11
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 674 PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH Tengku Elmi Azlina Tengku Muda Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected] Noriah Mohd Ishak PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Rorlinda Yusof PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat profil kecerdasan emosi (EQ) ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian. Seramai 168 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling yang berkhidmat di 168 buah sekolah menengah harian di Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian. Data telah dikumpulkan menggunakan Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM) /Malaysian Emotional Quoetient Inventory (MEQI) oleh Noriah Mohd Ishak et al (2004). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 20.0 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan, ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian memperoleh peratus skor yang tinggi bagi tujuh domain kecerdasan emosi (Kesedaran Kendiri, Regulasi Kendiri, Motivasi Kendiri, Empati, Kemahiran Sosial, Kerohanian dan Kematangan). Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati ketua guru bimbingan dan kaunseling mempunyai peratus skor yang sederhana pada sub-domain kecerdasan emosi. Sub-domain tersebut melibatkan komponen membantu orang lain, kesedaran politik, pemangkin perubahan, membina hubungan, kolaborasi, kerja berpasukan dan komunikasi. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman. Kata kunci: Kecerdasan Emosi, Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Cabaran menangani permasalahan manusia yang pelbagai memerlukan guru bimbingan dan kaunseling (GBK) memiliki kemahiran khusus bagi meningkatkan kecekapan profesionalisme mereka. Di sekolah tanggungjawab GBK bukan sahaja perlu memastikan kecemerlangan pelajar malah perlu mengambil tanggungjawab memelihara kesejahteraan keseluruhan warga sekolah. Cabaran menjadi lebih tinggi apabila sesetengah GBK diberi amanah untuk menjawat jawatan sebagai ketua GBK. Jawatan sebagai ketua sudah tentunya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membentuk keharmonian dan sikap saling bekerjasama dalam kalangan rakan sejawat yang lain. Selain daripada mempunyai tanggungjawab untuk membentuk keharmonian di kalangan rakan sejawat, ketua GBK juga perlu membentuk keharmonian perhubungan dengan pihak pentadbir, guru-guru dan juga pelajar. Menyedari hakikat terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai ketua yang perlu dilaksanakan, sudah tentulah mereka memerlukan kecerdasan emosi yang tinggi dalam menghadapi cabaran kerjaya. Goleman (1996) menyatakan pentingnya kecekapan kecerdasan emosi terhadap profesional kaunseling dan mendapati kecerdasan emosi dapat dikaitkan dengan prestasi kerja yang melibatkan kepercayaan dan keyakinan diri terhadap kemampuan melaksanakan tugas dalam

PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 674

PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH

Tengku Elmi Azlina Tengku Muda

Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected]

Noriah Mohd Ishak

PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

Rorlinda Yusof

PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat profil kecerdasan emosi (EQ) ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian. Seramai 168 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling yang berkhidmat di 168 buah sekolah menengah harian di Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian. Data telah dikumpulkan menggunakan Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM) /Malaysian Emotional Quoetient Inventory (MEQI) oleh Noriah Mohd Ishak et al (2004). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 20.0 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan, ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian memperoleh peratus skor yang tinggi bagi tujuh domain kecerdasan emosi (Kesedaran Kendiri, Regulasi Kendiri, Motivasi Kendiri, Empati, Kemahiran Sosial, Kerohanian dan Kematangan). Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati ketua guru bimbingan dan kaunseling mempunyai peratus skor yang sederhana pada sub-domain kecerdasan emosi. Sub-domain tersebut melibatkan komponen membantu orang lain, kesedaran politik, pemangkin perubahan, membina hubungan, kolaborasi, kerja berpasukan dan komunikasi. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman. Kata kunci: Kecerdasan Emosi, Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Cabaran menangani permasalahan manusia yang pelbagai memerlukan guru bimbingan dan kaunseling (GBK) memiliki kemahiran khusus bagi meningkatkan kecekapan profesionalisme mereka. Di sekolah tanggungjawab GBK bukan sahaja perlu memastikan kecemerlangan pelajar malah perlu mengambil tanggungjawab memelihara kesejahteraan keseluruhan warga sekolah. Cabaran menjadi lebih tinggi apabila sesetengah GBK diberi amanah untuk menjawat jawatan sebagai ketua GBK. Jawatan sebagai ketua sudah tentunya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membentuk keharmonian dan sikap saling bekerjasama dalam kalangan rakan sejawat yang lain. Selain daripada mempunyai tanggungjawab untuk membentuk keharmonian di kalangan rakan sejawat, ketua GBK juga perlu membentuk keharmonian perhubungan dengan pihak pentadbir, guru-guru dan juga pelajar. Menyedari hakikat terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai ketua yang perlu dilaksanakan, sudah tentulah mereka memerlukan kecerdasan emosi yang tinggi dalam menghadapi cabaran kerjaya. Goleman (1996) menyatakan pentingnya kecekapan kecerdasan emosi terhadap profesional kaunseling dan mendapati kecerdasan emosi dapat dikaitkan dengan prestasi kerja yang melibatkan kepercayaan dan keyakinan diri terhadap kemampuan melaksanakan tugas dalam

