14
MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsis Kursus ini menjelaskan tentang prosedur penyelidikan pendidikan, Menyatakan masalah kajian, menetapkan objektif kajian, membentuk soalan kajian, membentuk hipotesis kajian, melakukan tinjauan literatur, merancang reka bentuk kajian, menentukan prosedur persampelan, membina instrumen kajian, menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian, menentukan prosedur pengumpulan data,mengumpul data, menganalisis dan menghurai data, membincang dan melapor hasil kajian. 3.2 Hasil Pembelajaran Di akhir pengajaran murid dapat: 1. Mengenal pasti prosedur penyelidikan pendidikan 2. Menerangkan prosedur penyelidikan pendidikan 3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan

PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

  • Upload
    letuong

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

21

TAJUK 3

PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

3.1 Sinopsis

Kursus ini menjelaskan tentang prosedur penyelidikan pendidikan, Menyatakan masalah kajian,

menetapkan objektif kajian, membentuk soalan kajian, membentuk hipotesis kajian, melakukan

tinjauan literatur, merancang reka bentuk kajian, menentukan prosedur persampelan, membina

instrumen kajian, menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian, menentukan

prosedur pengumpulan data,mengumpul data, menganalisis dan menghurai data, membincang

dan melapor hasil kajian.

3.2 Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran murid dapat:

1. Mengenal pasti prosedur penyelidikan pendidikan

2. Menerangkan prosedur penyelidikan pendidikan

3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman

dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan

Page 2: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

22

3.3 Kerangka Konsep Tajuk 3

3.4 Prosedur Penyelidikan pendidikan

Penyelidikan pendidikan dijalankan mengikut cara yang hampir sama dengan proses

penyelidikan yang saintifik menggunakan langkah-langkah yang sistematik dari pembentukan

permasalahan kajian kepada pengumpulan data hinggalah menghasilkan satu laporan kajian

yang berdasarkan pada analisis kajian yang bertepatan dengan data yang diperolehi.

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

Menentukan prosedur persampelan

Menetapkan objektif kajian

Membina instrumen kajian

Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Menentukan prosedur pengumpulan data

Membentuk soalan kajian

Membentuk hipotesis kajian

Menyatakan masalah kajian

Melakukan tinjauan literatur

Mengumpul data

Merancang reka bentuk kajian

Menganalisis dan menghurai data

Membincang dan melapor hasil kajian

Page 3: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

23

3.4.1 Menyatakan masalah kajian

a) Pengenalan

Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit elaborasi

tentang fokus utamanya, pemboleh ubah yang terlibat dan tujuan kajian. Anda juga harus

mengetengahkan beberapa kajian yang signifikan dalam bidang kajian yang anda pilih. Ia

sepatutnya ditulis sepanjang lebih kurang 200 perkataan.

b) Latar Belakang Masalah Kajian

Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti dan

terangkan kenapa perlunya kajian ini dibuat. Anda juga harus melakarkan keadaan semasa

atau isu-isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan

penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada. Di sini anda juga

boleh menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian anda dan yang menghasilkan

penemuan yang signifikan.

c) Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian.

Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi variable kajian. Sekiranya anda

menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda

nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan.

(i) Apakah keperluan profesional sesuatu kumpulan guru Pendidikan Islam tertentu?

(ii) Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Pemantapan Ilmu Wahyu, kandungan

Pendidikan Islam, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain?

(iii) Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru berdasarkan kadar

gaji bulanan?

(iv) Adakah murid-murid yang mengikuti Kelas Fardhu Ain mempunyai keupayaan

kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat lebih baik daripada murid-murid

yang tidak mengikuti Kelas Fardhu Ain?

Page 4: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

24

3.4.2 Menetapkan objektif kajian

Pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum susuatu kajian dijalankan.

Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amat mustahak kepada pengkaji sebab ia membolehkan

pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Untuk membina item

soal selidik, anda perlu merujuk kepada objektif kajian anda. Dalam konteks yang sama,

semasa menjalankan pemerhatian, temuduga dan analisis dokumen, anda juga dipandu oleh

objektif tersebut.

Berikut adalah contoh objektif kajian tentang seorang guru cemerlang.

Objektif kajian adalah:

1. Mengenal pasti pendekatan guru dalam pengajaran Pendidikan Islam, termasuk strategi

pengajaran dan kaedah serta teknik yang digunakan

2. Mengenal pasti strategi yang digunakan guru dalam bilik j-QAF

3. Memberi penerangan tentang kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat

yang disampaikan dan cara bagaimana ia disampaikan, implisit atau eksplisit.

