Upload
freakyfaie
View
228
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
,mknhn.jk
Citation preview
REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya saya
telah berjaya menyiapkan kerja kursus literasi nombor bagi semester ini. Ribuan terima
kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Norani bt. Abd Bari
kerana telah banyak membantu dan memberi banyak pengetahuan baru dalam
melaksanakan kerja kursus ini.
Kerja Kursus pada kali ini telah banyak memberi saya pengetahuan baru dalam
menyelesaikan masalah bukan rutin melalui pelbagai kaedah. Hal ini kerana saya
dikehendaki untuk membuat penyelesaian masalah bukan rutin melalui dua kaedah yang
berbeza. Melalui pelaksanaan untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak belajar
bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah bukan rutin dengan menggunakan lebih
daripada satu kaedah.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka juga memberi banyak idea-idea
bernas bagi menyiapkan tugasan ini. Saya telah menggunakan dua kaedah iaitu dengan
membina jadual dan juga melukis gambar rajah.
Tidak ketinggalan juga saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terutamanya
pensyarah saya kerana banyak memberi sokongan serta memberi komen-komen bernas
dalam penambah baikan tugasan ini. Saya sangat seronok dan berpuas hati setelah dapat
menyiapkan tugasan ini. Disamping itu, saya dapat meningkatkan kecekapan saya untuk
menyelesaikan masalah matematik.
Akhirnya, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya berkaitan dengan
bidang matematik ini bersama rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih sekali
lagi kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberikan kerjasama. Jasa baikmu
akan dikenang.