2
REFLEKSI MOHAMAD ARIF BIN AB RAHIM Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur kehadrat Ilahi, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus PJM 3117 ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan khas buat pensyarah-pensyarah saya, kerana telah banyak mencurahkan ilmu serta tunjuk ajar kepada saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan tidak terhingga juga buat ibu bapa saya yang turut memberi sokongan moral sepanjang saya melaksana dan menyiapkan tugasan ini. Walaupun kalian berdua jauh di mata, namun dekat di hati. Begitu juga kepada rakan-rakan kumpulan yang terlibat sama berkongsi idea, masa, tenaga dan bahan. Akhinya sekali kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa mengenal penat lelah serta jemu, saya telah menanam nekad dan semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan walaupun berada di sekolah untuk berpraktikum. Bak kata pepatah Melayu, setiap yang susah pada permulaannya pasti akan ada manis pada akhirnya, setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya. Kami telah bersepakat untuk berkumpul dan membahagikan tugas masing- masing. Soalan kerja kursus psikososial ini agak sukar untuk difahami. Hasil daripada perbincangan bersama-sama, akhirnya kehendak soalan berjaya difahami oleh semua ahli dalam kumpulan. Semasa mencari sumber-sumber bagi menyelesaikan tugasan ini, kami telah menjumpai beberapa teori dalam psikososial. Teori yang dijumpai agak sukar untuk difahami. Setelah berbincang, akhirnya kami telah bersepakat untuk memilih teori dorongan sebagai teori yang bakal dikaji untuk tugasan PJM 3117 ini. Teori ini telah diperkenalkan oleh Hull pada tahun 1943. Teori dorongan merupakan sebuah teori yang membincangkan tentang prestasi seseorang atlet yang dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan dorongan. Teori ini dipilih kerana berkait rapat dengan latihan yang giat saya dan Mujib jalankan di sekolah kami berpraktikum sekarang ini. Pasukan sepak takraw Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu akan menyertai kejohanan sepak takraw peringkat MSSD Jelebu pada 15 April ini. Terdapat beberapa masalah sepanjang kami melatih pasukan sepak takraw dan setelah mempelajari teori dorongan ini, saya bersama Mujib telah mengaplikasikan teori tersebut kepada atlet sepak takraw Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu. Saya juga telah membuat rakaman video untuk menunjukkan bukti bahawa teori yang dikaji dapat memberikan kesan kepada atlet sepak takraw dalam memperbaiki kelemahan yang telah dikesan oleh jurulatih.

REFLEKSI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

h

Citation preview

REFLEKSIMOHAMAD ARIF BIN AB RAHIM

Assalamualaikum w.b.t.Bersyukur kehadrat Ilahi, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus PJM 3117 ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan khas buat pensyarah-pensyarah saya, kerana telah banyak mencurahkan ilmu serta tunjuk ajar kepada saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan tidak terhingga juga buat ibu bapa saya yang turut memberi sokongan moral sepanjang saya melaksana dan menyiapkan tugasan ini. Walaupun kalian berdua jauh di mata, namun dekat di hati. Begitu juga kepada rakan-rakan kumpulan yang terlibat sama berkongsi idea, masa, tenaga dan bahan. Akhinya sekali kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa mengenal penat lelah serta jemu, saya telah menanam nekad dan semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini secara berkumpulan walaupun berada di sekolah untuk berpraktikum. Bak kata pepatah Melayu, setiap yang susah pada permulaannya pasti akan ada manis pada akhirnya, setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya.Kami telah bersepakat untuk berkumpul dan membahagikan tugas masing-masing. Soalan kerja kursus psikososial ini agak sukar untuk difahami. Hasil daripada perbincangan bersama-sama, akhirnya kehendak soalan berjaya difahami oleh semua ahli dalam kumpulan. Semasa mencari sumber-sumber bagi menyelesaikan tugasan ini, kami telah menjumpai beberapa teori dalam psikososial. Teori yang dijumpai agak sukar untuk difahami. Setelah berbincang, akhirnya kami telah bersepakat untuk memilih teori dorongan sebagai teori yang bakal dikaji untuk tugasan PJM 3117 ini. Teori ini telah diperkenalkan oleh Hull pada tahun 1943. Teori dorongan merupakan sebuah teori yang membincangkan tentang prestasi seseorang atlet yang dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan dorongan. Teori ini dipilih kerana berkait rapat dengan latihan yang giat saya dan Mujib jalankan di sekolah kami berpraktikum sekarang ini. Pasukan sepak takraw Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu akan menyertai kejohanan sepak takraw peringkat MSSD Jelebu pada 15 April ini. Terdapat beberapa masalah sepanjang kami melatih pasukan sepak takraw dan setelah mempelajari teori dorongan ini, saya bersama Mujib telah mengaplikasikan teori tersebut kepada atlet sepak takraw Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu. Saya juga telah membuat rakaman video untuk menunjukkan bukti bahawa teori yang dikaji dapat memberikan kesan kepada atlet sepak takraw dalam memperbaiki kelemahan yang telah dikesan oleh jurulatih.Banyak input yang saya perolehi sepanjang menghasilkan tugasan ini. Antaranya ialah mengetahui kepentingan pengetahuan tentang psikologi dan sosiologi sukan yang dapat membantu perkembangan individu dan masyarakat. Setelah membuat pembacaan luas tentang psikologi dan sosiologi sukan, saya mendapati ia amat penting kepada seseorang atlet untuk berjaya dalam bidang sukan masing-masing. Ia dapat memberikan banyak kelebihan kepada atlet yang dapat menguasai bidang psikologi dan sosiologi sukan ini.Oleh kerana kami semua tinggal di empat buah rumah sewa yang berlainan, kami telah bersetuju untuk berbincang melalui facebook. Banyak perkara yang telah dibincangkan di facebook dan kami mengeluarkan kata sepakat untuk berjumpa dan membentangkan kerja-kerja yang telah dihasilkan. Segala penambahbaikan tugasan telah dibuat semasa perjumpaan tersebut. Akhirnya, kami berjaya menggabungkan hasil kerja masing-masing menjadi satu tugasan yang lengkap untuk dihantar kepada pensyarah.Penghasilan kerja kursus ini telah banyak mengajar kami erti kesabaran dan semangat setia kawan. Walaupun masing-masing terlalu sibuk dengan praktikum, kami semua tetap berkorban masa dan tenaga untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ukhuwah persahabatan yang terjalin antara kami juga semakin bertambah erat. Akhir kata, saya berharap agar pensyarah PJM 3117 akan berpuas hati dengan apa yang telah kami hasilkan dalam tugasan yang tidak seberapa ini. Walaupun banyak kekurangan yang terdapat dalam tugasan kami ini, saya berjanji akan cuba memperbaikinya pada masa yang akan datang dengan panduan dan tunjuk ajar daripada Tuan. Berbekalkan sedikit ilmu tentang psikososial ini, diharap ianya dapat dijadikan sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan dan seterusnya melangkah ke alam perguruan kelak.Sekian terima kasih.