5
PRINSIP DAN KONDISI DISIPLIN ETIKA DALAM TRANSAKSI KOMERSIL ISLAM Islam mengharapkan kelakuan spesifik dari agen ekonomi – pengguna dan pengeluar. Kelakua n tersebut di harapk an untuk unit ekono mi dalam masy arakat digubal unt uk  pengguna supaya dapat menikmati keadaan hidup yang bahagia yang mana ianya adalah tujuan utama dalam Islam. Pasaran dalam Islam mempunyai karakteristik yang akan menjaga pihak penjua l dan pembel i. Terda pat bebera pa etika atau disiplin dal am transaksi komersil Islam yang mana tanpanya kontrak perniagaan akan dianggap tidak lengkap dalam memahami kod kelakuan baik, amanah dan kecemerlangan etika. Prinsip-  prinsipnya adalah seperti berikut:- 1. Kec ende rung an dalam me nda patk an pend apa tan yang hal al. Islam memberi penekanan yang berat keatas kod yang sah dan tidak sah dalam transaksi  perni agaan. Terdapat beberapa ayat Quran yang meneka nkan ketid akpers etujua nnya dalam mengambil harta orang lain tanpa persetujuan. “Janganlah sebahagian kamu memakan harta orang dengan yang batul (tiada hak) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian dari harta orang dengan berdosa, sedang kamu mengetahuinya(Al-Baqarah : 188) “Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang  batil, kecuali dengan perniagaan (jualbeli) dengan suka sama suka diantara kamu” (An-Nissa’ : 29) Kedu a-dua aya t dia tas dengan tegasnya mel ara ng orang- ora ng yang ber ima n unt uk mengambil harta orang lain dengan cara yang salah. Nabi Muhammad SAW menegaskan  betapa pentingnya mendapatkan harta melalui jalan yang sah: Ditanya ‘apakah cara yang paling baik untuk mendapatkan harta’ Nabi Muhammad SAW menjawab, “Peke rja an ses eor ang deng an tan gann ya, dan mel alu i jua lbe li yang sah”. (Ahmad, No.: 1576) Dari pada di atas, adal ah je la s baha wa pe ni aga Musl im me st il ah me dapa tk an  pendapatannya dengan cara yang halal dan sah. Dia bukan sahaja perlu mengelakkan dari mendapa tkan harta haram mal ah perlu menj auhkan dirin ya dari pekerj aan yang agak kabur dan ragu-ragu. Nabi Muhammad SAW seterusnya bersabda: “Ting galkan perkar a-perk ara yang diragui dan dekatil ah perkara-pe rkara yang jelas (Tirmidhi, No.: 2442) Perkara-perkara yang halal dan haram sememangnya dengan jelas diperkatakan dalam Islam, dan antaranya adalah perkara yang diragui, yang mana ianya patut dijauhi. Peniaga Islam yang sebenar sepatutnya menjauhi perkara yang diragui bagi meletakkan dirinya

Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

8/8/2019 Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

http://slidepdf.com/reader/full/prinsip-dan-kondisi-disiplin-etika-dalam-transaksi-komersil-islam 1/5

PRINSIP DAN KONDISI DISIPLIN ETIKA DALAM TRANSAKSI KOMERSIL

ISLAM

Islam mengharapkan kelakuan spesifik dari agen ekonomi – pengguna dan pengeluar.

Kelakuan tersebut diharapkan untuk unit ekonomi dalam masyarakat digubal untuk 

 pengguna supaya dapat menikmati keadaan hidup yang bahagia yang mana ianya adalahtujuan utama dalam Islam. Pasaran dalam Islam mempunyai karakteristik yang akan

menjaga pihak penjual dan pembeli. Terdapat beberapa etika atau disiplin dalam

transaksi komersil Islam yang mana tanpanya kontrak perniagaan akan dianggap tidak lengkap dalam memahami kod kelakuan baik, amanah dan kecemerlangan etika. Prinsip-

 prinsipnya adalah seperti berikut:-

1. Kecenderungan dalam mendapatkan pendapatan yang halal.

Islam memberi penekanan yang berat keatas kod yang sah dan tidak sah dalam transaksi

  perniagaan. Terdapat beberapa ayat Quran yang menekankan ketidakpersetujuannya

dalam mengambil harta orang lain tanpa persetujuan.

“Janganlah sebahagian kamu memakan harta orang dengan yang batul (tiada hak) dan(jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian dari harta

orang dengan berdosa, sedang kamu mengetahuinya” (Al-Baqarah : 188)

“Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil, kecuali dengan perniagaan (jualbeli) dengan suka sama suka diantara kamu”

(An-Nissa’ : 29)

Kedua-dua ayat diatas dengan tegasnya melarang orang-orang yang beriman untuk 

mengambil harta orang lain dengan cara yang salah. Nabi Muhammad SAW menegaskan betapa pentingnya mendapatkan harta melalui jalan yang sah:

Ditanya ‘apakah cara yang paling baik untuk mendapatkan harta’ Nabi Muhammad SAW

menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya, dan melalui jualbeli yang sah”.(Ahmad, No.: 1576)

Daripada diatas, adalah jelas bahawa peniaga Muslim mestilah medapatkan

 pendapatannya dengan cara yang halal dan sah. Dia bukan sahaja perlu mengelakkan darimendapatkan harta haram malah perlu menjauhkan dirinya dari pekerjaan yang agak 

kabur dan ragu-ragu. Nabi Muhammad SAW seterusnya bersabda:

“Tinggalkan perkara-perkara yang diragui dan dekatilah perkara-perkara yang jelas”

(Tirmidhi, No.: 2442)

Perkara-perkara yang halal dan haram sememangnya dengan jelas diperkatakan dalam

Islam, dan antaranya adalah perkara yang diragui, yang mana ianya patut dijauhi. Peniaga

Islam yang sebenar sepatutnya menjauhi perkara yang diragui bagi meletakkan dirinya

Page 2: Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

8/8/2019 Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

http://slidepdf.com/reader/full/prinsip-dan-kondisi-disiplin-etika-dalam-transaksi-komersil-islam 2/5

  jelas dalam keimanannya dan amanah kerana sesiapa yang memasuki perkara yang

diragui akan semestinya jatuh kedalam kategori haram. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Akan tiba masanya apabila manusia sudah tidak lagi peduli tentang bagaimana caranya

seseorang mendapatkan pendapatannya samada cara yang halal atau haram” (Bukhari,

 No.: 1941)

Perkara paling utama yang paling dibenci dalam perniagaan Islam adalah Riba. Riba

(faedah), dar segi maksudnya, adalah jumlah lebihan yang mana pemberi pinjamanmengenakan keatas peminjam bagi pembayaran secara ansuran. Islam mengharamkan

segala bentuk Riba memandangkan ianya mengandungi penindasan dan eksploitasi. Islam

 juga begitu tegas menghalang dan mengecam bentuk penindasan ini. Qur’an menyatakan

seperti berikut:

“Allah membenarkan perniagaan dan mengharamkan Riba” (Al-Baqartah: 275)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang berlipat kali gandadan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu menang” (Al-Imran: 130)

“Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu,

  jika kamu orang yang beriman. Kalau kamu tidak membuatnya, ketahuilah ada

 peperangan dari Allah dan Rasulnya terhadapmu dan jika kamu bertaubat, maka untukmu

 pokok-pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula teraniaya” (Al-Baqarah:278-279)

 Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Moga Allah menurunkan kemurkaannya ketasa mereka yang mengambil riba dan

sesiapa yang membayar riba tersebut, dan dua saksi yang menyaksikannya dan sesiapayang menulisnya” (Ahmad, No.: 624)

Semua diatas dan banyak lagi ayat-ayat Quran yang lain dan sabda Nabi MuhammadSAW yang dengan jelas menyatakan bahawa setiap transaksi yang melibatkan riba tidak 

kra dalam bentuk yang macamanapun, adalah haram dalam pandangan Islam. Mengikut

ajaran Al-Quran, terdapat perbezaan ketara diantara keuntungan perniagaan yang sebenar 

dan faedah; yang mana keuntungan tu adalah digalakkan dan faedah itu dibenci dandicemuh.

2. Perniagaan melalui persetujuan bersama

Persetujuan bersama diantara pihak terbabit adalah satu kondisi yang diperlukan bagi

mendapatkan transaksi perniagaan yang sah. Oleh yang demikian perniagaan yangdipaksa adalah tidak diterima dalam Islam. Hanya perniagaan yang dipersetujui bersama

dikira sah. Mengambil kesempatan diatas kelemahan seseorang dan mengenakan harga

yang tinggi adalah salah satu bentuk eksploitasi dan dengan yang demikian adalah

ditegah dalam Islam.

Page 3: Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

8/8/2019 Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

http://slidepdf.com/reader/full/prinsip-dan-kondisi-disiplin-etika-dalam-transaksi-komersil-islam 3/5

“Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang

  batil, kecuali dengan perniagaan (jualbeli) dengan suka sama suka diantara kamu.

Janganlah kamu bunuh dirimu (saudaramu). Sesungguhnya Allah Penyayang kepadamu”(An-Nissa’ : 29)

Kesimpulannya terdapat dua elemen dalam teori kontral Islam, iaitu persetujuan bersamadan pertukaran yang menguntungkan. Seseorang itu akan dapat mengenalpasti

kepentingan persetujuan bersama dalam mendapatkan transaksi yang sah. Nabi

Muhammad SAW bersabda:

“ Jualan akan hanya akan dikenalpasti sebagai jualan yang sah hanya apabila dibuat

melalui persetujuan bersama” (Ibnu Majah, No: 2176)

3. Ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaan

Islam menggalakkan ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaan dan menaikkan

status peniaga yang telus/jujur sehinggakan mereka ini ditempatkan dalam satu taraf yangsama dengan pejuang syahid dihari akhirat nanti. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Peniaga yang telus/jujur akan dihadiahkan pada hari kebangkitan bersama-sama dengan

nabi-nabi, manusia yang ikhlas, pejuang syahid dan ulamak” (Tirmidhi, No: 1130)

 Nabi Muhammad SAW seterusnya menegaskan bahawa orang yang beriman hendaklahmenganuti fahaman ketelusan/kejujuran dalam transaksi perniagaannya. Nabi

Muhammad SAW bersabda:

“ Penjual dan pembeli mempunyai hak untuk menyimpan atau memulangkan barangan

tersebut selama mana mereka tidak lagi berpisah dipasar, dan jika kedua pihak bercakap

 benar dan menerangkan kebaikan dan kelemahan barangan tersebut, maka mereka ituakan dirahmati dalam transaksi, dan jika mereka menipu atau menyembunyikan sesuatu,

maka kerahmatan tersebut akan hilang” (Bukhairi, No.: 1937)

Kesimpulannya Allah merahmati transaksi perniagaan sekiranya penjual dan pembeli

adalah telus/jujur sesama mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Peniaga adalah orang yang berdosa”, Sahabat kemudiannya bertanya, adakah Allahtidak membenarkan perniagaan? Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sudah semestinya

Allah membenarkan perniagaan, tetapi para peniaga ini kemudiannya akan bersumpah

dengan nama Allah tetapi tetap berbuat jahat, mereka tidak akan bercakap kecualimenipu” (Ahmad, No. 14982)

4. Kepercayaan/amanah dalam transaksi perniagaan

Kepercayaan/amanah adalah salah satu dari prinsip dan disiplin etika perniagaan

komersil. Amanah adalah nilai moral dan tugas yang mesti dipenuhi oleh setiap orang

Islam dalam segenap aspek kehidupannya. Ia menagih keikhlasan dalam pekerjaan dan

Page 4: Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

8/8/2019 Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

http://slidepdf.com/reader/full/prinsip-dan-kondisi-disiplin-etika-dalam-transaksi-komersil-islam 4/5

niat yang suci dari setiap insan. Peniaga Islam tulin tidak akan menggadaikan akhiratnya

untuk keuntungan dunia. Dia akan mengelak dari penipuan, disepsi, dan segala macam

cara untuk menipu dalam perniagaannya. Keperluan amanah menghendaki kelemahandan kebaikan komoditi diserlahkan kepada pembeli supaya pembeli dapat membelinya

dengan selesa dan tanpa syak. Allah berfirman,

“ Hia orang-orang yang beriman, janganlah kamu khianat terhadap Allah dan rasul dan

 jangan kamu pula khianat terhadap barang-barang yang diamanahkan kepadamu, sedang

kamu mengetahui” (Al-Anfaal: 27)

5. Pemurah dan bertolak ansur dalam transaksi perniagaan

Seseorang itu mestilah bertolak ansur dan pemurah dalam transaksinya. Oleh yangdemikian, sesiapa yang mengutip hutang dari penghutang hendaklah melakukannya

dalamn bentuk berhemah. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“ Moga Allah merahmati sesiapa yang bertolak ansur dalam pembelian, penjualan dandalam mengutip hutang” (Bukhari, No: 1934)

 Nabi Muhammad SAW begitu tegas dalam menghendaki pemiutang bertolak ansur dan

 pemurah dalam mengutip hutang. Peminjam, pada masa yang sama hendaklah membayar 

hutangnya dengan baik dan ikhlas. Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling

 baikm dalam membayar hutang.

Abu Rafi’ melaporkan Nabi Muhammad SAW pernah mengambil satu ekor anak unta

sebagai pinjaman. Apabila membayar hutangnya, nabi Muhammad meminta Abu rafi’supaya membayar pemiutangnya dengan seekor anak unta yang paling baik. Nabi

Muhammad SAW bersabda: Berilah kepadanya yang terbaik, kerana mereka yang terbaik 

diantara kamu adalah mereka yang membayar hak orang lain dengan lebih baik. (muslim, No.: 3002)

6. Memenuhi dan menyempurnakan tanggungjawab perniagaan

Islam juga begitu menekanklan kepentingan mematuhi dan memenuhi tanggungjawab

dan janji dalam kontrak. Islam mengajar umatnya dan peniaganya untuk memenuhi

tanggungjawab, amanah, janji dan kontrak. Prinsip asas kejujuran, amanah, ikhlas danintegriti adalah termasuk dalam perniagaan. Quran begitu menitikberatkan obligasi moral

dalam memenuhi tanggungjawab kontrak dan akujanji. Allah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, tepatilah segala janjimu….” (Al-Maidah: 1)

 Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Orang-orang Islam adalah terikat dengan janji-janjinya” (Abu Daud: No. 3120)

 Nabi Muhammad SAW menceritakan tanduk-tanduk orang tidak amanah:

Page 5: Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

8/8/2019 Prinsip Dan Kondisi Disiplin Etika Dalam Transaksi Komersil Islam

http://slidepdf.com/reader/full/prinsip-dan-kondisi-disiplin-etika-dalam-transaksi-komersil-islam 5/5

“ Jika ia berbuat janji, ia mungkirinya dan jika ia berbuat satu amanah, ia menghancurkan

amanah tersebut” (Bukhari, No.: 32)

Bagi menjaga kepentingan pembeli dan penjual, adalah penting untuk menjelaskan

 perkara-perkara jelas dalam setiap perjanjian. Setiap perjanjian mestilah dengan jelas

mengenalpasti kualiti, kuantiti dan harga komoditi tersebut. Yang demikian, bai satutransaksi jualbeli, dalam tawaran dan penerimaan, ianya mestilah dibuat oleh pihak 

terbabit dan mampu dipenuhi. Bagi komoditi yang tidak wujud atau kabur, ianya tidak 

  boleh diperdagangkan. Setiap kontrak mestilah jelas terhadap tanggungjawan danobligasi pihak terbabit suapay ianya tidak menjurus kearah pertelingkahan diantara

mereka.

7. Layanan adil terhadap pekerja

Islam meletakkan kondisi dan halangan bagi mengelakkan peluang adanya masalah

diantara majikan dan pekerja. Islam menggalakkan semangat kekitaan dan persaudaraan

diantara mereka. Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi tanggungjawab agama danmoral bagi majikan untuk menjaga kebajikan perkerja mereka. Gaji yang munasabah,

tempat kerja yang sesuai dan layanan yang baik mestilah diberikan kepada pekerja. NabiMuhammad SAW bersabda:

“ Mereka adalah saudara kamu (pekerja) yang mana mereka dikelilingmu, Allah telah

meletakkan mereka dibawah jagaanmu. Jadi, jika sesiapa mempunyai pekerja, merekasepatutnya menyuap mereka seperti apa yang kamu makan, memberi pakai mereka seperi

apa yang kamu pakai, dan janganlah kamu bebankan mereka atas kesanggupan yang

tidak dapat dipenuhi, jika begitu, maka tolonglah mereka” (Bukhari: 2359)

 Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Aku akan menjadi mush bagi tiga jenis manusia ini dihari akhirat, salah seorang dari

mereka adalah mereka yang apabila mengambil pekerja untuk menyempurnakan tugas,

tetapi tidak memberikan gaji yang setimpal” (Bukhairi, No. 2109)

 Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Gaji setiap pekerja mestilah dibayar kepada mereka sebelum peluh mereka keringdibadan mereka” (Ibn Majah, No: 2434).