34
TAJUK KAJIAN Meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan suku kata kv+kv di kalangan murid-murid pendidikan khas. 1.0 PENGENALAN Semenjak Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu, salah satu usaha dalam membangunkan ekonomi dan sosial negara kita adalah melalui bidang pendidikan. Pendidikan, ilmu serta pembacaan pula adalah merupakan tiga serangkai yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Mata pelajaran Bahasa Malaysia merupakan matapelajaran teras yang perlu dipelajari sama ada di Sekolah Kebangsaan ataupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) yang mewajibkan setiap pelajar lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Bagi memperoleh sijil amat baik bagi memartabatkan kedudukan Bahasa Malaysia di Negara kita. Dapatlah dikatakan bahawa Bahasa Malaysia bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita, malahan ianya juga merupakan bahasa yang paling utama yang sering diguna selain daripada Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itulah 1

Proposel hanisah.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Proposel hanisah.docx

TAJUK KAJIAN

Meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan suku kata

kv+kv di kalangan murid-murid pendidikan khas.

1.0 PENGENALAN

Semenjak Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang

lalu, salah satu usaha dalam membangunkan ekonomi dan sosial negara kita adalah

melalui bidang pendidikan. Pendidikan, ilmu serta pembacaan pula adalah merupakan

tiga serangkai yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Mata pelajaran Bahasa

Malaysia merupakan matapelajaran teras yang perlu dipelajari sama ada di Sekolah

Kebangsaan ataupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan Kementerian Pelajaran

Malaysia ( KPM ) yang mewajibkan setiap pelajar lulus dalam mata pelajaran Bahasa

Malaysia di peringkat Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan Sijil Pelajaran

Malaysia ( SPM ). Bagi memperoleh sijil amat baik bagi memartabatkan kedudukan

Bahasa Malaysia di Negara kita. Dapatlah dikatakan bahawa Bahasa Malaysia bukan

sahaja merupakan bahasa ibunda kita, malahan ianya juga merupakan bahasa yang

paling utama yang sering diguna selain daripada Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan

itulah merupakan asas utama dalam memartabatkan Bahasa Malaysia ini ialah dengan

mewajibkan pengajaran Bahasa Malaysia bermula dari sekolah rendah lagi. Pelajar

akan didedahkan dengan perkataan-perkataan yang mudah dan senang untuk difahami

sesuai dengan umur dan juga tahap keupayaan mereka.

Terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga

kemahiran lisan. Kemahiran-kemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Membaca merupakan kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Ianya

merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran. Bacaan

yang luas dapat membantu pengembangan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar.

1

Page 2: Proposel hanisah.docx

Stotsky ( 1983 ) telah membuktikan bahawa wujudnya perkaitan yang amat rapat

antara tahap pembacaan dan penulisan dan beliau juga telah merumuskan bahawa “

mereka yang membaca dengan baik juga akan menulis dengan baik dan mereka yang

lemah dalam pembacaan juga akan lemah dalam penulisan. Untuk membaca dengan

baik , seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran

ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang pelajar bermula dari

tahun satu lagi. Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar

biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata

pelajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkanpencapaian

rendah dalam pelajaran di sekolah.

Adalah menjadi tugas guru bagi mengesan kelemahan membaca muridnya dan

seterusnya pengkaji berpendapat bahawa satu tindakan perlu diambil dan satu kajian

harus dijalankan bagi mengenalpasti dan mengetahui kaedah dan teknik yang berkesan

untuk membendung masalah yang dihadapi oleh murid ini. Kaedah dan teknik mengajar

bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

Pelbagai kaedah dijalankan untuk mengatasi masalah ini, Antaranya termasuklah pelajar

ini dilatih semula kepada asas mengenal huruf, mem-bunyikan huruf, mengenali dua

suku kata ( kv+kv ), mengenali suku kata terbuka , latih tubi mengeja, latih tubi

membaca dan lain-lain.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada tahun 2006 sehingga sekarang ini saya diberi peluang untuk mengajar mata pelajaran

Bahasa Malaysia di kelas pendidikan khas. Murid-murid di kelas pendidikan khas ini terdiri

daripada murid-murid khas bermasalah pembelajaran. Murid-murid yang saya ajar ialah

murid-murid yang dikategorikan sebagai bertahap tinggi yakni berpotensi untuk berdikari dan

berkerjaya. 50% daripada murid di kelas tersebut tidak boleh membaca dan menulis dengan

baik. Kekangan ini telah menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran saya tidak

2

Page 3: Proposel hanisah.docx

tercapai. Akibatnya murid-murid tersebut gagal untuk menguasai apa yang disampaikan oleh

guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini akan terpinggir, kurang

keyakinan, tidak memberi komitmen dan bersepsi negative terhadap mata pelajaran Bahasa

Malaysia khususnya dan subjek-subjek lain yang melibatkan arahan soalan berbentuk ayat

yang agak panjang dan sebagainya.

