10
Usul 14

Presentation Usul 14

Embed Size (px)

DESCRIPTION

usul 20 ishab

Citation preview

Usul 14 USUL 14Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan dengan caranya yang ma'thur. Namun begitu, meminta pertolongan (walau siapa pun dia), memanggil orang mati kerana perkara tersebut, meminta tunaikan hajatnya darinya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, mendirikan binaan di atas kuburan, menutupinya, menerangkan kubur mereka, mengusapnya, bersumpah dengan selain dari nama Allah dan sebagainya adalah perkara bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan perkara-perkara ini bagi menyekat daripada keburukan (Saddu al-Zara'i)Tujuan UsulUsul ini menyebutkan beberapa tindakan yang terlarang terhadap para wali dan orang2 solehTujuannya adalah untuk memelihara aqidah dari syubhat, kesesatan, mengelakkan pembaziran, menutup pintu2 kemungkaranSecara umumnya, menziarahi kubur adalah sunat dan dianjurkan kerana ia dapat mengingatkan kepada kematian dan hari akhirat melembutkan hatiKesan dari ini ia akan meningkatkan semangat beramal soleh dan menjauhi larangan2 AllahAnjuran Ziarah Kuburhttp://sunnah.com/urn/1289210 " "Aku telah menegah kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang kamu ziarahilah kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingatkan kamu kepada hari akhirat" (Ibnu Maajah: 1/501 no: 1571)Adab Ziarah KuburAntara adab ziarah adalah mendoakanhttp://sunnah.com/muslim/11/133 ."Selamat sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni kampung (kubur) yang terdiri dari hamba-hamba yang beriman dan orang-orang Islam. Kami ini, dengan izin Allah akan mengikuti jejak-langkah kamu. Aku meminta kepada Allah agar mengurniakan kesejahteraan buat kami dan kamu."2 (Muslim: 2/172 no: 975)Larangan Minta pertolongan, kerana minta hanya kepada Allahhttp://sunnah.com/urn/678220 "Apabila engkau meminta, maka pintalah kepada Allah dan sekiranya engkau memohon pertolongan, pohonlah kepada Allah. (HR Tirmizi)Al-Fatihah: 5; Yunus:106; Ahqaf : 5

Membuat binaan di atas kubur dan menyelimutinya, kerana ia dapat membawa kepada kesesatan dan pembaziran hartahttp://sunnah.com/muslim/11/120 Janganlah kamu membiarkan patung2 melainkan kamu memusnahkannya, dan tidak membiarkan kubur dipuja melainkan kamu meratakannya (HR Muslim)

http://sunnah.com/tirmidhi/2/172 Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang sering menziarahi kubur dan orang-orang yang menjadikan kubur itu sebagai masjid dan memasang pelita padanya (HR Tirmizi)

Nazar, kerana nazar adalah ibadah Al-Insan: 7; al-Baqarah: 270

Larangan SolusiBerilah peringatanKaedah yang tepatSetengah orang tertanya-tanya: "Mengapakah Al-imam asy-syahid tidak menyifatkan amalan mungkar ini sebagai syirik?" Jawapan kami: Ini merupakan (tanda-tanda) kebijaksanaan Al-imam asy-syahid dalam menyampaikan da'wahnya kepada orang lain dengan kelembutan dan kehalusan. Beliau bukan sekadar menerangkan bahaya jenayah ini malah ia menyampaikannya dengan cara lembut dan halus. Beliau mensifatkan amalan ini sebagai dosa besar lalu diikuti dengan katanya "wajib memeranginya". Kemudian beliau tidak bersetuju kepada sebarang ta'wil yang mengharuskan amalan ini sebagai menutup pintu kemungkaran. Maka, adakah dengan cara ini mampu menyampaikan tujuan yang diingini atau sebaliknya? Demi Tuhan: Ya, sememangnya mampu.SekianWallahu alam