Upload
others
View
28
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2019 PERINGKAT
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
KUANTAN, 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri
Pahang Darul Makmur telah berlangsung penuh meriah, warna-warni dan dalam
suasana muhibah serta patriotik. Kira-kira 15,000 pengunjung hadir seawal 7.00
pagi membanjiri sepanjang laluan Jalan Mahkota, Kuantan bagi menyambut Hari
Kebangsaan 2019 dan menzahirkan rasa cinta serta semangat patriotik kepada
Negara.
Sambutan Hari Kebangsaan kali ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku :
Malaysia Bersih’ diserikan dengan keberangkatan KDYMM Pemangku Raja
Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah dan turut mengiringi baginda, YAB Menteri Besar Pahang,
Dato’ Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’
Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak serta barisan kepimpinan negeri.
Pelbagai acara diatur bersempena program sambutan Hari Kebangsaan 2019
yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Pahang bersama-sama gabungan tenaga kerja oleh Pejabat Setiausaha
Kerajaan Pahang dan Briged Ke-Empat Mekanize, Angkatan Tentera Malaysia.
Antara acara perbarisan yang menarik perhatian pengunjung adalah Kontinjen
Pejuang Negara terdiri daripada pesara-pesara Badan Beruniform iaitu Veteran
PDRM, TUDM dan TLDM yang membabitkan 133 peserta. Disusuli Kontinjen
Pewaris Bangsa yang terdiri daripada 1028 pelajar sekolah di Negeri Pahang.
Perbarisan seterusnya adalah daripada Kontinjen Pemangkin Kejayaan Bangsa
yang disertai oleh kakitangan Jabatan Kerajaan dan Jabatan Berkanun iaitu
seramai 1,453 peserta. Perbarisan seterusnya disertai oleh Kontinjen Benteng
Pertahanan Negara yang terdiri dari anggota badan beruniform dengan kekuatan
seramai 908 anggota.
Acara bertambah meriah apabila Kontinjen dari pelbagai agensi NGO (Persatuan
Bukan Kerajaan) mempamerkan kenderaan masing-masing seperti basikal klasik,
kenderaan 2 roda dan 4 roda yang melibatkan sebanyak 563 buah kenderaan
termasuk Kontinjen dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja
Malaysia (PDRM) yang turut berarak masuk dengan mempamerkan aset masing-
masing seperti Kereta Perisai Adnan, Peluru Berpandu dan Kereta Kebal.
Selain itu, antara yang berjaya menarik perhatian penonton ialah Pembaca ikrar
yang diketuai oleh pelajar tahun 6 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Teruntum,
Kuantan, Ahmad Zamil Zakwan yang merupakan pemain bola sepak bawah 12
tahun yang terpilih mewakili Malaysia di Kejohanan China dan Jepun. Turut
dipersembahkan teknik Tempur Tanpa Senjata (TTS) dan disusuli Pantomin
Leftenan Adnan oleh anggota ATM yang telah berjaya menyentuh jiwa para
penonton. Tidak ketinggalan juga dipertontonkan Terbang Lintas Pesawat Sukhoi
(Fly Pass) di ruangan udara oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Terbang
Lintas Pesawat Agusta AW 139 oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kemuncak sambutan tersebut ialah penyampaian Sijil dan Hadiah oleh Pengerusi
Jawatankuasa Perbarisan dan Perarakan, YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah kepada
pemenang pertandingan bagi acara Perbarisan dan Perarakan :-
JOHAN SEGMEN 2 : KONTINJEN PEMANGKIN KEJAYAAN NEGARA
AGENSI
: KADET JABATAN PENGANGKUTAN JALAN(JPJ)
JOHAN SEGMEN 3 : KONTINJEN PENDORONG KEMAKMURAN NEGARA
AGENSI : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
JOHAN SEGMEN 4 : KONTINJEN PENDORONG KEMAKMURAN NEGARA
AGENSI : SKUAD PATROL DENGGI SMK (LKTP) CHEMOMOI
KONTINJEN PANCARAGAM
JOHAN : PANCARAGAM SMK AIR PUTIH
NAIB JOHAN : PANCARAGAM SMK (P) METHODIST
KETIGA : BRASSBAND SMK TANAH PUTEH