Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
CAWANGAN BINTULU SARAWAK
QUALITY REQUEST 2.0
(QR 2.0)
2
PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Bil.
i. Kandungan
ii. Tajuk Projek
RINGKASAN EKSEKUTIF
1. PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kumpulan 5
1.2 Latar Belakang Projek 8
2. SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN
2.1 Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan/Organisasi 9
2.2 Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Pemegang Taruh (Stakeholder) 10
2.3 Pembuktian Melalui Analisis 10-11
3. TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
3.1 Strategi Pelaksanaan 11
3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian 11-13
3.3 Pelaksanaan Tindakan Penyelesaian 14
4. KEBERHASILAN PROJEK
4.1 Outcome Projek 19
4.2 Impak Projek 19
4.3 Potensi Pengembangan 20
5. LAMPIRAN
5.1 Jadual Perancangan 21
5.2 Kaedah SMART 22
3
Tajuk Projek
Projek dinamakan G-CAL (Kalkulator Gaji) dan hanya memerlukan komputer sahaja serta
menggunakan format Microsoft Excel.
TEMA PROJEK
G-CAL (Kalkulator Gaji)
“Mudah Cepat Tepat”
RINGKASAN EKSEKUTIF
SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
Kumpulan QR 2.0 bersetuju untuk memilih bidang Inovasi untuk tujuan projek Kumpulan Inovatif
dan Kreatif (KIK) iaitu inovasi penyampaian perkhidmatan dalam kategori penciptaan. Ini adalah
berpandukan beberapa ciri utama di dalam inovasi penyampaian perkhidmatan iaitu untuk
memudahkan tugasan seharian terutamanya di dalam pengiraan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
dan kes pengiraan gaji yang tidak rumit, yang mana kadar dan tunggakan gaji akan dikira secara
biasa dengan menggunakan hanya satu format Microsoft Excel yang dinamakan G-CAL
(Kalkulator Gaji).
Projek ini akan meningkatkan kecekapan pegawai dalam mengendalikan tugasan,
meminimumkan kesilapan pengiraan menggunakan kalkulator dan penjimatan masa. Projek ini
juga terhasil selaras dengan Piagam Pelanggan jabatan untuk menyediakan sumber manusia
perkhidmatan perakaunan yang mencukupi dan kompeten.
PUNCA-PUNCA UTAMA MASALAH
Penemuan Semasa Naziran Gaji
Emolumen terlebih dan terkurang bayar;
4
Kesilapan pengiraan kadar dan penetapan emolumen oleh pegawai penyedia dan
melambatkan proses penyediaan Borang Perubahan Gaji (SG20); dan
Kesilapan pengunaan kod-kod gaji berdasarkan kod standard dalam igfmas wage type
(ZRPY054) secara tidak langsung melibatkan kesilapan penggunaan kod akaun (Merujuk
SPANM 10/2017).
Emolumen terlebih bayar merupakan item yang menyumbang ke peningkatan jumlah
Akaun Belum Terima (ABT) di PTJ; dan
Pegawai penyedia gaji di peringkat PTJ tidak faham dan kurang arif dengan proses
pengiraan dan pekeliling berkaitan pengurusan gaji. Ini berikutan bermula tahun 2018,
pelaksanaan gaji adalah di peringkat PTJ.
CADANGAN PENYELESAIAN
Penggunaan projek G-CAL menjadi alternatif kepada pengiraan secara manual (kalkulator).
Semakan berkaitan perihal lain emolumen seperti KGT, elaun yang layak diterima dan skim
perkhidmatan yang tepat selaras dengan Waran Perjawatan juga dapat dibuat.