Page 2: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 675

pekerjaan. Kajian berkaitan kecerdasan emosi kaunselor yang dijalankan oleh beberapa pengkaji telah mencadangkan supaya kaunselor membina kecekapan kecerdasan emosi yang tinggi bersesuaian dengan tekanan dalam persekitaran kerjaya (Constantain 2000; Easton 2005; Martin 2002, Rorlinda 2009).

Keberkesanan perkhidmatan kaunseling banyak bergantung kepada ciri personaliti yang ada pada guru kaunseling. Ciri-ciri kualiti guru kaunseling berkesan adalah seperti berikut; mempunyai pengetahuan dari segi (i) tahap kecekapan menganalisa perasaan sendiri, (ii) nilai dan keyakinan diri, (iii) sifat penyabar dan penyayang, (iv) kesedaran interpersonal yang melibatkan pengalaman budaya, (v) kebolehan menjadi model yang berpengaruh, (vi) mengutamakan orang lain, (vii) fleksibel, dan (viii) mempunyai perasaan belas dan empati (Belkin, 1981; Taiwo Hanbal, 1998; Kamaruzzaman Hj Jamal, 1995; dan Lawrence & Ginger McDonald, 1999). Kesemua sifat-sifat peribadi yang digariskan selaras dengan konstruk yang terkandung di dalam Model Kecerdasan Emosi Goleman (1995 dan Noriah et al, 2004).

2. Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi (KE) sebagai kebolehan individu untuk mengenal pasti dan mengurus emosi sendiri serta memotivasikan diri dan mengenal pasti emosi orang lain serta menjalin hubungan mesra dengan mereka (Goleman 1998). Satu set kompetensi atau kemahiran yang berasaskan emosi dan membolehkan seseorang mengurus kehidupan dengan baik. Kecerdasan ini melibatkan kebolehan (i) menyelami emosi sendiri untuk mengetahui dan menilai keadaan diri, (ii) menggunakan kecenderungan emosi tersebut untuk membimbing atau memudahkan pencapaian sesuatu matlamat, (iii) menyedari perasaan, keperluan, kehendak, masalah atau kegusaran orang lain, (iv) menyedari kepentingan nilai agama sebagai perintis kehidupan, dan (vi) menggunakan pengalaman hidup (diri atau klien) sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah (Noriah, 2005). Dalam konteks kajian ini, kecerdasan emosi, ketua GBK diukur berdasarkan tujuh domain kecerdasan emosi (kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan)

3. Ketua Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam kajian ini adalah individu yang menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah. Dari segi kelayakan akademik, mereka memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda pendidikan bimbingan dan kaunseling dan dilantik sebagai ketua oleh pihak sekolah berdasarkan senioriti atau paling lama tempoh berkhidmat di sekolah tersebut.

4. Sekolah Menengah

Sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini adalah seluruh sekolah menengah harian biasa di Selangor dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah menengah berasrama penuh, sekolah menengah teknik dan sekolah menengah agama tidak dijadikan subjek kajian.

Page 3: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 676

5. Kerangka Teoritikal

Rajah 1: Kerangka Teoritikal Model Kecerdasan Emosi Goleman-Noriah (2004)

Rajah di atas menunjukkan domain kecerdasan emosi oleh Goleman-Noriah (2004) yang mengukur tahap kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor. Instrumen yang digunakan adalah Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM) /Malaysian Emotional Quoetient Inventory (MEQI) oleh Noriah Mohd Ishak et al (2004). Domain kecerdasan emosi tersebut mengandungi 28 subdomain . Domain kesedaran kendiri merupakan kebolehan mengenali keadaan dalaman iaitu pemilihan yang ingin dilakukan serta mengenalpasti sumber atau instuisi dalam diri sendiri. Domain kesedaran kendiri dibahagikan kepada 4 subdomain (kesedaran emosi, ketepatan penilaian kendiri, keyakinan diri dan niat). Domain regulasi kendiri adalah kebolehan seseorang untuk menilai keadaan dalaman, naluri dan sumber yang wujud dalam diri. Domain regulasi kendiri terbahagi kepada 5 subdomain ( kawalan kendiri, kebolehpercayaan, bertanggungjawab, kebolehadaptasian dan inovasi). Domain motivasi kendiri adalah kecenderungan emosi yang membimbing dan memudahkan seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Domain motivasi kendiri juga terbahagi kepada 5 subdomain ( dorongan pencapaian, komitmen, inisiatif, optimis dan minat). Bagi domain empati ianya adalah kebolehan seseorang membaca dan merasai perasaan, keperluan dan kehendak orang lain. Domain empati terbahagi kepada 6 subdomain (memahami orang lain, membina potensi orang lain, orientasi perkhidmatan, mencungkil kepelbagaian, kesedaran politik dan penyayang). Domain kemahiran sosial adalah kemahiran individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah dan konflik dengan baik. Domain kemahiran sosial mengandungi 8 subdomain ( pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, membina hubungan, kolaborasi dan keupayaan berpasukan). Domain kerohanian adalah kebolehan individu menghayati nilai agama dalam menghadapi masalah seharian. Akhir sekali bagi domain kematangan adalah kebolehan individu menyelesaikan masalah atau membuat keputusan berpandukan pemikiran rasional.

6. Penyataan Masalah

Keberkesanan perkhidmatan kaunseling memerlukan kepada penjawatnya mempunyai kecekapan dan kecerdasan emosi yang tinggi. Kajian-kajian literatur menunjukkan guru-guru kaunseling kini berhadapan dengan berbagai isu persekitaran kerja yang melibatkan dirinya, pihak pentadbir, rakan sekerja, pelajar dan ibubapa (Abdul Karim Llin, 1998; Azmi Abd.Rahman, 2005; Gambang, 2005; Haslee, 2003; Siti Halimah, 2003; Suradi, 1994, 2004, 2005). Rorlinda (2009) melalui hasil kajiannya

Page 4: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 677

berkaitan kecerdasan emosi guru-guru kaunseling di negeri Selangor telah mendapati guru kaunseling memperoleh skor sederhana pada empat domain kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri dan kemahiran sosial.Skor sederhana ini disebabkan guru kaunseling memperoleh skor yang rendah pada komponen yang terkandung di dalam domain kecerdasan emosi berkenaan.

Kajian lain berkaitan kecerdasan emosi guru kaunseling telah dijalankan oleh Rorlinda, Syafrimen, Noriah & Amla (2010) berkaitan dengan profil kecerdasan emosi guru-guru kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah berada pada peringkat sederhana di mana sepatutnya tahap kecerdasan emosi mereka adalah pada peringkat yang tinggi.Hasil kajian juga menunjukkan guru kaunseling tersebut mempunyai min skor yang sederhana bagi domain kesedaran kendiri, kemahiran sosial, regulasi kendiri dan motivasi kendiri.

