengikrarkan berlaku perkahwinan dan ikrar tersebut dibenarkan oleh
orang yang diikrarkan
• qaul jadid Imam Syafie : ikrar wanita diterima. Kerana zahirnya ia menunjukkan kebenaran
antara pembuat ikrar dan orang yang diikrarkan saling membenarkan atau mengakui
• qaul qadim Imam Syafie : andainya pembuat pengakuan dan orang yang diakui menetap
dalam satu daerah, hendaklah dibawa saksi. Kerana zahirnya ia bertentangan dengan zahir
yang lain iaitu 2 orang yang tinggal dalam satu daerah sememangnya telah mengetahui
keadaan diri masing2 serta mudah bagi keduanya membawa saksi,
KAEDAH 3 : KESUKARAN DIIRINGI KEMUDAHAN.
5
Sumber Asal Kaedah
a. `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran’ (Baqarah : 185)
b. `Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan’ (Al-
Maidah : 6)
c. `...dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam
perkara agama’ (Al-Hajj : 78)
d. Hadis Anas bin Malik : `Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan’
e. Hadis Abu Hurairah : `Sesungguhnya agama (Islam) ini mudah’
Menurut Subhi Mahmassani, Kesukaran boleh menjadi sebab diberikan kemudahan dan
wasilah kepada keringanan, dan lazimnya diberi kelonggaran pada ketika berhadapan
dengan keadaan yang menyulitkan. Apabila terdapat sesuatu kesulitan dalam melaksanakan
perintah Allah, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Terbentuk hukum rukhsah atau
keringanan dalam syariat Islam. Hal ini berlaku agar syariat Islam dapat dilaksanakan oleh
mukallaf bila dan di mana sahaja dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saat dan
ketika seseorang terjebak dengan kesempitan dan kesukaran. Hadis Anas : `Apabila
Rasulullah SAW bermusafir pada jarak tiga batu atau farsakh, Baginda bersembahyang dua
rakaat’
Peringkat Masyaqqah.
a. Masyaqqah yang sangat berat.
Masyaqqah yang ditakuti mengancam nyawa, anggota badan atau manfaatnya. Masyaqqah
ini wajib diberi keringanan dan kelonggaran kepada manusia kerana memelihara nyawa dan
anggota badan bagi membangunkan kepentingan dunia dan akhirat lebih utama daripada
mendedahkannya kepada kerosakan atau kemudaratan disebabkan ibadat. Contoh, tidak
ada jalan lain mengerjakan haji melainkan melalui jalan laut sahaja, sedangkan
kebiasaannya tidak selamat untuk sampai ke Mekah, maka dalam keadaan ini tidak wajib
haji.
b. Masyaqqah yang sangat ringan.
Misalnya, sedikit kesakitan di jari tangan atau kaki, sedikit pening atau berasak-asakan
(dalam haji atau jihad fizikal). Maka sakit2 kecil seperti ini tidak akan mempengaruhi hukum
dan tidak perlu diambil kisah kerana menghasilkan kepentingan2 ibadat itu lebih aula dari
6
menolak masyaqqah seperti ini yang kebiasaannya orang tidak ambil peduli. Apatah lagi
kepentingan ibadat dan kemuliaannya hendaklah diutamakan, di samping kecilnya
masyaqqah ini.
c. Masyaqqah yang sederhana.
Jika masyaqqah ini hampir kepada masyaqqah yang pertama, maka mesti diberikan
keringanan. Manakala jika ia hampir kepada masyaqqah yang kedua, tidaklah diberi
keringanan. Kesemua ini bergantung kepada zan atau perhitungan seseorang mukallaf itu.
Rukhsah dalam Ibadat.
a. Rukhsah yang disyariatkan dalam Islam merupakan suatu bukti yang jelas bahawa Islam
berpegang kepada samahah (berbaik hati) dan yusr (mudah) dalam menuntut perlaksanaan
hukum Syarak.
b. Rukhsah dalam Bahasa Arab bermaksud `memudah dan menyenangkan’. Menurut Ulama
Fiqh diertikan sebagai hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah berdasarkan kepada
keuzuran-keuzuran manusia demi menjaga kepentingan dan hajat mereka, di samping kekal
sebab yang mewajibkan hukum asal’.
Sebab-Sebab Rukhsah.
a. Musafir yang diharuskan.
• qasar sembahyang
• menyapu khuf lebih dari sehari semalam
• berbuka puasa
• sembahyang jamak
b. Sakit.
• Tayammum ketika sukar menggunakan air atau menggunakan air boleh memudaratkan.
• Solat fardhu sambil duduk atau berbaring atau terlentang atau isyarat atau dengan hati
berdasarkan kemampuan.
• Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita dengan tujuan rawatan.
• Diharuskan meninggalkan solat Jumaat
• Diharuskan meninggalkan puasa dan menggantikan apabila sembuh atau meninggalkan
sepenuhnya bagi mereka yang tua dan uzur serta membayar fidyah
• Tidak makruh minta tolong orang menjiruskan air ke atasnya ketika mandi atau membasuh
anggota wuduk
7
• Mewakilkan menunaikan haji dan melontar jamrah.
c. Paksaan (terpaksa atau dipaksa)
• Mengancam nyawa dan harta bendanya
• Kelaparan yang mengancam nyawa diharuskan makan benda haram
• Dipaksa mensyirikkan Allah tetapi hatinya masih tetap beriman
`Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (baginya kemurkaan dan azab dari
Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram
dengan iman’ (An-Nahl : 106)
d. Terlupa
• Tidak batal puasa mereka yang makan dalam keadaan terlupa
Hadis : `Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa, di mana ia makan atau minum, hendaklah
ia menyempurnakan puasanya itu’
• Tidak berdosa mereka yang terlupa solat sehingga keluar waktunya
• Terlupa menunaikan zakat, haji, kaffarat
`Tidak dikira bersalah 3 golongan : Orang yang tidur sehingga ia terjaga, kanak2 sehingga ia
bermimpi dan orang gila hingga ia berakal’
e. Kejahilan
• Seseorang yang bercakap ketika sembahyang kerana ia bodoh, sembahyangnya tidak
batal
• Hukum yang tidak diketahui melainkan oleh ulama sahaja adalah dimaafkan bagi orang
awam
• Hukum yang umum diketahui oleh orang awam dengan mudah atau yang sepatutnya
diketahui oleh setiap orang Islam, kejahilan tidak dimaafkan, seperti riba.
f. Kesulitan serta umum al-balwa (kesukaran umum yang tidak dapat dihindarkan)
• Dimaafkan sembahyang orang yang berpenyakit sentiasa keluar air kecil atau istihadah
• Harus beristinjak dengan batu
• Segala najis yang sukar dihilangkan adalah dimaafkan seperti tahi burung merpati yang
tinggal dalam masjid
• Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah bisul dan penyakit cacar
• Najis yang tidak dilihat oleh penglihatan mata seperti belalang
• Menyentuh mashaf al-Quran bagi kanak2 sedang belajar dengan berhadas
8
• Membuang air besar atau air kecil dengan mengadap atau membelakangi kiblat dalam
tandas
• Harus menyapu khuf ketika bermukim kerana sukar mencabutnya pada setiap kali
berwuduk tetapi wajib dicabut ketika mandi wajib kerana tidak kerap seperti wuduk
• Harus memakai sutera bagi lelaki kerana berpenyakit atau sebab sakit serta untuk tujuan
peperangan
• Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh
• Disyariatkan khiyar selama 3 hari
g. Kekurangan
• Kanak-kanak dan orang gila tidak dibebankan dengan taklif
• Kaum wanita tidak diwajibkan solat Jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu dan
mereka tidak diwajibkan berperang dan tidak dikenakan jizyah
• Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera
• Taklif syarak atau tanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan berbanding kaum
lelaki
• Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba berbanding orang
merdeka
Keringanan Syarak
a. Digugurkan
• Digugurkan tuntutan solat Jumaat, puasa, haji, jihad dengan sebab keuzuran
• Digugurkan kewajipan berpuasa kepada orang tua dan haji kepada orang yang lemah
• Digugurkan menyertai jihad sebab uzur
b. Dikurangkan
• Qasar (dipendekkan) solat empat rakaat kepada dua rakaat ketika musafir
c. Digantikan
• Digantikan wuduk dan mandi dengan tayammum
• Solat berdiri dengan duduk atau berbaring atau isyarat
• Digantikan puasa dengan membayar fidyah bagi yang tidak berdaya
d. Didahulukan
• Solat jamak taqdim
• Mendahulukan keluar zakat sebelum tiba haul
9
• Zakat fitrah sebelum raya
• Kaffarat sumpah sebelum melanggar sumpah
e. Diakhirkan
• Solat jamak ta’khir
• Menangguhkan puasa ramadhan kerana musafir atau sakit
• Menangguhkan solat demi menyelamatkan orang lemas atau kebakaran
f. Dimaafkan
• Solat orang beristinjak dengan batu atau seumpamanya sedangkan najis masih ada
• Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air
• Diharuskan makan benda najis atau makanan haram kerana terdesak
g. Diubahkan atau perubahan
• Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan solat ketika dalam ketakutan
dan menghadapi musuh
c. `Kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan’
• Harus makan benda haram dalam keadaan sangat lapar untuk menyelamat jiwa daripada
mati kebuluran.
