14
PROGRAM SYMPOSIUM SHF’10 30 MARCH 2010 Grand Paragon Hotel Level 3 & Level 6 Conference Room

Program symposium shf’10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Program symposium shf’10

PROGRAM SYMPOSIUM SHF’10

30 MARCH 2010Grand Paragon Hotel

Level 3 & Level 6

Conference Room

Page 2: Program symposium shf’10
Page 3: Program symposium shf’10
Page 4: Program symposium shf’10
Page 5: Program symposium shf’10
Page 6: Program symposium shf’10
Page 7: Program symposium shf’10

DOA PERASMIAN

ASSALAMUALAIKUM    DIMINTA KEPADA SEMUA HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN SUPAYA MENADAH TANGAN UNTUK

MENGAMINKAN DOA   AL FATIHAH   ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN, WASSOLATU WASSALAMU ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALIHI WASAHBIHI

AJMAIN….   YA ALLAH YA TUHAN KAMI………. AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN DOSA SAUDARA-SAUDARA KAMI…….. YANG MENDAHULUI KAMI DALAM IMAN DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN DALAM HATI KAMI……… PERASAAN HASAD DENGKI DAN DENDAM………………………. TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN…………   YA ALLAH YA TUHAN KAMI………. SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT MELIMPAH BELAS KASIHAN DAN RAHMAT-MU AMATLAH LUAS   YA ALLAH YA TUHAN KAMI….. DENGAN PENUH PASRAH DAN TAWADUK……… KAMI RAFAKKAN KESYUKURAN KE HADRAT-MU……… PADA MAJLIS PERASMIAN ______________________________ INI……..  

Page 8: Program symposium shf’10

DI HADAPAN NIKMAT YANG DIKURNIAKAN KEPADA KAMI………. DENGAN BERKAT DARI KEMAJUAN……. DAN KEMAKMURAN DARI NEGARA KAMI SEMOGA NIKMAT KEMAJUAN……………DAN KEMAKMURAN ITU…… TIDAK MENJADIKAN KAMI HAMBA-HAMBA YANG LALAI DAN ALPA…….. SEBALIKNYA MENJADIKANNYA………SEBAGAI WASILAH UNTUK MENTAQARRUB DIRI KE HADRAT-MU………… MEMPERKUKUHKAN AZAM DAN ILTIZAM KAMI………. DEMI MENCURAHKAN BAKTI KEPADA AGAMA. BANGSA DAN NEGARA……….   YA ALLAH YA TUHAN KAMI ENGKAU PERKUKUHKANLAH JALINAN PERSEFAHAMAN ANTARA KAMI………. DAN PERERATKANLAH JALINAN KEMESRAAN…. ANTARA PELAJAR-PELAJAR DAN SELURUH UMAT MANUSIA   YA ALLAH YA TUHAN KAMI………. KELUARLAH KAMI DARI KEGELAPAN DAN KERAGUAN… DAN MULIAKANLAH KAMI DENGAN CAHAYA KEFAHAMAN.. BUKAKANLAH BAGI KAMI MAARIFAT ILMU….. BERIKANLAH CAHAYA KEPADA HATI KAMI………. SEBAGAIMANA ENGKAU BERIKAN CAHAYA KEPADA MATAHARI DAN BUMI………. MUDAHKANLAH BAGI KAMI… PINTU-PINTU KURNIA MU………   YA ALLAH YA TUHAN KAMI………… JADIKANLAH PERHIMPUNAN INI ……… SEBAGAI PERHIMPUNAN YANG DIRAHMATI…… DAN PERPISAHAN SELEPAS INI…….. SEBAGAI PERPISAHAN YANG TERPELIHARA……………   RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AKHIRATI HASANAH WA QINA AZABANNAR…   WASALLAHU ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALIHI WA SAHBIHI WASALLAM…   WALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN…   AMIN  

Page 9: Program symposium shf’10

DEAN’S SPEECH

UCAPAN PERASMIAN Ketua-Ketua Jabatan; Para Tetamu Jemputan, dan seterusnya

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.   UCAPAN TAHNIAH: Bagi pihak Universiti Teknologi Malaysia, saya ingin

mengucapkan tahniah dan syabas kepada penuntut-penuntut Sarjana muda pengurusan pemasaran UTM yang baru saja menamatkan pengajian mereka pada hari ini. Saya difahamkan bahawa pada malam ini, kita semua dapat meraikan lebih kurang 80 orang lagi pakar dalam bidang pengurusan.

lahir dari Universiti Teknologi Malaysia.  

