12
SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB. MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3 NAMA: __________________ KELAS: __________ Pengenalan diri 1. Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin dicapainya. 2. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain. 3. Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada dalam dirinya. Potensi Diri 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan. 3. Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri. 4. Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri.

Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB.

MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3

NAMA: __________________ KELAS: __________

Pengenalan diri

1. Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang

ingin dicapainya.

2. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.

3. Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada

dalam dirinya.

Potensi Diri

1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri.

2. Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan.

3. Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri.

4. Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri.

Page 2: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

1.Baik Hati

Belas kasihan

Bertimbang rasa

Murah hati

Saling faham-memahami

Saling bermaafan

8. . Berdikari

Berupaya bertindak sendiri

Yakin pada diri sendiri

9. Hemah Tinggi

Kesopanan

Mengakui kesalahan diri

Ramah mesra

2. Hormat

Hormat dan taat kepada ibu bapa atau

penjaga

Hormat kepada ahli keluarga, orang yang

lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan

pemimpin(ketua)

Patuh kepada undang-undang negara

Patuh kepada ketepatan masa

10 . Kasih Sayang

Sayang diri sendiri dan orang lain

Sayang alam sekeliling

Cintakan negara

11. Keadilan

Adil

Saksama

3. Kebebasan

Kebebasan di sisi undang-undang

Contoh: tidak melakukan kegiatan

jenayah seperti

mencuri,membunuh,rasuah.

4. Keberanian

Berani mencuba

Berani kerana benar

5. Kebersihan Fizikal Dan Mental

Kebersihan diri

Kebersihan persekitaran

Kebersihan mental (fikiran yang positif)

12. Kejujuran

Amanah

Bercakap benar

Ikhlas

13. Kerajinan

Daya usaha

Dedikasi

14. Kerjasama

Gotong royong

Toleransi

Perpaduan

6. Kesederhanaan

Pertuturan dan perlakuan yang sederhana

Sederhana dalam menimbangkan

kepentingan diri dan kepentingan orang

lain

7. Kesyukuran

Berterima kasih

15. Semangat bermasyarakat

Bermuafakat

Kejiranan

Peka terhadap isu-isu sosial dalam

masyarakat

Page 3: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

NOTA 3

NOTA NILAI-NILAI MURNI

Contoh

Nilai Murni

Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. adil / saksama

Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. baik hati

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam

longkang. baik hati

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan

wang sebanyak RM2.00. baik hati

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi

penyakit denggi dari merebak.

bekerjasama /

bergotong-royong

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. berdikari

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar

sendiri. berdikari

Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng

berbunyi. berdisiplin

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan

kawannya. berdisiplin

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong

kecil yang sunyi.

berhati-hati /

berwaspada / cermat

Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. berjimat-cermat

Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. berjimat-cermat

Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. berjimat-cermat

Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum

turun dari bas itu.

bersopan / beradab /

berbudi bahasa

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih

gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.

cekal / keazaman /

berazam

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. cinta ilmu

Page 4: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. hormat, taat

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di

tepi jalan raya. patuh

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang

terjatuh ke dalam sungai itu. keberanian / berani

Suria mencuci basikalnya yang kotor. Kebersihan

Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang

itu. kejujuran / jujur

Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang

bertugas. kejujuran / jujur

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah

hari.

kerajinan / rajin /

ringan tulang

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan

pemimpin Negara ke sekolah. menghormati

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.

patuh,

menghormati/guru

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.

menjaga kebersihan

persekitaran

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat

and seimbang. menjaga kesihatan

’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila

melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak

membawa wang saku. prihatin

Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis

perkahwinannya. sabar

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong

membersihkan kawasan masjid. Tolong-menolong

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya. semangat kejiranan

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.

toleransi / bertolak

ansur

Page 5: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

NOTA 4

HEMAH TINGGI

-Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

Contoh amalan:

Menjaga tingkahlaku dan tutur kata. Bersifat ramah mesra tidak angkuh/ sombong

Kepentingan sikap berhemah tinggi:-

Manusia mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Manusia tidak berasa sombong.

Menimbulkan sikap hormat-menghormati terhadap orang lain.

Mewujudkan sikap mesra dengan oranglain.

Hidup lebih aman dan damai.

Kelebihan Bersikap Hemah Tinggi:

-Menjadi tauladan kepada orang lain

-Ilmu/ kemahiran mereka dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat dan Negara

-Mengajar erti kesabaran yang perlu ada dalam jiwa ketika melakukan sesuatu kerja

-Sebagai azam iaitu tidak takut dengan cabaran dan rintangan

-Dapat melakukan segala kerja dengan berjaya

-Dapat memperkukuhkan iman demi memperolehi keredhaanNya.

TOLERANSI

-Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya

pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

BERDIKARI

-Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

KERAJINAN

-Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,kegigihan, dedikasi dan

berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

KASIH SAYANG

Page 6: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

-Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang

ikhlas.

KEADILAN

-Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

BERTERIMA KASIH

-Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu

jasa, sumbangan atau pemberian.

HORMAT

-Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan serta

menghormati peraturan institusi social.

KEBERANIAN

-Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

KEJUJURAN

-Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

KERJASAMA

-Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

KESEDERHANAAN

-Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan

kepentingan diri dan orang lain.

Page 7: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

NOTA 5

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB.

MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3

Mengetahui Hari-hari Kebesaran Negara Brunei Darussalam.

Negara Brunei Darussalam meraikan berbagai-bagai sambutan perayaan seperti Hari

Kebangsaan, Hari Keputraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Sambutan Hari-hari kebesaran agama islam

seperti Hari Raya Aidil Adha,Sambutan Awal Tahun Hijrah,Hari ABDB dan lain-lain.Suasana

dan kemeriahan menyambut perayaan oleh setiap rakyat yang terdiri daripada berbagai kaum

disambut dengan penuh semangat.

Peringatan

Hari Keputraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam disambut pada 15 Julai setiap tahun.

Hari Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei (ABDB) disambut pada 31 Mei setiap tahun.

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam disambut pada 23 Febuari setiap tahun.

Setiap perayaan yang disambut, rakyat di Negara Brunei akan bekerjasama antara satu sama

lain bagi memeriahkan suasana.Contohnya membuat persiapan sebulan sebelum sesuatu

perayaan disambut.

HARI-HARI KEBESARAN

DI NEGARA BRUNEI

DARUSSALAM

HARI ANGKATAN

BERSENJATA DIRAJA

BRUNEI HARI

KEBANGSAAN

HARI KEPUTRAAN KEBAWAH

DULI YANG MAHA MULIA

PADUKA SERI BAGINDA

SULTAN SULTAN

SAMBUTAN

MAULIDUL RASUL

HARI RAYA

AIDILADHA /

AIDILFIRTI

Page 8: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

Rakyat di Negara Brunei Darussalam terdiri daripada 7 puak.Antaranya ialah Puak Melayu

Brunei,Kedayan,Tutong,Murut,Belait,Bisaya dan Dusun.Setiap budaya dan adat setiap puak ini

berbeza,tetapi tidak pula dalam kehidupan bermasyarakat.Mereka mengamalkan sikap hormat-

menghormati dan saling bekerjasama antara satu sama lain.Kita juga boleh mengenal puak –

puak ini melalui cara pertuturan dan pergaulan mereka.

Page 9: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

NOTA 6

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB

MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3

NAMA: _______________________________________ KELAS :__ _________

MENGETAHUI HARI-HARI KEBESARAN ISLAM NEGARA BRUNEI.

Nota

Setiap orang mesti mengetahui nama-nama bulan menurut kalender islam serta kelebihan hari-

hari kebesaran islam tersebut.Pada hari-hari kebesaran islam tersebut akan disambut secara

besar-besaran dengan mengadakan pelbagai majlis.Contohnya majlis keagamaan,sembahyang

berjemaah dan lain-lain.Dalam kalender takwim hijrah, terdapat 12 bulan yang mempunyai

kelebihan dan keistimewaan tersendiri.Antaranya ialah:-

1. Muharram - Bulan yang pertama dalam kiraan tahun hijrah,doa awal tahun

dan akhir tahun,di sunatkan berpuasa.

2. Safar - Bulan yang kedua dalam kiraan tahun hijrah.Kita digalakkan untuk

meningkatkan amalan-amalan baik.

3. Rabiulawal - Bulan yang ketiga dalam kiraan tahun hijrah,Sambutan Maulud

Nabi Muhammad.

4. Rabiulakhir - Bulan yang keempat dalam kiraan tahun hijrah.Kita digalakkan

melakukan amalan sunat seperti pada bulan-bulan lain.

5. Jamadil Awal - Bulan yang kelima dalam kiraan tahun hijrah.Kita digalakkan

untuk meningkatkan amalan-amalan baik dan amalan-amalan sunat.

6. Jamadilakhir - Bulan yang keenam dalam kiraan tahun hijrah. Kita digalakkan

melakukan amalan sunat seperti pada bulan-bulan lain.

7. Rejab - Bulan yang ketujuh dalam kiraan tahun hijrah.Sambutan Israk

Mikraj pada bulan ini biasanya diberi cuti awam.

8. Syaaban - Bulan yang kelapan dalam kiraan tahun hijrah.Kita digalakkan

melakukan pelbagai ibadah seperti membaca ql-quran,berzikir dan berpuasa.

9. Ramadan - Bulan yang kesembilan dalam kiraan tahun hijrah.Semua umat

islam berpuasa pada bulan ini bagi memperingati Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan

10. Syawal - Bulan yang kesepuluh dalam kiraan tahun hijrah.Hari Raya

Aidilfitri akan disambut pada bulan ini.Umat islam dikehendaki mengeluarkan zakat

fitrah.

Page 10: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

11. Zulkaedah - Bulan yang kesebelas dalam tahun hijrah.Kita digalakkan

melakukan amalan-amalan baik sama sepertimana pada bulan2 yang lain.

12. Zulhijjah - Bulan yang kedua belas dalam kiraan tahun hijrah.Hari Raya

Aidiladha dan menyembelih korban.

Page 11: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri

NOTA 7

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA,BSB

MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 3

Nama: _______________________________ Kelas: ____________

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

.

Cara – cara menjaga kebersihan aLam sekitar ialah:- 1.Menyayangi dan menghargai alam sekitar dengan sewajarnya melalui tindakan dan amalan-amalan yang positif. 2. Memainkan peranan menyayangi dan menghargai alam sekitar sebagai satu tanggungjawab bersama yang perlu dipikul bersama. 3. Berusaha melindungi alam sekitar supaya bebas dari pencemaran dan perubatan yang mencemarkan alam sekitar. 4. Memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa menjaga alam sekitar adalah satu peranan yang diberi keutamaan. 5.Bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar. 6. Berusaha mengekalkan keseimbangan ekosistem. 7. Menghindari daripada kegiatan yang menjejaskan alam sekitar.

Page 12: Potensi Diri - home.chunghwa.edu.bnhome.chunghwa.edu.bn/norazian2/files/2015/07/NOTA... · 1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Pote nsi diri