2
Halaman 1 dari 2 PROGRAM ARTIS DI SEKOLAH CENDANA (UNTUK SEKOLAH) SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) S: Apakah Program Artis Di Sekolah CENDANA? J: Program Artis Di Sekolah (AISP) bertujuan untuk meningkatkan Pendidikan Seni di kalangan pelajar Sekolah Rendah Awam untuk menghargai Seni dan Budaya Malaysia. Program ini merupakan inisiatif CENDANA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pemahaman tentang konsep dan teknik penghasilan seni, keupayaan untuk menganalisis penghasilan seni dan memahami bagaimana karya seni dibentuk, meningkatkan kemahiran pemikiran yang kreatif serta mengasah kemahiran penilaian. Dengan harapan ianya dapat membina keyakinan kepada para pelajar dalam memberi pendedahan dengan berkesan dalam mengaspirasikan diri mereka sama ada melalui muzik, tarian atau seni visual. S: Siapa yang boleh memohon ? J: Sekolah Rendah Awam di Lembah Klang dan Sabah o Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan; o Sekolah rendah sub-bandar, luar bandar khususnya sekolah daripada kategori B40; o Sekolah pendidikan khas (sekolah pendidikan khas dan sekolah integrasi pendidikan khas) dan; o Sekolah Orang Asli. Keutamaan akan diberi kepada sekolah-sekolah dimana sebilangan besar murid-muridnya adalah dari keluarga yang diklasifikasikan dalam golongan B40. S: Mengapa program ini tidak ditawarkan di kawasan lain di Malaysia? J: Sebagai permulaan, kami sedang melaksanakan program ini disekitar Lembah Klang dan Sabah sahaja. Bergantung kepada sumber masa depan, CENDANA akan memperluaskan program ini di kawasan-kawasan lain di Malaysia. S: Berapa lamakah kita perlu menunggu sebelum kita diberitahu jika kita terpilih? J: Sekolah-sekolah yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel pengesahan selewat-lewatnya 19 Mac 2020. S: Siapakah yang bakal memilih para artis? J: Permohonan akan dinilai dengan teliti oleh Panel CENDANA dengan menyemak sama ada semua kriteria kelayakan yang tertera di terma rujukan dipenuhi dan sekolah yang dipilih akan disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan. S: Bagaimanakah sekolah yang terpilih bakal menerima peruntukan RM8,000 untuk program Artis di Sekolah tersebut? J: CENDANA akan menguruskan dana yang diperuntukkan kepada sekolah-sekolah yang dipilih. CENDANA akan membayar yuran kursus kepada artis yang dipilih oleh sekolah. S: Adakah sekolah terpilih perlu menandatangani perjanjian pembiayaan dengan CENDANA?

PROGRAM ARTIS DI SEKOLAH CENDANA (UNTUK ......J: Sekolah Rendah Awam di Lembah Klang dan Sabah o Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan; o Sekolah rendah sub-bandar,

  • Upload
    others

  • View
    46

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROGRAM ARTIS DI SEKOLAH CENDANA (UNTUK ......J: Sekolah Rendah Awam di Lembah Klang dan Sabah o Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan; o Sekolah rendah sub-bandar,

Halaman 1 dari 2

PROGRAM ARTIS DI SEKOLAH CENDANA (UNTUK SEKOLAH)

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

S: Apakah Program Artis Di Sekolah CENDANA? J: Program Artis Di Sekolah (AISP) bertujuan untuk meningkatkan Pendidikan Seni di kalangan

pelajar Sekolah Rendah Awam untuk menghargai Seni dan Budaya Malaysia. Program ini merupakan inisiatif CENDANA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pemahaman tentang konsep dan teknik penghasilan seni, keupayaan untuk menganalisis penghasilan seni dan memahami bagaimana karya seni dibentuk, meningkatkan kemahiran pemikiran yang kreatif serta mengasah kemahiran penilaian. Dengan harapan ianya dapat membina keyakinan kepada para pelajar dalam memberi pendedahan dengan berkesan dalam mengaspirasikan diri mereka sama ada melalui muzik, tarian atau seni visual.