OUTCOME DAN IMPAK PROJEK
Impak projek ini adalah melahirkan tenaga kerja mahir dan bertanggungjawab di dalam
pengurusan gaji. Pengurangan kesilapan pengiraan gaji menjadikan tugas semakan oleh
pegawai penyelia lebih cepat dan berkesan. Oleh itu, tekanan yang dihadapi oleh sesebuah
organisasi akibat aduan pegawai berkaitan lebihan atau kurangan gaji akan dapat diatasi. Secara
tidak langsung, G-CAL akan menjadikan perkhidmatan pengurusan gaji di setiap kementerian
menjadi lebih cekap, perbelanjaan kerajaan khasnya dalam pembayaran emolumen lebih tepat
dan pelaporan ABT dapat diminimumkan. Seterusnya, outcome projek adalah pengurangan
dalam jumlah aduan berkaitan gaji dan penemuan Naziran Gaji. Proses Naziran Gaji oleh Pejabat
Perakaunan turut menjadi lebih cepat dan cekap. Secara tidak langsung, G-CAL turut
memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dan setiap pegawai awam boleh menyemak sendiri
emolumen yang layak diterima pada bila-bila masa.
5
1. PENGENALAN KUMPULAN
Kumpulan Quality Request adalah nama asal kumpulan KIK Jabatan Akauntan Negara yang
pernah menyertai pertandingan KIK antara Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia di
Sarawak yang diadakan di Kuching pada tahun 2013. Pada tahun 2018, pasukan baru KIK
Jabatan ini telah di jenamakan semula dengan kemasukan ahli-ahli baru dan diberikan nama
sebagai Quality Request 2.0 ataupun QR 2.0. Pasukan ini telah di anggotai oleh 9 ahli dan
seorang fasilitator dikalangan anggota yang berlainan jawatan dan latarbelakang. Pasukan ini
telah bermesyuarat serta berbincang secara serius dan berkala sejak ditubuhkan secara rasmi
pada 01 Februari 2019. Inovasi yang diilhamkan adalah sebagai kaedah mencari jalan untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan kepada agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan Jabatan ini.
Idea yang di huraikan adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana
aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktivit sesuatu organisasi. Bagi maksud
Kreatif ianya didefinasikan sebagai kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan
menghasilkan sesuatu sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi.
Ia melibatkan
keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik
keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea
dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian
keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada
bentuk aplikasi
Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan
untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah
dipersetujui oleh pihak pengurusan
Impak kepada projek kreatif ini akan dapat menghasilkan penciptaan nilai dan memperbaiki
kaedah, prosedur serta cara kerja seharian, sekali gus dapat menghasilkan produk dan
perkhidmatan serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan yang memenuhi
kehendak pelanggan serta akan;
Memberi keyakinan bahawa KIK dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan dengan
kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.
Menyemai dan menerapkan nilai dan etika kerja yang positif di kalangan kakitangan melaui
projek KIK.
6
1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN
Nama Kumpulan : QUALITY REQUEST 2.0 (QR 2.0)
Nama Organisasi : Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Bintulu
Alamat : Tingkat 2, Wisma Bintulu, 97000 Bintulu,
Sarawak
No. Telefon/ Faks : 086-312741 / 312763
Emel : [email protected]
Tarikh Kumpulan Ditubuhkan : 01.02.2019
Bilangan Ahli : 10 Orang
Nama Projek : G-CAL (Kalkulator Gaji)
Bidang Inovasi : Penyampaian Perkhidmatan
Kategori Inovasi : Penambahbaikan
Tarikh Siap Projek : 16.08.2019
LOGO KUMPULAN
MAKSUD LOGO
10 jalur biru bermaksud bahawa kumpulan ini terdiri daripada 10 orang ahli
Warna kuning bermaksud kesetiaan ahli kumpulan dengan setiap arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa
Warna merah bermaksud keberanian kesemua ahli untuk mencuba dan menampilkan
sesuatu produk yang baru
7
MOTO:
SINGKAT MUDAH DAN SERAGAM (SMS)
ETIKA KUMPULAN:
Proses Penyediaan dan penyemakan tuntutan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat dan
mudah digunakan dengan menggunakan satu borang yang seragam
GAMBAR AHLI KUMPULAN
8
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK
KONSEP ASAL:
Penggunaan kalkulator dan rujukan Senarai Kod (ZRPY054) di SAP –
Diinovasi kepada G-CAL (Kalkulator Gaji)
Digunakan oleh Unit Gaji dan Unit Naziran untuk membuat semakan gaji
di Pusat Tanggungjawap dan Pejabat Perakaunan.
9
2. SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN
Untuk projek KIK, kumpulan ini memfokuskan tentang cara untuk menyemak pengiraan
emolumen dan juga kod-kod gaji didalam perubahan SG20 dengan tepat, mudah dan pantas.
Format Pengiraan yang di sediakan adalah melalui kaedah pengiraan format Microsoft Excel
yang telah ditetapkan (set) bagi menggantikan mesin kira-kira dan semua kadar kenaikan gaji
dan elaun yang direka adalah merujuk kepada pekeliling perkhidmatan yang sedang
berkuatkuasa.
Format pengiraan ini hanya ditetapkan kepada gred gaji dalam lingkungan gred 19 sehingga
54 sahaja merujuk Jadual Kadar Gaji Minimum dalam Pekeliling Perkhidmatan 1 Tahun 2016.
Manakala satu Kod Gaji yang digunakan adalah merujuk kepada kod pendapatan dan elaun
serta kod-kod potongan dan skim perkhidmatan setiap kakitangan awam yang di dapatkan
daripada Sistem Human Capital Management (iGFMAS). Format pengiraan ini dijangka akan
memberi impak yang maksima dan kepuasan menyeluruh kepada penyedia, penyelia dan
juga pasukan Naziran Pejabat Perakaunan yang menguruskan pembayaran dan melakukan
semakan gaji di sesebuah organisasi.
2.1 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK BERKAITAN DENGAN FUNSI UTAMA
JABATAN/ORGANISASI
Hasrat jabatan untuk meningkatkan kecekapan pegawai-pegawai yang
menyediakan perubahan gaji dalam membuat pengiraan yang tepat.
Mengurangkan kesilapan yang mudah didalam pengiraan tunggakan emolumen
kakitangan sesebuah organisasi.
Menjadi satu platform untuk semua kakitangan awam menyemak sendiri kelayakan
dan juga tunggakan gaji setiap tahun dari masa ke semasa.
Mengurangkan perbelanjaan dan kos pentadbiran didalam pembelian mesin kira-
kira dan juga pembaziran kertas.
Mengurangkan aduan awam daripada kakitangan awam di sesebuah organisasi
atas kesilapan pengiraan dimana melibatkan pembayaran yang lebih ataupun
kurang.
10
2.2 PROSES SEBELUM PROJEK INOVASI DILAKSANAKAN YANG MEMENUHI
KEHENDAK PELANGGAN DAN PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER)
Ahli Kumpulan QR 2.0 telah menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi
oleh JANM Cawangan Bintulu dan beberapa Pusat Tanggungjawap yang
terlibat secara langsung dengan proses Gaji terutama kes Kenaikan Gaji
Tahunan, kesilapan kod gaji, kesilapan pengiraan elaun-elaun dan
sebagainya.
Penyenaraian masalah dilakukan secara sesi pencambahan fikiran
(brainstorming) oleh ahli-ahli kumpulan KIK,
Kaedah pengiraan manual menggunakan kalkulator (kesilapan semasa
menggunakan kalkulator).
Masa yang diambil mencari bahan rujukan (pekeliling dan jadual gaji)
untuk penetapan gaji dan elaun.
Pegawai baru yang masih kurang cekap dalam pengiraan gaji serta belum
mahir dalam penggunaan kod-kod gaji.
Proses penyediaan Borang Perubahan gaji SG20 selalu melebihi tempoh
yang telah ditetapkan.
Aduan dan khidmat nasihat berkaitan gaji semakin meningkat.
