20
1.0 Cadangan Penyelidikan 1.1 Pengenalan Negara Malaysia, mempunyai keunikannya yang tersendiri, iaitu mempunyai penduduknya yang berbilang kaum. Antara tiga kaum yang terbesar bilangan peratusnya berbanding dengan kaum lain ialah kaum Melayu, Cina dan diikuti oleh kaum India. Penduduk Malaysia yang berbilang kaum ini, hidup lebih aman dan damai berbanding dengan negara-negara yang lain. Kestabilan politik dan ekonomi negara kitalah yang menyebabkan keamanan dan keharmonian negara kita terjamin. Walaupun hidup aman di negara ini, masyarakat Malaysia masih mempunyai beberapa masalah sosial. Antara masalah sosial yang semakin meluas di kalangan Masyarakat India di Malaysia ialah pengaruh Filem Tamil. Pengaruh Filem Tamil ini kian meluas di kalangan belia Masyarakat India di Malaysia.

Proposal Ma

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pro

Citation preview

1

1.0 Cadangan Penyelidikan

1.1 Pengenalan

Negara Malaysia, mempunyai keunikannya yang tersendiri, iaitu mempunyai penduduknya yang berbilang kaum. Antara tiga kaum yang terbesar bilangan peratusnya berbanding dengan kaum lain ialah kaum Melayu, Cina dan diikuti oleh kaum India. Penduduk Malaysia yang berbilang kaum ini, hidup lebih aman dan damai berbanding dengan negara-negara yang lain. Kestabilan politik dan ekonomi negara kitalah yang menyebabkan keamanan dan keharmonian negara kita terjamin.

Walaupun hidup aman di negara ini, masyarakat Malaysia masih mempunyai beberapa masalah sosial. Antara masalah sosial yang semakin meluas di kalangan Masyarakat India di Malaysia ialah pengaruh Filem Tamil. Pengaruh Filem Tamil ini kian meluas di kalangan belia Masyarakat India di Malaysia.

Masyarakat India merupakan kaum ketiga terbesar di negara ini. Kebanyakan masyarakat India yang menetap di negara ini ialah keturunan golongan yang dibawa oleh Kerajaan British pada abad ke-8, yang kini sudah menjadi warganegara Malaysia.

Golongan belia dikategorikan antara mereka yang peringkat umurnya dari 16 tahun hingga 40 tahun. Golongan inilah yang sangat diharapkan oleh setiap masyarakat di negara kita, bahawa mereka boleh menjadi pemimpin masa depan negara kita.

Pengaruh Filem Tamil di kalangan belia India perlu dikaji bagi mengetahui punca, masalah-masalah yang akan timbul daripada pengaruh filem tersebut dan juga cara-cara mengatasinya.

1.2 Tajuk Kajian

Tajuk kajian ini ialah, Pengaruh Filem Tamil Di Kalangan Belia Kaum India (Tamil) Di Negeri Selangor .

1.3 Kajian Kajian Lepas

Terdapat beberapa kajian lepas mengenai Pengaruh Filem di kalangan Masyarakat India dan juga di Masyarakat Melayu. Berikut adalah antara kajian-kajian lepas:

A) Pengaruh Filem Terhadap Mentaliti Pelajar Sekolah. Suatu Kajian Terhadap Para Pelajar Di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Sabak Bernam.

Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam. Bahagian Pengajian Usuluddin. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Md Nor Rahim Salmin.( 2000/2001)

Kajian ini telah mengkaji mengenai bagaimana filem mempengaruhi mentaliti pelajar sekolah. Kajian ini melihat kesan terhadap gaya pemikiran serta tingkah laku akibat dari jenis-jenis filem yang ditonton oleh pelajar sekolah. Hasil kajian telah menunujukkan bahawa pelajar yang gemar melihat filem-filem yang mempunyai unsur-unsur ganas mempunyai mentaliti yang sedemikian juga. Manakala sebaliknya pelajar-pelajar yang menonton filem-filem yang bersifat kekeluargaan mempunyai mentaliti yang positif.

B) Unsur-Unsur Keganasan Yang Terdapat Di Filem Tamil Dan Pengaruh Terhadapnya Di Kalangan Remaja India.Satu Kajian.

Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

Sarasvathi A/P Subramaniam.( 2001/2002)

Kajian ini pula melihat terhadap unsur-unsur keganasan yang terdapat dalam filem Tamil yang terpilih dan pengaruhnya terhadap remaja India. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara unsur-unsur ganas yang ditunjukkan dalam filem dengan kelakuan remaja India. Semakin banyak mereka terdedah dengan unsur-unsur ganas dari filem Tamil semakin sifat mereka berubah kepada sifat-sifat ganas. Ini adalah kerana sifat remaja yang suka meniru gaya dan watak pelakon-pelakon kegemaran mereka.C) Pengaruh Filem Melayu Di Kalangan Masyarakat Melayu.

Jabatan Sosio-Budaya Melayu.Akedemi Pengajian Melayu.Universiti Malaya.

