Upload
jamalos
View
2.061
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PMR 2008 BM Cadangan Jawapan
Citation preview
JAWABAN : BM - KERTAS 1 PMR 2008
1 D 19 B 37 C
2 A 20 C 38 D
3 C 21 D 39 C
4 A 22 C 40 B
5 B 23 A
6 D 24 B
7 C 25 D
8 B 26 A
9 D 27 B
10 B 28 C
11 B 29 D
12 B 30 C
13 D 31 B
14 A 32 A
15 C 33 C
16 B 34 D
17 A 35 C
18 B
36 A
Jawaban Kertas 2 Bahasa Melayu PMR 2008
Soalan Bahagian A(i) Ringkasan
Amalan-amalan baik dalam pemakanan:
1. makan dalam keadaan selesa dan tenang.
2. Elakkan makan makanan ringan yang tidak berkhasiat.
3. Jangan makan sebelum masuk tidur
4. Kita perlu memastikan bahawa jadual makan perlu teratur.
5. Kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat.
6. Makan setelah kita berasa lapar.
7. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan/kita
mengamalkan diet yang seimbang.
8. Kita perlu mengawal atau mengurangkan pengambilan makanan dan
minuman yang tinggi kandungan gula dan garamnya.
Bahagian A(ii) Pemahaman
1. Maksud rangkai kata mengundang padah ialah mencari akibat yang kurang
/tidak baik.
2. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana kita memerlukan tenaga
untuk aktiviti fizikal. Selain itu, makanan yang seimbang akan meningkatkan
kesihatan tubuh badan seseorang. Pemakanan seimbang juga akan menjadikan kita
lebih cergas menjalani aktiviti seharian. Selain itu, pemakanan yang seimbang akan
membekalkan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.
3. Perkara yang perlu dilakukan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang:
a. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya makan makanan yang
berkhasiat dengan cara melarang atau menyatakan keburukan makanan ringan
kepada anak-anak.
b. Guru hendaklah menyatakan kesan buruk jika seseorang itu tidak
mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang kepada pelajarnya.
c. Media massa hendaklah mengadakan rancangan dokumentari tentang
kesihatan dan keburukan kepada seseorang jika tidak mengamalkan pemakanan
yang tidak seimbang.
d. Kementerian kesihatan hendaklah mengadakan ceramah atau pameran
tentang kepentingan pemakianan seimbang di sekolah atau di dewan orang ramai.
e. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen pemakanan secara seimbang
secara berterusan di media massa dan juga di media elektronik.
Bahagian B-Karangan Rangsangan
Hujan yang lebat daripada biasa akan menyebabkan kejadian banjir berlaku.
Kejadian ini akan menimbulkan kesan negatif kepada penduduk.
Satu daripada kesan banjir ialah berlakunya kemusnahan harta benda.
Apabila hujan menenggelami rumah, perabot atau kelengkapan di dalam rumah
akan rosak atau musnah.
Selain itu, banjir juga menyebabkan aktiviti harian penduduk terganggu.
Sebagai contohnya, penduduk tidak dapat ke tempat kerja disebabkan jalan raya
tidak boleh dilalui.
Seterusnya, kejadian banjir menyebabkan sistem perhubungan terputus.
Sebagai contohnya, apabila banjir berlaku, perhubungan melalui jalan raya di
antara negeri pantai Timur dengan negeri pantai Barat akan terputus.
Kesimpulannya, kejadian banjir banyak menimbulkan masalah kepada
penduduk. Oleh itu, semua pihak mestilah bertindak awal, bak kata pepatah,
”sediakan payung sebelum hujan”, untuk menghadapi masalah banjir yang akan
berlaku.
(120 patah perkataan)
Bahagian C
Soalan 1:
Strategi:
T=Kurikulum dan
kokurikulum melahirkan
pelajar yang cemerlang.
K=Penting
F=Syarahan
Isi:
1. Aktiviti kurikulum dan kokurikulum akan
meningkatkan ilmu kepada pelajar.
2. Aktiviti kurikulum dan kokurikulum akan menerapkan
nilai murni kepada pelajar
3. Aktiviti kurikulum akan melahirkan pelajar yang
tinggi inteleknya.
4. Aktiviti kokurikulum akan melahirkan pelajar yang
cergas dan cerdas.
