Upload
others
View
19
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR2B
Modul 9
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 9
A. Perbendaharaan Kata Bacaan
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思
1 sisi
-tepi
旁边
2 jarang
-tidak selalu
很少
3
menjenguk
-melihat dengan menghulurkan kepala;
menengok/menziarahi
伸头看 / 探望
4 urusan
-perkara yang perlu diuruskan
事务
5
berkorban
-menanggung penderitaan/kerugian untuk
kebahagiaan orang lain
牺牲
6 menyara
-menanggung keperluan hidup
扶养
7 warung
-gerai
档口
8 menyara
-membelanjai
负担费用
9 sejak akhir-akhir ini
-sejak belakangan ini
近来
10 bermuram
-bermasam muka
脸色消沉/忧愁
11 mengambil berat
-memberi perhatian terhadap sesuatu
关心
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
12 serba-salah
-tidak tahu apa yang patut dilakukan
不知所措
13 semasak-masaknya
-sedalam-dalamnya
深(思)
14 terpaku
-tidak bergerak-gerak
呆着不动
15 kesunyian
-kesepian, berasa sepi/sunyi
寂寞
16 keresahan
-kerisauan
担心
17 meluahkan
-mengeluarkan dari mulut (perasaan)
说出
18 rindu
-ingin sungguh untuk berjumpa dengan seseorang
想念
19 belaian
-mengusap dengan tangan
抚摩
20 terkilan
-kesal/berasa tidak senang hati
遗憾/不愉
快
21 tersisih
-terasing, terpisah
被孤立
22 menumpang kasih
-menikmati kasih sayang bersama
寄爱于
23 menerima kenyataan
-berhadapan dengan keadaan sebenar
接收事实
24 kegiatan
-aktiviti
活动
25 terpinga-pinga
-tercengang-cengang
呆住了
26 mengalihkan pandangan
-memindahkan, menghalakan ke tempat lain
转移视线
27 mengusap
-membelai
抚摩
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
b. Latihan Perbendaharaan kata – Silang Kata
Menurun
1. Sejak menamatkan pengajian
di universiti, dia
___________ berkunjung ke
perpustakaan itu lagi.
2. Ayah balik lewat kerana sibuk
dengan __________
syarikat.
3. Ibu __________ rambut
adik semasa mendodoikan
adik.
4. Kerajaan akan ___________
segala perbelanjaan
penyelidikan untuk
menghasilkan ubat yang
diperlukan olek pakar
perubatan.
5. Kakak berada di ________
anak kesayangannya ketika
dia terlantar di hospital.
6. Pihak polis bekerja keras
untuk membanteras
__________ yang melanggar
undang-undang negara.
Melintang
7. Rahman _________ apabila
mendapati dirinya telah
dipecat oleh majikannya.
8. Ayah dan ibu Nadia
__________ kehidupan
keluarga mereka dengan
menjual rojak buah di kantin
sekolah.
9. Perajurit yang _________
untuk negara patut diberi
penghormatan yang tertinggi.
10. Khairul yang
___________ daripada
kawan-kawan sebayanya telah
menyesal atas sikap
angkuhnya.
11. “Cikgu akan ___________
kalian sekiranya cikgu ada
masa,” kata Cikgu Khalida
kepada murid-muridnya dalam
jamuan perpisahan.
12. Akhirnya, Encik Kamarul
___________ hasratnya
untuk memperisterikan Cik
Huda.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kasih Seorang Cucu
Azman tinggal bersama neneknya sejak dia berumur dua tahun.
Bagi Azman, neneklah ibu dan ayahnya. Azman sangat gembira berada di
sisi neneknya. Ibu dan ayahnya bekerja di bandar. Mereka jarang
menjenguk Azman di kampung kerana sibuk dengan urusan kerja.
Nenek Azman telah banyak berkorban untuk membesarkannya.
Selama ini, neneknya menyara hidup mereka berdua dengan menjual
kuih-muih. Sebelum pergi ke sekolah, Azman menghantar kuih-muih itu
ke Warung Pak Hassan. Pada setiap hari, neneknya akan memasukkan
hasil jualan kuih-muih ke dalam tabung buluh. Menurut neneknya, duit itu
akan digunakan untuk membiayai pelajaran Azman pada masa depan.