Page 10: Program symposium shf’10

Melapor Diri:   Kejayaan yang sama-sama kita raikan pada malam ini tentu

sahaja menjadi suatu mercu tanda yang amat bermakna dalam kehidupan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Setelah tiga tahun kini sampailah masanya untuk tuan-tuan dan puan-puan menuai hasilnya. Tuan-tuan dan puan-puan yang akan terus melaporkan diri di pelbagai sector berkenaan di seluruh negara dan ada sebahagian pula yang akan memulakan khidmat di luar negara. Di mana sahaja anda akan meneruskan kerjaya anda nanti, selamat bertugas dengan cemerlang dan memanfaatkanlah segala ilmu yang ditimba untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

Insya- Allah, dalam waktu yang terdekat ini, anda semua akan diiktiraf sebagai pakar dalam bidang pengurusan. Jadi besarlah harapan saya agar apa yang telah anda pelajari selama 3 tahun dalam kursus ini, dapat diaplikasikan sebaik mungkin. Saya berharap agar anda semua akan berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mengekalkan tahap kerja yang cemerlang, disamping memberikan perkhidmatan dengan ikhlas, cekap dan efektif..

Page 11: Program symposium shf’10

Tanggungjawab Kepada Universiti Suatu perkara lagi yang ingin saya tekankan di sini ialah

tanggungjawab anda kepada universiti. Apabila keluar berkhidmat nanti, sebenarnya anda membawa bersama anda lambang UTM ke mana saja anda pergi. Jika anda cemerlang, universiti turut menumpang nama. Begitulah sebaliknya. Seperti yang selalu saya katakan, menyumbanglah kembali kepada universiti yang telah membentuk dan mencorak karier anda ini. Kepada semua bakal pakar dalam bidang pengurusan, bekerjalah dengan hati yang ikhlas, sentiasa mempraktikkan ilmu yang anda perolehi dari pengajar-pengajar sekalian,

Kenangkanlah juga insan-insan penting yang selama ini menyokong anda sekalian dari belakang, menyaksikan jatuh bangun kita sepanjang pengajian sehingga kini anda bakal bergelar siswazah pada esok hari.

Justeru, detik-detik kejayaan pada esok hari perlulah dikongsikan bersama ibu bapa, adik-beradik, sanak-saudara dan anggota keluarga serta para pensyarah dan staf yang telah membimbing dan mendidik anda sekalian selama ini.

Page 12: Program symposium shf’10

Di sini kita ada sebuah persatuan Alumni yang kuat . Saya berharap benarlah agar anda akan turut berkecimpung bukan sahaja menjayakan, malahan merancang aktiviti-aktiviti pada masa-masa yang akan datang. Berilah peluang Universiti pula merasa buah tangan dan jasa anda suatu hari kelak. Pimpinan yang ada sekarang tidak akan selamanya orang yang sama. Orangnya akan berubah. Mungkin suatu hari nanti anda sendiri akan turut memegang tampuk pimpinan Alummni.

Page 13: Program symposium shf’10

PENUTUP: Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan

tahniah kerana sekaali lagi mengadakan majlis makan malam sebegini. Begitu juga kepada penaja-penaja yang tidak kurang sumbangannya demi memberi pengiktirafan dan galakkan kepada pelajar-pelajar Sarjana kita untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Jadi, kepada mereka yang bakal menerima pelbagai anugerah nanti juga saya ingin mengucapkan syabas dan selamat maju jaya. Jadikan semalam sebagai panduan, hari ini sebagai realiti dan esok sebagai cabaran ke arah kecemerlangan.

  Dengan itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Makan Malam Symboysim

  Wassalam

Page 14: Program symposium shf’10

THE END