Upload
others
View
22
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM4
Modul 403B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
A. Morfologi
Kata Ganda dan Kata Nama
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata ganda dan dua
kala nama terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Ramai yang tidak pernah menyusuri keindahan sawah padi. Namun, mereka akan
terpegun apabila mereka berdiri di tengah sawah padi yang luas terbentang. Tiada
sesiapa pun yang tidak akan terpukau oleh kecantikan pemandangan sawah padi yang
sedang menguning. Ketika itu, sawah padi seolah-olah lautan yang kekuning-
kuningan di bawah sinaran matahari.
Dua kata ganda :
Dua kata nama terbitan :
Ayat daripada kata ganda:
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
Ayat daripada kata nama terbitan:
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
[6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
B. Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang
bergaris kepada ayat bersusunan songasang tanpa mengubah maksud asalnya.
(1). Sungai berpernan untuk membekalkan sumber makanan seperti protein kepada
manusia selain mengairi kawasan tanaman. Manusia memerlukan protein seperti ikan
sebagai sumber bekalan tenaga untuk mereka bekerja. Bukan itu sahaja (2). sungai
juga membekalkan sumber air bersih kepada manusia untuk kegunaan harian seperti
minuman dan mencuci pakaian. Di samping itu, sungai berperanan sebagai laluan
pengangkutan terutamanya bagi masyarakat di kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak. (3). Mereka sering menggunakan sungai sebagai medium untuk pergi ke
bandar disebabkan oleh ketiadaan kemudahan jalan darat.
[6 markah]
1. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
C. Penyuntingan Bahasa
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat
empat kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Kisah 'Si Tanggang' merupakan cerita legenda rakyat Melayu yang dikenali dengan
sitat Si Tanggang yang disumpah menjadi batu kerana durhaka terhadap kedua orang
ibu bapanya. Hampir setiap suku bangsa Melayu di Nusantara ini mempunyai
ceritanya sendiri seperti Si Tanggang di Malaysia, Malim Kundang di Indonesia dan
Nakhoda Manis di Negara Brunei Darussalam.
Dalam kisah Si Tanggang versi masyarakat Melayu, Si Talang dan Si Deruma
merupakan bapa dan ibu kepada Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga
nelayan di tepi pantai. Kehidupan mereka amat miskin sekali. Si Tanggang seorang
kekanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal bagi menjadi kaya dan terkenal.
No. Kesalahan Pembetulan
1
2
3
4
5
6
[6markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Petikan 2
COVID-19 menjadi pandemik utama dunia menjangkiti lebih 27 juta mangsa dan
meragut hampir sejuta nyawa hingga pada masa kini, Namun, ada lagi punca
kematian kritikal yang berlaku sekian lama tetapi tidak diambil serius masyarakat.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaporkan 10,382
kes kemalangan jalan raya berlaku di seluruh negara dalam tempoh 32 hari pertama
perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini.
Dari jumlah kemalangan dilaporkan ini, 145 kematian direkodkan. Walaupun statistik
kemalangan menunjukkan penurunan positif hingga 70 peratus berbanding sebelum
PKP dikuat kuasakan, kadar kematian ini bukan sesuatu harus dibanggakan kerana
kemusnahan lebih besar berlaku sebelum penyebaran COVID-19 lagi.
[5 markah]
No. Kesalahan Pembetulan
1
2
3
4
5
[6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
D. Alih Bahasa
Nota :
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu
selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu
menggunakan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit
ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang
iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan
kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.
v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.
vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa
Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang
Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata
umum.
viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat
sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil
daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.
Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard
a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud
secara keseluruhan.
b. Kenai pasti watak dan peranannya.
c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana
tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.
d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,
mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.
e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda
dan lain-lain juga dikekalkan.
f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan
ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks
bahasa standard.
h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda
akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan
isi terpesong.
i. Keseluruhan teks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan
mana-mana ayat atau bahagian teks.
j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan
tidak mengubah maksud asal kata tersebut.
k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga
menghasilkan alih bahasa yang tepat.
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis
petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun
menangis, seraya berkata, "Hal anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh
seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka."
Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari
pun terlalu marah, katanya, "Siapa menyuruh rnembunuh bapaku itu supaya negeri
Majapahit ini habis kubinasakan?"
(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'(Hal.28)
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,)
Kementerian Pendidikan Malaysia
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(6 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
E. Peribahasa
(a) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Roslan berasa serba salah untuk membuat keputusan tersebut kerana dia tidak
mahu menyakiti hati mana-mana pihak.
(ii) "Aku tidak menyangka bahawa orang yang aku harap-harapkan selama ini
sanggup mengkhianatiku," keluh Rozi.
(iii) " Janganlah kamu membuang masa menasihatinya kerana dia tidak akan
mengikutinya," jelas Kartika.
(b) Isi setiap tempat kosong dalam ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
(i) Hidup mereka umpama ____________________________ kerana pendapatan
yang diperoleh hanya cukup untuk menampung hidup.
(ii) Kedengaran tangisan anak-anak kecil mangsa perang yang merayau ke sana ke
mari tanpa arah tujuan seperti ____________________________ selepas kediaman
mereka dibom oleh pihak musuh dan mengakibatkan ibu bapa mereka terkorban.
(iii) Hubungan mereka berdua ibarat ____________________________ kerana
sepanjang masa mereka akan sentiasa bersama.
[6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my