Semasa guru mengajar , didapati segelintir murid kurang menumpukan perhatian

kepada pengajaran guru. Kurangnya tumpuan merupakan salah satu faktor murid tidak dapat

menguasai kemahiran membaca dengan baik. Melalui pemerhatian tingkahlaku murid,

didapati ada murid yang suka bermain-main dengan alat tulis dan murid-murid ini juga terlalu

hiperaktif dan tidak boleh menumpukan perhatian yang lama semasa sesi pembelajaran. Ini

menunjukkan bahawa murid-murid ini kurang berminat untuk belajar. Lebih-lebih lagi bagi

pelajar yang tidak mengenal huruf dan tidak boleh membaca. Keadaan ini amat menakutkan

apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah

menengah.

Saya rasa terpanggil untuk mengkaji permasalahan ini kerana ia berkaitan dengan masa

depan murid-murid apabila ingin melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah dan

seterusnya ke peringkat vokasional. Dalam pemerhatian saya juga , mereka juga tidak

menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka ini

tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam suku kata dengan betul. Oleh yang

demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataan yang salah apabila guru

meminta mereka melengkapkan semula suku kata yang disebut oleh guru. Saya pernah

menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka bagi mengingat semula suku kata

awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak

sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun mereka ini masih belum

dapat menguasainya. Faktor daripada kelemahan tersebut , saya telah berusaha untuk

membantu murid ini supaya dapat menyebut suku kata kv+kv dengan betul agar mereka

berpeluang meneruskan kehidupan berdikari, berkerjaya dan bermakna setelah tamat

persekolahan kelak.

3

Page 4: Proposel hanisah.docx

1.2 Latar belakang kajian

Saya memilih sebuah sekolah rendah didaerah Bachok sebagai pusat pengumpulan

kajian saya.Sekolah ini adalah sebuah sekolah yang sudah lama bertapak di daerah bachok

Kelantan iaitu bermula pada tahun 1955 lagi. Sekolah ini tergolong sebagai sekolah Bandar

dan sekolah ini mempunyai kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Kelas ini mula dibuka

pada tahun 1996 lagi.Kelas ini mempunyai seramai 39 orang murid , 11 orang guru dan 4

0rang Pembantu Pengurusan Murid. Kebanyakan murid-murid disini mempunyai masalah

Hiperaktif, Sindrom Down dan juga Lembam. Di kelas Integrasi ini ia hanya membekalkan

lima buah kelas yang bermula kelas satu,kelas dua,kelas tiga , kelas empat dan kelas lima.

Oleh itu, Saya telah memilih kelas 5 Zamrud sebagai kumpulan sasaran dan peserta

kajian saya. Kelas 5 Zamrud mempunyai 8 orang murid kalainan upaya yang terdiri daripada

pelbagai kategori masalah pembelajaran. Melalui pemerhatian awal , tanpa disedari saya

mendapati bahawa pengajaran yang kami guru-guru laksanakan selama ini rasanya tidak

memberi keberkesanan sepenuhnya terhadap keperluan murid. Melalui pelbagai masalah

yang timbul ,saya berhasrat untuk membina bahan bantu mengajar yang boleh membantu

murid dalam meningkatakan penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan juga

melengkapkan perkataan kv + kv.

Oleh itu saya akan menjalankan kajian ini berpandukan masalah-masalah yang saya

temui ini kepada beberapa orang murid yang telah saya kenalpasti. Insyaallah setelah kajian

ini dijalankan diharap masalah dan punca murid-murid pendidikan khas ini dikatakan tidak

dapat membaca dapat diatasi dan dapat membaca walaupun tidak sehebat murid-murid

normal di aliran perdana.