• Doktor harus melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan rawatan
• Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak, walaupun terpaksa
membunuhnya
• Harus mengambil harta benda orang yang berhutang yang enggan membayar hutangnya.
KAEDAH 4 : KEMUDHARATAN HARUS DIHILANGKAN.
Erti kaedah ini adalah suatu kerusakan atau kemudharatan itu harus dihilangkan. Dengan
kata lain kaedah ini menunjukkan bahawa melakukan kerusakan itu tidak dibolehkan dalam
agama Islam. Adapun yang berkaitan dengan ketetentuan Allah, sehingga kerusakan itu
menimpa seseorang kedudukannya menjadi lain, adalah dianggap sebagai keimanan
terhadap qadha dan qadar Allah SWT. Ia berlaku kerana segala sesuatu menjadi boleh bagi
Allah SWT.
Sumber kaedah.
Kaedah ini disimpulkan dari beberapa ayat dan hadits yang diantaranya sebagai berikut:
وال تبغ الفساد فى االرض اللهإن ال يحب المفسدين
Ertinya:
10
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan (di muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Q.S. Al-Qashash: 77)
Firman Allah SWT, dalam surat Al-Baqarah ayat 231:
Ertinya: “Janganlah kamu merujuk mereka untuk memberi kemudharatan.” (Q.S. Al-Baqarah:
231)
Firman Allah SWT, dalam surat An-Nisa 4:12
Ertinya: “Sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudahnya dibayar
hutangnya dengan tidak memberi mudharat.” (Q.S. An-Nisa: 12)
Hadits yang diriwayatkan Imam Malik
Ertinya: “Tidak boleh memudharatkan dan dimudharatkan, sesiapa memudharatkan
maka Allah SWT, akan memudharatkannya, dan siapa saja yang menyusahkan, maka Allah
akan menyusahkannya.” (HR. Imam Malik)
Hadits yang meriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Ertinya: “Sesiapa yang memudharatkan (orang lain), maka Allah akan
memudharatkannya, dan sesiapa yang menyusahkan (orang lain), maka Allah
menyusahkannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Contoh-contoh:
1. Seseorang diharuskan mengambil rumput milik orang lain tanpa izinnya untuk
memberikan makanan binatangnya yang dalam keadaan kelaparan, tetapi tidak dibolehkan
mengambilnya lagi untuk dijual kepada orang lain yang memiliki binatang yang dalam
keadaan yang sama.
2. Seorang doktor lelaki harus mengubati anggota badan seorang wanita yang sakit dan
tidak dibolehkan meneliti anggota lain yang tidak perlu diubati.
KAEDAH 5 : ADAT ITU BOLEH DIJADIKAN HUKUM.
Kaedah “Adat itu boleh dijadikan hukum” adalah berdasarkan dalil hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Mas'ud yang bermaksud:
11
Apa yang dinilai oleh kaum muslimin sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi Allah, dan apa
yang dinilai buruk oleh kaum muslimin, maka buruklah ia di sisi Allah. (Riwayat
Bukhari).
Perkara yang paling penting dalam memahami adat serta uruf yang diiktiraf di sisi para
ulama adalah ia perlu bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis. Jika ia bertentangan dengan
kedua-dua sumber utama berkenaan, maka ia tertolak. Sebagai contoh, keadaan
masyarakat di sebuah tempat yang menerima riba sebagai suatu kebiasaan dalam
urusniaga. Apabila memberikan pinjaman, mereka akan meminta bayaran yang lebih dan ia
diterima oleh masyarakat berkenaan. Ia tidak dianggap zalim dan mereka yang terlibat dalam
transaksi tersebut bebas melakukan riba. Adat ini tidak boleh diterima kerana bertentangan
dengan al-Quran, hadis dan ijmak ulama.
Demikian juga apabila masyarakat telah menganggap tarian yang mendedahkan aurat
sebagai seni dan adat yang perlu dikekalkan. Adat seumpama ini juga tidak boleh dijadikan
hukum kerana jelas bertentangan dengan syariah. Adat yang boleh diambil kira sebagai
hukum juga hendaklah menepati maslahah iaitu ia membuka ruang kebaikan dan menolak
kemudaratan. Maslahah ini hendaklah meliputi kesemua umat Islam bukan hanya berkaitan
individu-individu tertentu sahaja. Pertimbangan para ulama berkenaan dengan masa, orang
dan suasana juga dikenali sebagai fiqh waqi'. Beberapa hukum yang pernah diputuskan oleh
cendekiawan yang pakar dalam syariah mempunyai kaitan dengan adat dan uruf sebagai
pertimbangan hukum. Antaranya, hukum berkaitan had umur baligh, penentuan masa haid
dan sebagainya.
Pernah suatu ketika Nabi SAW ditanya oleh Zaid bin Khalid berkenaan dengan hukum
menangkap unta-unta yang terbiar. Nabi menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Apa
kaitan kamu dengannya. Biarkannya, kerana ia boleh menjaga diri dan mencari
minumannya. Ia akan meminum air dan memakan pepohon yang ada sehinggalah ia
dijumpai semula oleh tuannya… (riwayat Muslim)." Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Nabi
melarang menangkap unta yang tersesat. Hukum ini masih dipraktiskan pada zaman Nabi,
Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Apabila tiba zaman Uthman bin Affan sebagai khalifah,
pandangan beliau agak berlainan dengan apa yang disabdakan oleh Nabi. Pada zaman
tersebut, Uthman mengarahkan supaya unta-unta yang terbiar ditangkap dan dijual. Hasil
12
jualan unta tersebut kemudiannya disimpan sehinggalah dituntut oleh tuan punya unta
tersebut. Pada zaman Ali bin Abi Talib pula, beliau mengarahkan supaya unta-unta tersebut
ditangkap dan dipelihara di sebuah tempat khas sehinggalah dituntut oleh tuannya.
KESIMPULAN.
Hukum fiqh bersifat semasa. Pendekatan yang berbeza itu dilaksanakan dengan mengambil
kira suasana dan adat masyarakat. Pada zaman Nabi, masyarakat lebih amanah dan
bertanggungjawab sedangkan pada zaman Uthman dan Ali, masyarakat semakin
meninggalkan agama mereka. Ini menunjukkan bahawa kefahaman tentang suasana
semasa dan adat setempat adalah amat penting dalam proses ijtihad dan mengeluarkan
fatwa. Terdapat beberapa lagi contoh aplikasi ijtihad yang mengambil kira adat pada zaman
para sahabat r.a seperti hukum talak tiga dengan satu lafaz. Ibnu Abbas r.a meriwayatkan
sebuah Hadis yang bermaksud: Talak (dengan lafaz tiga talak sekali gus) pada zaman
Rasulullah SAW, Abu Bakar dan dua tahun pemerintahan Umar hanyalah satu. (riwayat
Muslim). Ini bermakna, pada zaman Umar r.a telah berlaku perubahan di mana lafaz talak
tiga sekali gus akan dikira sebagai talak tiga. Ini kerana, Umar berpandangan bahawa
keadaan masyarakat dan adat setempat telah berubah. Masyarakat pada waktu itu suka
bermain-main dengan talak di mana ada di kalangan mereka melafazkan talak sewenang-
wenangnya. Jadi, beliau perlu mengetatkan peraturan dan hukuman untuk mendisiplinkan
para suami agar tidak menjadikan wanita sebagai mangsa untuk dipermainkan.
Kesimpulannya, hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh adalah bersifat semasa dan
mengambil kira adat sesuatu masyarakat sebagai pertimbangan. Ini berlainan dengan
perkara yang berkaitan akidah yang bersifat tetap dan tidak berubah. Sifat hukum fiqh yang
murunah (fleksibel) ini menyebabkan syariah Islam relevan untuk semua tempat, masa dan
keadaan. Justeru, tiada alasan untuk kita meninggalkan hukum-hakam dalam meneruskan
kehidupan di mana jua kita berada.
13
BAHAGIAN B;
ISU TERKINI DAN HUKUM OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.
1. Perubatan
1.1 Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy)Bagi
Pesakit Luka Kronik.
Keputusan Hukum ; HARUS.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum
Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka
Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam
mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika
ditanya oleh para sahabat:
Maksudnya:
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah berdosa jika kami tidak merawat
(penyakit kami)?” Rasulullah bersabda, “Dapatkanlah rawatan wahai hamba-hamba Allah!
Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan
dijadikan bersama-samanya penawar, melainkan penyakit tua”. (Riwayat Ibn Majah)
Penegasan ini juga adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menyebutkan bahawa :
“Kemudaratan perlu dihilangkan” ( يزال .(الضرر
Muzakarah berpandangan bahawa asal sesuatu haiwan itu adalah suci melainkan babi dan
anjing yang jelas hukumnya najis. Pandangan ini adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah
yang menetapkan bahawa:
ر>ي=م> الت<ح= ع?ل?ى الد<ل>ي=ل@ ي?د@ل< ت<ى ح? ة> اِإل>ب?اح? ي?اِء> ْش=األ? ف>ي ل@ ص=
األ?
14
Maksudnya: “Hukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan
perempuan) adalah harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang menyatakannya sebagai
haram.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum bagi bangkai haiwan yang tidak mempunyai
darah adalah suci. Ini bermakna, sekiranya larva yang digunakan semasa proses rawatan
tersebut mati, maka hukumnya adalah suci kerana komponen tubuh larva itu sendiri tidak
mengandungi darah. Justeru, ia tidak menjejaskan kesucian ibadah seseorang pesakit yang
menjalani Rawatan Terapi Larva tersebut. Sehubungan itu, selaras dengan ketetapan-
ketetapan tersebut Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan
Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) bagi pesakit luka kronik adalah harus
dan ibadah yang dilakukan oleh pesakit terutamanya solat ketika menjalani rawatan terapi ini
adalah sah. Muzakarah juga memutuskan bahawa pesakit luka kronik yang menjalani
rawatan ini dibolehkan bertayammum untuk mengangkat hadas besar atau hadas kecil bagi
mengelakkan mudarat apabila terkena air pada anggota yang sakit. Sebagai panduan
melaksanakan ibadah, pesakit boleh merujuk kepada Panduan Tayammum, Wuduk dan
Solat Bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
1.2 Hukum Menggunakan Kanta ICL (Implantable Collamer Lens) Untuk Rawatan Mata
Keputusan Hukum: HARUS. Untuk rawatan mata yang diperbuat dari bahan kolagen khinzir
adalah tidak diharuskan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan
Kanta ICL (Implantable Collamer Lens) Untuk Rawatan Mata. Muzakarah telah membuat
keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
berpandangan bahawa Islam amat menekankan penjagaan kesihatan tubuh badan sebagai
salah satu prinsip dalam ْشريعة .مقاصد Walaubagaimanapun, penggunaan ubat dari
sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit adalah dilarang berdasarkan
umumnya hadith Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
15
Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan
penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka
kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang
haram. Namun begitu, dalam keadaan-keadaan dharurah atau terpaksa, terdapat
kelonggaran yang diberikan dalam pengharaman ini demi untuk menghilangkan kesakitan
dari tubuh badan. Dalam isu rawatan ICL ini, memandangkan penggunaannya bukan dalam
keadaan dharurah dan umat Islam mempunyai banyak alternatif lain yang tidak meragukan
dari aspek Syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan kanta
ICL (Implantable Collamer Lens) untuk rawatan mata yang diperbuat dari bahan kolagen
khinzir adalah tidak diharuskan.