Kajian Goleman (1996) juga menunjukkan bahawa guru kaunseling sekolah menengah mendapat skor yang sederhana pada domain regulasi kendiri dan motivasi kendiri. Melalui perbincangan tersebut, ianya jelas menunjukkan bahawa guru bimbingan dan kaunseling mempunyai kecerdasan emosi di tahap yang sederhana terutama dalam domain seperti kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri dan kemahiran sosial. Ini merupakan satu perkara yang perlu dikaji memandangkan guru bimbingan dan kaunseling adalah insan yang menjadi role model dalam kalangan pelajar dan warga sekolah. Justeru kenapa guru bimbingan dan kaunseling tidak mempunyai tahap kecerdasan emosi di peringkat tinggi perlu dikaji.

Kajian tahap kecerdasan emosi ke atas ketua guru bimbingan dan kaunseling agak kurang. Oleh yang demikian kajian ini melengkapkan lagi hasil kajian berkaitan tahap kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling dimana sebagai ketua, mereka sepatutnya perlu berada pada tahap kecekapan yang tinggi.

7. Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat profil kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian di Selangor. Secara lebih khusus tujuan kajian ini dijalankan ialah:

1. Untuk melihat profil kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor.

2. Mengenalpasti komponen teras dan kritikal kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling di Selangor.

3. Mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor mengikut jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling.

8. Persoalan Kajian

1. Apakah profil kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor? 2. Apakah komponen-komponen teras dan kritikal kecerdasan emosi dalam kalangan ketua guru

bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor? 3. Adakah terdapat perbezaan kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah

menengah di Selangor mengikut jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling?.

Page 5: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 678

9. Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor mengikut jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman sebagai guru kaunseling

10. Metodologi

10.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan analisis data melalui perisian SPSS versi 20.0 menggunakan instrumen Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM) /Malaysian Emotional Quoetient Inventory (MEQI) oleh Noriah Mohd Ishak et. al (2004).

10.2 Subjek Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 168 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah harian di Selangor menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Jumlah sampel di sepuluh daerah di Selangor adalah hulu Langat ( 23 0rang), Gombak ( 22 orang), Kuala Langat ( 11 orang), Kuala Selangor ( 11 orang), Petaling Utama ( 20 orang), Petaling Perdana ( 31 orang), Sepang (7 orang),Klang (23 orang), Hulu Selangor (11 orang) dan Sabak Bernam ( 6 orang). Dari segi jantina seramai 37 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling adalah lelaki dan 131 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling perempuan.

10.3 Instrumen

Kajian ini menggunakan Inventori Kecerdasan Emosi Malaysia (IKEM) yang telah dibina oleh Noriah et.al (2000) menerusi model kecerdasan emosi Goleman (1999) yang dikumpul dalam kajian kecerdasan emosi. Instrumen ini mempunyai 210 item yang mengukur tujuh domain faktor kecerdasan emosi pada skala likert 5-mata. Tujuh domain tersebut ialah (a) kesedaran kendiri, (b) regulasi kendiri, (c) motivasi kendiri, (d) empati, (e) kemahiran sosial, (f) kerohanian, dan (g) kematangan. Domain-domain tersebut dibentuk berasaskan kepada lima faktor yang dikemukakan oleh Goleman (1999) serta dua faktor yang ditemui dan dikenal pasti oleh Noriah et.al. (2003).

10.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat ujian

Beberapa orang pengkaji telah menjalankan ujian pengesahan terhadap Inventori Kepintaran Emosi Malaysia. Hasil ujian rintis yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik IRPA UKM (2003) menghasilkan nilai kebolehpercayaan sebanyak .9768. Kajian rintis yang dijalankan oleh Syed Najmuddin (2005) memperolehi nilai Cronbach Alpha yang tinggi iaitu di antara 0.80 hingga 0.97 pada ketujuh-tujuh domain kecerdasan emosi. Ini menunjukkan bahawa soal selidik kecerdasan emosi boleh mengukur domain-domain dalam kecerdasan emosi.