4

Page 5: Proposel hanisah.docx

2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, walaupun terdapat

beberapa masalah yang timbul dalam menyebut suku kata terbuka kv+kv , namun ianya

dapat membantu murid ini menyebut suku kata terbuka kv+kv setelah diberi latih tubi

dan penekanan terhadap kemahiran tersebut. Murid ini masih keliru untuk menyebut

dengan betul perkataan-perkataan tersebut kerana murid ini sebenarnya tidak

mengenal huruf dengan baik. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan jayanya,

maka dikhuatiri murid ini akan menghadapi masalah untuk membaca dengan baik

dimasa hadapan. Masalah tidak mengenal huruf merupakan punca utama kebanyakan

kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan

menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan

perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. Salah sebutan ini terjadi akibat

kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu mem-bunyikan sesuatu huruf

sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks berkenaan. Kesalahan-

kesalahan ini boleh mengubah per-kataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi

perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Guru juga perlu memerhati tingkah laku yang

ditunjukkan semasa murid menyebut suku kata yang boleh menunjukkan murid itu ber-

masalah dalam sebutan. Murid pendidikan khas memang sangat bermasalah dalam

mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah

mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kv+kv. Antaranya murid tidak dapat

mengecam bunyi suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat. Mereka juga

tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran. Akibat daripada itu, mereka

juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik. Dengan mengadakan

aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint mengeja, menyebut dan

melengkapkan perkataan kv+kv, saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan

kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid

terhadap pelajaran mereka.

Pada pengajaran yang lepas, pengkaji hanya mengajar murid-murid mengikut kaedah

dan teknik pengajaran secara umum tanpa menitik- beratkan tentang pemasaalahan

sebenar yang dihadapi oleh murid menyebabkan apa yang saya ajar tidak dapat diikuti

5

Page 6: Proposel hanisah.docx

dan difahami sepe-nuhnya oleh murid itu. Pengkaji banyak menggunakan pengajaran

secara tradisional , tidak memikirkan kaedah yang sesuai dengan kebolehan murid. Oleh

itu murid tidak focus terhadap apa yang telah diajar. Murid ini kelihatan bosan untuk

mengikuti pengajaran guru. Setelah dibuat penilaian diakhir pengajaran, ternyata murid

ini tidak dapat meyebut suku kata kv+kv dengan betul. Mereka juga bersikap pasif serta

lebih gemar untuk menyendiri didalam kelas dan tidak mahu member kerjasama

terhadap rakan-rakan yang lain. Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar

ini,ianya harus ditangani dengan segera supaya tidak memberi kesan yang lebih besar

kepada diri pelajar. Dalam hal ini pengkaji akan menekankan kaedah latih tubi bagi

membantu murid ini dalam mengatasi masalah kemahiran menyebut khususnya dalam

kemahiran menyebut suku kata terbuka kv+kv dengan betul.

2.1 PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah kaedah latih tubi dapat meningkatkan keupayaan murid dalam menyebut

suku kata terbuka kv+kv dengan betul?

2. Adakah kaedah latih tubi dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran

menyebut suku kata terbuka kv+kv dengan betul?

3. Adakah kaedah latih tubi dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

yang menarik serta menyeronokkan?

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif

berikut:

Objektif Umum:

Kajian ini dapat mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja,menyebut dan

melengkapkan perkataan kv+kv.

6

Page 7: Proposel hanisah.docx

Objektif Khusus:

Mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi dapat mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta menyeronokkan.

Dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengeja, menyebut serta

melengkapkan perkataan kv + kv dengan betul.

Murid dapat mengeja dan menyebut suku kata terbuka kv+kv dengan betul.

2.2 HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini melibatkan 3 orang murid pendidikan khas tahun 5 , di sebuah sekolah rendah

integrasi di kelantan. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan

kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk

memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.Tinjauan yang telah dilakukan dengan

mengutip data seperti berikut:

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid tiada motivasi untuk

belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu mengeja suku kata dan

perkataan dengan betul.Murid ini juga tidak dapat melengkapkan perkataan dengan

sempurna.

-Ujian Pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan

murid terhadap kemahiran yang akan diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan

kvkv bergambar yang perlu dilengkapkan oleh murid.

-Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang dari 15 perkataan adalah terlibat

dalam kajian ini.

7

Page 8: Proposel hanisah.docx

-Perkataan yang diuji ialah: ( bola, dadu, roda, jari, gigi, buku, ceri, topi, baca, kuda,

lari, peti, bayi, mata, yoyo, lori, beca , duku, duri, ciku, sudu, kayu, rusa dan sofa).

-Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina

untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan berdasarkan gambar.

-Keputusan ujian saya ialah didapati ketiga-tiga murid saya tidak dapat melepasi

sasaran markah yang ditetapkan .Oleh yang demikian saya telah membina bahan-

bahan latihan untuk latih tubi secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi

mengeja, menyebut dan melengkapkan suku kata kvkv dan juga permainan-

permainan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki

dengan lebih baik.

