Click here to load reader

Rahsia Lulus Temuduga - · PDF fileRahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan - Tim Infokerjaya - Teknik Paling Efektif Untuk Menjawab Soalan Temuduga

  • View
    397

  • Download
    45

Embed Size (px)

Text of Rahsia Lulus Temuduga - · PDF fileRahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan - Tim Infokerjaya -...

  • Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

    - Tim Infokerjaya -

    Teknik Paling Efektif Untuk Menjawab Soalan Temuduga

    www.Kerja-Kerajaan.com

  • Ditulis Oleh

    www.Kerja-Kerajaan.com

    DISCLAIMERE-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis sebagai panduan persediaan kepada anda yang bakal menghadapi temuduga di sektorkerajaan sepenuhnya. Panduan di dalam ebook ini tiada kena mengena dengan maklumat sulit atau pendedahan rasmi daripada pihak tertentu. Isi kandungan dikumpul, disusun dan ditulis semula bertujuan untuk memudahkancalon temuduga dalam persediaan mereka menghadapi temuduga di sektor kerajaan. Panduan lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini telah

    terbukti membantu mereka yang menghadiri temuduga kerja kerajaan..

    E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain.Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.Kerja-Kerajaan.com Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.Kerja-Kerajaan.com sahaja.Jika Anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

    AMARAN

  • PENGENALAN 5

    BAHAGIAN 1 : Pekerjaan 7

    BAHAGIAN 2 : Kemahiran Berkomunikasi/Berinteraksi 12 BAHAGIAN 3 : Pengurusan Tekanan & Masa 18

    BAHAGIAN 4 : Kemahiran Professional Yang Wajib Anda Miliki (Kuasai) 23

    BAHAGIAN 5 : Latar Belakang Anda (Profil Diri Anda) 28

    BAHAGIAN 6 : Pekerjaan Terakhir Anda 34

    BAHAGIAN 7 : Untuk Bekas Pelajar Dan Lepasan Ijazah (Fresh Graduate) 38

    BAHAGIAN 8 : Latar Belakang Jabatan/Kementerian/Agensi 43

    BAHAGIAN 9 : Kaedah Mencari Pekerjaan Yang Sesuai Dengan Anda 45

    PENUTUP 48

    ISI KANDUNGAN

  • 5

    Panduan ini akan menerangkan segala tips (rahsia) semasa menghadiri sesi temuduga. Jika anda mempraktikkan segala tips ini insyallah anda akan berjaya.

    Semua pendekatan yang didedahkan dalam panduan ini telah lama diketahuiumum, cuma ia jarang di gunapakai oleh mereka yang sedang mencari kerja. Mengapa? Ini disebabkan mereka malas dan tidak ingin melakukan persediaan sebelum menghadiri temuduga kerja. Tetapi saya merasakan anda bukan terdiri dari golongan tersebut, kerana anda mengambil langkah bijak dengan membeli panduan (ebook) ini. Saya gariskan beberapa strategi yang perlu dilakukan oleh anda:

    PENGENALAN

    Anda perlu menjawab semua soalan yang diajukan oleh penemuduga dengan tepat, tanpa sebarang jawapan yang mengarut/ dan melalut atau seangkatan dengannya..

    Anda mesti memikirkan sebarang (semua keperluan) kriteria yang panel penemuduga inginkan daripada anda. Sebagai contoh, ini kita menganggap mereka meletakkan keperluan A, B dan C.

    Anda mesti memikirkan samada kemahiran yang anda miliki boleh memenuhi kehendak mereka (A,B dan C tadi). Anda mesti bijak untuk menjawab soalan sebegini, dengan menghubung-kaitkan antara kemahiran sebagai contoh X,Y dan Z yang anda miliki dengan semua kriteria yang diingini oleh panel penemuduga.

    (A, B, C) + (X, Y, Z) =JAWAPAN

    Selepas itu, dinasihatkan anda memberikan ulasan dan contoh yang bersesuaian bagaimana anda menggunakan kemahiran anda dalam kehidupan sebenar. Semua orang boleh mengatakan yang merekamempunyai kemahiran, tetapi, individu yang boleh mengaitkan kemahiran mereka dalam situasi professional akan lebih berjaya. Contoh yang diberikan dari aspek kerjaya lebih diutamakan. Contoh-contoh lain adalah dari segi akademik dan aktiviti luar seperti hobi dan sukan yang anda ceburi.

  • 6

    Sebelum menghadiri sebarang sesi temuduga, anda mesti meyemat dalam fikiran bahawa anda ada mempunyai kemahiran (X,Y dan Z) yang boleh memenuhi kehendak (A,B dan C) bakal majikan anda iaitu jabatan anda kelak. Jesteru itu, saya senaraikansebahagian contoh sebenar (kemahiran X,Y dan Z) yang saya gunakan sendiri untuk menarik perhatian penemuduga dan seterusnya diambil bekerja .di sektor awam. Anda harus jadikan panduan ini sebagai garispanduan setiap kali anda menghadiri sebarang temuduga pekerjaan.

    Sekarang mari kita mulakannya!...JOM

  • 7

    BAHAGIAN 1Pekerjaan

  • 8

    Mengapakah Anda Ingin Berkerja di Sini?

    Nasihat saya, anda mesti melakukan sedikit kajian mengenai latar belakang jabatan/kementerian tersebut sebelum menghadiri temuduga di situ. Ini adalah untuk memudahkan menjawab soalan di atas sebaik mungkin.

    Pastikan setiap soalan yang diajukan oleh penemuduga, anda mesti memberikan jawapan yang mampu menarik perhatian mereka. Sebagai contoh seperti yang diberikan di bawah:

    Berdasarkan maklumat yang saya ada mengenai jawatan ini, saya berasa amat yakin dengan kemahiran professional yang saya miliki akan dapat memenuhi semua kehendak jabatan ini.

    Sudah semestinya, saya begitu teruja untuk membina pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan bidang kerja ini. Selain peluang untuk bekerja bersama-sama pekerja yang mempunyai pengalaman yang begitu luas dan berurusan dengan rakyat pelbagai lapisan bangsa, ia juga menarik minat saya untuk menjadi sebahagian daripada komuniti sektor awam

    Apakah tarikan yang menyebabkan anda inginkan pekerjaan ini?

    Anda perlu mengubah fokus anda terhadap sebarang kesan yang bakal anda terima dan sebarang faktor yang menggalakkan anda mendapatkan kerja tersebut. Anda perlu menggunakan semua panduan yang diberikan di bawah untuk menjawab soalan sebegini dan anda dinasihatkan supaya mempraktikkannya setiap kali menghadiri temuduga. Di antara sebab-musabab yang anda boleh berikan ketika menerangkan mengapa anda berminat kepada jawatan yang ditawarkan

    Sesuatu cabaran (masalah) yang sedang di hadapi oleh jabatan/ke-menterian tersebut

    Hala tuju yang sedang ingin dicapai oleh jabatan/kementerian terse-but.

    Kadar pertumbuhan yang sedang digapai dan berapa pantas ja-batan/kementerian tersebut menghala kearah itu (visi dan tujuan).

  • 9

    Apakah tanggungjawab Terbesar Yang Bakal Anda Galas?

    Soalan sebegini sering diajukan untuk menguji tahap pengetahuan anda berkaitan jawatan tersebut. Pada tahap ini, anda semestinya telah melakukan kajian berkaitan jawatan ini. Jika tidak, anda mungkin menghadapi masalah semasa temuduga tersebut.

    Di antara persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menjawab soalan sebegini:

    Golongan pekerja yang akan anda bergaul dan bekerja, jika berjaya menjadi pekerja di jabatan/kementerian tersebut.

    Kesesuaian kelayakan anda dengan jawatan yang ditawarkan di mana anda memang boleh bekerja untuk jawatan tersebut.

    Anda boleh melayari laman web jabatan/kementerian dan mengkaji apa-apa yang berkaitan dengan jawatan tersebut

    Bertanya kepada mereka yang anda kenal di jabatan/kementerian tersebut (pekerja di sektor awam) untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkenaan.

    Bersiap sedia dengan jawapan-jawapan yang anda perlukan semasa menghadiri temuduga di jabatan/kementerian tersebut. Pastikan jawapan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan jawatan yang anda pohon dan fikirkan semua kebolehan yang anda ada untuk memenuhi tuntutan jawatan yang ditawarkan.

    Apakah pengalaman yang anda miliki untuk layak mengisi jawatan (kerja) ini?

    Anda perlu memahami maksud sebenar soalan sebegini. Anda jangan tersalah anggap dengan objektif (tujuan asal) temuduga ini dan pastikan ia berada dalam kotak fikiran anda. Jangan tersilap memberikan jawapan-jawapan diluar skop soalan yang disoal pada anda.

  • 10

    Adakah Pekerjaan Ini Sama Seperti Jawatan Kosong Yang Pernah Anda Pohon Sebelum Ini?

    Soalan sebegini diajukan oleh penemuduga untuk melihat serta merisik berkaitan perbezaan di antara kerja terdahulu anda kerja baru yang dipohon oleh anda. Tapi anda mesti bijak mengatasinya dengan bertanya lebih soalan berkaitan jawatan yang dipohon oleh anda di sektor awam.

    Rahsia sebenar disebalik soalan sebegini, adalah kelainan jawatan yang ditawarkan oleh mereka dengan semua jawatan seumpamanya yang anda pernah pohon sebelum ini. Mereka mungkin bertanya kepada anda,

    Mengapa anda memohon jawatan di sektor awam ini, berbanding dengan pihak swasta yang menawarkan jawatan yang sama yang lebih lumayan gajinya?.

    Ketika soalan sebegini diajukan, anda mesti tertanya mengapa sektor awam ini unik kepada anda, maka secara tidak langsung ia akan membantu dan memberikan sedikit idea kepada anda menjawab soalan ini.

    Saya mendapati kerjaya di sektor awam lebih banyak mendatangkan kebaikan pada diri saya berbanding dengan syarikat-syarikat swasta yang pernah saya pohon kerana ianya memfokuskan budaya kerja yang memerlukan nilai integriti yang lebih tinggi

    Selepas selesai menjawap soalan tersebut dengan sebab-musabab yang lengkap dan berkaitan, anda perlu berikan senyuman yang manis pada mereka (penemuduga)

    Apakah yang anda boleh lakukan, di mana orang lain tidak mampu melakukannya?

    Penemuduga akan menyoal anda daripada ratusan ataupun ribuan calon yang lain. Penemuduga mungkin telah menyoal beberapa calon sebelum anda. Dia mungkin ingin tahu mengapa anda patut dan layak untuk mengisi jawatan tersebut.

    Mengapa saya mesti berikan jawatan ini kepada saudara?

  • 11

    Anda perlu dapatkan semua maklumat dan kriteria yang diingini oleh jabatan/kementerian yang menawarkan jawatan tersebut