10.5 Penganalisaan Data

Data-data yang diperoleh telah dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Statistik deskriptif min dan peratusan digunakan untuk melihat tahap kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling di Selangor. Analisis min dan peratusan juga digunakan untuk mengenalpasti komponen teras dan kritikal kecerdasan emosi dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling. Analisis MANOVA digunakan untuk melihat perbezaan kecerdasan emosi dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling berdasarkan faktor jantina,umur, pendidikan dan tahap pengalaman.

Page 6: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 679

11. Dapatan Kajian

Apakah Profil Kecerdasan Emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Selangor?

Jadual 1: Skor Peratus dan Skor Min Kecerdasan Emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Selangor

Domain EQ Min Peratusan N (168)

Kesedaran Kendiri 101.89 87.91 Regulasi Kendiri 159.24 99.21 Motivasi Kendiri 107.51 86.19 Empati 168.96 82.46 Kemahiran Sosial 145.23 83.97 Kerohanian 37.46 83.82 Kematangan 25.46 84.86 Total 746.01 85.49

Berdasarkan jadual 1 diatas, didapati ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi bagi semua domain kecerdasan emosi. Domain yang mencapai skor peratus 81% ke atas dikategorikan sebagai mempunyai tahap kecekapan yang tinggi. Domain regulasi kendiri mendahului domain-domain yang lain iaitu 99.21%. Nilai indeks skor keseluruhan kecerdasan emosi adalah 85.49%. Apakah Komponen Teras dan Kritikal Kecerdasan Emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling di Selangor?

Secara keseluruhan model kecekapan emosi Goleman Noriah (2004) mempunyai tujuh domain utama dan dua puluh lapan sub domain. Tujuh domain utama kecerdasan emosi merangkumi domain kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial, kerohanian dan kematangan. Setiap domain kecerdasan emosi mempunyai subdomain yang tersendiri. Skor subdomain yang diperolehi oleh ketua guru bimbingan dan kaunseling dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komponen teras dan komponen kritikal. Penentuan komponen teras dan kritikal adalah merujuk kepada MEQI Scoring yang telah ditetapkan dalam Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM-DEWASA) oleh Goleman-Noriah (2004). Komponen kecekapan yang memperolehi skor antara 81% hingga 100% adalah pada tahap tinggi manakala skor antara 61% hingga 80% adalah tahap sederhana. Skor 41% hingga 60% adalah pada tahap rendah. Skor kurang dari 40 dikira sangat rendah. Komponen yang memperolehi skor 81% hingga 100% di ambil kira sebagai komponen teras manakala skor yang memperolehi kurang daripada 81% adalah komponen kritikal.

a) Komponen Teras

Berdasarkan kepada skor kecerdasan emosi yang diperolehi bagi ketua GBK dalam kajian ini, terdapat beberapa subdomain dalam domain kecekapan kecerdasan emosi yang memperolehi min skor melebihi 81% iaitu kesedaran emosi (88.04%), ketepatan penilaian kendiri (88.59%), keyakinan diri (87.86%), kejujuran (87.14%) bagi domain kesedaran kendiri. Bagi domain regulasi kendiri, subdomain yang melebihi skor 81% ialah kawalan kendiri (85.53%), kebolehpercayaan (90.14%), bertanggungjawab (90.35%), kebolehsuaian (91.09%) dan inovasi (88.92%). Bagi domain motivasi kendiri, subdomain yang terlibat adalah dorongan pencapaian (84.49%), minat (85.29%), komitmen (88.68%) dan inisiatif (86.33%). Subdomain di bawah domain empati pula adalah mencungkil kepelbagaian (86.11%), orientasi perkhidmatan (85.33%), memahami orang lain (82.13), mengembangkan potensi orang lain (81.16%) dan penyayang (82.02%). Akhir sekali subdomain di

Page 7: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 680

bawah domain kemahiran sosial meliputi subdomain pengurusan konflik (84.25%), kepimpinan (82.85%) dan mempengaruhi orang lain (83.76%). (Rajah 2)

Jadual 2: Profil Komponen Teras Kecerdasan Emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Selangor

Domain EQ Sub Domain EQ Peratusan

KESEDARAN KENDIRI Kesedaran Emosi 88.04 Ketepatan Penilaian Kendiri 88.59 Keyakinan diri 87.86 Kejujuran 87.14