2.3 Kepentingan kajian

1. Murid

Kajian ini penting untuk membantu murid tahun lima kelas khas integrasi yang

mempunyai masalah untuk menyebut dan mengeja suku kata kv + kv serta tidak

dapat melengkapkan perkataan kv + kv dengan betul. Kaedah yang digunakan

adalah praktikal dan sesuai untuk dilaksanakan bagi membantu murid diperingkat

sekolah rendah. Secara tidak langsung , murid juga akan lebih seronok untuk belajar

tajuk berkenaan dan mudah untuk menguasai kemahiran menyebut dan mengeja

perkataan kv + kv . Dengan ini dapat membantu meningkatkan keyakinan murid

apabila guru menyuruh murid membaca secara individu. Selain itu juga dapat

membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka dalam kelas walaupun mereka ini

tidak ada peperiksaan yang khusus seperti murid-murid di aliran perdana.

2. Guru

Kajian ini diharapkan agar dapat memberi manfaat kepada para pendidik untuk

sentiasa mencari alternatif baru dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Selain itu juga ,

secara tidak langsung kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada guru-guru lain

8

Page 9: Proposel hanisah.docx

untuk mengatasi masalah yang dihadapi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Melalui kajian ini juga, para pendidik dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran

didalam kelas supaya murid akan lebih minat untuk belajar membaca dan menulis.

3. Sekolah

Sekolah merupakan medan bagi murid-murid menerima ilmu. Dengan kajian ini

diharapkan agar ianya dapat membantu pihak pentadbir sekolah dalam mengatasi

masalah dalam pembelajaran murid sekaligus dapat membantu meningkatkan

prestasi sekolah. Pihak sekolah juga dapat memanfaatkan kajian ini untuk

meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Secara tidak langsung juga, bidang pendidikan Negara kita akan dapat ditingkatkan

kualitinya sejajar dengan peredaran masa. Pelbagai kaedah yang menarik dapat

digunakan dalam memvariasikan proses penyampaian maklumat semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh adalah seperti dalam kajian ini iaitu

penggunaan kaedah latih tubi dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut,

mengeja dan juga melengkapkan perkataan kv + kv. Diharapkan agar bidang

pendidikan Negara kita akan sentiasa maju kehadapan dan dapat mengatasi cabaran

yang mendatang.

2.4. Definisi Istilah

1.Meningkatkan

Maksudnya meninggikan kedudukan atau taraf.

-Dalam istilah kajian ini adalah bagi meningkatkan mutu beberapa perkataan

berdasarkan masalah yang timbul di kalangan responden. Kajian ini akan

menghasilkan murid yang boleh menyebut, mengeja dan melengkapkan perkataan kv

+ kv dengan betul.

2.Penguasaan

Maksudnya mengetahui dengan lebih mendalam, menjadikan diri

Mahir atau berpengetahuan dalam sesuatu perkara.Dalam istilah kajian

9

Page 10: Proposel hanisah.docx

ini penguasaan bermaksud responden akan dapat menyebut, mengeja

Dan melengkapkan perkataan kv + kv dengan betul tanpa ada

Kesalahan lagi setelah melalui pelbagai ujian dan kaedah yang diguna-

Kan oleh pengkaji.

3.Kaedah Latih Tubi

Kaedah latih tubi adalah merupakan satu aktiviti pengulangan fakta-

fakta. Bahan-bahan rangsangan atau yang dipelajari. Tujuannya ialah

untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin

keberkesanannya. Kaedah latih tubi boleh digunakan untuk mencapai

sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut , mengeja dan

melengkapkan perkataan kv + kv serta mengingat fakta-fakta yang

penting. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mengalami proses

mendengar, melihat, memikir maksud perkataan-perkataan serta tahu

tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan ini.

4.Bacaan

Maksudnya ialah cara membaca perkataan-perkataan yang dilengkap-

Kan oleh mereka. Dalam istilah kajian ini bermaksud pengkaji akan

mengajar responden cara menyebut , mengeja dan juga melengkapkan

Perkataan kv + kv sehingga mereka dapat membaca perkataan tersebut

tanpa ada kesalahan lagi.

10

Page 11: Proposel hanisah.docx

3.0 Tinjauan Literatur

Kajian yang akan dijalankan adalah berfokuskan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang digunakan bagi tujuan meningkatkan perhatian murid terhadap isi pelajaran yang

disampaikan oleh guru.

Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang dahulu, pengkaji hanya

menerangkan dengan menggunakan gambar dan bahan maujud sebagai bahan bantu

mengajar. Dengan itu, pengkaji telah mencari kaedah alternative bagi menghilangkan

kebosanan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang pengkaji pilih adalah kaedah

latih tubi dan kaedah mengeja secara permainan menggunakan power point.

