Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
2
Tuan dan Puan,
Kita mempunyai tanggungjawab dan tugas besar yang
mahu digalas. Di Tadika A.B.S, kami terus memegang
kepercayaan bahawa anak-anak mestilah seronok un-
tuk belajar. Daya percaya diri yang tinggi (self-esteem),
membolehkan anak-anak melalui fasa-fasa hidup ini
dengan mencapai kejayaan-kejayaan kecil. Kecil yang
dikumpul dan menjadi besar.
Pada masa yang sama, usaha melatih dan
menekankan keperluan latihan di semua peringkat pen-
gurusan Rangkaian Tadika A.B.S menjadi salah satu KPI
yang besar bagi tahun 2017.
Akhirnya, kita mahu anak-anak kita kelak menjadi
manusia yang bijak dalam kerangka bakatnya
tersendiri. Mereka kekal berbudaya, pandai bekerjasa-
ma dengan integriti yang ampuh. Kita pula mahu
semua ini berlaku, tanpa perlu mereka keciciran dalam
aliran dan sistem pendidikan yang dipilih.
Tuan dan Puan,
Tadika ialah satu dunia permulaan kepada anak-anak
untuk belajar dalam sistem berstruktur. Mahu tidak
mahu, kita yang masih perlu melalui sistem pembelaja-
ran kebangsaan. Pada masa yang sama, kita mahu
mengekalkan alam keseronokan belajar anak-anak
kepada anak-anak.
Kami di Tadika A.B.S yakin. Kerjasama antara kitaran so-
sial ibubapa-- guru--rumah--sekolah, membolehkan kita
menjadi pendokong utama kepada masa depan anak-
anak yang lebih cerah.
Guru tadika, ibu bapa, pihak pengurusan dan juga
masyarakat setempat memainkan peranan besar da-
lam hal ini.
Selamat berjuang untuk anak-anak dan keluarga AKTIF,
BIJAK dan SANTUN.
Assalamualaikum.
Kali ini, Buletin Tadika A.B.S sudah masuk edisi ke-3.
Ini juga menandakan, berakhirnya satu tahun
program berjalan untuk anak-anak kita, bagi tahun
2016.
Sudah tentu kita masih ingat beberapa situasi sema-
sa memilih dan membuat keputusan, lalu menghan-
tar anak kita ke tadika pilihan. Pasti kita juga masih
ingat bagaimana pertama kali kita menyerahkan
tangan kecil itu, kepada guru tadika yang kita be-
lum tahu latar belakangnya.
Bagi kita yang sudah biasa dengan tadika pilihan,
kita masih punya ‘rasa pertama kali’ apabila
meninggalkan anak kita di tadika pada hari per-
tama. Situasi ini dilalui oleh semua ibu bapa. Ia ber-
beza mengikut keadaan keluarga dan juga kerjaya
kita sebagai ibu bapa.
Tuan dan Puan,
Tahun 2017 merupakan satu lagi tahun yang bakal
menguji kita semua. Guru, anak-anak, ibu bapa dan
juga sistem pendidikan di tadika. Melihat keghaira-
han ibu bapa menyediakan anak untuk berjaya dan
cemerlang di sekolah rendah cukup menggerunkan.
Apatah lagi apabila kita membaca pelbagai
perbincangan dan komen di media sosial
mengenai pencapaian anak-anak dalam
UPSR yang lalu. Kita juga didendangkan
dengan kelemahan anak-anak memasuki
alam darjah satu dengan adanya kelas
‘linus’.
3
PROGRAM
AKTIF BIJAK SANTUN
Memperkenalkan modul
Pengajaran & Pembelajaran
yang holistik dan inovatif, sesuai
dengan cara pembelajaran
anak-anak yang unik dan
sentiasa berubah.
Setiap modul ini berasaskan
prinsip Amalan Bersesuaian
dengan Perkembangan Awal
Kanak-Kanak atau
Developmentally Appropriate
Practices (DAP).
4
Caption describing picture or graphic
INSIDE STORY HEADLINE
This story can fit 150-200 words.
One benefit of using your newsletter as a
promotional tool is that you can reuse
content from other marketing materials,
such as press releases, market studies, and
reports.
While your main goal of distributing a
newsletter might be to sell your product or
service, the key to a successful newsletter
is making it useful to your readers.
