18
Jurnal Melayu (9)2012: 241-257 Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan Muzium Malaysia Zuraidah Hassan Ab. Samad Kechot Abstrak Makalah ini berusaha mendokumentasikan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dalam pengekalan koleksi warisan. Data dikutip daripada partisipasi lapangan, temu bual dan kajian perpustakaan. Kajian ini dapat memberi gambaran bagaimana muzium di Malaysia menguruskan kerja pemuliharaan warisan. Kata kunci: muzium, Jabatan Muzium Malaysia (JMM), penyelidikan dan kajian koleksi, perolehan dan pengurusan koleksi, konservasi koleksi Abstract This paper intends to document the role undertaken by the Department of Museums Malaysia (JMM) in the heritage collection preservation. Data had been collected from participation observations, interviews and library study. This study could shed light on how the museums in Malaysia manage their tasks in heritage preservation. Keywords: museum, the Department of Museums Malaysia, research and collection study, turnover and collection management, conservation of collections. Pendahuluan Muzium merapakan institusi penjagaan warisan bahan sejarah. Sejarah merapakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau (KamusDewan 2000). Penghayatan terhadap sejarah merapakan aspek yang sangat penting dan perlu dihayati oleh setiap masyarakat terutama golongan muda. Peristiwa sejarah merupakan peristiwa yang sangat penting dalam memangkinkan kemajuan negara tidak kira dari segi ekonomi ataupun perpaduan negara. Bahan sejarah perlulah dipelihara agar dapat dilihat oleh generasi akan datang. Dalam memastikan ia terus dapat dipertahankan, semua pihak harus memainkan peranan dengan sewajarnya terutama pihak kerajaan. Dalam memainkan

Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

  • Upload
    others

  • View
    71

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

Jurnal Melayu (9)2012: 241-257

Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan:Kajian di Jabatan Muzium Malaysia

Zuraidah Hassan

Ab. Samad Kechot

Abstrak

Makalah ini berusaha mendokumentasikan peranan yang dimainkan oleh JabatanMuzium Malaysia (JMM) dalam pengekalan koleksi warisan. Data dikutipdaripada partisipasi lapangan, temu bual dan kajian perpustakaan. Kajian inidapat memberi gambaran bagaimana muzium di Malaysia menguruskan kerjapemuliharaan warisan.

Kata kunci: muzium, Jabatan Muzium Malaysia (JMM), penyelidikan dan kajiankoleksi, perolehan dan pengurusan koleksi, konservasi koleksi

Abstract

This paper intends to document the role undertaken by the Department ofMuseums Malaysia (JMM) in the heritage collection preservation. Data hadbeen collected from participation observations, interviews and library study.This study could shed light on how the museums in Malaysia manage theirtasks in heritage preservation.

Keywords: museum, the Department of Museums Malaysia, research andcollection study, turnover and collection management, conservation ofcollections.

Pendahuluan

Muzium merapakan institusi penjagaan warisan bahan sejarah. Sejarahmerapakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau(Kamus Dewan 2000). Penghayatan terhadap sejarah merapakan aspekyang sangat penting dan perlu dihayati oleh setiap masyarakat terutamagolongan muda. Peristiwa sejarah merupakan peristiwa yang sangatpenting dalam memangkinkan kemajuan negara tidak kira dari segiekonomi ataupun perpaduan negara. Bahan sejarah perlulah dipeliharaagar dapat dilihat oleh generasi akan datang. Dalam memastikan iaterus dapat dipertahankan, semua pihak harus memainkan peranandengan sewajarnya terutama pihak kerajaan. Dalam memainkan

Page 2: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

242

peranan iniJabatan Muzium Malaysia (JMM) merapakan jabatan yangbertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan jangka hayatsesebuah artifak.

Prosedur Penjagaan Koleksi

Dalam sesebuah muzium, penjagaan ke atas koleksi sangat diambilberat. Penjagaan koleksi melibatkan akta dan kaedah yang disediakanagar koleksi yang diuruskan akan melalui prosedur yang seragam.Keseragaman adalah penting untuk memastikan pendokumentasiankoleksi dapat dilakukan dengan baik dan mengelakkan koleksi sukardijumpai. Penjagaan koleksi tersebut, terdiri daripada beberapa peringkat:

(i) Perolehan dan pengurusan koleksi(ii) Pendaftaran koleksi(iii) Penstoran dan penyimpanan koleksi(iv) Konservasi

Perolehan dan Pengurusan Koleksi

Sesebuah koleksi muzium diperoleh daripada pelbagai cara sepertipembelian, penyelidikan di lapangan, hadiah atau wakaf, wasiatdari individu tertentu, keluarga atau pertubuhan yang menamakanmuzium sebagai pengamanah objek-objek tertentu. Muzium yangtidakmempunyai koleksi bukanlah dinamakan muzium (Adi 2009). Namunmuziumjugamembuat kepelbagaian koleksi khususnya warisan sejarah,kebudayaan dan alam semula jadi.

Pengurusan koleksi merupakan salah satu core business muziumyang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut piawaian yangstandard seperti yang digariskan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM).Koleksi juga haras diuruskan dengan betul dan beretika bermula dariproses perolehan dilakukan. Sebarang perolehan yang dibuat melaluipembelian atau hadiah dari orang awam haraslah dilakukan dengancara yang telus, jujur, adilmengikut kaedahdan sistemperolehan yangditetapkan bagi mengelakkan dari sebarang kemungkinan yang tidakdiingini, danyang boleh menjejaskan kredibiliti muzium ataupembekal.

Muzium akan membuat perolehan koleksi berdasarkan objektifpenubuhan muzium, skop atau bidang yang dikendalikan sertakemampuan kewanganyang disediakan. Bagi muzium-muzium umumsama ada peringkat nasional, negeri, atau daerah koleksinya adalah

Page 3: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

243

bersifat umum. Namun bagi muzium-muzium khas seperti muziumarkeologi, geologi, alam semula jadi, pusat sains dan yang seumpamadengannya, koleksinya adalah bersifat khusus iaitu berkaitan denganobjektif penubuhannya sahaja.

Setiap muzium juga perlu mempunyai dasar bertulis mengenaikoleksi yang sah atau diluluskan olek kuasa tertinggi terhadap muzium.Dasar ini perlu disemak dari semasa ke semasa dan diperbaharuisekiranya perlu dan sesuai mengikut keperluan semasa. Antara perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam dasar ini terhadap koleksi ialah:

(i) Kaedah atau cara perolehan.(ii) Penjagaan (perlindungan keselamatan, penstoran, dan pengurusan.(iii) Pegawai yang bertanggungjawab.(iv) Pengurusan konservasi/restorasi.(v) Dokumentasi mengikut jenis, kategori dan klasifikasi mengikut

jenis, kategori, dan klasifikasi.(vi) Penjagaan koleksi spesimen hidup (haiwan atau tumbuh-tumbuhan),

objek yang berkaitan dengan ritual keagamaan dan mayat manusiadan koleksi milik persendirian.

Kaedah Perolehan

Dalam memperoleh koleksi, perancangan strategi mesti dilakukan olehpihak muzium agar pengumpulan koleksi adalah berdasarkan kepentinganperanan muzium iaitu muzium sebagai "museum exist to tell story, notto collect object" dan muzium mengumpul benda tetapi bukan semuabenda "museum collect thing but not everything" (Md. Redzuan 2001)Perolehan koleksi terdapat dalam pelbagai cara atau kaedah. Antaranyaialah pembelian, hadiah, pinjaman dan sumber-sumber lain.

Pembelian

Proses pembelian adalah proses yang biasa dengan muzium dan merapakanproses yang sangat berkesan dalam mendapatkan koleksi. Sebanyak 95% kaedah mendapatkan koleksi adalah melalui cara pembelian (Unitpendaftaran, JMM). Proses pembelian adalah melibatkan:

(i) Perolehan secara randingan teras(ii) Jawatankuasa Penilaian Tawaran Harta Kebudayaan (Teknikal)(iii) Jawatankuasa Pembelian Harta Kebudayaan(iv) Jawatankuasa Khas Penilaian Artifak Kementerian Penerangan,

Page 4: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

244

Komunikasi dan Kebudayaan(v) Lembaga Perolehan 'B' Kementerian Penerangan, Komunikasi

dan Kebudayaan

Pembelianjugaterdapat proses dan prosedur yang telah ditetapkanoleh jabatan. Aliran proses tersebut boleh dilihat dalam Carta 1. Iabermula dengan arahan kerja dan mengenai pasti tawaran artifak sehinggakelulusan kewangan dari kerajaan. Artifak yang dikenal pasti belum tentuboleh dibeli. Hal ini kerana setiap koleksi dibeli haraslah dinilai dari segikepentingannya terlebih dahulu.

