Upload
jalil-saari
View
556
Download
33
Embed Size (px)
Citation preview
Modul ini mendedahkan teori-teori penerima radio AM dan FM, mengesan kerosakan dan mengganti komponen rosak dalam penerima radio AM dan FM
OBJEKTIF UMUM
Memahami ciri, fungsi dan penggunaan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektronik. Memahami kendalian litar penerima radio AM dan FM. Mengesan dan membaiki kerosakan litar penerima radio AM dan FM.
OBJEKTIF KHUSUS
Diakhir modul ini murid akan dapat :
Melukis dan menerangkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM. Mengesan kerosakan penerima radio dengan menggunakan alat ujian yang sesuai. Membaikpulih kerosakan penerima radio. Mengamalkan langkah keselamatan.
PENCAPAIAN KOMPETENSI
Menerangkan pemodulatan amplitud dan pemodulatan frekuensi. Melakarkan gambarajah blok penerima radio AM dan FM. Menerangkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM. Mengenalpasti litar dan komponen setiap peringkat penerima radio AM dan FM. Mengesan kerosakan dengan menggunakan alat ujian yang sesuai. Mengenalpasti dan membaikpulih kerosakan. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.
7.1 PENERIMA RADIO
Penerima radio adalah satu alat perhubungan yang berupaya untuk menerima gelombang electromagnet dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio pada keluarannya. Penerima radio pertama mengandungi antenna, pengesan dan fonkepala atau fontelinga. Kepemilihan dan kepekaannya adalah terhad. Kemudian, tercipta litar penguat dan litar tertala yang mana ia dapat memperbaiki kepemilihan dan kepekaan penerima radio dengan lebih baik. Terdapat tiga ciri utama pada setiap penerima radio yang baik ialah :
i. Kepekaan tinggi (High sensitivity).ii. Kepemilihan tinggi (Hihg selectivity).iii. Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).
1
RADIOMODUL 7
- Semua penerima radio dikendalikan berdasarkan prinsip penghiterodinan, penerima radio juga dipanggil sebagai penerima radio superhetrodin.
- Prinsip heterodin ialah pencampuran dua isyarat yang berlainan frekuensi untuk menghasilkan satu frekuensi dari perbezaan dua frekuensi itu.Isyarat itu adalah isyarat pembawa RF dan isyarat pengayun tempatan.
- Proses heterodin berlaku di peringkat pencampur.
7.1.1 RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM
i. PEMODULATAN AMPLITUD
Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa berubah mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Rajah 7.1.
Rajah 7.1 : Pemodulatan Amplitud (AM)
Penerima Radio AM
- Jalur frekuensi penerima radio AM iaitu bagi gelombang sederhana (MW) ialah 535KHz – 1605KHz.
- Frekuensi penguat IF adalah tetap 455KHz.- Rajah 7.2 adalah gambarajah blok penerima radio AM.-
Rajah 7.2 : Rajah blok penerima radio AM
2
Teknologi Elektronik 4 : m/s 109 rajah 13.2
ii. PEMODULATAN FREKUENSI
Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana 3mplitude pembawa adalah tetap manakala frekuensi berubah mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Rajah 7.3.
Rajah 7.3 : Pemodulatan Frekuensi (FM)
Penerima Radio FM
- Jalur frekuensi penerima radio FM ialah 88MHz – 108MHz.- Frekuensi penguat IF adalah tetap 10.7MHz.- Rajah 7.4 adalah gambarajah blok penerima radio FM
(a)
3
Teknologi 5 m/s 1
(b)
Rajah 7.4 : Rajah blok penerima radio AM (a) pengesan FM : menggunakan pengesan nisbah(b) pengesan FM : menggunakan penghad dan pembezalayan
7.1.2 FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM
Fungsi setiap blok penerima radio AM
- Antena - Memintas semua isyarat yang dipancarkan oleh pemancar.
- Penguat frekuensi Radio (RF) – Memilih satu sahaja isyarat yang diperlukan dan menguatkan isyarat tersebut. Peringkat ini mengandungi litar tala. Peringkat ini memperbaiki kepemilihan dan nisbah isyarat kebisingan penerima radio.
- Pengayun tempatan - Menjana frekuensi 455KHz lebih tinggi daripada frekuensi penguat frekuensi radio (RF). Peringkat ini juga mempunyai litar tala dimana ia diregukan (gang) dengan litar tala di peringkat penguat RF, perubahan frekuensi di peringkat penguat RF dan pengayun tempatan adalah berkadar seturut.
Contoh :1. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 600KHz, maka pengayun tempatan akan
menjana frekuensi sebanyak 600KHz + 455KHz = 1055KHz.
2. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 1000KHz, maka pengayun tempatan akan menjana frekuensi sebanyak 1000KHz + 455KHz = 1455KHz.