REGULASI KENDIRI Kawalan Kendiri 85.53 Kebolehpercayaan 90.14 Bertanggungjawab 90.35 Kebolehsuaian 91.09 Inovasi 88.92

MOTIVASI KENDIRI Dorongan Pencapaian 84.49 Minat 85.29 Komitmen 88.68 Inisiatif 86.33 EMPATI Mencungkil Kepelbagaian 86.11 Orientasi Perkhidmatan 85.33 Memahami Orang Lain 82.13 Mengembangkan Potensi Orang Lain 81.16 Penyayang 82.02 KEMAHIRAN SOSIAL Pengurusan Konflik 84.25 Kepimpinan 82.85 Mempengaruhi Orang Lain 83.76

b) Komponen Kritikal Terdapat tujuh komponen yang mempunyai tahap kecekapan pada tahap sederhana atau dikategorikan sebagai komponen kritikal iaitu membantu orang lain (79.73%), kesedaran politik (80.76%), pemangkin perubahan (80.56%), membina hubungan (80.33%), kolaborasi (80%), kerja berpasukan (77.97%) dan komunikasi (75.80%). (Jadual 3).

Jadual 3: Profil Komponen Kritikal Kecerdasan Emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Selangor

Sub Domain EQ Peratusan

Membantu Orang Lain 79.73 Kesedaran Politik 80.76 Pemangkin Perubahan 80.56 Membina Hubungan 80.33 Kolaborasi 80.00 Kerja Berpasukan 77.97 Komunikasi 75.80

Page 8: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 681

Ini bermakna daripada dua puluh lapan komponen yang dikaji, dua puluh satu daripadanya merupakan komponen teras dan terdapat tujuh komponen kritikal bagi kumpulan ketua guru bimbingan dan kaunseling kajian ini. Perbezaan Kecerdasan Emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Selangor Mengikut Jantina, Umur, Tahap Pendidikan dan Pengalaman Sebagai Guru Kaunseling.

Hipotesis kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Selangor berdasarkan faktof jantina, umur, pengalaman dan tahap pendidikan. Untuk tujuan pengujian hipotesis, data-data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan statistik MANOVA. (Jadual 4)

Jadual 4: Keputusan analisis MANOVA perbezaan kecerdasan emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Selangor.

Source Type III df Mean Square F Sig. Sum Of Squares

Jantina 0.212 1 0.212 0.012 0.885 Umur 2.097 2 1.048 0.104 0.901 Pendidikan 3.037 1 3.037 0.302 0.584 Pengalaman 13.755 2 6.877 0.684 0.506

Signifikan pada aras p < 0.05 Keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak dapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi terhadap jantina (F(1,145)=0.012, p= 0.885(p>0.05), umur( F(1,145)=0.104, p=0.901(p>0.05), pendidikan (F( 1,145) =0.302, p=0.584 (p>0.05), pengalaman (F,145 )=0.684, p=0.506(P>0.05).Dengan keputusan ini hipotesis yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling berdasarkan faktor jantina, umur, pendidikan dan pengalaman diterima. 11. Perbincangan

Profil Kecerdasan Emosi Ketua Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah di Selangor.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, ketua guru bimbingan dan kaunseling (GBK) di Selangor mempunyai tahap kecekapan kecerdasan emosi yang tinggi iaitu melebihi skor 81% keatas bagi kesemua komponen kecerdasan emosi iaitu komponen kesedaran kendiri (87.91%) , regulasi kendiri (99.21%) , motivasi kendiri (86.19%), kemahiran sosial (83.97%), empati (82.46%), kerohanian (83.82%) dan kematangan( 84.86%). Nilai indeks keseluruhan kecerdasan emosi ialah 85.49%. Hasil kajian terhadap komponen kecekapan kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri dan kemahiran sosial, didapati bertentangan dengan hasil kajian berkaitan kecerdasan emosi yang dijalankan ke atas guru-guru dan guru kaunseling oleh Rorlinda (2009), Rorlinda, Syafrimen, Amla & Noriah (2010). Namun demikian bagi komponen empati, kerohanian dan kematangan didapati selari dengan kajian Rorlinda (2009) dan Syed Najmuddin (2005).