2. Ekonomi
2.1 Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani
(Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik
Keputusan Hukum; HARAM.
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing
(forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada
pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak
sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang
daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini. Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98
yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan
Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui
Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah
Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan
pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran
mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom
elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia
tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan
syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:
16
Syarat-syarat umum jual beli:
Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-
Ta’aqud);
Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual
serta boleh diserahkan kepada pembeli;
Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur
penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu
sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa
perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot
forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan
rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang
tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan
spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang
Kerajaan Malaysia. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa
perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot
forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia
bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.
Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan
mata wang seumpama ini. Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan
ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di
pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh
institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.
2.2 Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan
Nasional (BSN)
Keputusan Hukum; HARUS.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Status Terkini
17
Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN),
Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium
(SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian
untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta
hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan
Islam (SPI) BSN. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil
Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang
sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak.
3. Sosial
3.1 Hukum Penggunaan Indelible Ink
Keputusan Hukum; HARUS
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia yang bersidang pada 11 Januari 2012 telah membincangkan mengenai Hukum
Penggunaan Indelible Ink. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada
Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR),
adalah didapati Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh
syarak, tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit
(telap air) apabila digunakan. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa
dari aspek syarak penggunaan Indelible Ink adalah harus dan dibenarkan kerana ia tidak
akan menimbulkan sebarang masalah kepada ibadah umat Islam. Keputusan ini hanya
tertakluk kepada bahan yang telah dikemukakan oleh SPR dan diuji oleh Jabatan Kimia
Malaysia sahaja.
3.2 Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone
China)
18
Keputusan Hukum; HARAM. Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan
berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut
hukum syarak adalah diharuskan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum
Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China).
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam
produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap
tidak berlaku. Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone
china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan,
maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan
yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak
mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan
menggunakannya. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan
bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china)
yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak
disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.
4. Kekeluargaan
4.1 Hukum Penubuhan Bank Susu
Keputusan Hukum ; tidak diharuskan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai
Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah
dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan
adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-
apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau
19
keturunan perlulah dielakkan. Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan
bank susu amat berkaitrapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana
bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan
menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi
itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara
atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Maksudnya:
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang
menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.
Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran
nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan
keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam
maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah
tidak diharuskan. Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-
matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau
mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi
ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan
keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain.
4.2 Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference)
Keputusan Hukum; HARUS.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai
Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat
keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan
bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu
majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab
20
dan qabul. Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah
memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video
dengan syarat-syarat seperti yang berikut :
Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.
Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.
Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.
Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana
berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam
satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya. Tertakluk kepada semua
peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang
berkuatkuasa.
KESIMPULAN.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia yang beragama Islam harus bersyukur kerana kerajaan
Malaysia telah banyak mengambil inisiatif dalam hal ehwal agama Islam. Kewujudan Majlis
Fatwa Kebangsaan telah memberi garis panduan yang bertepatan dengan kehendak agama.
Segala bentuk hukum dan keputusan fatwa yang dikeluarkan hendaklah dipatuhi demi
kebaikan bersama. Hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh adalah bersifat semasa dan
mengambil kira adat sesuatu masyarakat sebagai pertimbangan. Ini berlainan dengan
perkara yang berkaitan akidah yang bersifat tetap dan tidak berubah. Sifat hukum fiqh yang
murunah (fleksibel) ini menyebabkan syariah Islam relevan untuk semua tempat, masa dan
keadaan. Justeru, tiada alasan untuk kita meninggalkan hukum-hakam dalam meneruskan
kehidupan di mana jua kita berada. Hukum fiqh bersifat semasa. Pendekatan yang berbeza
itu dilaksanakan dengan mengambil kira suasana dan adat masyarakat. Pada zaman Nabi,
masyarakat lebih amanah dan bertanggungjawab sedangkan pada zaman Uthman dan Ali,
masyarakat semakin meninggalkan agama mereka. Ini menunjukkan bahawa kefahaman
tentang suasana semasa dan adat setempat adalah amat penting dalam proses ijtihad dan
mengeluarkan fatwa.