S: Siapa yang boleh memohon ? J: Sekolah Rendah Awam di Lembah Klang dan Sabah

o Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan; o Sekolah rendah sub-bandar, luar bandar khususnya sekolah daripada kategori B40; o Sekolah pendidikan khas (sekolah pendidikan khas dan sekolah integrasi pendidikan khas) dan; o Sekolah Orang Asli.

Keutamaan akan diberi kepada sekolah-sekolah dimana sebilangan besar murid-muridnya adalah dari keluarga yang diklasifikasikan dalam golongan B40.

S: Mengapa program ini tidak ditawarkan di kawasan lain di Malaysia? J: Sebagai permulaan, kami sedang melaksanakan program ini disekitar Lembah Klang dan

Sabah sahaja. Bergantung kepada sumber masa depan, CENDANA akan memperluaskan program ini di kawasan-kawasan lain di Malaysia.

S: Berapa lamakah kita perlu menunggu sebelum kita diberitahu jika kita terpilih? J: Sekolah-sekolah yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel pengesahan selewat-lewatnya

19 Mac 2020. S: Siapakah yang bakal memilih para artis? J: Permohonan akan dinilai dengan teliti oleh Panel CENDANA dengan menyemak sama ada

semua kriteria kelayakan yang tertera di terma rujukan dipenuhi dan sekolah yang dipilih akan disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan.

S: Bagaimanakah sekolah yang terpilih bakal menerima peruntukan RM8,000 untuk

program Artis di Sekolah tersebut? J: CENDANA akan menguruskan dana yang diperuntukkan kepada sekolah-sekolah yang

dipilih. CENDANA akan membayar yuran kursus kepada artis yang dipilih oleh sekolah.

S: Adakah sekolah terpilih perlu menandatangani perjanjian pembiayaan dengan CENDANA?

Page 2: PROGRAM ARTIS DI SEKOLAH CENDANA (UNTUK ......J: Sekolah Rendah Awam di Lembah Klang dan Sabah o Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan; o Sekolah rendah sub-bandar,

Halaman 2 dari 2

J: Ya, sekolah yang telah dipilih perlu menandatangani surat anugerah dan perjanjian untuk mematuhi semua peraturan yang berkaitan dengan anugerah tersebut. CENDANA perlu memantau dan mengawasi proses kemajuan kursus yang bakal dilaksanakan di sekolah yang berkenaan.

S: Siapakah yang akan menetapkan masa atau jadual untuk kursus-kursus tersebut? J: Sekolah serta artis yang dipilih perlu menyelaraskan masa dan jadual untuk kursus yang dipilih tersebut melalui satu sesi fasilitasi yang akan dikendalikan oleh pihak CENDANA. S: Adakah kursus ini termasuk di dalam kurikulum Pendidikan Seni yang rasmi? J: Tidak, kursus seni artis yang dipilih akan dikelaskan sebagai aktiviti kokurikulum dan bukan sebahagian daripada kurikulum yang rasmi. S: Berapakah bilangan pelajar bagi setiap kursus? J: Satu kursus adalah terhad untuk 1 kelas dan bilangan murid tidak melebihi 40 orang. Kumpulan murid yang akan menghadiri kursus seni selama 10 jam tersebut mestilah dari umur/ tahap yang sama.

S: Adakah perlu untuk mengadakan pameran / prestasi akhir untuk murid-murid mempersembahkan apa yang mereka pelajari? J: Ya, ia adalah satu keperluan supaya penilaian terhadap keberkesanan dari kursus seni

tersebut dapat dibuat S: Berapa kursus yang sekolah boleh pilih? J: Sekolah yang dipilih akan menerima pembiayaan maksima sebanyak RM8,000, oleh itu secara amnya, sekolah berpeluang untuk pilih 1 hingga 3 kursus seni bergantung kepada kos kursus untuk memaksimumkan pembiayaan RM8,000 yang disediakan. S: Bolehkah guru-guru seni turut membantu artis dalam proses pengajaran kursus Seni tersebut? J: Ya, sekolah seharusnya melantik guru-guru seni dan/ atau muzik di sekolah sebagai pembantu

pengajar untuk kursus ini.

S: Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan? J: Sila layari lawan sawang CENDANA di https://www.cendana.com.my/opportunities/our-learning-programmes/artis-di-sekolah-panggilan-permohonan-dari-sekolah