CARTA 1: ALIRAN PEROLEHAN SECARA PEMBELIAN...

MENDAPAT ARAHAN KERJA DAN

MENGENAL PASTI TAWARAN ARTIFAK

TAWARAN DARI

-•+.:. ^PENJUAL 9 ~™.,x.

KENAL PASTI BERDASARKAN SASARANPEROLEHAN TAHUNAN

SEMAK REKOD-REKOD PEROLEHAN

HUBUNGI PEMBEKAL

BUAT PERNILAIAN TERHADAP ARTIFAK

PASTIKAN PEMBEKALMELENGKAPKAN

BUTIRAN DALAM - ,- + ,.

SEDIA ATAU DAPATKAN BUTIRANARTIFAK

-**- -~SED1AKAN LAPORAN

AMBIL ARTIFAK ATAU BUAT LAWATAN

*

REKOD DAN SIMPAN ARTIFAK

IMESYUARAT DAN BUAT KEPUTUSAN

,.rTOLAK/TANGGUH

KEPUTUSAN MESYUARAT LULUS

MOHON KELULUSAN KEMENTERIAN KEWANGAN

TURUN HARGA

LULUS TANPA

SYARAT

URUSAN PEMBAYARAN

TAMAT

HUBUNGI PEMBEKAL

(Sumber: Unit pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Hadiah/Derma

Pemberian dari segi hadiah ataudermajugamerapakan salah satu puncaperolehan koleksi. Pemberian secara hadiah atau derma adalah terdiridaripada:

(i) Hadiah dari orang perseorangan(ii) Hadiah dari pembekal antik

Page 5: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

245

(iii) Hadiah dari organisasi/institusi awam dan swasta(iv) Darimasyarakatyangkurangpengetahuan dankesedaranmengenai

warisan.

Proses perolehan secara hadiah bukan merupakan satu proses yangmudah kerana ia melibatkan dasar dan prosedur yang tertentu. Prosestersebut boleh dilihat sepertimana Carta 2. Ia bermula dengan tawarandari mana-mana individu atau pihak dan berakhir dengan penerimaanatau artifak tersebut dipulangkan kembali.

•«.m^

SERAH

SEMULA

* KEPADAPENDERMA

<3?PENAS1HAT

UNDANG-UNDANG

KKKP SEMAK

SEDIA LAPORAN

PENGURANGAN

CUKAI

MESYARAT

J/KUASA

HADIAH

KELULUSAN

PENASIHAT

UNDANG-UNDANG

KELULUSAN

KETUA PENGARAH

TER1MA TAWARAN

HANTAR SURAT DAN

SUIL PENGHARGAAN

DAN PENYATA

PENGURANGAN CUKAI/

tepsfW PERJAJIAN KEPADAPENDERMA

(Sumber: Unit pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Proses pinjaman

Proses pinjaman merapakan salah satu kewujudan artifak di sesebuahmuzium. Proses ini biasanya diperoleh dari orang perseorangan, institusiatau organisasi awam dan swasta. Ia dilakukan sempena mengadakanpameran dan tempoh pinjaman adalah dalam tempoh masa yang singkat.Sesuatu proses pinjaman itu juga melalui prosedur yang tertentu. Halini boleh dilihat berdasarkan Carta 3. Proses pinjaman bermula apabilasesuatu projek atau aktiviti yang dilakukan menghendaki artifak yangtiada dalam simpanan mereka dan berakhir dengan memulangkan kembalikepada tuannya. Setiap peminjam artifak akan diberi sijil penghargaan.