Soalan 2:
Strategi:
T=Memupuk Minat
Membaca
K=Peranan Ibu Bapa
F=Umum
Isi:
1. menyemaikan tabiat suka membaca
2. menanamkan sikap suka membaca kepada diri
sendiri sebagai teladan kepada anak-anak.
3. ibu bapa juga hendaklah sering membawa anak-
anak ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku
4. mendaftar anak mereka menyertai kelab buku.
Soalan 3:
Strategi:
T=Amalan berbudi bahasa
K=Faedah
F=Umum
Isi:
1.seseorang itu akan dipandang mulia.
2. dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
3. masyarakat luar atau pelancong asing akan tertarik
untuk melancong ke negara kita.
4. kita akan dapat mewujudkan negara yang aman
dan saling-menghormati dalam kehidupan
Soalan 4:
Strategi:
T=Kempen memerangi
Nyamuk Aedes
K=Pengalaman
F=umum
Isi:
1.dapat mengenali nyamuk aedes dengan lebih
mendalam.
2. dapat pengalaman menggunakan alat semburan
3. dapat pengalaman bergotong-royong
membersihkan kawasan kediaman dengan
penduduk setempat.
4. dapat pengalaman tentang cara mencegah
nyamuk aedes dengan menggunakan kaedah
biologi.
Soalan 5:
Strategi:
T=Sesal dahulu
pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya
K=Nasihat
F=Umum
Isi:
1. Jangan melakukan perkara yang tidak baik seperti
berlumba secara haram.
2. Belajarlah bermula dari sekarang supaya tidak
menyesal kemudian hari.
3. Mematuhi peraturan di jalan raya supaya tidak
terlibat dalam kemalangan.
4. Mengikut nasihat ibu bapa atau guru.
Bahagian D-Novel
Tiga latar tempat dalam novel Tingkatan 3
1.Panas Salju
(i) Di kampung Zulkifli, Ulu Tebrau. Zulkifli pulang ke kampung dan bertemu
kawan lamanya Mulyadi.
(ii) Pejabat Utusan Malaysia. Zulkifli bertemu Mohammad Yusof untuk
menyiarkan berita tentang penyakit Nadhirah.
(iii) Rumah Zulkifli, Bandar Tun Razak, Cheras. Zulkifli dan Bushrah berbincang
tentang cara-cara untuk menyelesaikan masalah kewangan untuk perubatan anak
mereka.
(iv) Hospital King’s College di London. Pembedahan pemindahan hati
dijalankan ke atas Bushrah dan Nadhirah.
2. Merdeka! Merdeka!
(i) Kampung Teras Jernang. Kudin diberitahu dia dipilih untuk menjadi
wakil ke perhimpuan persatuan-persatuan Melayu di Kuala Lumpur.
(ii) Stesen Hotel, Kuala Lumpur. Orang-orang Melayu berhimpun untuk
menghalang penubuhan Malayan Union.
(iii) Bangunan Kelab Sultan Sulaiman. Perhimpunan besar-besaran orang-
orang Melayu. Kudin berucap dengan penuh semangat.
(iv) Rumah Tuk Ketua. Mesyuarat untuk membincangkan hal menjaga
keselamatan kampung.
3. Ekspedisi
(i) Puncak Gunung Itik. Pak Salleh menjumpai pondok tempat
penjenayah menyimpan jongkong emas ketika tersesat.
(ii) Rumah Pak Salleh. Pak Salleh menceritakan pengalamannya tersesat
dan ternampak Cikgu Murad di Gunung Itik kepada Hadi dan Mak Jamilah.
(iii) Balai Polis. Penjenayah yang memiliki wajah yang seiras Cikgu Murad
telah ditangkap dan segala konflik Pak Salleh dengan Cikgu Murad terlerai.
4. Kanang Cerita Seorang Pahlawan
(i) Pusat Latihan Darat Ulu Tiram, Johor. Kanang menjalani latihan rekrut
selama sebulan sebelum menjadi askar.
(ii) Hutan Korbu, Perak. Kanang terlibat dalam operasi menumpaskan saki-
baki pengganas pimpinan Nam Yat.
(iii) Tanah Hitam, Perak. Kanang terlibat dalam Gerakan Pukat untuk
memburu pengganas yang membunuh anggota RAMD.