8
QARD AL-HASAN: ISU DAN AMALAN DI MALAYSIA Norajila Binti Che Man Nor Azlina Binti Abd Wahab Norafifah Binti Ab Hamid Nurul Izza Binti Ahad Nuruul Hidayah Binti Mansor Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Malaysia

Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Konsep qard al-hasan dan beberapa isu berkaitan pelaksanaannya di Malaysia

Citation preview

Page 1: Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

QARD AL-HASAN: ISU DAN AMALAN DI MALAYSIA

Norajila Binti Che Man

Nor Azlina Binti Abd Wahab

Norafifah Binti Ab Hamid

Nurul Izza Binti Ahad 

Nuruul Hidayah Binti Mansor

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Universiti Teknologi MARA Malaysia

Page 2: Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

OUTLINE

PENDAHULUAN KONSEP QARD AL-HASAN

AMALAN QARD AL-HASAN DI

MALAYSIA

ISU BERKAITAN QARD AL-

HASANKESIMPULAN

Page 3: Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

PENDAHULUANMatlamat utama perbankan

Islam ialah perkongsian untung rugi dan juga mengelakkan

amalan riba di samping beroperasi berlandaskan prinsip

syariah. Matlamat-matlamat perbankan Islam ini bertujuan mewujudkan kehidupan sosial

yang lebih baik di kalangan masyarakat umumnya dan umat

Islam khususnya

Penubuhan bank Islam dilihat dapat membantu mencapai

objektif sosio-ekonomi masyarakat Islam khususnya

dan umat manusia seluruhnya

Tanggungjawab sosial korporat sangat penting memandangkan perkembangan serta kemajuan

sesebuah institusi korporat banyak bergantung kepada

faktor-faktor lain selain keuntungan perniagaan semata-

mata

Antara tanggungjawab sosial korporat yang boleh dilakukan ialah

menyumbang kepada program-program pembangunan ekonomi, menyediakan produk-produk dan

perkhidmatan yang lebih banyak dan lebih baik serta memastikan bahawa

produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak mencemarkan alam

sekitar dan memberi kesan yang buruk terhadap persekitaran

Page 4: Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

SOROTAN KAJIAN

Kajian Berkaitan Qard al-Hasan

Qard al-hasan merujuk kepada pinjaman yang baik atau beautiful loan. Ia merupakan manifestasi keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan.

Penulisan atau pengkajian mengenai qard al-hasan melibatkan perbincangan mengenai konsep serta beberapa bentuk perlaksanaannya di beberapa buah agensi seperti bank, koperasi dan pajak gadai Islam.

Namun begitu, ianya tidak begitu diperkenalkan dan kurang ditawarkan oleh institusi kewangan di seluruh dunia. Kebanyakan institusi kewangan tidak begitu berminat untuk memberikan perkhidmatan qard al-Hasan ini atas beberapa sebab tertentu.

Oleh itu, satu kajian menyeluruh mengenai qard al-hasan ini perlu dilakukan bagi memastikan matlamat institusi kewangan islam dapat dicapai sepenuhnya.

Page 5: Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

PENAWARAN PRODUK QARD AL-HASAN DI INSTITUSI KEWANGAN

ISLAMQard al-Hasan dalam pembiayaan/skim pinjaman

Islam hanya membenarkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial. Skim pembiayaan secara mikrokredit dilihat dapat membantu proses penjanaan pendapatan secara tetap kepada golongan yang berpotensi untuk meningkatkan taraf hidup mereka

Qard al-Hasan Dalam Gadaian Islam

Skim Al-rahnu merupakan transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang di mana seorang penggadai (al-rahin) akan meletakkan barang gadaian (al-marhun) yang bernilai seperti emas kepada pemegang gadaian sebagai cagaran terhadap pinjaman yang dibuat. Jumlah pinjaman adalah berdasarkan kepada nilai emas semasa dan bergantung kepada peratusan had pinjaman yang dibenarkan oleh sesebuah institusi al-rahnu.

Qard al-Hasan Dalam Produk Hibrid

Terdapat beberapa instrument kewangan yang melibatkan himpunan kontrak seperti instrument kewangan derivatif yang menghasilkan produk deposit berasaskan himpunan kontrak mudarabah dan qard. Sebuah institusi kewangan Islam mencadangkan produk deposit yang berasaskan himpunan kontrak mudarabah dan qard misalnya dengan menetapkan kadar mudarabah 60 peratus dan qard 40 peratus. Majlis Penasihat Syariah (MPS, 2005) memutuskan bahawa himpunan kontrak mudarabah dan qard dalam satu produk deposit adalah dibenarkan.

Qard al-Hasan Dalam Produk Sukuk

Malaysia menjadi antara Negara yang diberi perhatian dalam penawaran sukuk sama ada di peringkat local ataupun antarabangsa. Peningkatan saiz pasaran modal semakin meningkat dengan penawaran pelbagai bentuk sukuk seperti BBA, Mudharabah dab Qard AL-Hasan Sukuk. Kepelbagaian produk sukuk ini membantu melonjakkan pasaran modal islam Malaysia.

Page 6: Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

PENAWARAN PRODUK BERASASKAN QARD AL-HASAN DI INSTITUSI KEWANGAN

KOOP JPMTujuan KOOP JPM ditubuhkan adalah untuk membantu dan menjaga kepentingan kakitangan jabatan perdana menteri dalam memenuhi

keperluan mereka serta menggalakkan kakitangan untuk menabung dan berjimat cermat

Pembiayaan ini dikenali sebagai Skim Al-Qardhul Hassan KOOP JPM. Dibawah skim ini KOOP JPM akan memberikan pinjawan wang kepada ahli

mereka yang memerlukan dana dan ahli perlu membayar jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan

Bank Rakyat

Bank rakyat merupakan institusi kewangan yang beroperasi di bawah Ordinan Koperasi 1948 dan ditubuhkan pada 28 september 1954.

Menyediakan produk perbankan berasaskan qard al-hasan, seperti pembiayaan peribadi, al-rahnu dan sebagainya

Bank Al-Rajhi

Merupakan syarikat perbankan islam yang utama di Saudi Arabia. Al-Rajhi Bank banyak menggunakan qard al-hasan dalam prodk perbankannya seperti al-Rajhi charge card.

Page 7: Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

QARD AL-HASAN SEBAGAI PRODUK CSR

Tujuan pelaksanaan CSR adalah sebagai satu usaha badan korporat menyumbang kembali bagi memenuhi keperluan masyarakat. Ia berupaya menjadi pengimbang dalam memastikan kestabilan sesebuah organisasi dan kemandirian sosio ekonomi masyarakat.

Qard al-Hasan dilihat memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan sosial masyarakat. Oleh itu institusi kewangan Islam sebagai sebuah organisasi yang beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip Islam seharusnya menerajui penawaran produk berasaskan Qard al-Hasan ini kerana selain dari zakat dan lain-lain instrument filantropi Islam, Qard al-Hasan juga adalah sebahagian daripada servis tanggungjawab sosial korporat

Qard al-Hasan dilihat memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan sosial masyarakat. Oleh itu institusi kewangan Islam sebagai sebuah organisasi yang beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip Islam seharusnya menerajui penawaran produk berasaskan Qard al-Hasan ini kerana selain dari zakat dan lain-lain instrument filantropi Islam, Qard al-Hasan juga adalah sebahagian daripada servis tanggungjawab sosial korporat

Namun begitu, hanya empat buah bank sahaja yang menawarkan produk qard al-hasan ini dan dalam tempoh masa yang singkat. Produk berasaskan qard ini amat perlu ditawarkan oleh institusi kewangan kerana ianya dapat membantu pembangunan masyarakat.

Page 8: Qard Al-hasan Isu Dan Amalan

KESIMPULAN

Walaupun realitinya agak sukar institusi kewangan untuk melaksanakan prinsip Qard al-Hasan kerana terpaksa mengekalkan keuntungan yang baik dalam persaingan dengan institusi-institusi kewangan lain Islam jelas merupakan agama yang telah menyediakan hamparan jalan kehidupan yang syumul dengan menganjurkan umatnya supaya bijak menguruskan kehidupan temasuk dalam aspek pengurusan kewangan.

Pelan dan produk Qard al-Hasan wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya sebagai salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba kerana ianya merupakan salah satu cara bagi badan korporat menyumbang kembali kepada masyarakat

Pelaksanaannya walau bagaimanapun memerlukan kajian yang lebih teliti dengan mengambil kira pengalaman dan pandangan pihak-pihak yang menjalankan skim berlandaskan Qard al-Hasan tersebut pada masa sekarang. Hasrat murni ini sewajarnya didokong oleh semua agensi yang terlibat secara langsung dalam usaha memartabatkan taraf sosio ekonomi umat Islam di negara ini.