2
5A Jalan Manis 7, Taman Manis 2 Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor. Kolej Kediaman Tun Fatimah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. 30 Julai 2012 Tuan, Rayuan Untuk Tinggal di Kolej Kediaman Tun Fatimah Sesi 2012/2013 Merujuk perkara di atas, saya Nurain Binti Mohd Ali, nombor matrik AA110568 ingin membuat rayuan untuk tinggal di Kolej Kediaman Tun Fatimah bagi sesi 2012/2013 ini. 2. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan beberapa sebab untuk tinggal di Kolej Kediaman Tun Fatimah. Salah satu sebab saya ingin tinggal di KKTF ialah kos sara hidup yang mahal. Dengan kos sara hidup yang mahal, saya perlu berjimat cermat mamandang saya tidak memohon PTPTN. Saya juga bukan berasal daripada keluarga yang berada. Saya tidak memohon PTPTN kerana ayah tidak memberi keizinan untuk memohon PTPTN. 3. Selain itu, saya juga menghadapi kesukaran mendapatkan kenderaan untuk pergi ke kelas. Malah, rumah sewa saya terletak lebih kurang satu kilometer untuk sampai diperhentian bas. Keadaan akan bertamba buruk jika cuaca tidak menentu seperti hujan. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan saya untuk menghadari kelas atau peperiksaan. 4. Tambahan lagi, Saya mengidap penyakit astma sejak kecil. Tanpa penjagaan yang betul, penyakit saya mungkin akan berulang. Jika

Rayuan TF

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kolej

Citation preview

Page 1: Rayuan TF

5A Jalan Manis 7,Taman Manis 2 Parit Raja,86400 Batu Pahat, Johor.

Kolej Kediaman Tun Fatimah,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. 30 Julai 2012

Tuan,

Rayuan Untuk Tinggal di Kolej Kediaman Tun Fatimah Sesi 2012/2013

Merujuk perkara di atas, saya Nurain Binti Mohd Ali, nombor matrik AA110568 ingin membuat rayuan untuk tinggal di Kolej Kediaman Tun Fatimah bagi sesi 2012/2013 ini.

2. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan beberapa sebab untuk tinggal di Kolej Kediaman Tun Fatimah. Salah satu sebab saya ingin tinggal di KKTF ialah kos sara hidup yang mahal. Dengan kos sara hidup yang mahal, saya perlu berjimat cermat mamandang saya tidak memohon PTPTN. Saya juga bukan berasal daripada keluarga yang berada. Saya tidak memohon PTPTN kerana ayah tidak memberi keizinan untuk memohon PTPTN.

3. Selain itu, saya juga menghadapi kesukaran mendapatkan kenderaan untuk pergi ke kelas. Malah, rumah sewa saya terletak lebih kurang satu kilometer untuk sampai diperhentian bas. Keadaan akan bertamba buruk jika cuaca tidak menentu seperti hujan. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan saya untuk menghadari kelas atau peperiksaan.

4. Tambahan lagi, Saya mengidap penyakit astma sejak kecil. Tanpa penjagaan yang betul, penyakit saya mungkin akan berulang. Jika saya tinggal di KKTF, saya boleh pergi ke PKU dengan segera disamping dapat menjimatakan kos.

5. Saya berharap apabila saya tinggal di KKTF, saya boleh memperbaiki pencapaian saya. Saya sedar apabila saya tinggal dirumah sewa, saya lalai untuk membuat ulang kaji. Hal ini kerana, rumah sewa yang saya tinggal tidak mempunyai kelengkapan seperti meja belajar. Keadaan rumah sewa yang tidak kondusif juga menyumbang factor yang ingin memohon tinggal di KKTF.

6. Selain itu, Saya juga mengalami kesukaran untuk pergi ke perpustatakaan. Sekaligus menyukarkan saya mendapatkan bahan rujukan untuk ulang kaji dan membuat tugasan yang

Page 2: Rayuan TF

diberikan. Hal ini kerana, perjalanan dari rumah ke perpustakaan agak jauh dan bahaya lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Saya berharap pihak tuan dapat membuat pertimbangan rayuan saya ini. Kerjasama daripad pihak tuan amatlah dihargai. Saya berjanji akan memberikan sumbangan kepada pihak pengurusan jika pihak pengurusan memerlukan bantuan saya. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(NURAIN BINTI MOHD ALI)Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn.