5
SHARIL AIZAT BIN SULAIMAN PENGENALAN Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar PISMP. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester pembelajaran. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. OBJEKTIF Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Refleksi Bina Insan Guru Fasa 5

Embed Size (px)

Citation preview

SHARIL AIZAT BIN SULAIMAN

PENGENALANPembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar PISMP. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester pembelajaran. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

OBJEKTIFPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

REFLEKSI

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.

Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Encik Yusri bin Mat Johor dan Mentor kami iaitu Puan Rosidah binti Zahara Binti Meor Yahya.Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2, Kuala Kangsar, Perak. Program BIG Fasa 5 ini telah disertai seramai 39 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih Unit L2 dan L3. Lawatan ini juga telah diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Puan Rosidah dan Encik Yusri.Program ini bermula pada hari Isnin, 23 Februari 2015. Selepas mengenakan sarapan pagi di perkarangan garaj bas, kami bertolak ke SK Sultan Idris 2 untuk mengadakan lawatan penanda aras. Sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan Sains dan Angklung. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2007. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Perak. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Apabila sampai di SKSI 2, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga sekolah. Seterusnya, kami dibawa ke sebuah bilik yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SKSI 2, dan pencapaian sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. SK Sultan Idris 2 mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Di SKSI 2, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dilaburkan untuk pembangunan sains dan pasukan muzik angklung. Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah membaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih, mewujudkan galeri sains, serta menyertai pelbagai pertandingan yang melibatkan sains. Sekolah ini juga menerima pelbagai jemputan untuk mengadakan persembahan angklung di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.Dalam usaha pembangunan sains, sekolah juga telah menjalinkan kerjasama dengan Universit Sains Malaysia untuk mewujudkan galeri sains di mana geleri tersebut menpunyai pelbagai teknologi canggih untuk menerangkan tentang sesuatu konsep sains dan sering digunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Semoga usaha ini akan membuka mata pihak sekolah lain untuk turut menjadikan SKSI 2 ini sebagai contoh yang terbaik dalam pembangunan sains.Kemudian, pihak sekolah juga telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan di SKSI 2 ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, bilik Bahasa inggeris, bilik darjah, padang dan bilik muzik di mana kami dihidangkan dengan persembahan angklung daripada murid-murid sekolah tersebut.Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.