Komponen Teras dan Kritikal Kecerdasan Emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Selangor

Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 28 sub-domain kecerdasan emosi, 21 sub-domain dikategorikan sebagai komponen teras dan tujuh sub-domain kategori komponen kritikal. 21 sub-

Page 9: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 682

domain yang melebihi skor peratus 81% keatas adalah kesedaran emosi (88.04%), ketepatan penilaian kendiri (88.59%), keyakinan diri (87.86%), kejujuran (87.14%), kawalan kendiri (85.53%), kebolehpercayaan (90.14%), bertanggungjawab (90.35%), kebolehsuaian (91.09%) dan inovasi (88.92%), dorongan pencapaian (84.49%), minat (85.29%), komitmen (88.68%) dan inisiatif (86.33%), mencungkil kepelbagaian (86.11%), orientasi perkhidmatan (85.33%), memahami orang lain (82.13), mengembangkan potensi orang lain (81.16%), penyayang(82.02%), pengurusan konflik (84.25%), kepimpinan (82.85%) dan mempengaruhi orang lain (83.76%). Hasil dapatan kajian pada sub-subdomain kejujuran, bertanggungjawab, kebolehpercayaan, kebolehsuaian, inovasi, minat, komitmen, orientasi perkhidmatan,kepimpinan, penyayang dan mengembangkan potensi orang lain didapati selari dengan hasil kajian Rorlinda (2009).

Terdapat tujuh komponen yang mempunyai tahap kecekapan pada tahap sederhana iaitu membantu orang lain (79.73%), kesedaran politik (80.76%), pemangkin perubahan (80.56%), membina hubungan (80.33%), kolaborasi (80%), kerja berpasukan (77.97%) dan komunikasi (75.80%).Hasil kajian menunjukkan subdomain pemangkin perubahan, komunikasi, membina hubungan didapati selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Rorlinda (2009). Perbezaan Kecerdasan emosi Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Berdasarkan Jantina, Umur, Pendidikan dan Pengalaman

Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling di Selangor berdasarkan faktor jantina, umur, pendidikan dan pengalaman. Dari segi jantina dan umur, hasil kajian ini didapati bertentangan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Rorlinda (2009). Syed Najmuddin (2005) mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi faktor kerohanian terhadap jantina. Namun demikian dari segi umur dan pengalaman, kajian menunjukkan tidak dapat perbezaan yang signifikan dan ianya didapati selari dengan hasil kajian ini.

12. Cadangan dan Kesimpulan

Tanggungjawab yang dipikul oleh ketua guru bimbingan dan kaunseling sekolah bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Ketua yang sentiasa membuat penilaian diri dan sentiasa mempertingkatkan tahap kecekapan kecerdasan emosi akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan dalam perkhidmatan dan dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan semua warga sekolah khususnya dan organisasi luar amnya. Hasil kajian mendapati ketua guru bimbingan dan kaunseling mencapai peratus tahap kecekapan yang tinggi untuk kesemua domain . Ini adalah bertepatan dengan personaliti mereka sebagai ketua guru bimbingan dan kaunseling. Namun demikian, peratus kecekapan perlu dipertingkatkan lagi ke arah yang lebih tinggi iaitu 90% ke atas kerana sebagai pemimpin kepada GBK biasa, ketua GBK perlu mempunyai tahap kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan hasil kajian yang dijalankan ke atas guru bimbingan dan kaunseling biasa. Skor 81% keatas menunjukkan bahawa kecekapan kecerdasan emosi yang wujud dalam dirinya adalah kekuatan bagi dirinya dan sepatutnya digunakan sepenuhnya. Tahap 61% hingga 80% menunjukkan bahawa kecekapan kecerdasan emosi perlu dicari dalam diri seseorang yang menjadi boleh kekuatan baginya. Tahap 41% hingga 60% menunjukkan kecekapan kecerdasan emosi yang perlu dibina kerana kewujudannya lemah. Akhir sekali tahap yang kurang daripada 40% menunjukkan tahap kecerdasan emosi berada di tahap yang sangat lemah dan perlu dibina secepat mungkin. Berdasarkan hasil kajian juga ianya menunjukkan terdapat beberapa sub-domain dalam kecerdasan emosi yang perlu dipertingkatkan kerana ianya berada di tahap yang sederhana.