Page 6: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

246

BERDASARKAN SASARAN

PEROLEHAN TAHUNAN

sus^#-:.:-:-:.i^

HUBUNGI PEMILIK DAN BERBINCANG

AMBIL ARTIFAK

TERIMA

REKOD ARTIFAK

SERAH PADA MUZIUM/

KURATOR BERKAITAN

TERIMA SEMULA DARI MUZIUM/

KURATOR BERKAITAN

HANTAR SEMULA KEPADA PEMILIK

DAN BERI SURAT SIJIL PENGHARGAAN

fc TAMAT

(Sumber: Unitpendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Sumber-sumber Lain

Selain itu terdapat kaedah perolehan melalui sumber-sumber yanglain.Antara perolehan koleksi melalui sumber-sumber lain iaitu:

(i) Dari sumber jumpaan(ii) Dari cari gali arkeologi(iii) Dari pengumpulan spesimenalam semulajadi

Kaedah memperoleh koleksi dari sumber-sumber lain pula adalahsepertimana cartadibawah. Kaedahnyajuga samaseperti pinjaman iaitubermuladengan proses penerimaan maklumat, perbincangan, keputusan sehinggalahproses penerimaan atau penolakan.

Page 7: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

247

CARTA4 Aliran proses perolehan melalui sumber-sumber lain

MENERIMA MAKLUMAT

PEMERIKSAAN

KEMBALIKAN •«( tr KEPUTUSAN

9 TIDAK r, VA

i

. •• "a .'

ISI BORANG JMA.PDN 6

TERIMA

REKOD DAN TAGGING

SIMPAN

MAKLUM KEPADA UNIT PENGUATKUASA

MENYEDIAKAN MAKLUMAT

MESYUARAT JAWATANKUASA PAMPASA

._jjjjfLi||i|]H RAYUAN KEPADAf||||j§I|jl|I MENTERI « I"" KEPUTUSAN

r . YAKADAR PAMPASAN

ULASAN MENTERI

PROSES PEMBAYARAN

j t TAMAT

(Sumber: Unit pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Kebiasaan bahan-bahan yang dikumpulkan bergantung kepadabeberapa faktor iaitu:

(i) Sama ada bahan yang ingin dikumpulkan masih belum ada dalamkoleksi

(ii) Bahan-bahan yang mempunyai unsur-unsur kebudayaan berbagaikaum dan warisan negara yang ada pertalian sejarah negara.

(iii) Mempunyai perantukan kewangan yang mencakupi.

Pendaftaran Koleksi

Setelah memperoleh koleksi mengikut prosedur yang telah ditetapkan,terdapat pula proses pendaftaran koleksi yang perlu diikuti. Tujuannyaadalah untuk merekodkan setiap koleksi yang dimiliki dan memudahurasan penyimpanan dan penggunaannya.

Page 8: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

248

Peringkat pendaftaran koleksi perlu melalui beberapa prosedur iaitu(Carta 5):(i) Pendaftaran perolehan tahunan(ii) Pendaftaran mengikut klasifikasi(iii) Pengisian 'Tag Card'(iv) Menulis nombor pendaftaran

Penyediaan DoketPenyediaan inventori

(v)(vi)

CARTAS : ALIRAN PROSES PENDAFTARAN ARTIFAK

SUMBER

PEROLEHAN

TERIMA ARAHAN UNTUK MENDAFTAR ARTIFAK

SEMAK DAN PASTIKAN DOKUMEN LENGKAP

• KEPUTUSAN SEMAKAN

DAFTAR DALAM BUKU PEROLEHAN KOLEKSI TAHUNAN

MENGESAHKAN PENDAFTARAN DAN KLASIFIKASI

DAFTAR DALAM BUKU PENDAFTARAN KLASIFIKASI

MELEKATKAN TAG

MENOMBOR ARTIFAK

MENGAMBIL GAMBAR

MENYEDIAKAN INVENTORI

MEMBUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN

MENGHANTAR KE STOR TRANSIT UNTUK PEMULIHARAAN

TAMAT

(Sumber: Unitpendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Penstoran atau Penyimpanan

Penstoran dan penyimpanan juga antara proses yang penting. Koleksiyang dimiliki muzium haraslah disimpan dengan baik. Hal ini keranaterdapat koleksi yang sangat sensitifterutama apabila terdedah kepadacahaya (UV dan IR), kelembapan dan pencemaran udara, seranganserangga dan makhluk perosak serta kecuaian manusia sendiri. Koleksiiniakanmengalami kerosakan sekiranya terdedah kepadaelementersebut

Page 9: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

249

sertaboleh memendekkanjangka hayat sesuatu koleksi. Sebagaicontohcahayayang berlebihanboleh merosakkan artifak akibat tekananhaba.Haba tersebut boleh mematikan dan memusnahkan artifak, teratama yangdiperbuat dari kayu kayan. Peralatan yang digunakan untuk menjagakeselamatan artifak ialah:

(i) Alat penggera keselamatan(ii) Alat pencegah kebakaran(iii) Access card(iv) CCTV (Close-Circuit Television)

Dalam sistem penstoran atau penyimpanan, carta aliran prosespenyimpanan artifak adalah berdasarkan kepada Carta 6. Proses inijuga terdiri dari prosedur yang tersendiri. Proses ini memerlukankeseragaman pengurusan kerana akan memudahkan artifak dikenal pastidan memudahkan penggunaannya.

CARTA 6: ALIRAN PROSES PENYIMPANAN

ARTIFAK

TERIMA BORANG

JMA.Ks 1

AMBIL KUNCI DAN REKOD

DALAM BUKU SIMPANAN KUNCI

REKODKAN DALAM BUKU

PERGERAKAN ARTIFAK

KLAFIKASIKAN ARTIFAK

SUSUN DAN SIMPAN DALAM STOR

KUNCI STOR

PULANG KUNCI SEMULA DAN REKOD

DALAM BUKU SIMPANAN KUNCI

SIMPAN BORANG JMA.Ks 1 DALAM

FAIL

(Sumber: Unit pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Terdapat beberapa jenis sistem penstoran iaitu:

(i) Penstoran terbuka(ii) Sistem tertingkat

Page 10: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

250

(iii) Sistem mudahalih (gantung dan gelongsor)(iv) Sistem mudah alih (menggunakan roda)(v) Penstoran tertutup(vi) Penggunaan bekas(vii) Penggantungan di dinding(viii) Sistem simpanan boleh lihat

'.51

1 ii1

t

•1

Gambar 1 (kiri): Sistem mudah alih (menggunakanroda)Gambar2 (kanan): Sistemmudah alih (gantung dan gelongsor)

1 • •

« **5?»

n

r

I&'L % I I

. i

1

Gambar 3 (kiri): Sistem tertingkatGambar 4 (kanan): Penggunaan bekas

Page 11: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

Gambar 5 (kiri): Penstoran terbukaGambar 6 (kanan): Penggantungan di dinding

46*

..• ••.^- liOi,-.;.,^-

1•»• • vrftol

251

' ** j

r?"l

••<'

Gambar 7 (kiri): Sistem simpanan boleh lihatGambar 8 (kanan): Penstoran tertutup

Konservasi Koleksi

Terdapatpelbagai kaedah, teknik, metodologi dengan pelbagai prosedur,proses atau aplikasi diperkenal dan dipraktikkan di seluruh dunia,tetapi bermatlamat yang sama iaitu memelihara, melindungi, merawatdalam hubungan mengembalikan warisan sejarah dan kebudayaan.Konsep konservasi dan preservasi secara globalnya lebih sering digunapakai atau saling kait mengait antara satu sama lain termasuk juga diMalaysia. Menurut Mohamad Shawali Badi (2000), setiap istilah tersebutmempunyai konsep dan takrifan tersendiri yang membezakan aplikasinya.Istilah tersebut ialah:

Page 12: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

252

(a) Konservasi (conservation)Kerja-kerja baik pulih dalam usaha untuk memulihkan semula monumenatau tapak bersejarah kepada seni bina dan bahan-bahan binaan yangsehampir mungkin dengan yang asal semasa mula-mula ia dibina.

(b) Preservasi (preservation)Kerja-kerja pengawasan dan penjagaan sesebuah monumen dan tapakbersejarah agar ia tidak mengalami kerosakan dengan menggunakankaedah saintifikmengikut prosedur tertentu.

(c) Restorasi (restoration)Kerja-kerja baik pulih dengan mengekalkan keaslian seni bina danbahan-bahannya kepada suatu masa atau era tertentu yang difikirkansesuai atau sebaik mungkin ke tahap ia mula didirikan dan seterasnyasehingga ke tahap penggunaannya yang asal. Dalam melaksanakankerja-kerja iniberkemungkinan besarmelibatkan kerja-kerja pembinaansemula teratama bahagian-bahagian asal yang telah musnah supaya iadapat berfungsi sebagaimanayang asal.

(d) Pembinaan semula

Dilakukan ke atas monumen tapak bersejarah yang telahmusnahsamasekali yang mempunyai rekod seni bina dan bahan-bahan asalnya. Disamping itu, ia hendaklah mempunyai nilai sejarah danseni binayangtinggi.

Menurat seorangahli konservasidari India, O.PAgrawalmenerusibukunya Care andPreservaton ofMuseum Objects (1977) mentakrifkankonservasi sebagai:

Any action taken todetermine the nature orproperities ofmaterials used inanykinds of cultural holding of their housing, handling or treatment, any actiontaken tounderstandandcontrol the couses ofdeterioration andany action takento better thecondition ofsuch holding.

Konservasi merapakan suatu proses yang sangat penting dalamaktiviti permuziuman. Sebelum menyajikan koleksi ataupameran kepadatatapan umum artifak haraslah diproses, dibaiki dan dipelihara terlebihdahulu. Setiapartifak akan melaluibeberapaproses tertentu sebelumiadipamerkan kepadapengunjung. Tujuannya adalah memastikan khazanahtersebut tahan lamadan dalamkeadaan baik.Artifaknya adalahsepertitembaga, tanah Hat, fabrik atau kayu. Para kurator mempunyai teknik

Page 13: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

253

tersendiri untuk merawat kerosakan. Proses pengumpulan, penyelidikanserta pemeliharaan tinggalan berharga ini amat penting.

Di JMM, terdapat unit yang bertanggungjawab dalam menjalankankonservasi iaitu Bahagian Konservasi. Kepentingan Jabatan Konservasiini telah diiktiraf oleh kebanyakan muzium di seluruh dunia (temu bualbersama Tuan Ibrahim Ismail). Petugas di Jabatan ini turat menerimalatihan yang dijalankan di luar negara dan turat menyumbang kepadapeningkatan kemahiranbagi setiap petugas di jabatan tersebut. Tujuanutama objektif utama jabatan ini adalah untuk memastikan artifak yangdijumpai, mendapat rawatan sewajarnya bagi tatapan generasi akandatang.

Terdapat dua cara utama digunakan untuk mengembalikan kilauanhampir 400,000 koleksi artifak iaitu kaedah mekanikal dan penggunaanbahan kimia. Dengan 12 orang pegawai terlatih dan pakar dalam bidangmasing-masing di Bahagian Konservasi di Jabatan Muzium Malaysia,proses membaik pulih khazanah zaman silam itu juga ada kalanyamelangkaui masaberbulan lamanya. Rawatan tersebut bergantung kepadaserius atau tidak 'kemalangan' yang dialami oleh artifak. Malah tempohmendapatkan bahan pengganti yang kadang-kadang terpaksa diimportjuga mampu memanjangkan waktu proses tersebut.

Dalam merawat koleksi, kurator akan menggunakan pendekatan'menghormati' artifak kerana setiap satunya dikatakan mempunyai'nyawa' tersendiri. Bahan kimia yang digunakan khususnya untuktujuan pembersihanjuga haras mengikut standardyang ditetapkanuntukmenjaga kualiti barangan tersebut. Setiap artifak yang bakal dipamerkandi mana-mana muzium perlu mengikut standard protokol yang diberikan.Hal ini penting bukan saja bertujuan untuk memelihara artifak tersebutmalah dengan prosedur tersebut, jangka hayat tinggalan lama ini akanlebih lama. Justera, penataan cahaya, suhu serta serangan seranggaperosak haras dipantau dengan teliti teratamanya melibatkan artifakdaripada kayu dan fabrik.

Gambar 9: Artifak yang sedang dalam proses konservasi di bilikkonservasi JMM

Prinsip KonservasiDalam menjalankan konservasi terdapat prinsip yang mesti diturati.Prinsip tersebut ialah:(i) Pendekatan yang bersifat merawat (kuratif) dan bukanmengembalikan keadaan 100%.(ii) Mengembalikan semula ke tahap yang paling hampir dengan asal.

Page 14: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

254

(PT 1^'

S

(iii) Mengekalkan keaslian iaitu:

(a) Keaslian balian (authenticity ofthe material)(b) Keaslian reka bentuk (authenticity ofdesign)(c) Keaslian teknologi pengerjaan (authenticticity of

workmanship)(d) Keasliantataletak (authenticity ofsetting)

(iv) Meminimumkan penggantian ataupemindahan struktur mahupunbahan kecuali ia adalah kaedah terakhir untuk memastikankelangsungan monumen atau tapak. Penggantian bahan baruhendaklah menurut jenis,saiz dan teknik pemasangan yang asaldan direkodkan.

(v) Perancangan danpelaksanaan kerja olehkumpulan yang pakardanmelibatkan multidisiplin ilmu, contohnya sejarah, kejumteraan, senibina, seni taman, perandangan, biologi sains hayat, antropologi,alam sekitar dan seumpamanya.

(vi) Kaedah kerja menggunakan pendekatan saintifik dan sistematik.(vii) Perlaksanaan kerjadanperancangan kosharusmerangkumi aspek

keselamatan, penyelenggaraan dan masa depan monumen/tapak.(viii) Setiap proses dan peringkat kerja harus didokumentasikan.

Perundangan dalam konservasi

Dalam menjalankan kerjakonservasi, penyelarasan mengikut peraturandan perandangan peringkat tempatan dan antarabangsa seperti AktaBendaPurba1976, BurraCharter, Venice Charter dansebagainya haruslahdipraktikkan. Hal ini amat penting keranaMalaysiamerupakan sebuahnegara yang menganggotai UNESCO. Dokumentasi yang memerlukanlaporan yangtelitiberhubung perlaksanaan projekperludibuatdaripadamulahingga berakhimya projek.Malah kesempurnaan pelaksanaan kerja-kerja konservasi dari segi kepatuhankepada perandangan, dokumentasi

Page 15: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

255

yang lengkapdi sampingkejayaanperlaksanaan kerja turut berperananmenentukan imej negara di peringkat antarabangsa. Perandangan yangterlibat dalam pelaksanaan kerja konservasi adalah seperti di bawah:

(i) Perandangan dalam negara:(a) Akta Banda Purba 168 tahun 1976(b) Akta-akta lain:

• Perlembagaan Persekutuan• Akta Kerajaan Tempatan, 1976• Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976• Akta Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur, 1973• Akta pengambilan Tanah, 1960• Kanun Tanah Negara, 1960

(ii) Perandangan Luar Negara:

(a) Venice Charter (Italy-1964): International Charter for theConservation and Restoration of Monuments and Sites.

(b) Burra Charter(Australia-1981): Charterfor the Conservation ofCultural Place.

(c) Florence Charter (Italy-1987): Charter on the Preservation ofHistoric Garden

(d) Washington Charter (US-1987): Charter of the Conservation ofHistoric Towns and Urban Areas.

(e) Lausanne Charter (Switzerland-1989):Charter for the Protectionand Management of the Archaeological Heritage.

(f) UNESCO Convention for The Protection of the WorldCulturaland Cultural and Natural Heritage, 1972.

(iii) Badan-badan yang mengawasi pelaksanaan kerja-kerjakonservasi peringkat antarabangsa:

(a) UNESCO - United Nation Educational and Scientific CountriesOrganization.

(b) ICOMOS - International Council on Monuments and Sites.(c) ICOM - International Council of Museum.(d) ICCROM - International Council on Conservation And

Restoration of Monuments.

