4
REFLEKSI BIG FASA 4 Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana saya masih diberikan ruang dan peluang untuk mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) buat kali ke-4, bagi semester empat. Program ini diadakan pada 12 Oktober 2015. Program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini adalah berkisar mengenai ceramah berkenaan dengan protokol dan penganjuran majlis rasmi. Program ini melibatkan semua guru pelatih semester tiga dan empat yang telah diadakan di Dewan Asrama, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Ceramah protocol ini disampaikan oleh Ummi . Melalui ceramah ini, banyak manfaat ataupun faedah yang telah saya dapat. Antaranya adalah berkaitan dengan definisi ataupun konsep protokol itu sendiri. Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa protokol merupakan satu sistem sopan santun yang perlu diamalkan dalam perhubungan rasmi dan juga merujuk kepada segala peraturan yang perlu dipatuhi dalam menganjurkan majlis-majlis rasmi bagi melancarkan sesuatu majlis tanpa melibatkan mana-mana pihak. Jika sebelum ini saya hanya mendapat gambaran dan penjelasan mengenai protokol melalui pembacaan, pada kali ini saya berpeluang untuk mendapat penjelasan dan penerangan daripada orang yang amat- amat berpengalaman dan mahir dalam bidang protokol. Orang dimaksudkan tersebut adalah Ummi sendiri. Selama ini, beliau banyak mempengerusikan majlis-majlis yang melibatkan aspek protokol seperti majlis Konvenkesyen, majlis orang-orang kenamaan dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah banyak input

Refleksi Big Seminar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a

Citation preview

Page 1: Refleksi Big Seminar

REFLEKSI BIG FASA 4

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana saya masih diberikan ruang dan

peluang untuk mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) buat kali ke-4, bagi

semester empat. Program ini diadakan pada 12 Oktober 2015. Program Bina Insan

Guru (BIG) pada kali ini adalah berkisar mengenai ceramah berkenaan dengan

protokol dan penganjuran majlis rasmi. Program ini melibatkan semua guru pelatih

semester tiga dan empat yang telah diadakan di Dewan Asrama, Institut Pendidikan

Guru Kampus Kota Bharu. Ceramah protocol ini disampaikan oleh Ummi

. Melalui ceramah ini, banyak manfaat ataupun faedah yang telah saya dapat.

Antaranya adalah berkaitan dengan definisi ataupun konsep protokol itu sendiri.

Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa protokol merupakan satu sistem

sopan santun yang perlu diamalkan dalam perhubungan rasmi dan juga merujuk

kepada segala peraturan yang perlu dipatuhi dalam menganjurkan majlis-majlis

rasmi bagi melancarkan sesuatu majlis tanpa melibatkan mana-mana pihak. Jika

sebelum ini saya hanya mendapat gambaran dan penjelasan mengenai protokol

melalui pembacaan, pada kali ini saya berpeluang untuk mendapat penjelasan dan

penerangan daripada orang yang amat-amat berpengalaman dan mahir dalam

bidang protokol. Orang dimaksudkan tersebut adalah Ummi sendiri. Selama ini,

beliau banyak mempengerusikan majlis-majlis yang melibatkan aspek protokol

seperti majlis Konvenkesyen, majlis orang-orang kenamaan dan sebagainya. Jadi

tidak hairanlah banyak input dan perkongsian ilmu serta pengalaman telah saya

peroleh melalui seminar yang telah disampaikan oleh beliau.

Di samping itu melalui slot protokol ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis

majlis yang tidak terlepas dari aspek protokol. Antara majlis tersebut adalah majlis

penuh istiadat, majlis rasmi dan formal, majlis rasmi dan tidak formal, majlis tidak

rasmi tetapi formal serta majlis tidak rasmi dan tidak formal. Dari sini saya, dapat

mengetahui bagaimana perjalanan protokol dalam sesuatu majlis ini. Tambahan itu,

melalui slot ini saya juga mengetahi bahawa amalan protokol telah lama wujud

sebenarnya iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebagai contoh,

amalan ini dapat dilihat berkisar tentang pantang larang antara raja dan rakyat. Oleh

Page 2: Refleksi Big Seminar

itu, dapatlah disimpulkan bahawa slot ini banyak memberi input baru kepada saya

selaku bakal pendidik yang tidak akan terlepas dengan amalan protokol.

