Upload
nguyentu
View
231
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
♦♦♦♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
CATATAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦♦♦♦
Judul : PERSEPSI PEKERJA KANTIN SEKOLAH TERHADAP
MAKANAN YANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH DALAM ZON
SKUDAI, JOHOR BAHRU.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya_______________________________________________________________________ (HURUF BESAR)
Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√ √ √ √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : KG. BATU 9 KEBUN BAHARU 42500 TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR.
Tarikh : 15 MAC 2004 Tarikh : 15 MAC 2004
Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
RUZANA BINTI RUSDI
SULIT
√√√√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya inidan pada pandangansaya
karyaini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan :_____________________________________
Nama Penyelia :ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
Tarikh :_____________________________________
PERSEPSI PEKERJA KANTIN SEKOLAH TERHADAP MAKANAN
YANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH DALAM ZON SKUDAI, JOH OR
BAHRU
RUZANA BINTI RUSDI
TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2007
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali hasil nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _____________________
Nama Penulis : RUZANA BINTI RUSDI
Tarikh : _____________________
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Haji Rusdi bin Haji Awi Hajah Juminam binti Haji Rukimin
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu telah ku tunaikan jua
dan buat saudara kandungku juga pasangan kalian, terima kasih atas segalanya.
Rohaimi & Sarinda Rahimah & Mokhsin
Ramlee & Zaleha Rasidah & Shaharudean
Rasid & Intan Meliza Rafiah & Shahrul Azwan
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan kalian tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
dan membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan yang lalu.
Buat sahabat seperjuangan juga insan bernama Muhd Salleh bin Ramli
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita bersama.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En. Mohd Rizal
bin Mohd Said yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa
rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya
Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Kerjasama daripada pengusaha dan pekerja kantin sekolah dalam zon Skudai,
Johor Bahru di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah dihargai.
Akhir sekali penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan dirajmati
Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah dijalankan bertujuan mengenalpasti persepsi pekerja kantin
terhadap makanan yang dijual di kantin sekolah dalam zon Skudai, Johor Bahru. Kajian
deskriptif ini dijalankan ke atas 175 orang pekerja kantin sekolah rendah dan sekolah
menengah. Penyelidik telah membina satu set soal selidik sebagai instrumen kajian
untuk mengumpul data daripada responden dan menggunakan statistik deskriptif
perbandingan kekerapan dan peratusan. Instrumen tersebut mempunyai dua bahagian
terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Sciences for Windows (SPSS) versi 15.0. Kajian
rintis memperoleh keputusan pekali alpha sebanyak 0.844. Hasil kajian mendapati
pekerja kantin sekolah rendah dan sekolah menengah bersetuju bahawa kaedah
penyediaan makanan yang dipraktikkan di kantin sekolah meyumbang kepada makanan
berkualiti yang dijual di kantin sekolah. Walau bagaimanapun, kepelbagaian nutrisi
dalam menu yang dipraktikkan dan dijual di kantin sekolah berada pada tahap
sederhana. Kajian juga memberi cadangan kepada pihak-pihak tertentu supaya makanan
berkualiti dari segi kaedah penyediaan dan kepelbagaian nutrisinya dapat didapati di
kantin sekolah.