A great way to add useful content to your
newsletter is to develop and write your
own articles, or include a calendar of
upcoming events or a special offer that
promotes a new product.
You can also research articles or find
“filler” articles by accessing the World
Wide Web. You can write about a variety
of topics but try to keep your articles
short.
Much of the content you put in your
newsletter can also be used for your Web
site. Microsoft Publisher offers a simple
way to convert your newsletter to a Web
publication. So, when you’re finished
writing your newsletter, convert it to a
Web site and post it.
BAGAIMANA MEMBERHENTIKAN TINGKAH LAKU
NEGATIF ANAK
INSIDE STORY HEADLINE
1. Cari ciri-ciri baik yang ada dalam diri anak itu
2. Beri perhatian kepada ciri baik itu
3. Beri pujian kepada ciri baik
4. Jangan kritik dan ulas perangai buruknya
Apabila dia sudah mendapat perhatian daripada
aspeknya yang baik. secara perlahan-lahan perangai
buruknya akan diubah.
Beginilah guru-guru di Rangkaian Tadika A.B.S dilatih untuk
mendorong pelajar membetulkan kesilapan pelajar
dengan memuji.
5
Gabungan Tadika A.B.S Intan Gemilang Kepala Batas, Tadika A.B.S
Intan Gemilang Tasek Gelugor, Tadika ABS Intan Gemilang Sg Dua,
Tadika A.B.S Generasi Ilmuan Bertam Perdana dan Tadika ABS Sikecil
Genius, Ambangan Height Sg. Petani.
Bertemakan Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa, babak-babak cerita
dan persembahan penuh mesej dipertontonkan buat semua. Syabas buat
anak-anak dan guru-guru. Kejayaan-kejayaan kecil ini pastinya akan
mendorong kepada kejayaan lebih besar dalam hidup tuan muda dah
cikpuan muda.
Penerapan elemen
keusahawanan bertujuan mem-
bentuk ciri-ciri dan amalan
keusahawanan sehingga
menjadi satu budaya dalam
kalangan murid.
Ciri keusahawanan boleh
diterapkan dalam p&p melalui
aktiviti yang mampu memupuk
sikap seperti rajin, jujur, amanah
dan bertanggungjawab serta
membangunkan minda kreatif
dan inovatif untuk memacu
idea ke pasaran.
Sumber : Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan 2017
HARI APRESIASI BAKAT & PERSEMBAHAN 2016
KEUSAHAWANAN
"Apabila ada pelajar yang pintar, guru akan mendorong
mereka supaya mem-bantu rakan-rakan
yang lain. Pelajar ini akan dianugerahkan
pelajar rajin membantu rakan."
“Bermain
merupakan
fitrah
semulajadi
kanak-kanak”
MODUL INOVATIF BERKAITAN
KEUSAHAWANAN YANG
DIGUNAKAN DALAM PROGRAM
AKTIF BIJAK SANTUN
6
Tadika A.B.S Taman Cemerlang
Gombak
Tadika A.B.S Taman Tun Perak Cheras
Tadika A.B.S Bukit Rahman Putra Sg.Buloh
Tadika A.B.S Sri Serdang Seri Kembangan
Tadika A.B.S Bandar Seri Putra
Bangi
Tadika A.B.S Sg. Tangkas Kajang
7
Burung serindit terbang melayang,
Terbang hinggap di pohon nangka,
Bukan ringgit di pandang orang,
Orang memandang budi bahasa.
Antara keunikan Tadika A.B.S. ialah penggunaan Bahasa Melayu
Tinggi ketika sesi pembelajaran dilakukan. Tuan Muda dan Cikpuan
Muda digelarkan kepada pelajar setiap hari. Panggilan yang sama
dikembalikan kepada ibu bapa dan tetamu yang berkunjung ke
tadika setiap hari, Tuan, Puan dan Cikpuan. Ia panggilan yang mem-
buatkan mereka rasa mulia, dihormati serta bahagia. Ia suatu
panggilan yang membuatkan anak-anak ini punyai rasa keyakinan
diri tersendiri. Malah ada yang kata terasa dipanggil seperti anak raja!