Rujukan

Abdul Ghani, Abdul Aziz & Abdul Rashid (2012). EQ menjana Kecerdasan emosi: 21 aktiviti merangsang kecerdasan emosi. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Page 10: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 683

Abdul Karim Llin (1998). Masalah-masalah yang dirasakan oleh kaunselor dalam mengelola layanan

bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. Jenjang Strata Satu Pendidikan Jurusan Psikologi pendidikan dan bimbingan. Fakulti Pendidikan: Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan Bandung

Constantine, M.G. & Yeh, C.J. (2001). Multicultural training, Self-construals, and multicultural

competence of school counselors, professional school counseling 4: 202-207 Constantine, Madonna, G. & Gainor.K.A. (2001). Emotional Intelligence and empathy: Their relation

to multicultural competence of school counselors. Professional school counseling 5 (2): 131-138

Dzul Zabarrod (2009). Kecerdasan emosi. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang Easton, C.J.(2004). The relationship between emotional intelligence and counseling self-efficacy.

Disertation Abstracts International Section A: Humanities & School Sciences 65 (7-A) Goleman (1996). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ . London: Bloomsbury

Publishing Goleman, D. (1998). Working with emotional intelligence. New York: Bantam Books Haslee Shahril Lim Abdullah (2003). A study of Malaysian school counselor resilience. PHD

Thesis.Faculty of Education: University of Malaya. Mok Soon Sang (2010). Kompetensi kecerdasan emosi. Selangor: Penerbitan Mulitmedia Sdn.Bhd Mohd Azhar ( 2009). Panduan Meningkatkan kecerdasan emosi. Batu Caves.PTS Professional

Publishing Sdn.Bhd. Martin, W.E. Easton, C., Wilson, S., Sullivan, S. & Takemoto, M.(2004). Relationship between

emotional intelligence and counselor self-efficacy. Poster session presented at Annual Western Psychological Association 92nd Annual Convention, Irvine, CA.

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Persatuan Kaunseling Malaysia. Institut Latihan Keselamatan

Sosial KWSP (ESSET) Bangi. 24-26 Jun. Rorlinda. (2009).Kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan sumbangannya terhadap komitmen tugas

guru kaunseling sekolah menengah. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Syafrimen (2004). Profil Kecerdasan Emosi guru-guru sekolah menengah zon tengah semenanjung

Malaysia. Kertas projek penyelidikan sarjana. Fakulti pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Syed Najmuddin (2005). Faktor kecerdasan emosi serta hubungan dengan nilai kerja dan prestasi

kerja guru Maktab Rendah Sains MARA. Tesis Dr Fal. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Page 11: PROFIL KECERDASAN EMOSI KETUA GURU …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · individu menjalin hubungan sosial, berunding, menyelesaikan masalah

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 684

Syed Najmuddin, Noriah (2004). Guru dan kepintaran emosi: Implikasi ke atas kebolehan guru menangani masalah sosial pelajar. Prosiding seminar kebangsaan ke -3 Psikologi dalam masyarakat. Bangi: Pusat Latihan KWSP (ESSET) 4-5 Oktober, 502-508.

Siti Halimah Syed Nordin (2003). Tekanan kerja dikalangan guru kaunseling. Seminar kaunseling

kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia Suradi Salim. (1994) Tahap perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-

sekolah menengah di Malaysia. JURNAL PERKAMA 5: 1-40 Suradi Salim. (2005)Halatuju penyelidikan kaunseling di Malaysia. Jurnal PERKAMA.11:1-14 Wan Ashiba( 2003). Kecerdasan emosi di kalangan guru sekolah menengah berasrama penuh dan

sekolah harian. Kertas projek sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi