Upload
others
View
26
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Program tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Yang Dilaksanakan Oleh Bahagian Latihan. Sepanjang tahun 2014, 3 program utama Jabatan yang berjaya dilaksanakan adalah seperti:-
i. Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan kali ke-25 Tema : “Pemangkin Pengukuhan Budaya Keselamatan
Kebakaran” Anjuran : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia Penyertaan : Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat dari sekolah -
sekolah Menengah di seluruh Malaysia Tempat : Pusat Kokurikulum Jabatn Pelajaran Negeri Sarawak (Kem Santubong), Jalan Pantai Puteri Santubong, Kuching Sarawak
Tarikh : 9hb hingga 13hb Jun 2014 Jumlah Peserta : 709 orang peserta Acara : Sebanyak 8 acara telah dipertandingkan dalam
Pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba antaranya, pertandingan kawad kaki, Aspec Challenge, Pertandingan kawad operasi kering, kuiz, Brain & Brawn, Cadet Challenge, ikatan & simpulan dan persembahan kebudayaan.
Majlis perasmian pembukaan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan kali ke-25 ini dirasmikan oleh YAS Dato’ Hj Amer bin Hj Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 10 Jun 2014. Majlis ini turut dihadiri oleh YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Encik Ellen @ Manium Ak Engang, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Manakala, Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke 25 Tahun 2014 telah diadakan dengan jayanya pada malam 12 Jun 2014. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hajah Fatimah binti Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak.
Acara Kawad Operasi Kering Perempuan
Acara Aspec Challenge Lelaki Majlis dirasmikan oleh : YAS Dato’ Hj Amer bin Hj Yusof
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan Kali ke 25 tahun 2014:
KEPUTUSAN NEGERI
1 Sabah
2 Labuan
3 Pahang
Jadual 5: Keputusan keseluruhan pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba dan
Penyelamat Malaysia kali ke-25 tahun 2014
ii. Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan kali ke-16 Tahun 2014 Anjuran : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Penyertaan : Kontijen-kontijen dari setiap negeri Tempat : Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu
Bharu, Selangor dan Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Selangor
Tarikh : 17hb sehingga 20hb Ogos 2014 Jumlah Peserta : 704 orang peserta terdiri daripada 16 kontijen Aktiviti : Antara acara-acara yang telah dipertandingkan ialah
Pertandingan kawad kaki, pertandingan Kawad Operasi Membentang Hos (200 Kaki Individu), Pertandingan Kawad Operasi Menyelamat Di Air, Pertandingan Kawad Operasi Hantaran Jauh Berhalangan, Pertandingan Kawad Operasi Penyelamatan Kemalangan Jalan Raya, Pertandingan Sindiket Perancangan Strategi Operasi (Table Top), Pertandingan Kawad Operasi “ Fireman Lift”, Pertandingan Kawad Naik dan Turun Tangga, Fire Fighters Challenge dan Pertandingan Search and Rescue
Navigation (Sarnav)
Majlis perasmian penutupan pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan kali ke-16 ini dirasmikan oleh YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 20 Ogos 2014. Majlis ini turut dihadiri oleh YAS Dato’ Mahadi bin Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Hj.Amer bin Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PKPjB Othman bin Abdullah, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dan YS PKPjB Saadon bin Moktar, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bahru, Selangor.
Berikut adalah keputusan keseluruhan Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2014:
KEPUTUSAN KESELURUHAN NEGERI KEDUDUKAN EMAS PERAK GANGSA SABAH 1 3 1 1
P.PINANG 2 2 2 1 SELANGOR 3 2 1 1
WP PUTRAJAYA 4 2 1 0 N.SEMBILAN 5 1 3 0
PERAK 6 1 2 1 MELAKA 7 1 2 1
WP K.LUMPUR 8 1 1 0 WP LABUAN 9 1 0 1
PAHANG 10 0 1 2 KELANTAN 11 0 0 2
TERENGGANU 12 0 0 2 SARAWAK 13 0 0 2
JOHOR 14 0 0 0 KEDAH 15 0 0 0 PERLIS 16 0 0 0
Jadual 6: Keputusan Keseluruhan Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2014
Peserta mengambil bahagian dalam pertandingan Kawad
Operasi Penyelamatan Kemalangan Jalan Raya
Pertandingan Fire Fighters Challenge
Peserta menganalisis peta dalam pertandingan Search and
Rescue Navigation (Sarnav)
iii. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Kebangsaan Kali Ke-25 Tahun 2014
Anjuran : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Penyertaan : Kontijen-Kontijen dari setiap negeri
Tempat : Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh : 14hb hingga 18hb November 2014 Jumlah Peserta : 160 orang peserta terdiri daripada 16 kontijen Aktiviti : Persembahan pasukan KIK, sesi viva dan dokumentasi,
pameran kumpulan KIK. Berikut adalah keputusan keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan JBPM Kali Ke-25 Tahun 2014:
KEPUTUSAN NEGERI PROJEK
TEMPAT PERTAMA
JBPM PUTRAJAYA
(NAMA KUMPULAN :
PUTRA)
KESUKARAN MENGANGKAT
MANGSA DARI PERMUKAAN AIR
KEDALAM BOT ALUMINIUM
TEMPAT KEDUA
JBPM KEDAH
(NAMA KUMPULAN :
MARBLE)
KESUKARAN MEMBAWA
BEBANAN
TEMPAT KETIGA
JBPM PERAK
(NAMA KUMPULAN :
STORM)
KEROSAKAN PADA PEMEGANG
ENJIN BOT SEMASA PENUNDAAN
Jadual 7: Keputusan Keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
Peringkat Kebangsaan JBPM Kali Ke-25 Tahun 2014
Majlis perasmian penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan JBPM Kali Ke-25 Tahun 2014 ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri pada 17 November 2014 yang diadakan di Primaland Resort and Convention Centre, Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Majlis ini turut dihadiri oleh YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Hj. Amer bin Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS Penolong Ketua Pengarah Bahagian-Bahagian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS Pengarah-Pengarah Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Sesi viva oleh pasukan JBPM Perlis
Ketua Penilai Dato’Zakaria Ahmad menerima cenderamata
dari YAS Datuk Wira
Sesi penilaian Pameran Konvensyen KIK JBPM di
Dataran Teluk Kemang, Negeri Sembilan