Project Outline Model Mongreal

  • Upload
    zapel

  • View
    214

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Project Outline Model Mongreal

    1/2

    PROJECT TITLE : MODEL MONGREAL INTEGRASI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH

    RENDAH

    PROJECT AIMS : UNTUK MEMBANGUNKAN SATU MODEL INTEGRASI PENGAJARAN PENDIDIKAN

    JASMANI SEKOLAH RENDAH YANG MENGAMBIL KIRA KOMPONEN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN

    AFEKTIF.

    RESEARCH QUESTIONS :

    1.  Apakah tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab peribadi dan sosial,

    kemahiran dan pengetahuan pelajar tahun 6 dalam permainan Penyerangan atau

    Pertahanan menggunakan Model Pengajaran Mongreal?

    2.  Apakah pembangunan tingkahlaku tanggungjawab peribadi dan sosial , kemahiran

    dan pengetahuan pelajar tahun 6 dalam permainan Penyerangan atau Pertahanan

    menggunakan Model Pengajaran TGfU?

    3. 

    Adakah terdapat pengaruh tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawabperibadi dan sosial pelajar tahun 6 terhadap tahap kemahiran pelajar tahun 6 dalam

    permainan Penyerangan atau Pertahanan menggunakan Model Pengajaran

    Mongreal?

    4. 

    Adakah terdapat pengaruh tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab

    peribadi dan sosial pelajar tahun 6 terhadap tahap pengetahuan pelajar tahun 6

    dalam permainan Penyerangan atau Pertahanan menggunakan Model Pengajaran

    Mongreal?

    5. 

    Adakah terdapat pengaruh tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab

    peribadi dan sosial pelajar tahun 6 terhadap tahap kemahiran pelajar tahun 6 dalam

    permainan Penyerangan atau Pertahanan menggunakan Model Pengajaran TGfU?

    6.  Adakah terdapat pengaruh tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab

    peribadi dan sosial pelajar tahun 6 terhadap tahap pengetahuan pelajar tahun 6

    dalam permainan Penyerangan atau Pertahanan menggunakan Model Pengajaran

    TGfU?

    PROJECT SIGNIFICANT:

    Dalam kajian ini, pengkaji akan mengolahkan pembangunan model Mongreal iaitu satu integrasi

    model pengajaran pendidikan jasmani yang menggabungkan ketiga-tiga aspek domain pembelajaran

    psikomotor, kognitif dan afektif. Model Mongreal adalah satu integrasi model pengajaran yangmenggabungkan Model TGfU dan Model Pengajaran Tanggungjawab Peribadi dan Sosial. Kedua-dua

    model ini akan menggabungkan tiga teori iaitu teori permainan, teori konstruktivisme dan teori

    pembangunan belia positif. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji bagaimana guru Pendidikan

    Jasmani boleh memanipulasikan kategori permainan ini untuk menyediakan pelbagai pengalaman

    pembelajaran yang berkualiti tinggi untuk pelajar. tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai

    keberkesanan model pengajaran Mongreal kepada pembangunan tingkah laku peribadi dan

    tanggungjawab sosial individu (Hormat, Penglibatan, Self-Direction dan Penyayang) bagi pelajar-

    pelajar tahun 6 dalam persekitaran permainan aspek Penyerangan atau Pertahanan

    (Striking/Fielding). Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan bahan-bahan

    pembangunan profesional yang berkesan untuk guru-guru bagi membantu pelajar membina peribadi

  • 8/17/2019 Project Outline Model Mongreal

    2/2

    dan tanggungjawab sosial persekitaran menggunakan Model Pengajaran TGfU (contohya, rancangan

    pengajaran harian).

    Keputusan kajian ini memberi implikasi yang penting bukan sahaja untuk guru malah untuk pelajar

    dan pentadbir sekolah. Cadangan pelaksanaan kajian ini berpotensi untuk mengumpulkan maklumat

    berkaitan teknik pedagogi yang mampu meningkatkan kemahiran psikomotor, kognitif dan afektifpelajar. Kualiti pengajaran guru juga dapat ditingkatkan bagi memberi pengalaman pembelajaran

    yang menyeluruh kepada pelajar.

    BACKGROUND/ DESCRIPTION OF PROJECT:

    Projek ini bermatlamat untuk membangunkan Model Mongreal yang dapat memberikan

    pengalaman pembelajaran yang holistik kepada pelajar di samping dapat meningkatkan domain

    pembelajaran pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 6 sekolah rendah di

    Negeri Johor. Kajian rintis akan dijalankan untuk mengambil gambaran awal tahap psikomotor,

    kognitif dan afektif pelajar dengan pendedahan Model Mongreal. Rancangan pengajaran harian

    dibangunkan bagi 8 minggu berdasarkan Model Mongreal. Asas Model Mongreal dibangunkan

    berdasarkan kajian literatur, pandangan pakar dan pandangan guru. Instrumen penilaian Model

    Mongreal juga akan dibangunkan bagi melihat keberkesanan model ini.

    PROPOSED METHOD:

    Kajian ini akan membangunkan Model Mongreal iaitu satu integrasi model pengajaran berasaskan

    model TGfu dan model pembangunan tingkah laku dan sosial. Konstruk dan instrumen kajian akan

    diuji menggunakan Model Rasch bagi mendapat kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Proses

    mengesahkan instrumen ini akan mengambil kira polariti item, kesesuaian item, PCA,

    kebolehpercayaan item dan responden dan DIF. Analisis penilaian keberkesanan model akandijalankan menggunakan SPSS Ver.21.0