2.3 PEMBUKTIAN MELALUI ANALISIS
PROSES YANG DILAKUKAN SELEPAS INOVASI
2.3.1 UJICUBA
Kumpulan menetapkan agar ujian dilakukan dengan 2 kaedah iaitu
dengan memberi G-CAL (Kalkulator Gaji) kepada PTJ yang terpilih untuk
menguji penggunaan G-CAL (Kalkulator Gaji) serta memberi beberapa
soalan kepada mereka.
Senarai soalan adalah seperti berikut:
Berapa lamakah masa yang diambil dalam membuat pengiraan
secara kaedah biasa dan menggunakan G-CAL (Kalkulator Gaji)?
Adakah pencarian kod gaji lebih mudah dengan menggunakan
G-CAL (Kalkulator Gaji)?
Adakah aduan dari pegawai berkurangan?
11
2.3.2 HASIL UJICUBA G-CAL (Kalkulator Gaji)
Unit Naziran menggunakan G-CAL semasa menyemak
perubahan gaji (SG20) di Pusat Tanggungjawap dan telah
membuktikan kecepatan menyiap satu proses semakan kenaikan
gaji tahunan.
Penyelia di pusat tanggungjawap telah menyemak dan
mengesahkan perubahan gaji dengan cepat dan tepat
3. TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
3.1 STRATEGI PELAKSANAAN
3.1.1 KAEDAH 5W + 2H
Untuk mengatasi masalah, kumpulan telah mengunapakai kaedah 5W + 2H
WHAT (Subjek) Kaedah yang dapat membuat pengiraan yang cepat
dan tepat
WHY (Objektif) Mengurangkan kesilapan pengiraan dan salah kod gaji
WHERE (Tempat) JANM Bintulu dan PTJ-PTJ Gaji
WHEN (Masa) Setiap bulan prosesan gaji
WHO (Anggota) Pegawai penyedia, penyelia serta Ketua Jabatan
HOW (Kaedah)
HOW MUCH
Mencipta satu sistem pengiraan menggunakan Excel
dimana pengiraan dibuat secara auto dengan hanya
mengisi ruangan tertentu yang dinamakan G-CAL
(Kalkulator Gaji)
Menjimatkan masa, tenaga manusia dan kos-kos
berkaitan
3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN
Kaedah ‘Design Thinking’ telah digunakan untuk memahami permasalahan dan
cadangan penyelesaian bagi projek KIK ini. Terdapat 5 metodologi design thinking
yang telah difikirkan bersama oleh ahli kumpulan. Antaranya adalah :
3.2.1 EMPATHIZE:
Setelah satu dokumen bagi penyediaan emolumen telah siap untuk
disemak, langkah yang sama perlu diambil oleh penyemak untuk
menyemak dengan membelek pekeliling dan mengira kiraan gaji pegawai
berkenaan secara manual. Ini menyebabkan produktiviti kerja berkurang.
12
3.2.2 DEFINE
Pada umumnya, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Bintulu
khasnya Unit Gaji telah mengadakan taklimat serta kursus berkaitan gaji
kepada PTJ-PTJ untuk membantu dan memberi pendedahan secara
langsung kepada mereka. Namun kaedah ini tidak memberi impak yang
berkesan dimana masih terdapat masalah-masalah kesilapan proses gaji
dilakukan.
Kesan jika masalah kesilapan proses gaji sering berlaku.
Kesilapan gaji pegawai akan berlarutan ke tahun yang seterusnya.
Jumlah Akaun Belum Terima semakin bertambah
Tekanan kepada pegawai di Unit gaji di setiap Jabatan meningkat
kerana aduan yang diterima semakin meningkat
IDEATE
G-CAL merupakan satu percambahan idea yang pada asalanya
adalah melalui sistem pengiraan gaji secara manual. Penjanaan idea
G-CAL ini boleh dihuraikan melalui teknik SCAMPER. Berikut
merupakan kaedah bagaimana idea dijana ;
Substitute (Pengganti) : G-CAL merupakan sistem yang
menggantikan pengiraan gaji secara manual.