Sepanjang pelaksanaan kajian ini , pengkaji akan menerapkan salah satu prinsip

pembelajaran yang diperkenalkan oleh Thorndike ( 1911 ) iaitu Hukum Latihan. Hukum

Latihan menegaskan bahawa hubungan rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh

dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Maka teori pedagogi ini

adalah sejajar dengan prinsip kaedah latih tubi yang pengkaji terapkan terhadap pengajaran

dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Kamarudin Husin ( 1988 ) menyatakan bahawa tujuan latih tubi ialah untuk mencapai

taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu juga ianya menjamin ketekalannya.

Pemilihan kaedah latih tubi ini juga dikatakan dapat membantu melatih otot-otot tangan.

Menurut Ahmad Mohd Salleh ( 1997 ) . Dalam Islam kaedah latih tubi mempunyai

sejarah yang panjang. Malaikat jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar

Rasulullah membaca ayat yang pertama diturunkan. Baginda diajar membaca secara

berulang-ulang kali. Kali pertama Nabi menjawab tidak tahu, hinggalah kali ketiga barulah

Baginnda dapat membacanya.

Kaedah berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi iaitu corak pengajaran

bagi member kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

lisan. Demikian juga dengan kemahiran pergerakan otot. Kaedah ini digunakan dengan

11

Page 12: Proposel hanisah.docx

meluasnya dari zaman berzaman. Contohnya, membaca Al Quran diajar secara kaedah latih

tubi.

Menurut Abdul Ghafar ( 2003 ) kaedah kuliah atau kaedah konvensional menyebabkan

ramai dikalangan murid menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

oleh guru. Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan

isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya

secara maksimum. Kaedah ini secara langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian

murid terhadap isi pelajaran tersebut.

Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusrina ( 2006 ), terdapat pelbagai kaedah yang

dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah hafalan, syarahan,

kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya. Menurut mereka lagi ,

permainan adalah salah satu cara bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat

berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.

Lina Ping Madang ( 2010 ) turut menggunakan kaedah latih tubi dalam membantu

peserta memantapkan kemahiran menulis abjad.

Manakala Dayang Norhafizah Bt Abang Samat (2012 ) dalam kajiannya menunjukkan

bahawa kaedah latih tubi menyebut, mengeja dan melengkapkan perkataan kv + kv telah

dapat meningkatkan penguasaan responden . Hasil daripada bimbingan yang telah diberikan

dengan menggunakan teknik latih tubi tiga orang murid kelas PPKI telah menguasai

Kemahiran membaca dengan baik.

4.0.Perancangan dan pelaksanaan tindakan.

4.1.Metodologi kajian

Kajian yang bakal saya laksanakan adalah berdasarkan pemikiran dan model Stephen

Kemmis dan Mc Taggart ( 1988 ). Model reka bentuk kajian ini merupakan suatu corak

penyelidikan yang dilakukan melalui inkuiri reflektif kendiri dan dilakukan secara kolaboratif

dalam satu situasi social yang kecil. Kajian ini juga menunjukkan langkah demi langkah

untuk suatu kitaran kajian. Model Kemmis dan Mc Taggart ( 1988 ), iaitu ‘actian research

cycle’ merupakan model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan.

12

Page 13: Proposel hanisah.docx

Terdapat empat elemen utama dalam model ini iaitu pertama mereflek ( reflect ), kedua

merancang ( plan ), ketiga bertindak ( action ) dan keempat memerhati ( observe ).

Proses kajian telah bermula dengan guru mereflek masalah yang dilihat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang perlu ditangani. Ia mereflek bagi melihat kekuatan dan

kelemahan pengajaran dan pembelajaran sendiri. Kemudian guru perlu menyediakan satu

perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Rancangan yang

dibuat dilaksanakan dan dalam proses pelaksanaannya guru akan memerhati kemajuan

tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai “ Gelungan

Pertama “ ( Cycle 1 ) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah

memulakan proses semula ke “ Gelungan Kedua “ ( Cycle 2 ) sehinggalah masalah itu dapat

diselesaikan. Model ini sentiasa bersambungan dan tiada mutakhirnya ( finality ). Oleh itu

seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatic dan perlu

memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak

disampaikan. Berikut merupakan carta alir bagi kitaran pemikiran dan model Kemmis dan

Mc Taggart ( 1988 ).

