Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    1/9

    BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

    REFLEKSI

    BINA INSAN GURU FASA 5

    SK Paya Rumput, 76450 Melaka.

    NAMA : MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI

    NO. I/C : 891207-03-5203

    ANGKA GILIRAN : 2010211310030

    KURSUS : PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010

    NAMA PENSYARAH : EN. BAHARUDIN BIN HASAN

    TARIKH HANTAR : 4 MAC 2012

    KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    2/9

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    3/9

    BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

    Program ini bermula pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Selepas mengenakan

    sarapan pagi di Hotel Seri Malaysia, kami telah memulakan program BIG ini dengan

    mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkel ini telah dijalankn

    secara Round Robin yang mana kami telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil

    dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari dan mengkaji tajuk yang telah

    ditetapkan. Selepas itu, kami dikehendaki membentangkan hasil carian dan maklumat

    tentang tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan lain. Antara tajuk yang

    dibincangkan adalah Akta 550 (1996), mandat, guru dan perundangan, pekeliling

    perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan PPD.

    Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Pekeliling Ikhtisas.

    Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasa sangat seronok

    untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas dan bersemangat untuk berkongsi

    dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang saya faham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu

    warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan

    dari semasa ke semasa kepada warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan

    bertujuan untuk memberi peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan

    dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling

    Ikhtisas merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasandan perkhidmatan.

    Seterusnya saya telah mendengar perkongsian tentang Pekeliling Perkhidmatan.

    Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis panduan dalam

    melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan juga

    merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.

    Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru dan perundangan.

    Saya amat tertarik untuk mendengar perkongsian tajuk ini kerana pembentang topik ini

    sangat kelakar sehingga membuatkan saya memberi perhatian yang lebih.

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    4/9

    BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

    Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik. Banyak input

    baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Kaedah yang digunakan iaitu secara

    Round Robin sangat berkesan kerana dapat melibatkan semua guru pelatih.

    Seterusnya kami bertolak ke SK Paya Rumput untuk mengadakan lawatan

    penanda aras. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sebuah sekolah kluster

    kecemerlangan Sains dan Ragbi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat

    pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2008. Pogram Bina Insan Guru kali ini

    adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran

    sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Melaka. Program lawatan penanda

    aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang

    mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan

    akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

    Apabila sampai di SK Paya Rumput, kami telah disambut dengan penuh mesra

    oleh warga SK Paya Rumput. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu

    selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, En.Yahya Bin Hj. Kamarudin.

    Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK Paya

    Rumput, dan pencapaian SK Paya Rumput dalam bidang akademik mahupun sukan. SK

    Paya Rumput mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan

    antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi

    mengharumkan nama sekolah.

    Di SKPR, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

    sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada dua bahagian. Sebanyak RM

    125,000 dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM 125, 000 lagi dilaburkan kepada

    pembangunan sukan ragbi.

    Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah membaik

    pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih, mewujudkan kolam

    ikan, dan menyediakan tempat pemeliaharaan puyuh. Langkah ini diambil bagi melatih

    murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk menjadi usahawan.

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    5/9

    BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

    Dalam pembangunan sukan ragbi, sekolah telah melatih dan memberi

    pendedahan sukan ragbi kepada murid-murid yang berminat. Maka,wujudlah sebuah

    pasukan ragbi yang diberi nama DRhyno. Pasukan ini telah banyak menempa kejayaan

    di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara pasukan antarabangsa yang

    pernah bertemu dengan DRhyno ialah pasukan dari Australia, Singapura dan Indonesia.

    Dalam usaha pembangunan sukan ragbi ini, sekolah juga telah membaik pulih

    padang sekolah yang telah menelan belanja RM 10, 000. Dengan adanya padang

    sekolah yang baik, latihan dapat dijalankan dengan selamat. Saya berasa amat kagum

    dan terkejut dengan usaha pihak sekolah kerana pada tahun ini, pihak sekolah telah

    memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan ragbi perempuan. Saya berharap

    usaha ini akan mendatangkan hasil kepada sekolah khussunya dan negara amnya.

    Semoga usaha ini akan membuka mata pihak sekolah lain untuk turut menjadikan SKPR

    ini sebagai contoh yang terbaik dalam pembangunan sukan ragbi.

    Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, pihak

    sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti

    yang dijalankan di SK Paya Rumput ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami

    telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, komputer, bilik darjah,

    pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya

    diraih oleh SK Paya Rumput .

    Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapat sedikit

    kelemahan SKPR yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu bangunan blok sekolah ini

    dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang menjadi laluan utama kenderaan

    keluar dan masuk ke taman perumahan. Masalah ini boleh mendatangkan bahaya

    kepada murid kerana perlu melintas jalan tersebut untuk pergi ke makmal, bilik sains,

    padang dan sebagainya. Saya dimaklumkan bahawa hanya pengawal keselamatan

    sekolah yang akan mengawal keadaan trafik di jalan tersebut bagi memastikan

    keselamatan murid. Walau bagaimanapun pihak sekolah ada membuat permohonan

    untuk membuat sebuah jejantas untuk menghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi

    permohonan tersebut masih belum diluluskan.

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    6/9

    BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

    Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh

    guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk

    bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum

    bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan

    prestasi sekolah pada masa akan datang.

    Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang

    pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak

    kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana

    cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus

    cemerlang.

    Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah

    berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa

    akan datang.

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    7/9

    BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

    LAMPIRAN

    Bengkel Pengurusan Pendidikan

    Lawatan Bench Marking ke SK Paya Rumput

    Taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar SK Paya Rumput

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    8/9

    BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

    Pens arah Pen irin IPG KBA men am aikan cenderahati ke ada Tuan Guru Besar

    Lawatan ke Perpustakaan SK Paya Rumput

    Lawatan ke Stor Sukan SK Paya Rumput

  • 8/2/2019 Refleksi Bina Insan Guru Bench Marking di SK Paya Rumput

    9/9

    BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi

    Lawatan ke Surau SK Paya Rumput

    Lawatan ke gimnasium SK Paya Rumput

    Sesi bergambar bersama Pihak Pentadbir SK Paya Rumput