- Pencampur – Menerima isyarat dari penguat RF dan pengayun tempatan, empat frekuensi akan terhasil pada keluaran pencampur. Empat frekuensi tersebut ialah:
1. Isyarat RF yang asal, contoh : 1000KHz2. Frekuensi pengayun tempatan yang asal 1455KHz (1000KHz + 455KHz).3. Frekuensi jumlah : RF + pengayun tempatan (1000KHz + 1455KHz =
2455KHz).4. Frekuensi beza : RF – pengayun tempatan (1455KHz – 1000KHz =
455KHz).
4
Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga dipanggil sebagai peringkat Penukar
- Penguat frekuensi perantaraan (IF) – Hanya meluluskan frekuensi IF iaitu 455KHz sahaja dan menguatkannya, iaitu ia memilih salah satu daripada empat frekuensi yang dihasilkan oleh peringkat pencampur.
- Pengesan - merupakan penerus setengah gelombang dan penapis lulus rendah dimana ia menapis atau mengenepikan komponen frekuensi tinggi dan meluluskan frekuensi rendah iaitu frekuensi audio.
- Penguat frekuensi audio - Menguatkan frekuensi audio untuk memacu pembesar suara.
- Pembesar suara – menukarkan tenaga elektrik kepada bunyi.
- Kawalan gandaan automatic (AGC) – mengawal gandaan penguat RF dan IF secara automatik supaya isyarat pada keluaran sentiasa setabil walau pun kekuatan isyarat yang diterima berubah. Jika kekuatan isyarat berkurang, KGA akan memaksa peringkat penguat RF dan IF menaikan gandaan.
- Bekalan kuasa dc – membekalkan voltan dc kepada semua peringkat.
Fungsi setiap blok penerima radio FM
- Pada umumnya fungsi setiap blok dalam penerima radio FM adalah sama dengan penerima radio AM.
- Perbezaan blok antara penerima radio AM dan FM adalah:
5
Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) biasanya mengandungi lebih dari satu peringkat
Peringkat Penguat Audio mengandungi peringkat :i. Penguat Pemacu atau voltanii. Penguat Audio Kuasa.
Keburukan pengendalian superheterodin adalah kewujudan Frekuensi Bayangan ( frekuensi bayangan = frekuensi RF + 2IF)
Contoh : frekuensi RF = 700KHz, frekuensi pengayun tempatan = 1155KHz, Frekuensi bayangan = 1610KHz.
Apa yang berlaku adalah : 1. perbezaan frekuensi RF dan pengayun tempatan = 455KHz.2. perbezaan frekuensi bayangan dan pengayun tempatan = 455KHz.
Dimana 455KHz adalah frekuensi IF, ini bermakna penguat IF boleh menguatkan kedua-dua frekuensi (frekuensi RF yang sebenar dan frekuensi bayangan) dalam satu masa. Maka isyarat yang kedua ini yang mungkin kurang jelas akan mengganggu isyarat yang dikehendaki.
Penerima radio AM Penerima radio FM
1. Pengesan 1. Pengesan FM : Pengesan Nisbah.
Atau
Pengesan FM : i. penghad ii. pembizalayan
2. Kawalan Gandaan Automatik (KGA)
2. Kawalan Frekuensi Automatik (KFA)
- Kawalan Frekuensi Automatik (KFA) – Mengawal frekuensi pengayun tempatan supaya pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, dimana pengesan sentiasa tertala kepada frekuensi pertengahan FM 10.7MHz.
Contoh :Jika peringkat RF ditala kepada 90MHz, maka frekuensi pengayun tempatan
mesti menjana frekuensi sebanyak 100.7MHz (90MHz + 10.7MHz). Tetapi jika dalam keadaan ini peringkat pengayun tempatan menjana frekuensi sebanyak 101.7MHz maka frekuensi penguat IF FM akan menjadi 11.7MHz (101.7MHz – 90MHz). Dengan adanya peringkat KFA maka frekuensi yang tidak tepat itu akan diperbetulkan.
- Untuk memastikan pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, voltan dc akan disuapbalik dari peringkat keluaran pengesan FM ke peringkat pengayun tempatan.
PENERIMA RADIO AM/FM
o Kita telah didedahkan dengan penerima radio AM dan FM yang berasingan. Bagaimana pula dengan penerima radio yang anda biasa gunakan yang mana ia mengandungi gabungan radio AM dan FM?
o Rajah 7.5 adalah satu rajah blok asas penerima radio AM/FM.o Peringkat penguat RF, pencampur dan penguat IF 1 berfungsi
untuk kedua-dua saluran AM dan FM.