vi
ABSTRACT
This research is to identify the canteen workers perception’s towards food that
were sold at school canteen Skudai, Johor Bahru. There are 175 people canteen workers
in primary and high schools involved in this research. The researcher has built a set of
questionnaire as the research instrument to collect data with frequency and percentage
statistic descriptive comparison. The research instrument consists of two parts which are
part A and part B. The software used to analyze data is Statistical Package For Social
Sciences for Windows (SPSS) version 15.0. The value of reliability is 0.844. This
research indicates that the canteen workers in primary and high schools agree that food
preparation methods practice in the canteen contribute to the food qualities that were
sold at the school canteen. However the varieties of nutritions in the menu which are
practice and sold in the school canteen is at average level. This research also gives
suggestions to certain parties so that the quality food, methods of preparation and
varieties can be obtained in the school canteen.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.6.1 Kepada Individu
1.6.2 Pekerja Kantin Sekolah
1.7 Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Operasional 13
1.8.1 Persepsi 13
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.8.2 Makanan 14
1.8.3 Nutrisi 14
1.8.4 Penyediaan 15
1.8.5 Zat Makanan 15
1.8.6 Makanan Seimbang 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kaedah penyediaan makanan 17
2.3 Kepelbagaian nutrisi dan keseimbangan 20
dalam menu
2.4 Pekerja kantin sekolah sebagai pengendali 25
makanan
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Tempat Kajian 33
3.4 Populasi Kajian 33
3.5 Sampel Kajian 34
3.6 Instrumen kajian 38
3.6.1 Bahagian A: Latar Belakang 39
Responden
3.6.2 Bahagian B:Item Soal Selidik 40
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Prosedur Kajian 44
3.8.1 Peringkat Pertama 44
3.8.2 Peringkat Kedua 45
3.8 Analisis Data 47
3.9 Penutup 48
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Data 50
4.2.1 Bahagian A 50
4.2.1.1 Taburan Responden 51
Berdasarkan Jantina
4.2.1.2 Taburan Responden 52
Berdasarkan Umur
4.2.1.3 Taburan Responden 53
Berdasarkan Bangsa
4.2.1.4 Taburan Responden 54
Berdasarkan Negara Asal
4.2.1.5 Taburan Responden 55
Berdasarkan Tahap Pendidikan
Tertinggi Pernah Dicapai
4.2.1.6 Pendapatan Keluarga Purata 57
Sebulan
4.2.2 Bahagian B 58
4.2.2.1 Analisa data soalan kajian 1 60
4.2.2.2 Analisa data soalan kajian 2 69
4.2.2.3 Analisa data soalan kajian 3 77
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 83
4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 83
4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 84
4.3.2.1 Dapatan keseluruhan 86
4.3.2.2 Perbandingan dapatan sekolah rendah dan 87
menengah (cross-tab)
4.3.3 Ringkasan 86
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Rumusan 87
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 88
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item yang 89
Dikemukakan
5.2.3 Rumusan Keseluruhan 101
5.3 Perbincangan 102
5.3.1 Apakah kaedah penyediaan 102
makanan yang dipraktikkan di kantin
sekolah?
5.3.2 Apakah kepelbagaian nutrisi dalam 104
menu yang dipraktikkan di kantin
sekolah?
5.3.3 Apakah pengetahuan pekerja terhadap 106
makanan berkualiti di kantin sekolah?
5.4 Cadangan
5.4.1 Kepada pengusaha kantin 107
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
5.4.2 Kepada Persatuan Ibu Bapa dan 107
Guru (PIBG)
5.4.3 Kepada pihak berwajib 108
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 109
5.6 Kesimpulan 109
RUJUKAN 111
LAMPIRAN A-D
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai Sekolah Rendah Kerajaan 35
dan Bantuan Kerajaan Negeri Johor
dan alamat seperti pada 31 Januari
2008
3.2 Senarai Sekolah Menengah Kerajaan 36
dan Bantuan Kerajaan Negeri Johor dan
alamat seperti pada 31 Januari 2008
3.3 Pembahagian Item Bahagian A − Latar 39
Belakang Responden
3.4 Peringkat Perskalaan Yang Digunakan 41
Bagi item-item Bahagian B
3.5 Taburan Soalan Mengikut Persoalan 41
Kajian
3.6 Pengelasan Kekuatan Korelasi 44
3.8 Skala Likert Dan Skor 47
3.9 Pemeringkatan Skala Likert 47
3.10 Skala Tiga Mata Dan Skor 48
4.1 Jantina responden dari kantin sekolah 51
rendah
4.2 Jantina responden dari kantin sekolah 51
menengah
4.3 Umur responden dari kantin sekolah 52
rendah
