4
1 http://dermagabmk1.blogspot.com PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGGANDAAN 1. KONSEP Pengimbuhan ialah proses membentuk kata melalui cara mengulangkan kata dasar. Pengulangan berlaku dengan dua cara - keseluruhan kata dasar, dan bahagian- bahagian tertentu kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, dan kata majmuk. Golongan kata yang dapat digandakan terdiri daripada kata nama (KN), kata kerja (KK), kata adjektif (KA), dan kata tugas (KT). 2. JENIS PENGGANDAAN (a) Penggandaan penuh = Pengulangan keseluruhan kata dasar (i) Gandaan penuh kata tunggal pokok pokok-pokok (KN) tadika tadika-tadika (KN) pandang pandang-pandang (KK) tinggi tinggi-tinggi (KA) baru baru-baru (KT) agak agak-agak (KT) (ii) Gandaan penuh kata berimbuhan petani petani-petani (awalan KN) ketua ketua-ketua (awalan KN) rancangan rancangan-rancangan (akhiran KN) pelawaan pelawaan-pelawaan (akhiran KN) kemahuan kemahuan-kemahuan (apitan KN) pertubuhan pertubuhan-pertubuhan (apitan KN) (b) Penggandaan semu = Pengulangan keseluruhan kata akar rama rama-rama (KN) kanak kanak-kanak (KN) biri biri-biri (KN) ura ura-ura (KN) mentang mentang-mentang (KT) tiap tiap-tiap (KT) (c) Penggandaan separa = Pengulangan sebahagian daripada kata dasar (i) Gandaan separa kata tunggal = Pengulangan suku kata awal, terjadi di depan kata dasar dan vokal pada suku kata itu mengalami pelemahan (menjadi bunyi vokal e pepet) tupai tutupai tetupai (KN) daun dadaun dedaun (KN) jarum jajarum jejarum (KN)

Proses Pembentukan Kata - Penggandaan(1).pdf

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Proses Pembentukan Kata - Penggandaan(1).pdf

1

htt

p:/

/de

rma

ga

bm

k1.

blo

gsp

ot.

com

PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGGANDAAN

1. KONSEP

Pengimbuhan ialah proses membentuk kata melalui cara mengulangkan kata dasar.

Pengulangan berlaku dengan dua cara - keseluruhan kata dasar, dan bahagian-bahagian tertentu kata dasar.

Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, dan kata majmuk.

Golongan kata yang dapat digandakan terdiri daripada kata nama (KN), kata kerja (KK), kata adjektif (KA), dan kata tugas (KT).

2. JENIS PENGGANDAAN (a) Penggandaan penuh = Pengulangan keseluruhan kata dasar

(i) Gandaan penuh kata tunggal

pokok pokok-pokok (KN)

tadika tadika-tadika (KN)

pandang pandang-pandang (KK)

tinggi tinggi-tinggi (KA)

baru baru-baru (KT)

agak agak-agak (KT)

(ii) Gandaan penuh kata berimbuhan

petani petani-petani (awalan KN)

ketua ketua-ketua (awalan KN)

rancangan rancangan-rancangan (akhiran KN)

pelawaan pelawaan-pelawaan (akhiran KN)

kemahuan kemahuan-kemahuan (apitan KN)

pertubuhan pertubuhan-pertubuhan (apitan KN)

(b) Penggandaan semu = Pengulangan keseluruhan kata akar

rama rama-rama (KN)

kanak kanak-kanak (KN)

biri biri-biri (KN)

ura ura-ura (KN)

mentang mentang-mentang (KT)

tiap tiap-tiap (KT)

(c) Penggandaan separa = Pengulangan sebahagian daripada kata dasar

(i) Gandaan separa kata tunggal = Pengulangan suku kata awal, terjadi di depan kata dasar dan vokal pada suku kata itu mengalami pelemahan (menjadi bunyi vokal e pepet)

tupai tutupai tetupai (KN)

daun dadaun dedaun (KN)

jarum jajarum jejarum (KN)

Page 2: Proses Pembentukan Kata - Penggandaan(1).pdf

2

htt

p:/

/de

rma

ga

bm

k1.

blo

gsp

ot.

com

(ii) Gandaan separa kata berimbuhan = Pengulangan kata dasar yang bergabung dengan imbuhan, terjadi sebelum dan selepas kata dasar. Sebelum kata dasar:

menumbuk tumbuk-menumbuk (KK)

mencuci cuci-mencuci (KK)

merampas rampas-merampas (KK)

rinduan rindu-rinduan (KA)

Selepas kata dasar:

tersenyum tersenyum-senyum (KK)

berangan berangan-angan (KK)

menari menari-nari (KK)

sepandai sepandai-pandai (KA)

(d) Penggandaan berentak (penggandaan berima) = Pengulangan bunyi tertentu dalam perkataan (i) Gandaan berentak pengulangan vokal = Vokal dalam kata dasar diulang dalam

gandaan (sama bunyi dan kedudukan)

sayur sayur-mayur (KN)

cerai cerai-berai (KK)

hiruk hiruk-pikuk (KA)

(ii) Gandaan berentak pengulangan konsonan = Konsonan dalam kata dasar diulang dalam gandaan (sama bunyi dan kedudukan)

gunung gunung-ganang (KN)

mandi mandi-manda (KK)

kucar kucar-kacir (KA)

(iii) Gandaan berentak bebas = Gandaan tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan

saudara saudara-mara (KN)

ulang ulang-alik (KK)

lintang lintang-pukang (KA)

(iv) Gandaan bersisipan = Kata bersisipan menjadi pengganda

tali tali-temali (KN)

turun turun-temurun (KN)

gilang gilang-gemilang (KA)

Page 3: Proses Pembentukan Kata - Penggandaan(1).pdf

3

htt

p:/

/de

rma

ga

bm

k1.

blo

gsp

ot.

com

3. MAKNA PENGGANDAAN (a) Makna Penggandaan Kata Nama

(i) Jamak (banyak)

budak-budak

saudara-mara

cucu-cicit

rerumput

(ii) Kepelbagaian jenis

kuih-muih

sayur-mayur

kayu-kayan

anak-pinak

(iii) Kesamaan (keserupaan)

gula-gula

sesiku = siku-siku

orang-orang

kekuda = kuda-kuda

(iv) Tidak tentu

sesiapa = siapa-siapa

apa-apa

mana-mana

bila-bila

(v) Nama haiwan

kura-kura = kekura

kunang-kunang = kekunang

labi-labi = lelabi

rama-rama = rerama

(b) Makna Penggandaan Kata Kerja

(i) Perbuatan berulang-ulang

berputar-putar

tergelak-gelak

berulang-alik

melambai-lambai

(ii) Perbuatan saling berbalas

tarik-menarik

bertembak-tembakan

berkirim-kiriman

dendam-mendendami

(iii) Perbuatan bersungguh-sungguh

bertungkus-lumus

memporak-perandakan

bercerai-berai

(iv) Perbuatan berpanjangan

berangan-angan

menanti-nanti

berkibar-kibaran

tersengih-sengih

Page 4: Proses Pembentukan Kata - Penggandaan(1).pdf

4

htt

p:/

/de

rma

ga

bm

k1.

blo

gsp

ot.

com

(c) Makna Penggandaan Kata Adjektif (i) Sifat jamak

tinggi-tinggi

pandai-pandai

cantik-cantik

(ii) Menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar

kebudak-budakan

besar-besaran

kebiru-biruan

(iii) Kesangatan

gilang-gemilang

segar-bugar

gelap-gelita

hitam-hitam