Upload
hmamppm8574
View
331
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBELAJARAN AWAL MATEMATIK DI PRASEKOLAH
FOKUS
Pengertian matematik Kepentingan pembelajaran
matematik Prinsip-prinsip pembelajaran
matematik – National Council Teaching Mathematics) NCTM
PENGERTIAN MATEMATIK
Matematik berasal daripada perkataan “mathema’” yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih mendalam dan lebih teknikal
Didefinasikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang. Kajian mengenai nombor & gambarajah
Satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul dari proses penaakulan terhadap kejadian di alam sekeliling atau cakerawala.
Satu sitem logik yang menetukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa matematik yang terdiri daripada simbol, hukum atau operasinya.
Pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman pemikiran kanak-kanak.
Satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Melibatkan pemikiran ataupun pertimbanagn induktif dan deduktif menggunakan nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.
KEPENTINGAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Melatih individu menaakul secara logik dan rasional
Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran dan kerja
Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam matematik
Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.
Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik
Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir, meningkatkan perasan ingintahu dan suka menyiasat
Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matemati
NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATICS (NCTM)
PRESIDENT: HENDRY KEPNER MISI
- saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan matematik- mengalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme di kalangan guru
- menyunbang kepada suasana pembelajaran matematik yang berkualiti
PRINSIP-PRINSIP NCTM
PERKONGSIAN KURIKULUM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENAKSIRAN TEKNOLOGI
PERKONGSIAN / EQUITY Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk
melibatkan diri antara murid, guru, keluarga dan masyarakat
Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain;
Pihak sekolah perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk meneroka matematik;
Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum untuk perkembangan individu murid dan guru perlu diperlengkapkan;
Murid didedahkan dengan suasana yang berhadapan dengan cabaran dan pengalaman pembelajaran matematik yang bermakna
PERKONGSIAN/ EQUITY Elemen dalam perkongsian
Semua perkara dalam elemen ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran matematik bagi memaksimumkan pemerolehan pembelajaran murid
Harapan yang tinggi
Hormat-menghormatiMemahami
Sokongan moral
KURIKULUM / CURRICULUM
Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan, berfokus kepentingan matematik dan mengikut perkembangan tahap murid
perlu mempunyai perkaitan antara satu topik dengan yang lain
murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik agar murid lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam
Murid perlu diberi peluang untuk meneroka dunia matematik mengikut tahap perkembanagn mereka
PENGAJARAN / TEACHING
Guru perlu memahami pengetahuan sedia ada murid dan apa yang mereka perlu belajar
guru perlu menguasai bidang matematik yang diajar dan komited kepada murid
Guru perlu mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya pemikiran matematik
Pengajaran yang efektif dalam matematik
Pilih dan guna ABM yang sesuai Gunakan teknik penyampaian arahan yang
sesuai Menjalankan penambahbaikan yang berterusan
dalam diri guru tersebut Menentukan topik yang hendak difokuskan pada
hari itu Mengetahu cara mengurus murid semasa
melakukan aktiviti Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras
kesukaran
PEMBELAJARAN / LEARNING
Murid perlu belajar secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada
murid memahami konsep matematik terlebih dahaulu dan kemudiannya mampu menggunakan ia dalam pelbagai keadaan
cara terbaik dalam penguasaan matematik ialah dengan cara penggabungan pemahaman fakta, konsep dan prosedur
Pembelajaran perkara asas dalam matematik adalah penting
apabila murid mula menguasai sesuatu topik, maka dia boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan atau yang lebih sukar
PENAKSIRAN / ASSESSMENT
Penaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran matematik dan membekalkan maklumat penting kepada guru dan murid
Melalui penaksiran, guru dapat menentukan kaedah terbaik untuk program pengayaan sama ada dalam bentuk pemberian bahan rujukan tambahan, mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan sesuatu yang berbeza kepada murid yang memerlukan latihan tambahan
guru perlu melakukan pelbagai jenis penaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih tepat
Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa yang telah mereka pelajari
Contoh penaksiran: - soalan - temu bual - ujian bertulis
TEKNOLOGI / TECHNOLOGY
Teknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran & pembelajaran matematik, ia juga mempengaruhi pengajaran dan memperkukuhkan pengetahuan murid
Penggunaan komputer dan kalkulator membenarkan murid mempelajari matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul
Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah sukar dengan kemudahan-kemudahan fungsi istimewa
teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran murid tetapi bukan sebagai guru sebenar
Murid perlu memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi
Guru pula perlu menetukan bila murid boleh menggunakan teknologi.
PERSOALAN:
BAGAIMANA GURU DAPAT MENGAPLIKASIKAN KEENAM-ENAM PRINSIP NCTM DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MEREKA?