Suppammal Athimoslam. (2001\2002)

Kajian ini memfokuskan kepada pengaruh filem Melayu di kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini melihat kepada aspek-aspek tertentu yang mempengaruhi masyarakat Melayu akibat dari filem Melayu. Antara aspek yang dilihat adalah dari segi mental, fizikal dan juga emosional. Kajian ini mendapati bahawa budaya masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh perkembangan dunia filem Melayu yang pesat berkembang.

D) Pengaruh Filem Tamil Di Kalangan Belia India (Tamil) Di Malaysia.Satu Kajian.

Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

Punithamalar A/P Shanmugam.( 2004/2005)

Kajian ini mengkaji pengaruh filem Tamil di kalangan belia India (Tamil) di Malaysia. Kajian ini juga melihat kepada aspek fizikal, mental dan emosional golongan belia dan bagaimana ia mempengaruhi golongan belia ini. Kesan terhadap tingkahlaku golongan belia adalah bergantung kepada jenis filem yang gemar ditonton oleh seseorang itu.E) Pengaruh Filem Tamil Di Kalangan Masyarakat India (Tamil) Di Malaysia.

Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

Jayanthi A/P Mariappan.( 2005/2006)

Kajian ini juga mengkaji pengaruh filem Tamil di kalangan masyarakat India (Tamil) di Malaysia. Sepertimana kajian-kajian lepas, kajian ini juga melihat kepada aspek fizikal, mental dan emosional masyarakat dan bagaimana ia mempengaruhi mereka. Kesan terhadap tingkahlaku masyarakat adalah bergantung kepada jenis filem yang gemar ditonton oleh seseorang itu.

Dengan merujuk daripada kajian-kajian lepas, kajian saya ini akan luaskan skop kajian iaitu pengaruh dari segi fizikal, mental, perubahan budaya masyarakat dan juga dari segi ekonomi. Kajian ini juga akan melihat kepada punca-punca, masalah-masalah yang akan timbul dari punca-punca tersebut dan juga penyelesaian kepada masalah itu.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat beberapa masalah sosial di kalangan masyarakat India di Malaysia. Kebanyakan masalah ini tidak dipedulikan oleh masyarakat atau mereka tidak mempunyai maklumat yang secukupnya tentang sesuatu masalah. Maka kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat India tentang masalah pengaruh filem ini, kerana kajian ini membincangkan lebih terperinci tentang masalah pengaruh filem di kalangan belia yang kian meluas di kalangan masyarakat India.

Objektif pertama bagi kajian ini adalah untuk mengkaji perubahan budaya dan pemikiran Belia India di Negeri Selangor. Perubahan budaya ini boleh dikaitkan dengan gaya percakapan, pemakaian, gaya hidup dan lain-lain.

Objektif kedua bagi kajian ini akan mengkaji tentang perkara-perkara yang mendorong terhadap perubahan budaya dan pemikiran belia India. Antara perkara-perkara yang boleh dikatakan mendorong terhadap perubahan adalah unsur-unsur keganasan, cinta, gaya serta pertuturan yang dipaparkan dalam filem-filem Tamil.

Objektif ketiga kajian adalah meneliti kekuatan pengaruh filem Tamil dalam kalangan Belia India di Negeri Selangor. Kekuatan pengaruh filem boleh dikaitkan dengan melihat sejauh mana belia masyarakat India (Tamil) menggunakan masa lapang mereka dengan menonton filem Tamil. Kekuatan pengaruh filem juga boleh dikaitkan dengan minat seseorang belia itu dalam menonton filem Tamil. Kekuatan pengaruh filem juga dapat dikaitkan dengan corak pemikiran serta perkembangan minda belia India.

Objektif keempat bagi kajian ini adalah mengkaji pengaruh filem terhadap budaya dan pemikiran. Sepertimana yang telah dinyatakan di atas kajian ini akan melihat perubahan budaya dari segi gaya percakapan, pemakaian, gaya hidup dan lain-lain.

Kajian ini juga mengkaji tentang punca pengaruh Filem Tamil di kalangan belia India Malaysia, masalah-masalah yang akan timbul daripada pengaruh filem tersebut dan juga bagi mencari cara-cara mengatasinya.

1.5 Lokasi Kajian

Lokasi atau tempat kajian ialah di sekitar kawasan Negeri Selangor seperti Kuala Selangor , Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang, Petaling Jaya, Sepang, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Dan Lokasi akan dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu di bandar dan luar bandar.

1.7 Kaedah Kajian

Terdapat tiga jenis kaedah kajian kualitatif yang digunakan di dalam kajian ini, iaitu kaedah kajian perpustakaan , kaedah soal selidik dan pemerhatian ikut serta

A) Kaedah Perpustakaan

Kaedah ini digunakan bagi mengumpulkan maklumat-maklumat tentang kajian-kajian lepas, sejarah kedatangan masyarakat India ke Tanah Melayu, sejarah perkembangan Industri Filem India dan Tamil dan juga maklumat-maklumat yang lain.