(e) SPHB - Society for the Protection of Historic Building UnitedKingdom

Page 16: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

256

Proses atau prosedur kerja konservasi

Prosedur kerja daripada mengenai pasti masalah sehingga pemantauanatau pemeliharaan monumen bergantung kepada keadaan monumenatautapakGenis, rekabentuk, kadarkerosakan, lokasi, budaya ataucirisejarah). Hal ini menentukan teknik atau metodologi kerja konservasiyangakan diaplikasikan. Proses Pemuliharaan yangdiaplikasikan adalahseperti Carta 7.

CARTA 7: ALIRAN PROSES PEMULIHARAAN ARTIFAK

BUAT

CADANGAN

SEMULA

ULANG

RAWATAN

TIDAK

TIDAK

TERIMA ARTIFAK DAN BORANG PERMOHONAN

DAFTAR ARTIFAK DAN ISI KAD REKOD

ASINGKAN ARTIFAK

AMBIL GAMBAR ARTIFAK SEBELUM RAWATAN

UJIAN ATAS ARTIFAK

CADANGAN RAWATAN

*r KEPUTUSAN CADANGAN

LAKSANAKAN RAWATAN

MENCATAT KAEDAH RAWATAN

AMBIL GAMBAR ARTIFAK SEMASA RAWATAN

SELESAIKAN KERJA RAWATAN

PEMERIKSAAN KEATAS ARTIFAK

• KEPUTUSAN PEMERIKSAAN

AMBIL GAMBAR ARTIFAK SELEPAS RAWATAN

MENYEDIAKAN LAPORAN

PENYERAHAN/PENGAMBILAN SEMULA ARTIFAK

TAMAT

(Sumber: Unitpendaftaran, JabatanMuziumMalaysia(JMM)

Page 17: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan

257

Rumusan

Penjagaan koleksi merapakan antara tanggungjawab terpenting bagisesebuah muzium dalam mengekalkan warisan dunia dari teras hilangdalampemodenan negara.Walaupunnegara sudahmengalami pemodenandalam semua perkara terutama teknologi, hal ini tidak bermaknawarisan lama harus ditinggalkan atau dilupakan. Warisan memberipelbagai kepentingan teratama pembangunan jati diri masyarakat danekonomi negara iaitu melalui pelancongan. Oleh itu, pengumpulan danpenjagaan koleksi dengan sistematik adalah sangat penting. Dalammemastikan koleksi warisan dari teras kekal, JMM haras tegar dalammenjaganya. Dalam memperoleh sesuatu koleksi pihak muzium perlumelalui beberapa prosedur sehingga membolehkan koleksi tersebut dapatdipelihara dan dipulihara serta memudahkan penyimpanan di sesebuahmuzium. Keseragaman dalam prosedur penjagaan koleksi merupakanantara polisi yang diikuti oleh JMM. Ia bertujuan koleksi dapat melaluibeberapa rawatan yang telah dikhususkan dan dapat memanjangkanjangka hayatnya. Penjagaan yang diamalkan oleh JMM merupakanprosedur yang diiktirafdi peringkat antarabangsa serta mencapai standardpiawaian penyimpanan. Selain memerlukan komitmen semua kakitanganJMM, sokongan dan keprihatinan masyarakat juga diperlukan dalammengembalikan kegemilangan artifak kebanggaan kita.

Rujukan

Adi Taha. 2001. Muzium sebagai pusat pembelajaran. Buletin JMA.92-101.Adi Taha. 2002. Pembangunan ICT dalam bidang permuziuman: Cabaran dan

harapan. Buletin JMA.Agrawal, O.P. 1977. Care and Preservaton of Museum Objects. New Delhi:

International Centre for Conservation.

Eliot. 1984. Milton. London: G. Cumberlege.Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Unit pendaftaran.Kamarul Baharin Abu Kasim. 1999. Penekanan dan disiplin koleksi muzium.

Jaringan Muzium Asia Timur. Kuala Lumpur: Perpustakaan NegaraMalaysia.

Kamus Dewan. 2000. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Md. Redzuan Tumin. 2001. Penubuhan muzium: Idealisme dan realiti. Buletin

JMA. 1-23.

Pearce, Susan M. 1994. Museums and the Appropriation of Culture. London:Athlone Press.

Page 18: Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan