5
Refleksi Penanda Aras Untuk Guru Cemerlang Oleh: Tan Chun Siang Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Bersyukur kepada Tuhan dengan iZinya kerana dapat menjalankan aktiviti Bina Insan Guru iaitu lawatan Penanda Aras Untuk Guru Cemerlang dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan kami iaitu YM Raja Zaid Bin Raja Kadir yang bersama kita sewaktu program ini dijalankan dan prosesnya amat lancar. Dan juga Guru Cemerlang Puan Nur Kamariah Binti Ramli yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada kita. Tidak terlupa kepada rakan seunit PSV1 yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Program Bina Insan Guru (BIG) ini mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Pelaksanaan BIG ini adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru merupakan pembina generasi, pembentuk jati diri serta role model kepada masyarakat. Jika aktiviti ini dibanding dengan aktiviti BIG yang dijalankan pada semester terdahulu, kerjanya sangat senang dan selesa dijalankan. Untuk aktiviti BIG semester

Refleksi BIG Sem 6 Penanda Aras Dan Bengkel

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a

Citation preview

Refleksi Penanda Aras Untuk Guru CemerlangOleh: Tan Chun SiangSalam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Bersyukur kepada Tuhan dengan iZinya kerana dapat menjalankan aktiviti Bina Insan Guru iaitu lawatan Penanda Aras Untuk Guru Cemerlang dalam masa yang ditetapkan.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan kami iaitu YM Raja Zaid Bin Raja Kadir yang bersama kita sewaktu program ini dijalankan dan prosesnya amat lancar. Dan juga Guru Cemerlang Puan Nur Kamariah Binti Ramli yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada kita. Tidak terlupa kepada rakan seunit PSV1 yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Program Bina Insan Guru (BIG) ini mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Pelaksanaan BIG ini adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru merupakan pembina generasi, pembentuk jati diri serta role model kepada masyarakat.Jika aktiviti ini dibanding dengan aktiviti BIG yang dijalankan pada semester terdahulu, kerjanya sangat senang dan selesa dijalankan. Untuk aktiviti BIG semester ini, kita perlu menjalankan Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah untuk bertemu bual dengan guru cemerlang. Aktiviti ini wajar dilaksanakan kepada semua guru perlatih, kerana melalui aktiviti tersebut mereka dapat membina diri supaya menjadi modal insan guru yang seimbang dari segi JERIS. Sebagaimana yang diberitahu, aktiviti BIG telah menyalurkan nilai-nilai perguruan yang baik kepada saya. Lawatan Penanda Aras untuk guru cemerlang talah memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri seseorang guru cemerlang dalam Pendidikan Seni Visual. Perbezaan antara guru biasa dengan guru cemerlang adalah berbeza dari segi beban kerja. Sebagai seorang guru cemerlang PSV, kita mesti sentiasa mengambil prihatin terhadap semua anak murid dan melakukan kerja yang lebih luar biasa. Ini merupakan pengalaman yang bagus, kerana secara tidak langsungnya saya telah mendapat hala tuju tentang tips untuk menjadi guru cemerlang pada masa yang akan datang. Contohnya, mempelbagai kaedah pengajaran untuk pelbagai murid yang berbeza cara belajar. Walaupun ini amat memakan masa dan tenaga, akan tetapi ia akan membawa hasil yang lebih luar biasa.Saya juga berasa amat berbangga kerana dapat dilantik sebagai setiausaha bagi program BIG kali ini dengan sokongan majoriti unit PSV1. Secara tidak langsung, saya juga dapat mempelajari cara untuk menulis format permohonan surat yang betul dengan bimbingan pensyarah serta rakan saya. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat barulah saya dapat menjadi seorang bakal guru yang baik dan bersedia menghadapi segala cabaran yang akan datang. Akhir kata, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat yang telah banyak membantu kami dalam menjayakan program BIG. Tanpa mereka, aktiviti yang diadakan tidak dapat berjalan begitu lancar. Dan sekali lagi,saya ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan PSV 1 kerana memberi kenangan yang manis kepada saya, semoga kita akan bekerjasama untuk sekali lagi pada masa yang akan datang.Sekian ,Terima Kasih.

Refleksi BIG Bengkel Ciri-Ciri Guru InovatifOleh: Tan Chun SiangSalam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Bersyukur kepada Tuhan dengan iZinya kerana dapat menjayakan Bengkel Ciri-Ciri Guru Inovatif dalam masa yang ditetapkan.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para AJK BIG yang merupakan tulang belakang untuk program ini. Tanpa mereka program ini pastinya tidak akan dijayakan. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ruzinar Binti Ibrahim yang sudi menjadi penceramah untuk program ini.Sebenarnya, terdapat beberapa kelemahan dalam ceramah ini. Antaranya, masa ceramah yang kurang sesuai serta suasana bilik yang kurang kondusif. Hal ini kerana, masa yang ditentukan adalah masa untuk tidur petang dan ini menyebabkan kebanyakan guru perlatih berasa mengantuk. Tambahan pula penghawa diingin di bilik bestari juga rosak. Ini menyebabkan kebanyakan guru perlatih telah berpeluh dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya.Dari segi kekuatannya, saya telah menerima pelbagai informasi yang tidak diketahui sebelum ini. Seperti, cara untuk memohon kenaikan pangkat DG, syarat- syarat untuk menjadi guru cemerlang, tugas guru cemerlang dan sebagainya.Akhir kata, saya amat gembira kerana dapat menyertai program Bina Insan Guru (BIG) ini. Tanpa menyertai program ini, saya akan bagai katak di bawah tempurung, tidak akan mengetahui tentang apa-apa seperti budak kecil. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat barulah saya dapat menjadi seorang bakal guru yang baik dan bersedia menghadapi segala cabaran yang akan datang.Sekian ,Terima Kasih.