10
Konsep Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah dan pengajaran bukanlah dua aspek berasingan tetapi saling berkait rapat. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses P&P serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah. Richards (1990) 'Organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan' Alberto & Troutman (1986) 'Kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran' Sanford J., Emmer E. & Clemments B.) 'Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif' Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat seperti berikut: 1. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai 2. Membentuk suasana pembelajaran yang positif 3. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid 4. Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum 5. Meningkatkan penglibatan murid dalam p&p 6. Mengurangkan masalah disiplin 7. Pengurusan rutin yang berkesan 8. Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

Presentation Topik 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

Konsep Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah dan pengajaran bukanlah dua aspek berasingan tetapi saling berkait rapat. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses P&P serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah.

Richards (1990)

'Organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan'

Alberto & Troutman (1986)

'Kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran'

Sanford J., Emmer E. & Clemments B.)

'Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif'

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat seperti berikut:1. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai2. Membentuk suasana pembelajaran yang positif3. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid4. Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum5. Meningkatkan penglibatan murid dalam p&p6. Mengurangkan masalah disiplin7. Pengurusan rutin yang berkesan8. Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

Pendekatan tradisional-kaedah modifikasi (pengurusan bilik darjah lebih berorientasikan kawalan) Fokus terhadap tindakan yang akan diambil selepas murid menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Guru menetapkan peraturan dan prosedur pada awal tahun persekolahan. Sekiranya murid mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka dia akan menerima akibat yang positif dan sebaliknya jika dia tidak mematuhi peraturan. Penguatkuasaan kaedah ini perlu dilakukan secara konsisten. Pendekatan moden- bersifat holistik Lebih terarah kepada pencegahan (perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencegah salah laku serta tindakan guru yang mungkin menyumbang kepada salah laku murid) Pendekatan ini memerlukan guru yang mempunyai kemahiran dan kemampuan yang pelbagai dalam pengurusan bilik darjah. Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah:1. Perancangan yang rapi Mengelola da mengawal pelaksanaan perancangan Membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&p yang telah dilaksanakan2. Hubungan dengan murid Mempunyai pengetahuan tentang keperluan murid-muridnya

Konsep Pengurusan Bilik DarjahPengetahuan tentang Keperluan Murid-muridPengurusan Bilik Darjah

Pengetahuan tentang Keperluan Murid-murid Menurut Abraham Maslow, keperluan manusia adalah mengikut hierarki dan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Keperluan fisiologi (keperluan primer): makanan, udara, rehat, pembuangan kotoran Keperluan psikologi (keperluan sekunder): keselamatan, kasih sayang, penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk pengetahuan dan estetik. Setelah keperluan primer dipenuhi barulah individu akan kea rah mencuba memenuhi keperluan sekunder.

Bagaimanakan seseorang guru boleh mengetahui keperluan muridnya?1. Pengetahuan teori perkembangan kanak-kanak dan psikologi kanak-kanak2. Pemerhatian sistematik (memantau tingkah laku murid dalam beberapa situasi berbeza sebelum membuat kesimpulan tentang keperluan murid tersebut) Di samping keperluan fisiologi dan psikologi, murid juga mempunyai keperluan akademik: Memahami objektif pengajaran Murid akan bersedia menghadapi sesi pembelajaran.

Melibatkan diri dengan Aktif dalam Proses Pembelajaran Memberi peluang kepada individu membina pengetahuannya sendiri. Melibatkan diri dalam manipulasi objek secara fizikal atau manipulasi mental seperti idea. Mengurangkan kebosanan murid Memberi peluang untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka Guru sebagai fasilitator

Berinteraksi secara Positif dengan Rakan Sebaya Menurut Piaget, rakan sebaya boleh mencabar pemikiran semasa interaksi. Cabaran ini boleh membawa kepada ketidakseimbangan atau konflik kognitif. Individu akan berasa tidak selesa dan akan berusaha memperoleh keseimbangan melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dengan ini, cara pemikiran individu berubah ke tahap yang baharu.

Menurut Lev Vygotsky, perkembangan mental ke peringkat lebih tinggi berlaku melalui interaksi sosial.Interaksi dan pertukaran idea melatih murid menjelaskan pandangan mereka, menghormati pandangan rakan sebaya dan membina pengetahuan yang baharu. Pembelajaran yang Berkaitan dengan Kehidupan Seharian dan Minat Murid Pembelajaran menjadi bermakna jika berkaitan dengan pengalaman murid kerana murid boleh menggambarkan dan memahaminya dengan lebih jelas. Mengaplikasikan perkara yang baharu dipelajari dalam kehidupan harian. Pembelajaran yang mengambil kira minat murid mendorong mereka memberikan perhatian dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

Masa untuk Menyiapkan Tugasan atau Berinteraksi Murid diberi masa yang cukup Guru yang menentukan aktiviti boleh menetapkan tempoh yang sesuai (murid akan tahu had masa dan berusaha kea rah menyiapkan tugasan.)

Pengalaman Kejayaan Aktiviti atau tugasan yang dibentuk dengan mengambil kira kesediaan dan pengetahuan sedia ada memberikan peluang kepada murid merasai kejayaan. Membantu meningkatkan estim diri murid dan memberikan keyakinan terhadap kemampuannya dalam proses pembelajaran.

Maklum Balas yang Jelas dan Realistik Penilaian adalah satu komponen dalam pembelajaran dan maklum balas yang tetap boleh merangsang murid memperbaiki mutu dan pencapaian akademiknya. Guru juga perlu memberikan tumpuan dan nilai kepada usaha murid.Pengurusan Bilik Darjah Merancang Merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran. Memilih topik--- menentukan pendekatan--- memilih strategi dan kaedah mengajar---membentuk aktiviti atau tugasan (sesuai dengan tahap pencapaian murid) --- menyusun pengalaman pembelajaran---menetapkan tempoh bagi setiap aktiviti atau tugasan---membentuk penilaian---menyediakan sumber p&p serta aktiviti pemulihan dan pengayaan Mengambil kira tempat pembelajaran

Mengelola Memberikan arahan yang jelas, memaklumkan peraturan dan prosedur, menyelaras dan mengatur aktiviti serta bahan pembelajaran, mengagihkan tugasan, membahagikan murid kepada kumpulan, menentukan kedudukan dan susunan murid atau kumpulan. Kelolaan yng baik juga dapat memastikan kelancaran proses pembelajaran.

Mengawal Guru perlu memantau, memastikan muridnya selesa, cukup bahan pembelajaran dan sedang melibatkan diri dalam pembelajaran. Memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat perhatian dan diberikan aktiviti pemulihan. Murid yang dapat menguasai konsep pelajaran diberi aktiviti pengayaan. Membuat Refleksi Menganalisis dan menilai keberkesanan amalan beliau, pendekatan, strategi dan kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, bahan bantu mengajar serta bentuk panilaian yang digunakan semasa pengajaran. Mesti bertanggungjawab dan bersifat terbuka.

Menjalin Hubungan Guru-Murid Mengamalkan demokrasi dan memberi peluang kepada murid untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Menunjukkan semangat berpasukan dengan mengambil berat tentang kebajikan murid. Kesedaran tentang kanak-kanak berkeperluan khas.Ciri-ciri Guru yang Efektif dalam Pengurusan Bilik Darjah Guru yang efektif ialah guru yang dapat:1. Menguruskan bilik darjah dengan berkesan2. Membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik.3. Menggunakan masa p&p dengan efisien Ciri-ciri guru yang efektif:1. Kualiti peribadi2. Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri guru yang efektifKualiti peribadiKompetensi pengajaran dan pembelajaran

Kualiti peribadi Kualiti ini membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Guru yang bersemangat dan proaktif Mampu memotivasikan muridnya kerana keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasakan oleh murid-muridnya. Murid akan berasa selamat dan menaruh kepercayaan terhadap seseorang guru yang menunjukkan keyakinan dan ketabahan. Sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan murid Mengubahsuai cara pengajarannya dengan mengambil kira perbezaan yang wujud di dalam bilik darjah. Murid akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran apabila keperluan mereka diberi perhatian.

Bersikap peramah, mesra dan berusahamengenali murid Misalnya, apabila guru memanggil murid dengan namanya, murid akan merasakan dirinya penting dan dikenali oleh guru. Menjalinkan hubungan antara guru dengan murid.Bolehkah anda fikirkan ciri-ciri guru efektif yang lain? Apakah implikasi kepada pengurusan bilik darjah jika guru memiliki ciri-ciri yang kurang efektif? Ciri-ciri Guru yang EfektifCiri-ciri Guru yang Kurang Efektif

Mesra, peramah, penyayangCepat marah

TerangTidak yakin

KejenakaanPesimis

Tabah dan tidak mudah putus asaAutokratik

AnalatikalTiada daya usaha

KreatifTegar

Inspirasi, motivasi

Empati, simpati

Spontan

Fleksibel

Yakin

Sistematik

Adil

Proaktif

Bersemangat

Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran Kompetensi atau kecekapan p&p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru dalam mendidik murid-muridnya. Sebelum seseorang guru mula melaksanakan pengajaran, mereka perlu memahami objektif-objektif, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan kaedah penilaian dalam kurikulum tersebut. Seterusnya, guru perlu memahami konsep prinsip dan struktur subjek yang diajar dengan mendalam. (mampu memberi pelbagai contoh dan mengaitkannya dengan kehidupan harian) Guru perlu sentiasa berusaha mempelajari perkara-perkara baharu ( membaca, menghadiri seminar atau bengkel) Guru yang berpengetahuan tentang subjeknya akan mengetahui topik mana yang sukar dan memerlukan masa yang lebih lama serta perlu dijelaskan dengan contoh dan ilustrasi. Kemahiran menerangkan dapat membantu guru menyampaikan topic dalam bentuk yang jelas mengikut penyusunan idea yng sistematik. Kemahiran menggunakan contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar penting kerana membantu menjelaskan sesuatu idea dengan tpat dan memudahkan murid menerima sesuatu konsep yang diajar. Kemahiran memilih strategi dan kaedah memberikan peluang kepada guru mempelbagaikan penyampaian bersesuaian dengan keperluan, tahap pencapaian di samping mengambil kira perbezaan dalam kalangan murid. Guru juga perlu mahir menggunakan teknik penyoalan. Soalan yang tepat, ringkas dan berfokusdapat mencungkil idea serta memperkembang daya pemikiran murid selain dapat membantu guru untuk mengetahui tahap pengetahuan yang sedia ada dan sama ada murid telah memahami satu-satu konsep. Kemahiran penilaian membantu guru mengetahui jika hasil pembelajaran telah dicapai. (dalam bentuk formal dan tidak formal). Keputusannya membantu guru dalam perancangan untuk pengajaran yang berikutnya. Guru juga boleh menggunakan kemahiran pedagogi untuk menerapkan nilai-nilai. (apabila guru menggunakan tenik perbincangan, murid secara tidak langsung akan bekerjasama, belajar mendengar dan menerima pandanganorang lain.) Kounin (1970) telah mengenal pasti beberapa kemahiran yang guru perlu ada untuk pengurusan bilik darjah denganberkesan, iaitu:a) Sikap peka tentang semua tingkah laku murid di dalam kelas.b) Kemahiran melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama.c) Kemahiran mengendalikan aktiviti dengan lancar dan transisi dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain berlangsung tanpa gangguan. Kompetensi dalam p&p melibatkan banyak kemahiran. Guru yang berkemahiran dapat menguruskan bilik darjahnya dengan mudah dan berkesan.