Bahasa Melayu Tinggi ialah bahasa yang bukan sahaja betul
dari segi ejaan, sebutan dan tatabahasanya, tetapi juga bahasa
yang betul dari segi penggunaannya. Penggunaannya pula
tidak sahaja terhad dalam situasi rasmi, tetapi juga situasi tidak
rasmi, baik dalam penulisan mahupun pertuturan.
Bukan sahaja itu, penggunaan bahasa ini juga digunakan di luar
kelas iaitu ketika mereka melakukan lawatan sambil belajar di lokasi-
lokasi terpilih. Sebagai contoh, setiap tahun, ada tadika yang
mengambil inisiatif untuk membuat program sedekah kurma pada
bulan Ramadan. Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi ini dipraktikkan
oleh Tuan Muda dan Cikpuan Muda apabila bertemu dengan orang
awam yang bakal mereka hulurkan bungkusan kurma itu.
Kebanyakannya, penerima kurma merasa kagum dengan
kosopanan dan adab tinggi yang dibawa oleh kanak-kanak bijak ini.
Masakan tidak, tanpa mengira pangkat, kerja atau umur, semua
orang digelarkan dengan panggilan mulia itu. Pemandu bas, tukang
sapu sampah turut disapa dengan panggilan tuan dan puan.
Tersenyum simpul dan berbunga hati mereka yang mendengar.
Budaya ini harus terus dipupuk agar Bahasa Melayu kita gah di mata
dunia suatu hari nanti. Biar dunia kenal, budaya kita budaya yang
kaya budi serta bahasa. Jika bukan anak kita pewaris tradisi yang
ada, siapa lagi. Inilah matlamat kami di Tadika A.B.S, membawa
Bahasa Melayu Tinggi dijulang di setiap pelusuk dunia suatu hari
nanti.
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Penulis : Puan Sabrina Ismail
BUDI BAHASA BUDAYA KITA MAHU TAHU
ASAL USUL
PANGGILAN
MULIA CIKPUAN?
ASAL USUL PANGGILAN
CIKPUAN
Panggilan mulia Cikpuan
berasal daripada 'bahasa
istana Melayu'. Ia gelaran
rasmi khusus untuk
perempuan berdarah biasa
yang dikahwini oleh sultan,
raja. ataupun anak-anak
raja.
Mereka menggunakan
panggilan mulia Che' Puan
sebelum diberikan
panggilan 'Tuanku'.
Che' Puan Kalthum
(Pahang)
Che' Puan Aishah
(Selangor)
Che' Puan Nur Zahirah
(Terengganu)
Che' Puan Khaleeda
(Johor)
Panggilan mulia Cikpuan
kini dipinjam ke dalam
Bahasa Melayu Tinggi. Ia
digunakan sebagai
panggilan mulia kepada
semua perempuan yang
dimuliakan.
Nota : Pelajar-pelajar Tadika A.B.S
dipanggil dengan menggunakan
gelaran Tuan Muda dan Cikpuan Muda.
8
Projek Kurma Ventures, salah satu daripada silabus Kelab Usahawan
Abdul Rahman Auf (ARAF), telah dijalankan oleh Rangkaian Tadika
A.B.S selama beberapa tahun. Projek ini mendapat sambutan, baik
daripada pengusaha, ibu bapa dan pelajar sendiri. Setiap tahun,
projek kecil ini dinanti-nanti kemunculannya pada bulan
Bagaimana ia bermula?
Ia bermula dari tujuan untuk mendidik tuan muda dan cikpuan muda
konsep bersedekah. Memberi secara praktikal dan sebaik-baik sedek-
ah pada bulan Ramadan ialah kurma. Kurma adalah makanan sun-
nah yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan. Kisah kurma,
buahan-buahan syurga juga banyak diceritakan secara langsung di
dalam al-Quran itu sendiri. Memang tidak dinafikan, kurma punya
pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Secara tidak lang-
sung, pelajar yang tidak pernah mencuba makan kurma, turut
terdorong mahu mengamalkan pemakanan kurma untuk kesihatan
diri mereka sendiri. Itu matlamat Kurma Ventures yang tersirat!
Tuan muda dan cikpuan muda akan diminta untuk bergotong-
royong menyiapkan bungkusan kurma untuk diberikan kepada
masyarakat awam setempat. Ada yang memilih untuk mengetuk
pintu kejiranan tadika, ada pula yang memilih untuk bergerak dari
satu premis ke satu premis bertemu dengan orang pejabat yang
sedang bertugas untuk memberi sedekah dan beramah mesra.
