Upload
metgrotec85
View
335
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
CTH
Citation preview
PROJEK KHAS KOKURIKULUM SEKOLAH
PROGRAM ’BUDGET KECIL, IMPAK MAKSIMA”
SMK MAOKIL, LABIS, JOHOR
1.0PENGENALAN
Minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum perlu dipupukkan melalui yang
mudah serta menyeronokkan bagi para pelajar. Oleh itu, unit kokurikulum SMK Maokil
telah mengambil peluang untuk mengadakan program-program yang melibatkan kos
yang rendah tetapi dapat melibatkan jumlah pelajar yang ramai membawa impak yang
maksima kepada penghayatan aktiviti kokurikulum.
Diharap dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti tersebut dapat meningkatkan
motivasi pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran akademik di dalam
kelas dan di luar kelas.
2.0TEMA
”BUDGET KECIL, IMPAK MAKSIMA”
3.0OBJEKTIF
3.1Membuka minda pelajar bahawa aktiviti kokurikulum adalah menyeronokkan
3.2Membuka perspektif pelajar lebih luas terhadap kepentingan dan kesan penglibatan
dalam aktiviti kokurikulum
3.3Merangsang pelajar untuk mengamalkan cara hidup yang aktif dari segi minda dan
fizikal..
4.0 AJK INDUK DAN PENGELOLAAN
Pengetua : Puan Hjh. Norhashimah Binti Hj. Hasan
Gpk Kokurikulum : En . Md Azhar Bin Abu Yamin
Setiausaha Kokurikulum : En . Ayob Bin Haron
Penyelaras Kelab & Persatuan : En . Subramanian A/L Sinnapayan
Ahli Jawatankuasa Pengelola : En. Azmi bin Jaaffar
Cik Nadiah binti Md. Salleh
Pn. Norhana binti Ismail
5.0 Kos Projek : anggaran RM500 untuk 2 tahun
6.0 Ringkasan Projek
Ia melibatkan beberapa pertandingan yang dijalankan di bawah Kelab Rekacipta, Inovasi
dan Roket, SMK Maokil. Acara yang dipertandingkan adalah acara yang melibatkan kos
yang sangat minima dan melibatkan penyertaan yang ramai iaitu seperti berikut:
a. Roket kertas
b. Roket Air
c. Glider
d. Hovercraft
e. Landing Safely
f. Sudoku
Kebanyakan acara tersebut menggunakan kos yang sangat rendah dan sebahagian
sumber menggunakan bahan terbuang.
7.0 Tempoh Pelaksanaan
Projek bermula pada April 2012 hingga April 2014.
8.0 Penilaian
Sebelum program ini dijalankan, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ada
kurang memuaskan terutamanya dari kalangan pelajar kelas sederhana dan lemah. Bagi
mereka, tiada yang menarik dalam aktiviti kokurikulum. Mereka lesu di kelas dan di luar
kelas.
Semasa program ini dijalankan, penyertaan para pelajar adalah sangat menggalakkan.
Sambil menyertai pertandingan untuk suka-suka, mereka memerah idea untuk
menjadikan glider, roket kertas, roket air yang mereka hasilkan dapat menunjukkan
prestasi yang bagus bila dilancarkan.
9.0 Dokumentasi bergambar
Pertandingan roket kertas Pertandingan Glider
Pertandingan Soduku Menengah Atas Pertandingan Landing safely
Pertandingan roket air Sesi pembinaan roket air