BAHAGIAN C : PENULISAN REFLEKSI
21
Menyiapkan tugasan pengajian fiqh bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan
kefahaman dan pengalaman tentang hukum serta kaedah yang sesuai dengan kehidupan
masa kini. Memang tidak dinafikan bahawa semasa menyiapkan tugasan ini pelbagai
masalah dihadapi ketika mencari bahan rujukan yang berkaitan kekadang saya juga terpaksa
mencari bahan di perpustakaan semata-mata untuk menyiapkan tugasan.
Perkara yang saya tidak boleh lupakan ialah semasa menerima tugasan ialah saya tidak
tahu bagaimana cara menjawab setiap persoalan dalam bahagian A dan bahagian B tetapi
dengan bantuan rakan dan sumber yang diperolehi akhirnya dapat dijawab. Setelah banyak
bahan yang diperolehi saya menjawab persoalan demi persoalan walaupun kekadang saya
terpaksa berjaga untuk menyiapkannya. Namun saya gagahkan semangat menyiapkannya
kerana di sebalik kesulitan pasti ada kebaikan yang diperolehi.
Di samping itu saya juga terpaksa membezakan setiap permasalahan samada boleh atau
tidak dalam hukum contohnya dalam bidang perubatan. Pada zaman kini, perubatan
menggunakan teknologi yang canggih sehingga mengubah ciptaan tuhan seperti
menggunakan kanta dalam mata agar dapat melihat dengan jelas. Setelah saya membuat
kajian ilmu dan pengalaman saya dalam bidang fiqh berkembang. Seterusnya dapat menilai
sesuatu perkara antara yang baik dan buruk mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam
al-quran.
Sememangnya mencari bahan tidak semudah yang diimpikan ia memerlukan pengorbanan
yang tinggi dan komitmen untuk menyiapkannya. Walaupun ia amat sukar tetapi berkat
kesabaran dan kesungguhan akhirnya saya boleh menyiapkan tugasan dengan jayanya.
Sebagai seorang pendidik dan pelajar PGSR saya mengalami kekangan masa dan
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan kerana pelbagai aspek perlu
difikirkan. Tambahan pula dalam bulan ramadhan semangat untuk menyiapkan agak
menurun kerana banyak cabaran yang dihadapi seperti lemah dan mengantuk terutama
waktu siang. Pada sebelah malam pula saya sibuk menyediakan hidangan untuk berbuka
22
puasa bersama keluarga. Walau bagaimanapun saya mencari masa dan ruang untuk
menyiapkannya langkah demi langkah sehingga selesai.
Perkara yang tidak boleh saya lupakan ialah semasa menyiapkan tugasan saya sibuk
melayan tetamu datang ke rumah. Sehinggakan semangat dan keinginan untuk menyiapkan
tugasan sentiasa berubah-ubah kerana penat dan letih. Saya paksa diri untuk
menyiapkannya kerana tugasan ini ialah tugasan yang terakhir sebelum menamatkan
pengajian. Apapun saya bersyukur kerana banyak ilmu yang saya perolehi hasil daripada
menyiapkan tugasan fiqh.
Antara ilmu yang boleh dijadikan panduan dan bermakna untuk diri saya ialah haram
memotong rahim kecuali darurat atas nasihat doktor. Sebelum ini saya beranggapan bahawa
memotong rahim tidak haram kepada pasangan yang tidak meninginkan anak. Tetapi
dengan adanya tugasan fiqh secara tidak langsung ilmu dan kefahaman bertambah terutama
dalam bidan perubatan. Saya amat berbangga dapat menyiapkan tugasan fiqh walaupun
tidak memuaskan di samping itu banyak ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dalam
kehidupan seharian.
23