Upload
jieha-hady
View
27
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PPT KAJIAN TINDAKAN AKHIR
Citation preview
KAEDAH TOKEN EKONOMI ( ROBOT ) DAPAT
MEMODIFIKASIKAN TINGKAH LAKU DISRUPTIF DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Dibentang oleh :NAJIHAH BT ABDULAHADI
PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JUN 2011
PENSYARAH PEMBIMBING:
PN ZAIRINAH BT MOHD SHUKUR
PENGENALAN
• Kajian ini bertujuan untuk memodifikasikan tingkah laku disruptif seorang murid bermasalah pembelajaran.
• Pengkaji mengambil keputusan untuk membuat kajian tindakan mengunakan token ekonomi robot sebagai usaha mengubah tingkah laku disruptif terhadap seorang murid Pendidikan Khas ini.
• Pengkaji telah menjalankan proses intervensi iaitu selama 30 minit dalam setiap pengajaran dalam masa 4 minggu.
• Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah teknik di mana individu mendapatkan token untuk tingkah laku positif yang ditunjukkan.
• Token ekonomi juga digunakan sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui sebuah struktur semasa rawatan.
• Choong Lean Keaw (2010) menyatakan ekonomi token atau market ( points) diberikan apabila kanak-kanak menunjukkan tingkah laku yang wajar.
• Teori Skinner (1930),tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimulasi yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu.
• Peneguhan boleh berupa positif dan negatif. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang.
• Oleh itu, pengkaji telah menggunakan peneguhan positif yang berbentuk token bagi memodifikasi tingkah laku disruptif murid .
PERNYATAAN MASALAH
Tinjauan awal mendapati bahawa murid menghadapi masalah dalam :
Masalah tingkah laku disruptif menganggu rakan sekelas
Masalah tingkah laku disruptif keluar kelas
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum• Penggunaan robot sebagai token ekonomi dapat
memodifikasikan tingkah laku distruptif seorang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Objektif khusus:• Kaedah robot sebagai token ekonomi dapat
memodifikasikan tingkah laku disruptif menganggu rakan dan keluar kelas seorang murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif yang dinyatakan, kajian ini cuba mencari jawapan kepada soalan berikut :
• Bagaimanakah penggunaan sistem token ekonomi robot dapat mengubah tingkah laku disruptif seorang murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
KUMPULAN SASARAN
Terdiri daripada seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah sekitar Ampang, Kuala Lumpur.
Murid berumur 9 tahun dan merupakan seorang murid hyperaktif tahap sederhana.
9
TINDAKAN PELAKSANAAN
Merefleks ( reflek )
• Pengkaji mengenal pasti masalah yang timbul pada murid A di kelas PPKI di Sekolah Kebangsaan Cheras Indah, Kuala Lumpur
• Pengkaji telah membuat refleksi atau mengimbas kembali sesi pengajaran yang lepas
• Tujuan refleksi ini dijalankan adalah untuk membantu pengkaji mengetahui kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh guru untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya
Merancang ( Action )•Pengkaji telah menjalankan satu kaedah yang dapat mengubah tingkah laku disruptif berikutan masalah murid A ialah suka mengganggu rakan sekelas dan suka keluar dari kelas
• Pengkaji telah merancang untuk melaksanakan intervensi selama empat minggu bermula pada bulan Februari dan berakhir sehingga awal April.
Bertindak ( Action)• Pengkaji telah memerhatikan murid A serta sikap yang ak
an dicatat dan direkod sebagai bahan buklti kajian• Pengkaji telah menilai tingkah laku yang ditunjukkan ole
h murid.
Memerhati (Observe)
• Senarai semak digunakan bagi membantu pengkaji melihat perubahan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran semasa kaedah token ekonomi robot dijalankan.
• Temu bual bersruktur juga digunakan bagi mendapatkan maklumat sebelum,semasa dan selepas.
Pemerhatian berstruktur (menggunakan borang senarai semak)Sebelum intervensiSemasa intervensiSelepas intervensi
Temu bual Sebelum intervensiSelepas intervensi
Analisis video
CARA MENGUMPUL DATA
Pemerhatian Tingkah laku sebelum Intervensi
ASPEK Kekerapan tingkah laku
Tidak mendengar arahan guru 7
Mengganggu rakan 9
keluar kelas 8
TIdak membuat tugasan 7
Lambat sampai ke sekolah 4
Skor pemerhatian tingkah laku mengganggu rakan semasa intervensi
MASA MINGGU KEKERAPAN
30 minit 1 11
30 minit 2 9
30 minit 3 8
Skor pemerhatian tingkah laku keluar kelas semasa intervensi
MASA MINGGU KEKERAPAN
30 minit 1 7
30 minit 2 10
30 minit 3 7
30 minit 4 5
Jadual 1: Keputusan pemerhatian tingkah laku mengganggu rakan sekelas
DAPATAN KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan di atas menunjukkan perubahan tingkah laku murid secara berperingkat semasa intervensi dijalankan. Intervensi dijalankan selama dua hari seminggu. tempoh pelaksanaan selama 30 minit sehari. Hal ini kerana murid amat meminati robot. Ini mendorong murid untuk menunjukkan tingkah laku yang positif.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 2: Keputusan pemerhatian tingkah laku murid keluar kelas semasa intervensi
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan di atas menunjukkan keputusan permerhatian tingkah laku keluar kelas murid.Pada pertemuan minggu pertama ini, tiada peneguhan positif , ganjaran atau token ekonomi diberi oleh pengkaji.Minggu kedua, pengkaji telah memperkenalkan token ekonomi berupa robot sekiranya murid A tidak keluar kelas lagi.Minggu ketiga, perubahan kekerapan tingkah laku semakin berkurangan dan begitu juga pada minggu keempat.
Gambar murid A sebelum intervensi
Gambar murid A sebelum intervensi
Gambar murid A semasa intervensi
Alat intervensi- Token ekonomi robotALAT INTERVENSI-TOKEN ROBOT
SESI PEMBERIAN TOKEN ROBOT
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Menggunakan pelbagai jenis token lain seperti token mencari bintang, token senyum dan sebagainya.
Menambah bilangan responden.
Penambahbaikkan dari segi masa menjalankan intervensi agar perubahan berlaku secara berterusan dan kekal.
Kajian turut dijalankan ke atas pelbagai kategori murid khas lain seperti syndrom down, hiperaktif, autisma dan terencat akal sederhana agar dapatan kajian yang diperolehi dapat digeneralisasikan kepada semua murid Pendidikan Khas yang lain.
RUMUSAN
• Secara keseluruhannya kajian ini dapat membantu memodifikasi tingkah laku disruptif dengan mengunakan kaedah token ekonomi yang diberikan .
• Penggunaan sistem token ini memerlukan masa yang lama dan panjang bagi mendapatkan hasilnya iaitu melalui perubahan tingkah laku agar perubahan tingkah laku adalah berterusan.
Abdullah Sani Yahya ( 2008) , Mengurus Displin Pelajar. Kuala
Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon.1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan-Bacaan Asas, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chong Lean Keow PhD ( 2008). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Jamila K.A Mohamed. (2005) Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.
Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemmis,S. and Mc Taggart,R. (1988). The Reasearch Reader. (3rd ed). Deakin University Press Victoria
RUJUKAN
SEKIAN, TERIMA KASIH