Ada yang melawat balai polis juga, bila lagi dapat peluang
keemasan begini!
“Ia juga menumbuhkan bagi kamu
dengan sebab hujan itu tanaman-
tanaman dan pokok-pokok zaitun
dan tamar (kurma) serta anggur;
dan juga dari segala jenis buah-
buahan.
Sesungguhnya yang demikian
mengandungi satu tanda (yang
membuktikan kekuasaan Allah)
bagi kaum yang mahu berfikir.”
(Al-Nahl 16:11)
Sesi ini memberi peluang untuk Tuan Muda dan Cikpuan Muda
mengasah kemahiran berkomunikasi ‘Bahasa Melayu Tinggi’
mereka. Budaya sopan santun yang dididik di Tadika A.B.S kini dapat
ditonjolkan oleh pelajar-pelajar ini. Tunduk hormat itu perlu apabila
bertemu dengan generasi yang lebih berumur. Ucapan salam dan
terima kasih sentiasa menjadi mainan di bibir mereka. Alhamdulillah,
didikan separuh tahun di Tadika A.B.S mula menampakkan hasil pos-
itif dalam diri tuan muda dan cikpuan muda hari ini.
Projek kecil ini bakal dijalankan di tahun-tahun akan datang dan
dibesarkan skala pemberiannya dari masa ke masa. Yang penting,
ikhlas dalam setiap pemberian.
Yang penting, tuan muda dan cikpuan muda gembira untuk turut
serta. Yang penting, ukhwah dan silaturrahim yang terbina kekal
selamanya.
Yang penting, pahala amalan
bersedekah itu bakal menjadi
saham setelah kita meninggalkan
dunia. Hanya kerana projek
Kurma Ventures!
Penulis : Puan Sabrina Ismail
MEMBENTUK KEPINTARAN SOSIAL MELALUI KELAB ARAF
9
Kekal AKTIF melalui Program Cuti Sekolah
Chef Cilik di Tadika A.B.S
Jitra 017 778 4681
D.I.Y Sabun di Tadika A.B.S
Putrajaya 019 220 4984
Belajar Buat Roti di Tadika A.B.S Bakti Ilmu,
Batu Pahat 013 777 7061
Menunggang Kuda & Memanah di Tadika A.B.S
Krubong Indah Melaka 012 617 1653
Menghasilkan Burger Sihat di Tadika A.B.S Bandar
Utama Sg. Petani 013 865 6734
Belajar Menjahit di Tadika A.B.S Changlun
012 459 9327
Huffaz Cilik di Tadika A.B.S Kemaman
019 337 1829
Kreativiti dan inovasi saling bergandingan
dan perlu untuk memastikan pembangunan
modal insan yang mampu menghadapi
cabaran Abad 21. Elemen kreativiti dan ino-
vasi perlu diintegrasikan dalam p&p.
Sumber : KSPK 2017
10
KENALI 9 JENIS KECERDASAN
*Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu teori yang penting kerana teori
ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan. Setiap
anak mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak
dan belajar adalah berlainan berbanding dengan anak yang lain.
Tandakan √ pada senarai semak mengikut jenis kecerdasan dan perhatikan 3
jenis kecerdasan yang mempunyai bilangan √ tertinggi.
4 perkara penting berikut perlu difahami :
1. Setiap orang mempunyai semua kecerdasan
2. Kita boleh memperkuat setiap kecerdasan tersebut
3. Senarai semak ini digunakan untuk hanya satu-satu masa, ia boleh beru-
bah. Contoh : Apabila semakan dibuat semasa anak umur 4 tahun, skor
boleh berubah apabila anak meningkat ke usia 5 dan 6 tahun. Ia bukan-
lah skor yang statik.
4. Kecerdasan pelbagai ini adalah untuk panduan asas kita mengasah ba-
kat dan bukanlah digunakan sebagai melabel anak-anak.
Nota : 9 senarai semak ini termasuk di dalam penilaian pelajar di Rangkaian
Tadika A.B.S pada bulan Oktober.
* The Theory Of Multiple Intelligences, Howard Gardener
11
12
13
14
15
16