4. Mendapatkan persepsi murid tentang personaliti guru dan hubungan guru dengan murid.

5. Mendapatkan kadar prestasi pengajaran guru daripada perspektif pemerhati dan murid.

3.4.3 Membentuk soalan kajian

Soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian ialah soalan

yang dibina berpandukan kepada objektif kajian. Yang mana jawapan kepada soalan ini

membantu pengkaji untk mencapai objektif dan tujuan kajian.

Di bawah diberikan beberapa contoh soalan kajian.

(a) Apakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan guru cemerlang dalam

bilik darjah?

(b) Bagaimana guru mengendalikan pembelajaran Amali Solat dalam bilik j-QAF?

(c) Apakah kemahiran bacaan, pergerakan dan penghayatan solat dikendalikan secara

implisit atau eksplisit?

Page 5: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

25

(d) Adakah persepsi murid terhadap guru mereka sebagai teman, seorang berautoriti,

pemberi informasi atau seorang waris?

(e) Apakah prestasi guru dalam pengajaran yang dinilai oleh pendidik dan murid?

3.4.4 Membentuk hipotesis kajian

Hipotesis ialah satu pernyataan yang dijangka menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut:

Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian.

Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variable atau kesan antara

satu variable terhadap variabel lain.

Hipotesis boleh diuji secara spesifik.

3.4.4.1 Perbezaan antara Hipotesis Kajian dan Hipotesis Statistik

Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang keputusan yang dijangka, sebaliknya hipotesis

statistik adalah pernyataan tentang andaian bahawa tiada hubungan antara pemboleh ubah

yang dikaji. Andaian tiada hubungan ini perlu dibuat sebab sesuatu kaedah statistik yang

digunakan untuk menguji hipotesis perlu mengandaikan “tiada hubungan” antara pemboleh

ubah kajian. Contohnya :

Ho : µ1 = µ2 (hipotesis statistic/nol)

Ha : µ1 ≠ µ2 (hipotesis kajian/alternatif)

µ1 = min populasi 1

µ2 = min populasi 2

Bagi mana-mana hipotesis nol /statistic yang dibina, perlu wujud hipotesis alternatif /

kajian, sekiranya hipotesis nol ditolak. Jadi terdapat satu set hipotesis. Hipotesis nol biasanya

ditulis dalam bentuk “tiada perbezaan” .Selain itu, sesuatu hipotesis tidak boleh diuji sekiranya

ukuran pemboleh ubah bersandar tidak bersifat kuantitatif. Data kualitatif yang tidak

menggunakan ukuran dalam bentuk angka tidak dapat di analisis secara statistik. Jadi

Page 6: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

26

hipotesis kajian tidak perlu dibina, tetapi persoalan kajian perlu dijawab secara deskriptif tanpa

bukti berbentuk angka.

3.4.5 Melakukan tinjauan literatur

John Creswell (2008) mendefinisikan tinjauan literatur sebagai ringkasan artikel bertulis yang

diambil daripada jurnal, buku-buku dan dokumen-dokumen lain yang memberi gambaran

tentang maklumat pada masa lalu dan kini. Menyusun literatur sesuai dengan topik kajian.

Tinjauan literatur juga sesuai dengan dokumen yang diperlukan oleh suatu penyelidikan.

Tinjauan literatur perlu dibuat untuk membolehkan penyelidik memperolehi kefahaman

yang mendalam berkaitan masalah kajian. Tinjauan literatur juga boleh memberi maklum

kepada penylidik sama ada kajian sudah dilakukan oleh penyelidik terdahulu atau sebaliknya.

Langkah-langkah membuat tinjauan literatur:

a. Kenalpasti kata kunci

b. Dapatkan sumber literatur yang pelbagai

c. Menilai secara kritikal

d. Susun bahan literatur

e. Tuliskan tinjauan literitur

3.4.6 Merancang reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-

kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta

apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Terdapat 8 rekabentuk kajian yang biasa

digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau

kadang-kadang gabungan antara kedua-duanya.

1. Rekabentuk Kajian Kuantitatif

Eksperimen

Kuasi-Eksperimen

Korelasi

Tinjauan

Page 7: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

27

2. Rekabentuk Kajian Kualitatif

Teori grounded

Etnografi

Naratif

Kajian Kes

3. Rekabentuk Kajian Gabungan Kuantitatif & Kualitatif

Kaedah Bercampur

Kajian Tindakan

3.4.7 Menentukan Prosedur Persampelan

Langkah pertama dalam menulis penyelidikan akademik menyediakan draf cadangan

penyelidikan, yang merupakan ringkasan sistematik atau dokumen yang terdiri daripada lakaran

kasar penyelidikan anda akan menjalankan. Cadangan penyelidikan yang lengkap biasanya

mengandungi maklumat tentang masalah penyelidikan, soalan penyelidikan, kajian literatur,

metodologi penyelidikan dan senarai rujukan.

Mengapa Menulis Cadangan Penyelidikan

Satu cadangan penyelidikan adalah pelan kajian yang terdiri daripada rangka kerja konsep

penyelidikan, tujuan dan objektif penyelidikan, soalan penyelidikan dan hipotesis, kepentingan

penyelidikan dan batasan, kajian literatur dan kajian terdahulu serta alat penyelidikan dan

kaedah analisis data.

Penyelidik akan menjalankan penyelidikan berdasarkan cadangan ini, dengan hasil akhir

menjadi kertas kertas penyelidikan, disertasi, tesis atau projek. Dengan penyediaan cadangan

penyelidikan penyelidik akan dapat mengenalpasti masalah isu dikaji dan menyatakan satu set

soalan yang perlu dijawab dalam penyelidikan.

Kajian literatur yang berkaitan kepada masalah penyelidikan (ini menunjukkan status

pengetahuan akademik dalam bidang), dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang masih

belum diselidiki atau telah tidak ditangani oleh penyelidik. Menghasilkan hipotesis (jawapan

yang diramalkan untuk soalan penyelidikan, jika berkenaan); Membina metodologi penyelidikan

sepadan untuk menguji hipotesis atau menjawab soalan-soalan penyelidikan; Membina reka

Page 8: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

28

bentuk penyelidikan dan wajar teknik pengumpulan data; Mengenalpasti prosedur data yang

sesuai.

3.4.8 Membina Instrumen Kajian

Secara umumnya instrumen kajian ialah apa saja alat, atau cara atau kaedah untuk

memperolehi dan mengumpul data kajian. Membina instrumen kajian adalah dengan cara

mereka / cipta sendiri oleh pengkaji berdasarkan soalan-soalan kajian dan membuat ubahsuai

daripada instrumen kajian pengakaji terdahulu dan menggunakan instrumen standard yang

sedia ada. Instruman Kajian Kuantitatif menggunakan borang soal-selidik (BSS), pelbagai jenis

ujian dan Senarai semak

Tujuan Kajian & Reka Bentuk Kajian Kuantitatif ialah:

1. Mencipta persepsi, pendapat atau trend masyarakat terhadap sesuatu isu.

Contoh: Persepsi murid PISMP terhadap kepentingan kajian…. ( Reka bentuk kajian Jenis

Tinjauan ( Survey )

2. Mengkaji keberkesanan rawatan. Contoh: Keberkesenan kaedah pembelajaran koperatif

( Reka bentuk kajian jenis Eksprimen) Nota : Persampelan rawak

3. Mengkaji keberkesanan rawatan. Contoh: Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif

(Reka bentuk kajian jenis Kuasi- Eksperimen) Nota: Persampelan tidak rawak

4. Mengkaji hubungan antara pembolehubah (Reka bentuk kajian jenis Korelasi ) Contoh:

Hubungan antara Kaedah Amali Solat dengan penguasaan bacaan dalam solat ….

REKA BENTUK EKSPERIMEN

Ciri-ciri utama:

1. Peserta-peserta dipilih dan diagihkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan.

2. Sesuatu intervensi diaplikasikan kepada satu atau lebih kumpulan.

Page 9: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

29

3. Akibat (outcomes ) diukur pada akhir eksperimen - boleh menentukan sebab dan akibat

dalam kajian.

4. Prosedur direkabentuk supaya menangani ancaman terhadap kesahan.

5. Statistik digunakan untuk membuat perbandingan

Contoh 1

Tajuk Kajian: Gaya belajar dalam kalangan murid Tahun 6 di sekolah daerah Kinta Utara.

Latar Belakang Kajian

1. Pencapaian akademik adalah penting untuk hala tuju dan masa depan murid

2. Murid tidak tahu memilih gaya belajar yang sesuai dengan diri mereka dan suka

mengamalkan gaya pembelajaran pada saat-saat sebelum peperiksaan bermula.

3. Kajian berbentuk tinjauan yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji gaya pembelajaran yang

diamalkan oleh murid-murid Tahun 6 di sekolah daerah Kinta Utara dan hubungannya dengan

pencapaian akademik berdasarkan empat model / gaya pembelajaran yang diasaskan oleh

Dunn dan Dunn (1978) dalam:-

a) Stimulus Persekitaran

b) Stimulus Emosi

c) Stimulus Fisiologi

d) Stimulus Sosiologi

4. Kajian ini menggunakan soal selidik berskala 4 mata sebagai instrumen kajian.

3.4.9 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Kesahan dan kebolehpercayaan instrument amat penting bagi mempertahankan kejituan

instrumen daripada terdedah dari kecacatan. Semakin tinggi nilai kesahan dan

Page 10: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

30

kebolehpercayaan maka semakin jitu data-data yang diperolehi bagi menghasilkan kajian yang

baik dan berkualiti.