13

Page 14: Proposel hanisah.docx

Rajah4.1 Carta alir kitaran pemikiran dan model Kemmis dan Mc Taggart (1988)

4.2 Kumpulan Sasaran

4.2.1Bilangan subjek kajian

Kajian ini akan dilaksanakan kepada murid-murid Pendidikan Khas di Sebuah sekolah

rendah di daerah bachok. Subjek kajian ini diperoleh dari kelas Bahasa Malaysia yang

diajar oleh saya.Subjek kajian adalah seramai tiga orang dari kelas 5 zamrud..Murid-

murid ini dapat mengenal abjad tetapi tidak begitu memuaskan. Ekoran dari masalah

inilah murid-murid ini tidak dapat mengeja, menyebut dan melengkapkan suku kata kv

+ kv dengan baik.

4.2.2 Nama, jantina, kategori masalah pembelajaran dan umur subjek

Nama Jantina Kategori Umur

X Lelaki Lembam 13 tahun

Y Lelaki Lembam 13 tahun

Z Perempuan Lembam 11 Tahun

14

Mereflek

Merancang

Bertindak

Memerhati

Mereflek

Merancang

Bertindak

Memerhati

Ke gelung seterusnya

Page 15: Proposel hanisah.docx

Antara langkah-langkah yang terdapat di dalam satu gelungan ialah:

Langkah 1 : Tinjauan Awal

Langkah 2 : Merancang Tindakan

Langkah 3 : Melaksanakan Tindakan dan memerhati

Langkah 4 : Refleksi

Langkah 1 : Tinjauan Awal

Tinjauan pada peringkat permulaan adalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Murid-murid dipanggil untuk membaca suku kata kv + kv secara individu

setelah didapati mereka ini tidak boleh mengeja, menyebut serta melengkapkan perkataan kv

+ kv secara kelas atau beramai-ramai. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku,

pengkaji telah memerhati dan mengambil beberapa orang murid yang tidak boleh mengeja,

menyebut serta melengkapkan suku kata. Mereka malu dan tidak mahu membaca perkataan

yang disuruh oleh pengkaji dengan kuat dan jelas, lantas mereka diambil oleh pengkaji

sebagai responden.

Langkah 2 : Merancang Tindakan

Seterusnya, pengkaji telah merancang bagaimana untuk menjalankan kajian ini terhadap para

pelajar. Pengkaji mula memikirkan perancangan terbaik untuk mengatasi masalah yang

dihadapi oleh murid dengan mengambil kira tahap murid, faktor persekitaran dan sebagainya,

justeru , pengkaji telah mengambil keputusan dengan menggunakan kaedah latih tubi dan

permainan dengan menggunakan kad abjad bagi mengatasi masalah ini. Setiap perancangan

yang telah disusun akan dilaksanakan oleh pengkaji. Kajian ini di buat oleh pengkaji adalah

untuk membuktikan responden dapat membaca perkataan kv + kv dengan betul.

Langkah 3 : Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian

Proses melakukan tindakan dibahagikan kepada empat peringkat,iaitu latih tubi mengeja

perkataan, latih tubi menyebut suku kata dan latih tubi melengkapkan perkataan kv + kv

dengan permainan “ siapa saya “ dan membaca perkataan dengan permainan bola beracun.

15

Page 16: Proposel hanisah.docx

Untuk melaksanakan pelan tindakan ini, pengkaji memilih 3 orang pelajar untuk dijadikan

responden dan memaklumkan kepada pelajar mengenai kajian yang akan dilakukan ini.

Pelaksanaan kaedah ini akan dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Langkah 4 : Refleksi

Refleksi akan dilakukan setelah data analisa untuk melihat kekuatan dan kelemahan kaedah

yang digunakan. Menurut Ting Len Siong ( 2013 ), refleksi ialah proses mengingat dan

merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah berlaku, menganalisa serta menilai

kesannya. Seterusnya mencari jalan meningkatkan dan memperbaiki serta merancang

pengubahsuaian agar dapat diguna pakai pada masa akan datang dengan lebih berkesan. Oleh

itu refleksi akan dilakukan selepas pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah

latih tubi dan permainan tersebut untuk melihat sebarang kelemahan yang boleh diperbaiki

untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan kaedah tersebut.

Pelaksanaan Tindakan

Aktiviti 1

Latih tubi mengeja perkataan

Latih tubi mengeja beberapa perkataan kv + kv. Pengkaji telah mengumpul responden dan

menyuruh mereka mengeja perkataan kv + kv berulang kali secara kumpulan besar dan

kumpulan kecil. Kumpulan besar adalah seramai 3 orang , manakala kumpulan kecil adalah

secara berpasangan 2 orang dan berseorangan. Semasa aktiviti kumpulan pengkaji akan

membantu ahli kumpulan yang lemah. Proses ini berlaku semasa pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas biasa. Pengkaji akan mengambil masa selama 15 minit bagi

satu masa pengajaran setiap hari selama satu minggu.

Aktiviti 2

Latih tubi menyebut suku kata kv + kv

Latih tubi menyebut suku kata kv + kv. Latihan ini bertujuan untuk melihat perkembangan

responden dalam menguasai kemahiran mengeja suku kata. Aktiviti menyebut suku kata kv +

kv akan lebih menguatkan lagi daya ingatan seseorang, ini kerana dengan pergerakan sebutan

16

Page 17: Proposel hanisah.docx

di mulut , tangan dan juga mata sebagai satu gabungan pergerakan menyebabkan sesuatu

aktiviti yang dilakukan akan menjadi lebih berkesan.

Aktiviti 3

Melengkapkan suku kata dengan permainan “ siapa saya “.

Murid berada dalam kumpulan. Setiap murid diminta memegang kad suku kata yang berbeza.

Setiap murid diminta secara individu menunjukkan dan menyebut kad suku kata yang

dipegang. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir dengan iringan muzik. Selepas satu

pusingan, murid diminta menukar kad suku kata yang lain dan meneruskan aktiviti yang sama

sehingga murid dapat melengkapkan dan menyebut semua kad suku kata yang telah

ditunjukkan.

Aktiviti 4

Mengeja, menyebut dan melengkapkan suku kata dengan permainan bola beracun.

Guru meletakkan kad suku kata didalam sebuah bakul. Murid disediakan dengan sebiji bola.

Murid dikehendaki berada didalam bulatan yang disediakan. Permainan dimulakan dengan

membalingkan bola kepada rakan, seterusnya kepada rakan yang lain dengan iringan muzik.

Permainan diteruskan sehingga muzik diberhentikan. Murid akan mengambil satu kad di

dalam bakul secara rawak dan diminta mengeja dan menyebut perkataan tersebut dihadapan

guru. Guru membimbing murid mengeja dan menyebut dengan betul. Aktiviti ini diteruskan

sehingga murid dapat mengeja dan menyebut dengan betul.

Instrumen Pengumpulan data

Kaedah pengumpulan data terbahagi kepada dua katagori iaitu kualitatif dan juga kuantitatif.

Kajian ini akan mengaplikasikan kedua-dua kaedah tersebut dengan menggunakan instrument

pemerhatian , senarai semak, temubual, data bentuk dokumen serta ujian pra dan ujian pos.

17

Page 18: Proposel hanisah.docx

Pemerhatian

Menurut Keow ( 2011 ) pemerhatian ialah proses melihat sendiri perkara yang berlaku dan

bukan hanya mendengar daripada pihak ketiga samada pengutipan data dilakukan secara

langsung atau tidak langsung. Pemerhatian akan dilakukan sebanyak dua frasa, iaitu sebelum

dan semasa kajian dijalankan. Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian akan dilakukan bagi

mengenalpasti masalah utama yang wujud di dalam kelas tersebut. Tindakan ini penting agar

kajian yang dilakukan dapat memberi faedah kepada semua pihak. Pada fasa kedua pula,

Pemerhatian akan dilakukan terhadap hasil kerja responden dan juga motivasi mereka semasa

melalui aktiviti permainan.

Senarai Semak

Senarai semak digunakan untuk mengumpul data berkaitan beberapa aspek iaitu, adakah

murid dapat mengenal abjad, adakah murid dapat mengeja dan menyebut suku kata kv + kv,

adakah murid dapat melengkapkan perkataan kv + kv dengan betul.

Temu Bual

Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan

mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Menurut Patton ( 1980 ) temu bual ialah

salah satu cara untuk mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami

dan difikirkan oleh mereka. Temu bual akan dilaksanakan kepada guru-guru Pendidikan

Khas, pembantu pengurusan murid dan juga kepada murid sendiri. Selain itu , saya juga akan

menemubual guru-guru untuk mengetahui tahap subjek kajian dan sehingga topic mana

subjek kajian ini pelajari di dalam bahasa Malaysia.

Dalam kajian ini, temu bual akan dijalankan untuk mendapatkan maklum balas yang lebih

mendalam berkaitan pencapaian yang diperolehi oleh responden dan menilai minat serta

motivasi mereka dalam menyertai permainan yang dianjurkan. Temu bual tidak formal telah

dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang wujud sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran pengkaji. Selepas dijalankan, temu bual separa berstruktur akan dijalankan

bersama-sama responden yang berjaya mencapai objektif kajian ini.

18

Page 19: Proposel hanisah.docx

Ujian pra dan ujian pos

Ujian pra dan ujian pos akan digunakan untuk menguji tahap peningkatan mengeja ,

menyebut dan melengkapkan perkataan kv + kv di kalangan murid-murid pendidikan khas

setelah kajian ini berlangsung. Ujian pra akan digunakan untuk melihat pencapaian murid

sebelum kajian ini dilaksanakan dan bertujuan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada

murid serta kelemahan murid dalam menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan

melengkapkan suku kata kv + kv. Manakala ujian pasca pula akan dilakukan setelah kajian

tindakan ini dilaksanakan. Ujian pasca diberikan kepada murid-murid setelah selesai

pengajaran . Perbandingan pencapaian murid dalam ujian-ujian tersebut akan dibuat dan

keberkesanan kajian tindakan ini dapat dikenal pasti.

19

Page 20: Proposel hanisah.docx

Jadul Pelaksanaan

Bil Tarikh Aktiviti

1. 12.2.2015 Mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran dan

pengumpulan data tinjauan awal.

Merefleksi dengan menganalisis data tinjauan awal.

2. 25.2.2015 Membuat fokus kajian.

Membuat bacaan sorotan Literasi.

Reka bentuk kajian.

3. 26.3.2015 Pemilihan kumpulan sasaran.

Latar belakang sekolah.

Latar belakang murid.

4. 26.4.2015 Merancang kaedah pengumpulan data.

Merancang tindakan aktiviti.

Menganggar kos kajian.

5. 9.5.2015 Penghantaran Proposal.

Kos Kajian

20

Page 21: Proposel hanisah.docx

BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS

1. Kertas A 4 1 X RM 14.00 RM 14.00

2. Dakwat pencetak 1 X RM 65.00 RM 65.00

3. Fotostat Bahan dan laporan

kajian.

RM 50.00

4. Buku catatan guru 1 X RM 2.00 RM 2.00

5. Bola 1 X RM 13.00 RM 13.00

6. Manila kad 5 X 0.60 RM 3.60

7. Bakul 4 X RM 2.00 RM 8.00

8. Jumlah RM 155.60

Kesimpulan

21

Page 22: Proposel hanisah.docx

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan

melengkapkan suku kata kv + kv dikalangan murid-murid pendidikan khas. Apabila pengkaji

dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran secara lebih terperinci, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pengkaji supaya

murid dapat menguasai dan mengatasi masalah yang dihadapi mereka.

Dalam percubaan untuk mengatasi masalah tersebut beberapa kaedah yang boleh

digunapakai namun pengkaji hampa dengan keputusannya. Bertitik tolak dari situlah pengkaji

mereka cipta permainan ini dengan harapan mereka akan dapat mengusai kemahiran ini

dengan mudah. Teknik latih tubi dan permainan menjadi pilihan pengkaji kerana rata-rata

perwatakan responden adalah pasif. Responden juga akan menjadi cepat bosan apabila

mereka mengikuti pembelajaran.

Melalui kertas cadangan kajian tindakan ini juga pengkaji turut dapat merancang apa

yang perlu pengkaji lakukannya apabila pengkaji melaksanakan kajian tindakan ini nanti.

Dengan adanya kertas cadangan ini pengkaji yakin bahawa proses kajian tindakan pengkaji

akan berjalan dengan lebih lancer dan sistematik.

Secara keseluruhan yang dirancang insyaallah ianya akan berjaya memenuhi objektif

dan menjawab soalan kajian yang telah ditetapkan. Data yang dikumpul dan dianalisis akan

dapat membuktikan keberkesanan kajian ini dan pengkaji berharap masalah yang dihadapi

oleh murid akan dapat diatasi.

Bibliografi

22

Page 23: Proposel hanisah.docx

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman Malaysia sdn.

Bhd.

Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan khas masalah penguasaan 3m

(1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum : Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ting Leng Siong, A. S. (2013), Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Ahmad , M. Z. (2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Ahmad, M. Z. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Kamarulzaman Hj. Husin (1998) Pedagogi Bahasa. Longman Malaysia Sdn Bhd.

Dayang Norhafiza Bt. Abang Shamat. (2012) Latih tubi Bacaan dalam membantu murid

pemulihan menguasai kemahiran huruf vocal awalan.

Iskandar Muda Bin Ishak. Penggunaan Latih Tubi berdasarkan gambar bagi meningkatkan

pencapaian dan kebolehan murid.

23

Page 24: Proposel hanisah.docx

24