B) Kaedah Soal Selidik

Kaedah survey atau soal selidik dilakukan terhadap dilakukan terhadap 500 responden yang dipilih dari golongan belia India yang tinggal di Negeri Selangor. 500 orang responden tersebut, terbahagi kepada 200 orang perempuan dan 300 orang lelaki dari latar belakang yang berbeza.

Responden yang dipilih akan ditemubual atau disoalselidik dengan borang soal selidik yang disediakan bagi mengumpul data-data mereka dan juga data yang berkaitan dengan kajian ini. Maklumat-maklumat atau data yang diperolehi akan dinalisa dengan menggunakan Microsoft Excel.

Antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam borang soal selidik ialah seperti latar belakang responden, latar belakang keluarga responden, kerjaya, aktiviti sosial, pengaruh filem, dan pendapat responden.

C) Kaedah Pemerhatian Ikut Serta (Participial Observation)

Kaedah ini juga digunakan terhadap responden yang terpilih. Ini kerana bagi mengetahui cara kehidupan mereka dan pengaruh Filem Tamil terhadap gaya hidup mereka. Iaitu dari segi segi fizikal, mental, ekonomi kedudukan mereka di dalam masyarakat ini.Pandangan dari segi masyarakat terhadap mereka ini juga diambil kira dalam kajian ini.

1.8 Analisis dan kesimpulan.

Seperti yang dinyatakan, daripada kajian, kita dapat mengumpul data-data mengenai punca-punca pengaruh Filem Tamil di kalangan belia India Malaysia, masalah-masalah yang akan timbul daripada pengaruh filem tersebut dan juga bagi cara-cara mengatasinya.

1.9 Pembahagian Bab

I) Bab pertama merupakan pengenalan yang menguraikan objektif kajian, kaedah kajian yang digunakan, lokasi kajian, rasional pemilihan tajuk kajian, jadual tugasan, skop kajian serta yang lain-lain. II) Bab kedua pula menerangkan tentang sejarah perkembangan Industri Filem dunia, di India dan juga di dalam Bahasa Tamil (Filem Tamil).

III) Bab ketiga menerangkan sejarah penempatan orang India ke Tanah Melayu dan juga penempatan-penempatan awal Masyarakat India di Negeri Selangor.IV) Bab keempat menerangkan tentang keputusan kajian tentang kajian survay yang telah dijalankan terhadap responden yang dipilih. V) Kajian penyelidikan diakhiri dengan kesimpulan dalam bab kelima.

2.0 Rujukan

1) Md Nor Rahim Salmin.( 2000/2001) Pengaruh Filem Terhadap Mentaliti Pelajar Sekolah. Suatu Kajian Terhadap Para Pelajar Di Sekolah Menengah Kebansaan Munshi Abdullah, Sabak Bernam. Kuala Lumpur Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam. Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

2) Sarasvathi A/P Subramaniam.( 2001/2002)Unsur-Unsur Keganasan Yang Terdapat Di Filem Tamil Dan Pengaruh Terhadapnya Di Kalangan Remaja India.Satu Kajian.Kuala Lumpur.Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

3) Suppammal Athimoslam. (2001\2002)Pengaruh Filem Melayu Di Kalangan Masyarakat Melayu.Kuala Lumpur.Jabatan Sosio-Budaya Melayu.Akedemi Pengajian Melayu.Universiti Malaya.

4) Punithamalar A/P Shanmugam.( 2004/2005) Pengaruh Filem Tamil Di Kalangan Belia India (Tamil) Di Malaysia.Satu Kajian. Kuala Lumpur. Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

5) Jayanthi A/P Mariappan.( 2005/2006) Pengaruh Filem Tamil Di Kalangan Masyarakat India (Tamil) Di Malaysia. Kuala Lumpur.Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

6) Marimuthu A/ L Sukathuvelu.( 2005/2006) Masalah Anak Dara Tua (Andartu) Di Kalangan Masyarakat India (Tamil) Di Malaysia. Kuala Lumpur.Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

7) Umadevi A/P Veerasamy (2001/2002) Watak-watak Wanita Didalam Filem K. Balachander. Kuala Lumpur.Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

8) Mariammal A/P Nedurajan (2005/2006) Masalah-masalah sosial yang Diketengahkan Didalam Filem Cheran. Kuala Lumpur.Jabatan Pengajian India. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

9) Supparao N.V. (1992) Sinema Tamil. Pulau Pinang. Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

10) Guna K.A (1999) Punca-penca Gejala Sosial Cinta, Rumahtangga dan Penjagaan Anak-anak, Masalah Dan Cara Penyelesaian. Kuala Lumpur. GV Media Publisher Taman Melawati Kuala Lumpur.

11) Ramasamy P. (1999) Kehidupan dan Cabaran-cabaran Yang Dihadapi Oleh Pekerja Ladang Malaysia. Kuala Lumpur. Chembharuthi Pathipagam Kuala Lumpur.

CADANGAN PENYELIDIKAN BAGI IJAZAH SARJANA SASTERA

TAJUK KAJIAN : PENGARUH FILEM TAMIL DI KALANGAN BELIA KAUM INDIA (TAMIL) DI NEGERI SELANGORMARIMUTHU A/L SUKATHUVELU

830503-10-5561