1. Kesahan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif).

Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness),

bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan

data-data diinferenkan. Kesahan juga bermaksud ; persetujuan antara dua percubaan untuk

mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan. Biasanya bagi

instrumen soal selidik, seseorang penyelidik akan menggunakan teknik Criterion – Related

Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen melalui

sekumpulan pakar rujuk (expert judgement). Dengan itu penyelidik akan melantik beberapa

orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian.

Kesahan Instrumen Temu Bual Dan Pemerhatian (Kualitatif)

Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual,

pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin

maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan

kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang

digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk equivalent

form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen).

Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui

sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai

sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual

dan pemerhatian. Kesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual,

pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian

tetapi keseluruhan proses penyelidikan.

Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman

(internal validity) dan kesahan kriteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud

membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada aspek

manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik morale ballot dan

cross-checking digunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkan nilai kesahan

terhadap data, khususnya dalam temu bual. Atas saranan ini, biasanya penyelidik akan

Page 11: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

31

menggunakan dua orang informan (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi setiap kajian bagi

tujuan temu bual.

Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang

benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanya

bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang informan dalam lokasi kajian

yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalam pemerhatian dibuat

melalui teknik kesahan konstruk (construct validity) iaitu dengan cara mengkategorikan

peristiwa-peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa kelompok (clusters) bagi variabel yang

dikehendaki, kemudian membandingkan pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang.

Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item

(instrumen) agar bersifat ;

i. Defensibiliti (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan berguna)

ii. Accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian)

iii. Appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian)

iv. Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)

v. Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan

apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut

boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan

pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian).

3.4.12 Menganalisis dan menghurai data

Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai

pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan

kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya.

Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut

adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data:

Page 12: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

32

(a) Fasa pra-analisis

(b) Fasa pengurangan saiz data

(c) Fasa paparan data

(d) Fasa pengesahan data

(e) Fasa dapatan

Dalam fasa pra-analisis, segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca

dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah

penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun

tertib mengikut keperluan teori analisis.

Pemprosesan Data

Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui

prosidur berikut:

(a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah

berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Muridan.

(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat dengan guru

kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang

kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian.

(c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik / inventori diedarkan dan meminta

mereka yang berkenaan mengisikannya.

d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu

untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus murid mengikut jantina,

tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi sekolah.

(e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik / inventori, perlu diubah kepada skor variabel-

variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah

atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh

secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan.

Page 13: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

33

(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel

kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan

dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.

3.4.13 Membincang dan melapor hasil kajian

Sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang jelas, lebih baik ia mempunyai

pemikiran yang jelas juga; dan sekiranya seseorang itu ingin menulis dengan gaya yang terpuji,

biarlah dirinya sendiri mempunyai pemikiran yang terpuji. (Johann Wolfgang von Goethe).

Dalam membincangkan hasil kajian, kita wajib menyemak keputusan secara kritikal. Menurut

Akhiar dan Shamsina (2011) kita juga harus menanya beberapa soalan kepada diri kita sendiri

iaitu:

- Adakah kriteria yang telah dipilih menunjukkan kualiti isi kandungan yang sah? Adakah kita

telah meninggalkan mana-mana kriteria penting atau telah memasukkan kriteria yang tidak

berkenaan?

- Sekiranya kita menjalankan rawatan (treatment) dan membuat perbandingan antara kumpulan

atau masa, maka soalan berikut perlu ditanyakan:

berkaitan isi kandungan

sebelum dan selepas rawatan?

(contohnya, arahan,

tahap keupayaan)?

selain rawatan yang dirancang, yang boleh mempengaruhi

dapatan kajian?

semasa kajian

dijalankan?

Di Institut Pendidikan Guru (IPG), penulisan laporan penyelidikan akur dengan format/gaya

mengikut American Psychological Association (APA).

Page 14: PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 3.1 Sinopsiseduideas.weebly.com/uploads/4/7/4/4/4744396/tajuk...MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 21 TAJUK 3 PROSEDUR

MTE3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

34

Aktiviti perbincangan

Penyelidikan didefinisikan sebagai pemerolehan fakta-fakta secara sistematik melalui

proses pengumpulan, penganalisisan dan pentafsiran sesuatu keputusan ( Khalid,

2003). Terangkan 4 sebab mengapa penyelidikan dijalankan?

Soalan OLL

Bagaimanakah cara untuk menyatakan masalah kajian dalam penyelidikan pendidikan?