Pada suata hari, Azman menerima sepucuk surat daripada ibunya.
Azman tidak memberitahu neneknya tentang surat tersebut. Dia tidak
mahu neneknya berasa sedih apabila mengetahui isi kandungan surat itu.
“ Azman, kenapa engkau kelihatan tidak gembira sejak akhir-akhir
ini? Kalau engkau ada masalah ceritakanlah kepada aku,” kata Shahril.
“Sebenarnya, dua hari yang lepas, aku menerima sepucuk surat
daripada ibu aku,” cerita Azman.
“Kenapa engkau bermuram pula ? Baguslah kalau dia mulai
mengambil berat tentang engkau,” tambah Shahril.
“Ibu dan ayah mahu aku tinggal bersama mereka,” sambung Azman.
“Habis tu, apakah keputusan kamu ? Apa kata nenek engkau?”
Shahril menanti jawapan daripada Azman dengan penuh tanda tanya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sekali lagi Azman mendiamkan diri. Azman benar-benar serba
salah untuk membuat keputusan. Shahril menasihati Azman supaya
berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.
“Itulah yang aku risaukan. Nenek tidak ada sesiapa lagi selain aku.
Nenek akan kesunyian kalau aku tinggal dengan ibu dan ayahku di
bandar,” luah Azman.
“ Azman, aku faham bagaimana perasaan engkau,” pujuk Shahril.
Sedikit sebanyak Azman dapat menghilangkan keresahan hatinya
selepas meluahkannya kepada Shahril. Namun, berat mata yang
memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Azman masih ingat akan kata-kata neneknya semasa dia berumur
sembilan tahun. Neneknya bercerita tentang ibu dan ayahnya.
“ Azman, sebenarnya ibu dan ayah Azman tetap sayangkan Azman.
Mereka perlu uruskan restoran di bandar sebab itulah mereka
menyerahkan Azman kepada nenek. Pada setiap bulan mereka
menghantar wang untuk Azman,” cerita neneknya.
Neneknya selalu berpesan supaya dia taat kepada kedua-dua orang
ibu bapanya. Namun, Azman terkilan dengan sikap ibu dan ayahnya. Bagi
Azman kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Selama ini
dia rindukan belainan dan kasih sayang mereka.
Azman berasa tersisih apabila kawan-kawannya bercerita tentang
keluarga masing-masing. Mereka bahagia di samping keluarga sedangkan
dia cuma menumpang kasih seorang nenek. Namun, lama-kelamaan Azman
dapat menerima kenyataan tersebut. Azman sangat gembira kerana
mempunyai seorang nenek yang baik hati dan penyayang.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Azman cuba melupakan isi kandungan surat itu dengan menyertai
kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolahnya. Pada waktu malam
pula, Azman mengulang kaji pelajaran dengan Shahril.
Seminggu kemudian, Azman dikunjungi oleh ibu dan ayahnya.
Azman serba salah untuk menerangkan hal yang sebenar kepada
neneknya. Nenek Azman menyambut kedatangan kedua-dua orang ibu
bapa Azman dengan gembira.
“Ramli, kenapa tak beritahu emak yang kamu berdua hendak datang
ke mari?” tanya nenek Azman.
Ayah Azman terpinga-pinga dengan pertanyaan ibunya. Azman
berpura-pura mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Dia tidak sanggup
mendengar jawapan yang akan diberi oleh ayahnya.
“Emak, bukankah saya telah memberitahu hal ini dalam surat yang
lepas. Beginilah emak, saya dan Siti telah membuat keputusan untuk
mengambil semula Azman. Lagipun, perniagaan kami sudah semakin
maju,” jawab ayah Azman.
Nenek Azman terpaku dengan kata-kata anaknya. Azman terus
melarikan diri ke dalam bilik. Azman tidak sanggup berpisah dengan
neneknya. Air matanya mengalir membasahi bantal.
Tiba-tiba neneknya masuk ke biliknya. Nenek Azman mengusap
rambut Azman dengan penuh kasih sayang. Berat hatinya berjauhan
dengan Azman.
“Ibu, ayah, maafkan Azman. Azman mahu tinggal bersama nenek.
Di sinilah rumah Azman,” putus Azman.
Ibu, ayah dan nenek Azman berpandangan sesama sendiri.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Pemahaman
1.Terangkan maksud berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikul. (KBAT)
_____________________________________________________
_____________________________________________________
2. Mengapakah Azman menyatakan bahawa kasih sayang tidak boleh
dibeli dengan wang ringgit?
_____________________________________________________
_____________________________________________________
3. Pada pendapat kamu, wajar atau tidak keputusan yang diambil oleh
Azman ? (KBAT)
_____________________________________________________
_____________________________________________________
4. Rasional yang kita pelajari daripada cerita ini ialah:
i. Kita tidak boleh bertindak ______________ dalam __________
sesuatu masalah.
ii. ________________ baik atau buruk sesuatu perkara sebelum
______________ keputusan.
iii. Kita mestilah sentiasa berfikiran _______________ dan
_________.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Padakan perkataan dalam Petak A dengan perkataan dalam Petak B
untuk membentuk frasa yang bermakna :
Petak A Petak B
berfikir
mengulang kaji
sesama
membasahi
mengalihkan
menyambut
menumpang
membuat
membiayai
mendiamkan
diri
kasih
pelajaran
keputusan
semasak-masaknya
kedatangan
pelajaran
bantal
sendiri
pandangan
1. ___________________ 6. ______________________
2. ___________________ 7. ______________________
3. ___________________ 8. ______________________
4. ___________________ 9. ______________________
5. ___________________ 10. ______________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas:
Simpulan Bahasa
1. Simpulan bahasa ialah rangkaian perkataan yang terdiri daripada dua
patah perkataan.
2. Simpulan bahasa membawa maksud tersirat yang biasanya berlainan
dengan maksud asal perkataan (maksud tersurat) yang membentuknya.
3. Namun, maksud sesuatu simpulan bahasa boleh dihubung kait dengan
perkataan (maksud tersurat) yang membentuknya.
Contoh : Ikat perut
Maksud tersurat (Maksud asal) : mengikat perut sendiri
Maksud tersirat : mengurangkan
perbelanjaan makan
untuk berjimat
4. Simpulan bahasa dan maksudnya:
a) Simpulan bahasa Modul 1 – 8
b) Simpulan bahasa tambahan
Simpulan bahasa Maksud
anak jantan lelaki yang berani / gagah
atas pagar tidak berpihak kepada sesiapa
berat sebelah tidak adil
bertegang
leher bergaduh / tidak mahu menyerah kalah
buah fikiran pendapat / pandangan
bulat hati membuat keputusan / berazam
cangkul angin melakukan kerja yang sia-sia
darah daging kaum keluarga
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
hitam putih disahkan secara bertulis
kecil hati tersinggung
kuku besi peperintahan yang zalim
lidah biawak orang yang percakapannya berubah-ubah
memerah otak memikir dengan bersungguh-sungguh
minta nyawa minta agar tidak dibunuh
panjang tangan suka mencuri
pilih kasih tidak adil
putih mata kecewa / berasa malu
rendah hati tidak sombong
telinga nipis cepat marah
Latihan 1 :
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
1. Ciko seorang yang ber_____________ kerana cepat naik angin.
2. Setiap insan yang normal tidak sampai hati menganiayai
______________nya sendiri.
3. Percakapan orang yang ber_____________ tidak boleh
dipercayai.
4. Pengadil yang _______________ itu telah digantung
perkhidmatannya.
5. Pemerintah yang _______________ itu telah digulingkan.
6. Diharap tuan tidak ber______________ atas teguran saya.
7. _______________ yang dikemukakan oleh semua ahli akan
dipertimbangkan.
8. Budak yang _________________ itu selalu disyaki apabila
berlakunya kehilangan benda dalam kelas.
9. Hanya orang yang _______________ mudah menerima didikan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
10. Pak Usu selalu ________________ dengan Mak Usu atas
perkara yang remeh-temeh.
11. Encik Eric telah ________________ untuk menghantar anaknya
ke lauar negeri bagi melanjutkan pelajarannya.
12. Calon-calon UPSR sedang __________________ untuk
menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Latihan 2 :
Pilih simpulan bahasa yang terbaik.
1. Slogan askar ialah “Biar putih tulang, jangan ( kecil hati, putih
mata, bulat hati )
2. Saudagar emas itu ( meminta diri, meminta nyawa, meminta maaf )
daripada perompak bersenjata itu.
3. Peraturan permainan gasing telah tertulis secara ( putih mata,
hitam putih, darah daging ).
4. Encik Soon mengambil pendirian ( berat sebelah, pilih kasih, atas
pagar ) dalam kejadian pergaduhan antara dua orang kawan baiknya.
5. Sebagai ( anak yatim, anak emas, anak jantan ), hadapilah halangan
itu dengan gagah berani.
6. Berbual-bual kosong bagaikan ( memerah otak, berkecil hati,
mencangkul angin ).
Latihan 3:
Berdasarkan jadual di atas, berikan simulan bahasa mengikut maksud
yang diberikan.
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Maksud Simpulan Bahasa
bergaduh / tidak mahu menyerah
kalah
cepat marah
disahkan secara bertulis
kaum keluarga
kecewa / berasa malu
lelaki yang berani / gagah
melakukan kerja yang sia-sia
membuat keputusan / berazam
memikir dengan bersungguh-
sungguh
minta agar tidak dibunuh
orang yang percakapannya
berubah-ubah
pendapat / pandangan
peperintahan yang zalim
suka mencuri
tersinggung
tidak adil
tidak adil
tidak berpihak kepada sesiapa
tidak sombong
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Pertuturan
Situasi 3:
Selepas mengetahui keputusan ujian kertas Bahasa Melayu, salah
seorang rakan sedarjah anda menangis teresak-esak kerana
keputusannya tidak memuaskan. Sebagai seorang kawan, cuba memujuk
dan menenangkannya.
janganlah …bersedih
gagal kali ini tidak bermakna anda gagal selama-lamanya
bumi mana yang tidak ditimpa hujan
manusia mana yang tidak pernah gagal
kegagalan sebenarnya merupakan satu dorongon kepada kita
untuk maju / berjaya
belajar daripada kegagalan
bertenanglah
marilah kita berusaha bersama-sama
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Jenis Surat Rasmi
Panduan Mengarang
1. Surat rasmi biasanya ditulis untuk memesan buku, memohon
kebenaran dan jawatan, membuat rayuan, memberikan cadangan
dan membuatjemputan.
2. Surat ini ditulis kepada pihak tertentu seperti pertubuhan,
syarikat, orang yang mewakili pihak tertenu secara rasmi.
3. Alamat penulis dan penerima, panggilan, tajuk/tujuan menulis surat
dan tandatangan ditulis di sebelah kiri surat. Perenggan-perenggan
surat hendaklah dinomborkan mulai perenggan kedua. Baris
terakhir alamat penerima hendaklah digariskan atau ditulis dalam
HURUF BESAR kesemuanya. Tarikh menulis surat hendaklah
sebaris dengan baris terakhir alamat penerima surat.
4. Biasanya, panggilan secara rasmi menggunakan tuan atau puan.
5. Tajuk surat/Tujuan menulis surat hendaklah ditulis selepas
penggilan serta digariskan. Setiap huruf pertama semua perkataan
dalam tajuk hendaklah ditulis dengan huruf besar.
6. Selepas tandatangan, nama penulis yang lengkap mestilah ditulis
dalam kurungan dengan menggunakan huruf besar kesemuanya.
7. Tuliskan jawatan anda jika ada.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
8. Gunakan bahasa yang bersopan dan rasmi. (Tidak seperti dalam
surat tidak rasmi)
Karangan Contoh:
145A, Jalan SS22/2A,
Damansara Utama,
40700 Petaling Jaya.
Kepada,
Puan Hasnah binti Mohamad,
Guru Darjah Kelas 4 Biru,
Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan,
43300 Seri Kembangan. 19 OKTOBER 2001
Puan, Panggilan
Memohon Kebenaran Bercuti Tajuk
Merujuk perkara di atas, saya, ibu Abdul Tashid dari Kelas 4 Biru ingin
memohon kebenaran bercuti untuk anak saya.
2. Untuk makluman puan, kami sekeluarga terpaksa pulang ke Kota Bahru,
Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya yang akan
berlangsung pada 23 Oktober 2001 (Jumaat). Oleh sebab tidak ada orang yang
boleh menjaganya, saya terpaksa membawanya bersama.
3. Olek sebab perjalanan kami memakan masa selama enam jam, kami terpaksa
meninggalkan tempat kami sehari lebih awal. Kami akan pulang dari Kota Bahru
pada 24 Oktober 2001 . Oleh itu, Abdul Rashid tidak dapat hadir ke sekolah
dari 22 hingga 24 April.
3. Sehubungan dengan itu, saya meminta jasa baik puan untuk membenarkan
anak saya bercuti selama tiga hari. Saya berjanji akan memastikan Abdul Rashid
menyiapkan semua kerja sekolah yang patut dibuat sekembalinya dari cuti. Budi
baik puan saya dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ucapan terima kasih
______________________
(MARIAH BINTI KHAIRUL) Nama penulis surat dalam HURUF BESAR
Alamat
penulis surat
Penerima
surat dan
alamatnya
Tarikh surat
ditulis
Isi surat:
dinomborkan
mulai
perenggan
kedua
Tandatangan
penulis surat
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1:
Anda Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Tulis sepucuk
surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memohon kebenaran
lawatan rombongan ahli persatuan anda.
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Latihan 2 :
Kerja rumah anda terlalu berat dan sering tidak dapat disiapkan. Ibu
anda telah menulis sepucuk surat kepada pihak sekolah untuk membuat
aduan dan memberikan cadangan. Tulis surat tersebut.
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Perkataan/Frasa/Ayat Yang Digunakan
1. Merujuk perkara di atas/ Berhubung perkara di atas
2. Sehubungan dengan itu (Oleh itu)
3. Untuk makluman tuan/puan/ Untuk pengetahuan tuan/puan
4. surat yang bertarikh…
5. Oleh hal yang demikian
6. Berserta surat ini, kami lampirkan cek yang
bernombor…bernilai RM….
7. Saya meminta jasa baik pihak tuan agar…..
8. mempertimbangkan permohonan kami
9. secepat mungkin
10. Jasa baik pihak tuan kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
11. Yang benar, /Yang menjalankan tugas,
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Input Bahasa
Simpulan Bahasa
1. ambil berat : mengambil
tahu
2. batu loncatan : orang
yang suka menghasut
agar dua pihak yang lain
bermusuhan
3. cari jalan : mencari
ikhtiar atau sebab
untuk membuat sesuatu
4. golok kayu : orang yang
bodoh tetapi berlagak
seperti orang yang
cerdik
5. hentam keromo :
membuat sesuatu tanpa
berfikir panjang
6. jinak lalat : belum
berani bergaul rapat
7. kepala angin : kelakuan
yang tidak tetap
8. Lipas kudung : cepat
menyiapkan sesuatu
atau kerja
9. malu-malu kucing :
Berpura-pura malu di
hadapan orang
10. orang harapan :
orang yang dapat
dipercayai atau
diharapkan dalam
sesuatu hal
Pintar Kata
(Perkataan Banyak Makna)
1. lembap
a. basah: Cacing tanah
tinggal di dalam
tanah yang lembap
b. bodoh/lemah: Cikgu
Faridah mengajar
Bahar dengan
penuh sabar
walaupun dia tahu
Bahar memang
lembap sedikit.
2. mata
a. organ untuk
melihat: Mata
budak kecil itu
besar dan bulat.
b. bahagian yang
tajam pada
pemotong: Mata
pisau itu sangat
tajam.
c. markah yang
diperolehi: Dua
mata akan ditolak
sekiranya jawapan
yang diberi itu
salah.
d. punca, sumber :
Mata pencariannya
adalah menoreh
getah.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B09 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my