6
Rajah 7.5 : Rajah blok penerima radio AM/FM
o Dalam zaman sekarang ini, peringkat-peringkat yang ada dalam setiap penerima radio tidak lagi berada berasingan iaitu satu peringkat diwakili oleh satu komponen utama atau transistor.
o Litar bersepadu (I.C) adalah merupakan satu peranti elektronik yang komplek yang mana ia mengandungi semua komponen elektronik yang berkaitan.
o Dalam satu penerima radio AM/FM mungkin hanya menggunakan dua I.C sebagai komponen utamanya dimana bahagian penguat frekuensi audio menggunakan satu I.C dan peringkat lain satu lagi I.C.
LITAR PENERIMA RADIO AM DAN FM
1. Litar penerima radio AM.
7.2 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN
7
Modern electronic comm.. m/s 126
7.2.1 Mengesan kerosakanPeralatan dan alat ujian mesti mengikut kesesuaian.Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:
i. isyarat RFii. isyarat audio
Penjana isyarat RF adalah digunakan untuk menguji peringkat :i. Penguat frekuensi radioii. Peringkat penukariii. Peringkat penguat IF dan masukan pengesan.
Penjana isyarat audio digunakan untuk menguji peringkat keluaran pengesan dan penguat frekuensi audio.
Kaedah mengesan kerosakan.i. Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang hangus atau
sebagainya dan menghidu jika ada komponen yang terbakar.ii. Suntikan isyarat – menggunakan penjana isyarat yang betul mengikut litar atau peringkat
yang diuji rajah 7.6. Bunyi nada (tone) 1KHz akan berbunyi di pembesar suara jika peringkat yang diuji dalam keadaan normal.
iii. Surihan isyarat – menggunakan osiloskop untuk melihat kehadiran isyarat rajah 7.7.iv. Sukatan voltan – menganalisa voltan dan membandingkan voltan sebenar dan voltan ketika
litar dalam keadaan rosak.v. Sukatan rintangan – menentukan komponen dan jenis kerosakan.
Rajah 7.6 : Kaedah suntikan isyarat
8
Rajah 7.7 : Kaedah surihan isyarat
.
7.2.2 Langkah-langkah keselamatan
i. Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
Cara berpakaian- Memakai pakaian bengkel- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah- Tidak memakai barang kemas- Tidak memakai tali leher
Sikap- Sentiasa mematuhi arahan- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja- Melaporkan sebarang kerosakan- Menggunakan alat yang betul- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
Fizikal- Sihat- Tidak rabun warna- Jelas penglihatan
ii. Keselamatan Radio dan alat ujian
Peralatan pengujian hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan.
Penebatan- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai penebat
yang baik dan sempurna. Penggunaan alat ujian
9
- Gunakan julat dan kekutuban yang betul.
iii. Lain-lain
Bekalan kuasa hendaklan dibuka (off) apabila membuat pengukuran rintangan.
7.3
AKTIVITI 1 7.1 PENERIMA RADIO AM/FM
TUGASAN
Memahami kendalian penerima radio AM dan FM.
PENCAPAIAN KEKOMPITENAN
Mengenal peringkat dalam radio yang dibekalkan. Mengenal komponen utama merujuk kepada litar skematik. Membuat sukatan voltan dc pada komponen utama. Menguji kefungsian litar setiap peringkat dengan menggunakan alat ujian yang betul. Mengamalkan langkah keselamatan diri dan alat.
BAHAN / PERALATAN:
BAHAN/PERALATAN KUANTITI BAHAN/PERALATAN KUANTITISet penerima radio AM/FM 1 setOsiloskop dan alat tambah 1 setMeterpelbagai dan alat tambah 1 setPenjana isyarat audio dan alat tambah
1 set
Penjana isyarat RF dan alat tambah 1 set
LANGKAH KERJA
1. Onkan penerima radio AM/FM yang diberi dan pastikan ia berfungsi dengan baik.2. Offkan penerima radio. Tentukan kedudukan komponen dan peringkat penerima radio dengan merujuk
kepada litar skematik yang dibekalkan.3. Lukiskan rajah blok penerima radio itu.4. Onkan semula penerima radio. Ukur voltan dc pada setiap kaki IC dan transistor.5. Catatkan semua dapatan dalam jadual 7.1 untuk transistor dan jadual 7.2 untuk IC.
10
6.
TRANSISTOR TITIK UJIAN VOLTAN DC
Tapak
Pengeluar
Pemungut
Tapak
Pengeluar
Pemungut
Tapak
Pengeluar
Pemungut
Jadual 7.1
ICVOLTAN DC
ICVOLTAN DC
NO. PIN NO.PIN
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
6 6
7 7
8 8
11
9 9
10 10
11 11
12 12
13 13
14 14
Jadual 7.2
AKTIVITI 2
MENGESAN KEROSAKAN DAN MEMBAIKPULIH
TUGASAN
Pelajar mengesan kerosakan penerima radio AM/FM
ARAHAN KEPADA GURU :
Guru dikehendaki membuat kerosakan pada peringkat penguat frekuensi IF.
ARAHAN DAN TUGASAN PELAJAR:
1. Dengan menggunakan alat ujian yang disediakan, kesan kerosakan secara teratur.
2. Dengan menggunakan Borang Aa) Nyatakan simptom kerosakan.b) Tuliskan langkah-langkah mengesan kerosakan.c) Tuliskan kesimpulan bagi setiap langkah-langkah yang
dibuat.d) Nyatakan komponen yang rosak dan jenis kerosakan serta
kesimpulannya.
12
BORANG ANAMA PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TARIKH
SIMPTOM
Bil Langkah-langkah kerja Keputusan / Kesimpulan
13
Komponen rosak dan jenis kerosakan Kesimpulan
Disemak oleh
NAMA GURU
TARIKHTANDATANGAN
KOMPETEN * BELUM KOMPETEN
*
* Tandakan √ pada petak yang berkenaan
LATIHAN.
Jawab semua soalan
1 Nyatakan definasi pemodulatan amplitud?………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
2 Nyatakan definasi pemodulatan frekuensi?………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
3 Lakarkan bentuk isyarat :
a) pemodulatan amplitud
b) pemodulatan frekuensi
4 Terangkan mengapa peringkat kawalan gandaan automatic (KGA) diperlukan dalam penerima radio AM?………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
5 Terangkan mengapa peringkat kawalan frekiensi automatic (KFA) diperlukan dalam penerima radio FM?
14
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
6 Lukiskan gambarajah blok sebuah penerima radio AM yang menggunakan 2 peringkat IF dan 2 peringkat penguat frekuensi audio.
7 Nyatakan julat frekuensi penerima bagi :
a) radio AM : …………... ……………………………………………………………….b) radio FM : …………………………………………………………………………….
8 Penguat RF sebuah penerima radio FM ditala kepada 98.3MHz. Hitungkan nilai frekuensi pengayun tempatan radio itu.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
9 Nyatakan nilai frekuensi bayangan bagi sebuah penerima radio AM apabila peringkat penguat RF ditala kepada 630KHz.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
10 Nyatakan peringkat yang ada di penerima radio FM tetapi tiada di penerima radio AM.………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
11 Nyatakan peringkat yang rosak bagi sebuah penerima radio AM/FM apabila :
a) Radio mati : …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
b) Keluaran lemah bagi radio AM:…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
c) Radio AM dan FM keluaran ‘motoboating’ :………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
d) Radio FM ada keluaran tetapi radio AM tiada keluaran :…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
e) Keluaran perlahan bagi radio AM dan FM :…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
12 Merujuk kepada rajah 7.5. Nyatakan kesan keluaran penerima radio AM/FM itu apabila :
a) Penguat IF 1 rosak :…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
15
b) Penguat pemacu rosak :…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
c) Penguat IF 2 rosak :…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
d) Litar tala FM rosak :…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
e) Bekalan kuasa rosak :…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
13
PENILAIAN LampiranNAMA PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TARIKH
AKTIVITI 1 LITAR PENGUAT AUDIO
BilPerkara yang dinilai
Pertama Kedua Ketiga Catatan
KompetenBelum kompeten
KompetenBelum kompeten
KompetenBelum kompeten
1
Mengukur voltan dc pada setiap transistor
2
Mengukur voltan dc pada setiap kaki IC.
7KOMPETEN * * *BELUM KOMPETEN * * *T/TANGAN
16
NAMA PENILAI 1TARIKH
T/TANGAN
NAMA PENILAI 2TARIKH
* Tandakan √ pada petak yang berkenaan
LampiranPENILAIAN
NAMA PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TARIKH
AKTIVITI 2 MENGESAN KEROSAKAN BEKALAN KUASA PENGATUR VOLTAN BOLEH LARAS
BilPerkara yang dinilai
Pertama Kedua Ketiga Catatan
Kompeten
Belum kompeten
KompetenBelum kompeten
KompetenBelum kompeten
1
Mengenal Simptom kerosakan
2
Langkah mengesan kerosakan
3
Menetukan komponen & jenis kerosakan
4 Menulis
17
lapuran mengesan kerosakan dengan teratur
KOMPETEN* * *
BELUM KOMPETEN* * *
NAMA PENILAI 1
T/TANGAN
TARIKH
NAMA PENILAI 2
T/TANGAN
TARIKH
* Tandakan √ pada petak yang berkenaan
GLOSARI
Fonkepala - headphoneFontelinga - earphoneFrekuensi bayangan - frekuensi imej : satu keburukan dalam penerima
Radio superheterodin AM.
18