4.4 Umur responden dari kantin sekolah 53
menengah
4.5 Bangsa responden dari kantin sekolah 53
rendah
xiii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.6 Bangsa responden dari kantin sekolah 54
menengah
4.7 Negara asal responden dari kantin 54
ekolah rendah
4.8 Negara asal responden dari kantin 55
sekolah menengah
4.9 Tahap pendidikan tertinggi pernah 55
dicapai responden dari kantin
sekolah rendah
4.10 Tahap pendidikan tertinggi pernah 56
dicapai responden dari kantin sekolah
menengah
4.11 Pendapatan keluarga purata sebulan 57
responden dari kantin sekolah rendah
4.12 Pendapatan keluarga purata sebulan 57
responden dari kantin sekolah menengah
4.13 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 59
4.14 Taburan responden dari kantin sekolah 60
rendah mengikut frekuensi, peratusan
dan min bagi kaedah penyediaan makanan
yang dipraktikkan di kantin sekolah
4.15 Taburan responden dari kantin sekolah 65
menengah mengikut frekuensi, peratusan
dan min bagi kaedah penyediaan makanan
yang dipraktikkan di kantin sekolah
4.16 Taburan responden dari kantin sekolah 69
rendah mengikut frekuensi, peratusan
dan min bagi kepelbagaian nutrisi
xiv
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
dalam menu yang dipraktikkan di kantin
sekolah
4.17 Taburan responden dari kantin sekolah 73
menengah mengikut frekuensi, peratusan
dan min bagi kepelbagaian nutrisi dalam
menu yang dipraktikkan di kantin sekolah
4.18 Taburan responden dari kantin sekolah 77
rendah mengikut frekuensi, peratusan
dan min bagi pengetahuan pekerja terhadap
pemilihan makanan di kantin
sekolah
4.19 Taburan responden dari kantin sekolah 80
menengah mengikut frekuensi, peratusan
dan min bagi pengetahuan pekerja terhadap
makanan di kantin sekolah
4.20 Purata min keseluruhan bagi persoalan 84
kajian persepsi pekerja kantin sekolah
terhadap makanan yang dijual
di kantin sekolah rendah
5.1 Purata min keseluruhan bagi persoalan 89
kajian persepsi pekerja kantin sekolah
terhadap makanan yang dijual
di kantin sekolah rendah
5.2 Maklum balas persepsi pekerja kantin 91
sekolah terhadap makanan yang
dijual di kantin sekolah rendah
5.3 Purata min keseluruhan bagi persoalan 93
kajian persepsi pekerja kantin sekolah
terhadap makanan yang dijual
xv
di kantin sekolah menengah
5.4 Maklum balas persepsi pekerja kantin 95
sekolah terhadap makanan berkualiti
yang dijual di kantin sekolah menengah
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.7 Prosedur kajian 46
4.1 Perbandingan Dapatan Sekolah Rendah
Dan Sekolah Menengah 87
5.1 Peratusan Responden Bersetuju Berdasarkan 101
Soalan Kajian
xvii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran
Hidup
SPSS Statistical Package for Social Sciences
SR Sekolah rendah
SM Sekolah menengah
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di Sekolah, daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di Sekolah, daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
C Surat Pengesahan Soal Selidik
D Borang Soal Selidik
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kantin sekolah tidak dapat dinafikan lagi memainkan peranan yang penting
dalam membekalkan makanan kepada warga sekolah. Kewujudan kantin sebagai
sebuah entiti di setiap sekolah merupakan pelengkap kepada fungsi sesebuah sekolah itu.
Kewujudan kantin sekolah berperanan untuk memudahkan pelajar sekolah mendapatkan
makanan semasa waktu rehat memandangkan kebanyakkan penjaga tidak dapat
menyediakan bekalan makanan ke sekolah kepada anak-anak mereka disebabkan
kekangan masa dan kesibukan harian. Tambahan lagi kewujudan kantin sekolah juga
dapat menyediakan kawasan untuk pelajar untuk menikmati hidangan. Maka tujuan
kantin sekolah adalah untuk memudahkan penjaga dan pelajar. Walaubagaimanapun
kualiti makanan yang ditawarkan di kantin sekolah seharusnya tidak dibiar remeh. (A.H.
Subratty et al., 2003).
2
Lanjutan daripada itu, sistem pendidikan hanya akan dapat berjalan secara lancar
dan efektif dengan memastikan pelajar sihat dan dapat belajar dengan baik melalui
kualiti dan amalan pemakanan. Hal ini adalah kerana kesihatan yang baik dapat
memperbaiki penglibatan pelajar dalam aktiviti dalam mahupun luar kelas,
mengurangkan ketidakhadiran dan meningkatkan pencapaian akademik. (A.H. Subratty
et al., 2003). Maka, kantin sekolah merupakan sebuah entiti yang memegang peranan
dalam memastikan objektif keberkesanan sistem pendidikan dapat dicapai.
Berdasarkan Garis Panduan Kantin Sekolah yang telah digubal pada 1989, selain
berperanan sebagai sumber yang berkesan bagi menggalakkan pendidikan makanan,
kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai
pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tambahan lagi di sinilah
para pelajar membina pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan,
kebersihan dan keselamatan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberikan
layanan, bersopan-santun dan amalan-amalan disiplin yang lain.
Van Egmond (1985) menyatakan bahawa objektif utama dalam perkhidmatan
makanan di sekolah adalah menyediakan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk
dimakan. Tanggung jawab dalam menyediakan makanan yang selamat bergantung
kepada penyedia makanan sehingga kepada orang yang menghidang makanan yang telah
siap dimasak. Beliau turut menjelaskan bahawa makanan yang selamat adalah makanan
yang bebas mikroorganisma merbahaya, bahan kimia dan bendasing. Perkhidmatan
makanan di sekolah tidak sepatutnya menyediakan makanan yang tidak berkhasiat
seperti makanan ringan dan sebagainya kerana banyak mengandungi bahan kimia,
perasa dan pewarna. Menurut William Huee (1997) yang menyatakan bahawa bahan
pewarna yang digunakan dalam makanan boleh menarik perhatian pelajar untuk
membeli makanan tersebut kerana makanan itu kelihatan menarik dan menyelerakan.
Penjualan makanan yang tidak berkhasiat seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya
boleh memudaratkan kesihatan.
3
Dari segi konteks yang lain Burton (1965) menyatakan bahawa pendidikan
makanan sepatutnya dijadikan sebagai program umum dalam memastikan dan
memperbaiki taraf pemakanan individu. Selain daripada pengetahuan tentang zat-zat
makanan, individu juga perlu memahami keperluan zat untuk setiap pembesaran.
Sepatutnya manusia mesti mengambil berat tentang faktor-faktor yang boleh memberi
kesan ke atas makanan yang diambil. Dalam konteks ini, pihak-pihak seperti guru-guru,
orang awam dan ibu bapa ataupun jawatan kuasa kantin yang tertentu sepatutnya
mengambil peduli akan institusi makanan yang telah diwujudkan di sekolah bagi
mengelakkan kesan negatif ke atas makanan yang diambil oleh para pelajar di sekolah.
Hal ini adalah kerana fungsi fizikal dan mental tubuh yang optimum bergantung kepada
mutu pemakanan (Nickerson dan Ronsivalli, 1989).
Dalam aliran yang sama, Norimah A.Karim menyatakan bahawa pemakanan
seimbang adalah sangat penting untuk pelajar dalam menentukan perkembangan mental
dan fizikal mereka. Pada peringkat ini mereka mula membesar dan memerlukan
pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua zat makanan dapat dibekalkan kepada
tubuh mereka.
Dari perspektif Islam sendiri, telah tersebut bahawa corak pemakanan yang betul
bermula daripada punca sumber makanan, kebersihan makanan, cara memasak, cara
menghidang dan cara memakan makanan tersebut. Firman Allah S.W.T yang
bermaksud, “..dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah
telah rezekikan kepada kamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman
kepadaNya.” (Surah al-Ma’idah, ayat 88).
Menurut Bunker and Burgess (2002), DoH (1989), MAFF (1996), Noble and
Kipps (1994) Eves et al. (1997) menegaskan dalam satu kajian yang telah dijalankan
mendapati bahawa hampir kebanyakkan kandungan nutrisi dalam makanan yang
disediakan di kantin sekolah mengandungi zat makanan yang tidak seimbang dan
4
mengandungi lemak, gula dan garam yang berlebihan. Reilly (2002) menyatakan
bahawa fenomena ini telah menyebabkan di Britain seorang daripada lima orang kanak-
kanak dianggarkan telah mengalami berat badan berlebihan dan 2.5 peratus dikelaskan
mengalami obesiti. Tambahan lagi dalam satu kajian yang melibatkan kanak-kanak
berumur antara 11 dan 12 tahun mendapati bahawa mereka mengalami kekeliruan
terhadap apakah sebenarnya corak pemakanan yang sihat (Health Pro, 2004). Seperti
yang dilaporkan oleh Department of Education and Skills, Britain (2004) menu yang
disediakan di kantin sekolah merupakan antara penyumbang utama yang menyebabkan
generasi kini di kawasan tersebut mengalami masalah sedemikian.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di bawah peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan telah dinyatakan
bahawa kantin-kantin sekolah mesti sentiasa berada dalam keadaaan bersih dan tempat
makan di kantin hendaklah dilengkapi dengan kemudahan mencuci. Makanan yang
disediakan pula mestilah terdiri daripada makanan yang megandungi nilai-nilai nutrisi
yang sihat dan dapat menyokong tumbesaran pelajar selain hendaklah disediakan dan
dihidang dengan cara yang bersih.
Sehubungan dengan ini, kantin sekolah haruslah mematuhi beberapa kriteria bagi
menjadi satu-satunya organisasi yang menyediakan bekalan makanan kepada para
pelajar semasa dalam sesi persekolahan. Menurut A.H. Subratty et al (2003), kantin
sekolah haruslah menyediakan menjual makanan yang sihat kepada pelajar sekolah juga
seharusnya menawarkan makanan yang berkhasiat dan bersih pada harga yang
kompetitif, menyediakan pelbagai jenis makanan dan menawarkan persekitaran yang
bersih kepada pelajar untuk menikmati makanan. Tambahan lagi kantin turut
5
berperanan dalam sistem kawalan pelajar dengan cara menyediakan atmosfera kantin
yang membenarkan pelajar kekal berada di dalam kawasan sekolah semasa makan
tengah hari untuk keselamatan diri pelajar. Makanan yang disediakan dikantin sekolah
seharusnya menyokong kemahiran dan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan
seterusnya kantin sekolah juga perlulah menyokong penglibatan pelajar dalam membuat
keputusan tentang kantin sekolah mereka kerana mereka merupakan pengguna kantin.
Menurut Persatuan Pengguna Standard Malaysia (2007), hampir kesemua kes
keracunan makanan yang direkodkan berlaku selepas mangsa makan di luar rumah dan
makanan berkenaan disediakan secara komersial dan dimasak dalam kuantiti yang besar.
Kantin sekolah turut merupakan entiti yang terlibat sama dimana ianya menyediakan
makanan dalam jumlah yang besar mengikut keperluan sekolah. Sekolah yang agak
besar mempunyai jumlah pelajar yang besar dan adakalanya mempunyai dua sesi
persekolahan. Keperluan yang besar ini telah menyebabkan kantin sekolah terpaksa
menyediakan makanan secara besar-besaran seterusnya menyumbang kepada kes
keracunan makanan di sekolah.
Abdul Jabar Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian
Kesihatan berkata, kes keracunan makanan di sekolah yang paling tinggi dilaporkan
berlaku di Selangor, diikuti Kedah, Perak dan Kelantan. Sebanyak 11,226 kes
keracunan makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari Januari sehingga 15
September 2007 berbanding dengan 5,613 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2006,
iaitu peningkatan lebih 100 peratus. (Sumber Maklumat : Utusan Malaysia 29 Oktober,
2007). Berdasarkan statistik ini dapat diandaikan bahawasanya keperluan kantin yang
selamat tidak dipatuhi oleh pekerja juga para pengusaha.
6
Menurut Dr. Abd. Rahim, Pengarah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan, pencemaran makanan utama terbahagi kepada tiga jenis iaitu
biologi; bakteria, virus, fungus, kulat dan yis; fizikal; benda atau bahan asing seperti
rambut, cebisan kaca, paku dan lain-lain; dan kimia; racun serangga, racun rumpai,
bahan pencuci kimia, aditif makanan seperti pengawet yang berlebihan. Beliau berkata,
memakan makanan atau meminum minuman yang mengandungi toksin atau racun
semula jadi seperti sesetengah jenis kulat, cendawan, makanan laut dan sebagainya
merupakan antara beberapa punca utama berlakunya keracunan makanan. Gejala yang
dialami adalah berbeza bagi setiap orang bergantung kepada jenis racun atau bakteria,
jumlah racun atau bakteria yang termakan, umur dan daya ketahanan tubuh seseorang.
Justeru, bagi mengurangkan jumlah kes yang kian meningkat dari tahun ke tahun
kantin sekolah haruslah mengekalkan piawai yang baik terhadap kebersihan atau sanitasi
dalam mengendalikan, menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan sejajar
dengan Akta Makanan. Ini adalah sangat penting bagi memastikan pelanggan dapat
menerima makanan yang berkualiti tinggi, tidak menerima makanan yang kurang nutrisi
dan mengelakkan berlakunya insiden keracunan makanan. (A.H. Subratty et al., 2003).
Selain daripada itu, Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan yang meliputi
semua negeri di Malaysia telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bertujuan melindungi
orang ramai daripada tindakan yang membahayakan kesihatan dan penipuan di dalam
penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Mohd Hamdan (1990) menjelaskan
dengan wujudnya akta tersebut pengguna kantin sekolah khususnya pelajar dan guru
malah ibu bapa mempunyai hak untuk melaporkan sebarang aduan terhadap
perkhidmatan makanan yang disediakan di kantin sekolah mengikut prosedur yang
betul.
7
Dipetik daripada HEA (1999), peringkat awal remaja yang merupakan tahap
perkembangan sosio-biologi pelajar adalah peringkat dimana pelajar membina identiti
mereka melalui penjelajahan dan penemuan tanggungjawab, keadaan dan perkara-
perkara yang baru. Dari itu, pelajar sekolah yang merupakan remaja adalah golongan
yang mudah berpotensi terjebak dalam gejala tidak sihat seperti merokok, penggunaan
dadah dan alkohol serta paten diet yang tidak seimbang (Tedstone et al., 1998). Masa
yang panjang yang dihabiskan di sekolah mendorong pelajar sekolah tersebut iaitu
remaja menerapkan segala pengaruh dan kelakuan di sekolah dalam diri mereka sendiri
dan salah satunya merupakan kantin sekolah dimana mereka mendapatkan makanan
justeru mengamalkan diet yang tidak seimbang.
Menu dengan diet yang tidak seimbang yang disediakan di kantin sekolah seperti
makanan berminyak, minuman ringan dan macam-macam lagi akan menyebabkan
pengambilan gula dan lemak yang tinggi, kurang pengambilan protein, kalsium, mineral
dan fibre. (A.H. Subratty et al., 2003). Joshipura et al., (1999) turut berpendapat
bahawa diet yang betul dan seimbang memainkan peranan asas yang penting dalam
mencegah penyakit seperti penyakit jantung koronari dan kencing manis (diabetes
mellitus). Tambahan lagi, jenis dan jumlah lemak serta hubungan keduanya dengan
tahap kolesterol dalam darah telah dikenal pasti sebagai faktor yang sangat
menyumbang dalam penyakit jantung koronari dan kencing manis. Akan tetapi
pengambilan yang bertambah terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran telah dikenal
pasti sebagai faktor yang penting dalam mengurangkan kedua-dua penyakit jantung
yang tersebut dan beberapa jenis kanser (DH, 1994, 1998). Maka, paten pemakanan
yang sihat hendaklah dipupuk sejak dari awal lagi bagi mengurangkan risiko diabetes
mellitus, obesiti dan penyakit kanser yang berkaitan dengan paten diet. (NHF, 1997).
8
Pekerja kantin merupakan golongan yang berkait rapat dengan penyediaan
makanan di kantin sekolah. Walaupun terdapat kebanyakkan kantin sekolah hanya
melanggan katerer-katerer kecil yang menjalankan penyediaan makanan di rumah
masing-masing, makanan yang telah disediakan tersebut masih dikendalikan oleh
pekerja kantin khususnya semasa proses jual beli di premis kantin sekolah. Sehubungan
dengan ini aspek seperti latihan kesedaran kebersihan bagi pekerja yang berterusan iaitu
kebersihan pekerja, pemakaian topi, apron dan kuku tangan sentiasa pendek tanpa cincin
haruslah diterap dan diamalkan. Tambahan lagi pekerja yang menyediakan makanan
tidak sepatutnya mengendalikan makanan dan pada masa yang sama membersihkan
kawasan kerja dengan penyapu dan mop. Penggunaan ubat-ubatan, bahan pencuci yang
tidak berbahaya kepada makanan seperti peluntur seperti klorin hendaklah sentiasa
dalam keadaan terkawal. Manakala tempat penyimpanan makanan bagi makanan yang
sedia untuk dimakan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih. (Prinsip Am
Kebersihan Makanan, Jabatan Standard Malaysia).
Menurut Baharam Husin, L.L.Guoy, Safiah Yusuf , B.H. Tay (1996), kes
keracunan kerap berlaku berpunca daripada makanan yang dicemari bakteria. Antara
sebab makanan mudah dicemari bakteria adalah amalan tidak bersih pengendali atau
penyedia makanan seperti mengorek hidung atau telinga semasa memasak,
menggunakan kain pengelap yang sama untuk mengelap meja dan pinggan mangkuk,
menggunakan alatan yang kotor, merokok, sanitasi diri, bersin, mededahkan makanan
kepada haiwan yang membawa bakteria seperti lalat, kucing, tikus dan sebagainya.
Pendapat ini disokong oleh Dr. Abd. Rahim Mohamad yang menyatakan bahawa
selain sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri baik ketika
menyedia, menghidang mahupun menjual makanan, tidak mengendahkan kebersihan
persekitaran luar dan dalam premis makanan, membiarkan sahaja makanan terdedah
kepada serangga atau haiwan lain dan pencemaran fizikal terdapat juga segelintir
9
pekerja yang menggalakkan amalan dimana pelajar mengambil sendiri makanan tanpa
kawalan atau konsep layan diri yang menyumbang kepada risiko keracunan makanan.
Konsep ini didapati cenderung kepada penambah biakkan bacteria dalam makanan yang
dijual kerana makanan yang ditawarkan telah dicemari oleh bakteria yang dibawa oleh
setiap pelanggan yang mengambil makanan tersebut. Maka, setiap kali pelanggan
mengambil makanan, bakteria dalam makanan tersebut akan menjadi semakin
bertambah.
Justeru kantin sekolah turut mempunyai peranan penting dalam memastikan
keberkesanan sebuah pendidikan, kesihatan pelajar dan komuniti sekolah seterusnya
haruslah dijana dengan baik dari segi dua komponen iaitu menu yang seimbang dan
sanitasi. Dalam entiti ini pekerja kantin merupakan antara faktor utama dalam kejayaan
sebuah kantin juga merupakan individu-individu yang sentiasa berkaitan dengan
perjalanan seharian kantin. Oleh itu kajian ini perlu dijalankan untuk mengetahui
persepsi pekerja kantin sekolah terhadap kepentingan makanan berkualiti yang dijual di
kantin sekolah berikutan masalah bukan sahaja tertumpu kepada masalah keracunan
malah masalah pemakanan atau masalah diet dan gizi yang tidak seimbang di kalangan
generasi pada masa kini.
10
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dihuraikan penyelidik
ingin melakukan penyelidikan tentang persepsi pekerja kantin sekolah ke atas makanan
yang dijual di kantin sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi pekerja kantin sekolah terhadap
makanan berkualiti yang dijual di kantin sekolah. Objektif yang ditetapkan bagi kajian
ini adalah untuk:
I. Mengenalpasti kaedah penyediaan makanan yang dipraktikkan di kantin sekolah.
II. Mengenalpasti kepelbagaian nutrisi dalam menu yang dipraktikkan di kantin
sekolah.
III. Mengenalpasti pengetahuan pekerja terhadap makanan di kantin sekolah.
11
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:
1.5.1 Apakah kepelbagaian kaedah penyediaan makanan yang dipraktikkan di kantin
sekolah?
1.5.2 Apakah kepelbagaian nutrisi yang disediakan dalam menu yang dipraktikkan di
kantin sekolah?
1.5.3 Apakah pengetahuan pekerja terhadap makanan di kantin sekolah?
1.6 Kepentingan Kajian
Pengkaji berharap agar hasil kajian yang akan dijalankan ini dapat memberi
manfaat kepada pihak berkenaan. Antara kepentingan kajian ini adalah:
1.6.1 Kepada Individu
Maklumat yang diperolehi daripada kajian yang akan dijalankan dapat memberi
pengetahuan kepada indiuvidu tentang makanan berkualiti yang dijual di kantin sekolah.
12
Tambahan lagi ia bertujuan untuk memberikan kesedaran individu berhubung pemilihan
makanan yang berkualiti dan sesuai untuk pertumbuhan pelajar.
1.6.2 Pekerja Kantin Sekolah
Sebagai pekerja kantin sememangnya menggendong tangungjawab yang tinggi
dalam menyediakan makanan yang berkualiti kepada para pelajar. Sebarang kesilapan
berkemungkinan besar boleh dipertanggungjawab dan ditanggung oleh pekerja kantin
kerana keterlibatan mereka secara langsung dalam menyediakan hampir kesemua jenis
makanan yang dijual di kantin sekolah. Justeru kesedaran terhadap makanan yang
berkualiti merupakan suatu kewajipan.
1.7 Batasan Kajian
Dalam kajian ini responden adalah pekerja kantin sekolah daripada zon sekitar
Skudai, Johor Bahru. Kajian ini adalah terbatas kepada sampel pekerja kantin sekolah
sahaja seramai 175 orang pekerja daripada 20 buah sekolah rendah dan 12 buah sekolah
menengah terlibat. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti persepsi pekerja kantin
sekolah zon Skudai terhadap makanan yang dijual di kantin sekolah. Alat kajian yang
digunakan adalah berbentuk Kajian Soal Selidik. Pekerja kantin sekolah daripada zon
sekitar Skudai, Johor Bahru ini dipilih untuk dijadikan responden kerana
menganggapkan pekerja kantin daripada kawasan tersebut mewakili pekerja kantin
daripada seluruh Malaysia. Justeru responden dari daerah tersebut digeneralisasikan
mewakili pekerja-pekerja kantin seluruh Malaysia.
13
1.8 Definisi Operasional
Frasa kata yang dijadikan tajuk di dalam ini perlu dijelaskan. Berikut ialah
definisi istilah atau konsep yang berkaitan.
1.8.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (2002), gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran pekerja kantin sekolah tentang makanan berkualiti, pandangan
dan tanggapan menerusi pancaindera. Dalam kajian yang akan dijalankan, persepsi
merujuk kepada gambaran dan bayangan hati atau fikiran pekerja kantin sekolah
terhadap makanan yang berkualiti yang dijual di kantin sekolah.
1.8.2 Makanan
Makanan adalah set yang secara fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi
warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa (Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, 2000).
Makanan merupakan satu bahan pepejal atau cecair yang boleh dimakan. (Asra
et al.,1995).
14
1.8.3 Nutrisi
Menurut Kasmu Za’ba edaran Pustaka Antara Books Sdn Bhd, nutrisi
diinterpretasikan sebagai komponen berkhasiat yang terkandung dalam sesetengah
makanan atau bahan makanan yang mengandungi khasiat.
1.8.4 Penyediaan
Menurut K.D (1998), penyediaan adalah persiapan. Dalam konteks kajian ini
penyediaan merupakan persiapan yang dilakukan untuk proses memasak makanan.
15
1.8.5 Zat Makanan
Zat makanan di dalam konteks kajian ini adalah merujuk kepada 7 kumpulan zat
makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, serat dan air.
1.8.6 Makanan Seimbang
Makanan seimbang mengandungi semua kumpulan zat makanan pada kadar
yang cukup dan sesuai untuk menjalankan fungsi badan dengan teratur (Aishah Hamzah
1991).
Makanan seimbang bermaksud makanan yang kita makan dapat membekalkan
zat yang betul kepada keperluan tubuh. (Mohd Azhar Zakaria, 1985).
Makanan dikatakan seimbang apabila makanan yang dihidangkan itu
mengandungi kesemua jenis zat makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin,
mineral dan air pada kadar dan gabungan yang betul. (Abdul Latif Mohamad dan Suriah
Abdul Rahman, 1985)
16
Ringkasan
Di dalam bab satu ini, telah dinyatakan pengenalan, latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian
dan definisi operasi yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Tujuan kajian ini,
pengkaji dapat melihat aspek-aspek utama yang perlu diberi perhatian dalam proses
kajian supaya dapat menghasilkan maklumat yang dikehendaki bagi memastikan
matlamat kajian tercapai. Hasil daripada kajian ini, data-data yang diperolehi akan
digunakan untuk menjawab persoalan kajian ini. Pemilihan sampel tertumpu kepada
pekerja kantin sekolah daripada zon Skudai, Johor Bahru tentang apakah persepsi
mereka terhadap makanan yang dijual di kantin sekolah. Selain daripada itu, hasil
kajian ini adalah sebagai bimbingan untuk mencapai kualiti makanan yang baik yang
dijual di kantin sekolah.