Combine (Gabung) : G-CAL merupakan gabungan pengiraan gaji dan
maklumat dalam sistem HCM SAPgui
Adapt (Penyesuaian) : Pusat tanggungjawab dapat menyesuaikan
dengan hanya kunci masuk jumlah gaji pokok dan bulan pergerakan
pada G-CAL untuk membuat semakan
Modify (Pengubahsuaian) : Pengubahsuaian dilakukan dalam G-CAL
untuk memudahkan penyedia dan penyemak memahami konsep
kiraan gaji seara berkesan dan sekaligus mengurangkan kesilapan
kiraan.
Put It to some other use (Kegunaan Lain): Selain ianya digunakan
untuk menyemak pengiraan gaji, G-CAL juga boleh menyemak
peratusan BIW pada satu tahap gaji, menyemak Kod Bank dan juga
menyemak Kod Skim berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada senarai kod HCM Sapgui (ZRPY054)
Eliminate (Singkir): Dengan adanya G-CAL, istilah ‘kesilapan
pengiraan’ boleh disingkirkan kerana peratusan untuk melakukan
3.2.3 IDEATE
G-CAL merupakan satu percambahan idea yang pada asalanya adalah
melalui sistem pengiraan gaji secara manual. Penjanaan idea G-CAL ini boleh
dihuraikan melalui teknik SCAMPER. Berikut merupakan kaedah bagaimana
idea dijana ;
Substitute (Pengganti) : G-CAL merupakan sistem yang menggantikan
pengiraan gaji secara manual.
Combine (Gabung) : G-CAL merupakan gabungan pengiraan gaji dan
maklumat dalam sistem HCM SAPGUI.
Adapt (Penyesuaian) : Pusat tanggungjawab dapat menyesuaikan
dengan hanya kunci masuk jumlah gaji pokok dan bulan pergerakan pada
G-CAL untuk membuat semakan
Modify (Pengubahsuaian) : Pengubahsuaian dilakukan dalam G-CAL
untuk memudahkan penyedia dan penyemak memahami konsep kiraan
gaji seara berkesan dan sekaligus mengurangkan kesilapan kiraan.
Put It to some other use (Kegunaan Lain): Selain ianya digunakan untuk
menyemak pengiraan gaji, G-CAL juga boleh menyemak peratusan BIW
pada satu tahap gaji, menyemak Kod Bank dan juga menyemak Kod Skim
berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada senarai kod HCM Sapgui
13
(ZRPY054)
Eliminate (Singkir): Dengan adanya G-CAL, istilah ‘kesilapan pengiraan’
boleh disingkirkan kerana peratusan untuk melakukan kiraan yang tidak
tepat adalah 10%.
Reverse / Rearrange (Susun Semula) : Sistem pengiraan gaji akan
menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya G-CAL. Semua maklumat
dapat disusun semula bertepatan dengan kehendak sistem semasa.
3.2.4 PROTOTAIP
G-CAL merupakan satu prototaip terbaik yang telah dipilih oleh ahli kumpulan
melalui penelitian dari SMART kerana kesemua ciri-ciri dan konsep SMART
berjaya dipenuhi. Berikut merupakan prototaip berbentuk gambar yang boleh
menakrifkan konsep SMART 5W2H
3.2.5 TEST (UJIAN)
Ujian telah dilakukan oleh Unit Naziran JAN M Bintulu sendiri semasa mereka
melakukan tugasan naziran di Pusat Tanggungjawap. Hasilnya amat
memberansangkan.
Penyedia dan penyelia di Pusat tanggungjawap juga telah diuji untuk
menggunakan G-CAL dan terbukti ianya amat membantu proses penyediaan
dokumen pengiraan gaji.
14
3.3 PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN
PENERANGAN PROJEK
Paparan Projek KIK
G-CAL (QR 2.0) akan berfungsi sebagai satu platform yang akan membantu penyedia dan juga
penyelia di sesebuah organisasi yang menyediakan pembayaran emolumen kakitangan untuk
menyemak dan juga membuat perkiraan yang tepat, cepat dan berfaedah. Ianya akan memberi
kepuasan yang ketara apabila digunakan secara berterusan. Pegawai penyedia atau penyelia
hanya akan mengunci masuk kotak yang berwarna biru sahaja mengikut keadaan atau seperti
penjelasan di bawah:
Semakan Gaji & Emolumen:
Penjelasan berikut akan memudahkan penggunaan platform G-CAL berkenaan.
1. Gred: Merujuk kepada gred gaji pegawai sebelum diberi kenaikan tahunan dalam tahun
berkenaan. Contohnya gred 22. Penyedia dan penyelia akan mengunci masuk gred
jawatan pegawai untuk menentukan kadar peratusan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dan
juga jumlah kelayakan Kenaikan Tahunan pegawai berkenaan merujuk kepada kadar
dalam Lampiran D Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016. Kadar BIW adalah
merujuk kepada Lampiran C8 pekeliling berkenaan.
15
Kadar BIW
2. Kenaikan: Ianya merujuk kepada kadar kenaikan yang termaktub di dalam Lampiran D
pekeliling berkenaan.
Jadual Gaji Minimum
3. Bulan: Merujuk kepada bulan perubahan gaji (SG20) yang disediakan oleh sesebuah
jabatan. Contohnya bulan Oktober (10)
4. PGT: Akan dikunci masuk tarikh Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pegawai samada
Januari (01), April (04), Julai (07) dan Oktober (10)
5. GP & BIW: Ruangan ini hendaklah diisi dengan jumlah bayaran gaji semasa pegawai
sebelum kenaikan tahunan diberikan. Selepas jumlah Gaji pokok(GP) dikunci masuk
Kadar kenaikan tahunan
Gred
Jawat
an
16
maka jumlah BIW semasa akan automatik dikira dalam ruangan berkenaan bagi kadar
lama yang pegawai layak. Selepas itu, gaji dan elaun baru BIW yang sepatutnya di bayar
dan di masukkan ke dalam borang perubahan SG20 akan terpapar dalam ruangan GP
(1001).
6. Tunggakan GP & BIW: Amaun tunggakan ini tidak perlu dikira oleh penyedia dan
penyelia kerana akan dikira secara automatik oleh platform G-CAL.
7. Elaun ITP (1052): Akan dikunci masuk kelayakan ITP yang diberikan kepada pegawai
berkenaan merujuk kepada gred jawatan. Sekiranya terdapat perbezaan dengan
kelayakan merujuk kepada gred gaji maka akan di tunjukkan kadar baru dan juga
tunggakan yang akan di bayar kepada pegawai.
8. Elaun ITKA: Jumlah dikunci masuk merujuk kepada kelayakan yang diterima pegawai
dalam tahun semasa.
Kadar ITK
9. Elaun ITK: Elaun ini akan berubah secara automatik sekiranya gred jawatan pegawai di
kunci masuk di atas menjadi gred 44 ke atas. Elaun ITKA akan menjadi kosong kerana
pegawai tidak layak menerima elaun ITKA sebaliknya hanya menerima ITK sahaja.
Kadar Imbuhan Tetap Keraian
17
10. Kod Pendapatan: Akan digunakan untuk menyemak kod-kod emolumen merujuk kepada
sistem Human Capital Management (iGFMAS). Penyedia dan penyelia dapat memilih
jenis-jenis emolumen yang pegawai layak dan KOD tepat akan dipaparkan di penghujung
platform berkenaan. Semua kod ini telah di upload daripada sistem HCM di dalam
SAPGUI dengan berdasarkan Laporan ZRPY054.
Sistem HCM
11. Kod Potongan: Akan di gunakan untuk menyemak kod-kod potongan yang diguna pakai
di dalam sistem Human Capital Management (iGFMAS) merujuk kepada jenis-jenis
potongan yang dilakukan oleh setiap pegawai dan ditunjukkan didalam penyata gaji.
Penyedia dan penyelia dapat memilih jenis-jenis potongan yang berkuatkuasa dan KOD
tepat akan dipaparkan di penghujung platform berkenaan.
Kod Potongan
perkhidmatan
PerkhidmatanPe
rkhidmatan
18
12. Skim Perkhidmatan: Digunakan untuk menyemak kod tepat skim perkhidmatan pegawai
merujuk kepada
Kod Skim perkhidmatan
PerkhidmatanPerkhidma
tan
19
4. KEBERHASILAN PROJEK
4.1 OUTCOME PROJEK
Outcome projek adalah pengurangan dalam jumlah aduan berkaitan gaji dan
penemuan Naziran Gaji. Proses Naziran Gaji oleh Pejabat Perakaunan turut
menjadi lebih cepat dan cekap. Secara tidak langsung, G-CAL turut
memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dan setiap pegawai awam boleh
menyemak sendiri emolumen yang layak diterima pada bila-bila masa.
4.2 IMPAK PROJEK
Impak projek ini akan melahirkan tenaga kerja mahir dan bertanggungjawab
didalam pengurusan emolumen. Projek G-CAL akan dikembangkan
penggunaanya kepada kes yang lebih rumit seperti pengiraan Kenaikan Pangkat
yang ke belakang (back dated), kes aktif serta tidak aktif dalam sistem gaji dan
sebagainya. Kebanyakan pengiraan gaji dan tunggakan melibatkan kakitangan
awam amat rumit dan apabila projek ini dapat dikembangkan kepada kes-kes
seperti yang dinyatakan akan memudahkan tugasan penyedia dan penyelia
sesebuah organisasi dan akan mengurangkan kes-kes terlebih bayar, terkurang
bayar, penerimaan emolumen yang tidak sepatutnya yang sering ditegur (kuiri)
dalam penemuan semasa sesi naziran dilakukan. Apabila masalah ini
dikurangkan, perbelanjaan kerajaan khasnya dalam pembayaran emolumen lebih
mantap dan tepat. Kadar kos pembayaran emolumen akan menjadi lebih optimum
supaya Akaun Belum Terima (ABT) kerajaan dapat diminimakan.
Projek G-CAL akan menambahkan kecekapan pegawai dalam pengiraan
pembayaran emolumen serta mengurangkan kesilapan pengiraan pembayaran
emolumen yang ditemui semasa sesi naziran menyebabkan kutipan balik bayaran
perlu dibuat oleh penerima sekiranya kesilapan berlaku.
Semakan ke atas setiap perubahan gaji semasa sesi naziran atau auditan akan
lebih cepat dan cekap kerana kesilapan yang mudah dapat dielakkan. Ini akan
mengurangkan kekangan dalam menampung jumlah sumber manusia setiap
organisasi. Selain itu, G-CAL akan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dan
setiap pegawai awam boleh menyemak sendiri faedah dan juga emolumen yang
akan layak diterima setiap masa.
20
4.3 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
Projek ini diilhamkan seiring dengan konsep perkhidmatan awam yang cemerlang
dan menitikberatkan kepuasan pelanggan dan berdasarkan prosedur, pekeliling
dan peraturan kewangan semasa.
Cadangan pengembangan projek adalah penggunaan G-CAL akan diperluaskan
secara komprehensif kepada kes gaji yang lebih rumit seperti pengiraan kenaikan
pangkat secara backdated, kes aktif serta tidak aktif dalam sistem gaji dan
sebagainya. Kebanyakan pengiraan gaji dan tunggakan melibatkan kakitangan
awam amat rumit dan apabila projek ini dapat dikembangkan kepada kes-kes
seperti yang dinyatakan di atas, akan memudahkan tugasan penyedia dan
penyelia sesebuah organisasi.
Peringkat penggunaan G-CAL adalah di peringkat Pejabat Perakaunan, PTJ dan
penjawat awam sendiri. Akses kepada G-CAL yang mudah akan menjadikan
peluasan penggunaan projek ini mudah dan kondusif
21
5. LAMPIRAN
5.1 JADUAL PERANCANGAN
22
5.2 KAEDAH SMART