19
SJH 3063 E KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

PresentationSej 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PresentationSej 1

SJH 3063 EKAEDAH PENGAJARAN SEJARAHPEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Page 2: PresentationSej 1

• PENGENALAN / OBJEKTIF• TEORI / DEFINISI /MODEL

• CIRI-CIRI• STRATEGI PELAKSANAAN

• KELEBIHAN DAN KELEMAHAN• RUMUSAN

Page 3: PresentationSej 1

PENGENALAN / OBJEKTIF• Kaedah ini menekankan kolaborasi

antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek.

• Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan.

Page 4: PresentationSej 1

• Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.

• Pelajar mampu menimba ilmu dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata.

Page 5: PresentationSej 1

• Ia menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang lebih luas oleh seseorang pelajar.

• Konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkkan keupayaan diri.

• Ia juga dikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik.

Page 6: PresentationSej 1

TEORI / DEFINISI / MODEL

• Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul.

Page 7: PresentationSej 1

• Satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan guru memberi satu tajuk masalah untuk dibincangkan oleh pelajar. Merrill, M.D.

Page 8: PresentationSej 1

Moursund (2003), pelajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain.

Page 9: PresentationSej 1

authentic problems

assessment

standards-focused projects

Model Buck Institute of Education, 2007

Page 10: PresentationSej 1

• Projek (Standards-focused): digunakan mestilah mengembirakan atau sebagai sesuatu perubahan rentak selepas menyempurnakan latihan, pembelajaran dalam kelas dan ujian.

• Authentic problem: pelajar memahami permasalahan dan kepiawaian kandungan dalam kurikulum

• Penilaian (Assessment): dirancang untuk menilai pengetahuan pelajar terhadap kandungan pembelajaran.

Page 11: PresentationSej 1

CIRI-CIRI

• Boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

• Penilaiannya dijalankan pada seiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil siap.

• Interaksi guru-murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.

• Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.

Page 12: PresentationSej 1

• Guru menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.

• Sesuai dengan murid dan kurikulum.

• Melibatkan pengumpulan bahan, data, memperoses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.

• Berasaskan kemahiran, pengetahuan pengalaman dan kebolehan murid.

Page 13: PresentationSej 1

STRATEGI PELAKSANAAN

• Memberi tugasan mengikut kurikulum.

• Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar terlibat.

• Menentukan jadual kerja..

Page 14: PresentationSej 1

• Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.

• Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan

• Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek,

• Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek,

Page 15: PresentationSej 1

• Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat

• Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek.

• Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang projek pelaksanaan projek.

Page 16: PresentationSej 1

KELEBIHAN• Hubungan guru dengan pelajar akan lebih

mesra.

• Membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas.

• Mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah.

• Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk.

Page 17: PresentationSej 1

KELEMAHAN

• Memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan.

• Mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan.

• Kos yang tinggi.

• Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek.

Page 18: PresentationSej 1

Rumusan

Pembelajaran melalui kaedah ini bukan hanya berfokus kepada penghasilan produk tugasan, penyelesaian masalah atau laporan berteraskan projek yang dijalankan tetapi memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran baharu yang dibina dan digunakan dalam menghasilkan tugasan projek

Page 19: PresentationSej 1

Disediakan Oleh:

Mohd Nizam Bin MohamedPPG TESL Semester 6

IPTHO