Begitu juga dengan slot kedua, iaitu slot yang berkaitan dengan aspek etika.

Melalui slot ini, penekanan diberikan berkaitan dengan etika pemakaian yang

seharusnya dipakai oleh seorang insan bergelar guru. Antaranya adalah dari segi

pemilihan warna bagi baju, seluar dan juga tudung ataupun selendang yang dipilih.

Melalui slot ini, penceramah ada menyebut bahawa pemaikan baju dan seluar

haruslah sedondon. Sebagai seorang guru juga, pemilihan baju yang bergaris tidak

digalakkan bagi guru lelaki, manakala bagi guru perempuan tidak digalakkan untuk

memakai barang kemas yang terlalu banyak. Hal ini kerana akan mengganggu

konsentrasi murid sewaktu berjalannya proses pengajaran dan pembelajaran.

Ternyata hal ini merupakan satu ilmu pengetahuan yang baru bagi saya sebagai

seorang bakal guru perempuan yang tidak akan terlepas daripada meminati barang

perhiasan. Tambahan itu melalui slot ini juga, ada dinyatakan mengenai pemilihan

stokin yang harus sedondon dengan warna kulit.

Selain itu juga, untuk makluman semua sepanjang berlangsungnya seminar

ini kuliah saya telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kenamaan untuk

seminar ini. Dalam menjalankan tugas dan amanah ini, ternyata banyak ilmu dan

input baru yang telah saya dapat. Terutama apabila saya ditugaskan untuk melayan

tetamu-tetamu khas khususnya para penceramah. Layanan ini meliputi layanan

sewaktu makan dan sebelum majlis bermula. Ternyata sewaktu melayan para

jemputan makan juga mempunyai protokolnya yang tersendiri. Hal ini meliputi dari

aspek susun atur makanan yang harus dihidangkan, menyusunan tempat dan

sebagainya. Semua perkara ini kelihatan remeh, namun ternyata perkara yang

remeh ini sebenarnya penuh dengan peraturan ataupun sistem yang harus

diamalkan dalam sesuatu majlis.

Malahan itu juga, melalui tugas yang diamanahkan ini sedikit sebanyak

membantu saya untuk menjadi lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan dengan

orang lain khususnya para penceramah bagi seminar ini. Sepanjang melayan para

penceramah, sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan dalam diri saya untuk

bergaul dengan orang lain. Selain daripada itu, tugas ini juga memupuk sifat ramah-

mesra dalam diri saya. Sepanjang melayan para penceramah, banyak perkara

Page 3: Refleksi Big Seminar

dibualkan sama ada yang berkaitan dengan isi ceramah yang telah disampaikan

ataupun perkara yang luar dari aspek seminar tersebut. Hal ini juga secara tidak

langsung mengeratkan lagi hubungan antara saya dengan para pensyarah yang

terlibat dalam menyampaikan seminar pada hari berkenaan.

Akhir kata, saya berharap pelaksanaan program ini dapat menambah bekalan

dan pengalaman dalam perjalanan menuju kecemerlangan sahsiah sebagai insan

bergelar pendidik seterusnya dimanfaatkan untuk memajukan anak bangsa dan

negara yang tercinta. Ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang turut

sama membantu menjayakan program ini, khususnya kepada naqib dan naqibah

serta pensyarah-pensyarah yang terlibat. Ternyata semangat kerjasama antara

guru pelatih dapat dilihat sehinggalah berjayanya seminar ini dijalankan seperti yang

dirancang. Semoga segala input dan pengalaman dalam menguruskan seminar ini

akan tersemat di dalam hati setiap individu buat selama-lamanya.

Yang benar,

…………………………..

(KHAIRUL AFIFI MOHAMAD)