7
LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( MINGGU 1) (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokus: Pada 06 April 2015 yang lalu merupakan hari pertama saya berpeluang mengajar kelas Prasekolah Cemerlang di SK Padang Sebang, setelah mendapat tugasan Internship yang perlu dijalankan selama sebulan di sekolah ini. Fokus pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini ialah memastikan murid mengecam sepenuhnya huruf abjad a hingga z dengan baik. 2. Analisis isu / perkara yang di fokus. 2.1 Kekuatan Dapatan hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan kepada murid kelas prasekolah pada hari ini ialah masih ada murid yang belum mengecam sepenuhnya huruf abjad. Saya mengajar murid-murid prasekolah pada hari ini menggunakan teknik nyanyian lagu abjad, semasa menyanyi saya sangat berpuas hati kerana kedengaran semua murid boleh menyanyi dengan baik. 2.2 Kelemahan

Refleksi Internship

Embed Size (px)

DESCRIPTION

89

Citation preview

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

( MINGGU 1)

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Pada 06 April 2015 yang lalu merupakan hari pertama saya berpeluang mengajar kelas Prasekolah Cemerlang di SK Padang Sebang, setelah mendapat tugasan Internship yang perlu dijalankan selama sebulan di sekolah ini. Fokus pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini ialah memastikan murid mengecam sepenuhnya huruf abjad a hingga z dengan baik.

2. Analisis isu / perkara yang di fokus.

2.1 Kekuatan

Dapatan hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan kepada murid kelas prasekolah pada hari ini ialah masih ada murid yang belum mengecam sepenuhnya huruf abjad. Saya mengajar murid-murid prasekolah pada hari ini menggunakan teknik nyanyian lagu abjad, semasa menyanyi saya sangat berpuas hati kerana kedengaran semua murid boleh menyanyi dengan baik.

2.2 Kelemahan

Namun begitu hasil daripada pemerhatian saya ke atas respon murid apabila disoal secara rawak, saya dapati masih ada murid yang tidak dapat menyebut huruf abc dengan baik.

3. Cadangan penambahbaikan

Saya perlu menyediakan lebih banyak latihan berkaitan mengecam huruf abjad seperti permainan huruf, menulis huruf dan membina bahan inovasi bagi membantu mengatasi maslah murid ini.

(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

( MINGGU 2 )

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Pada 17 April 2015 yang lalu merupakan kali kedua saya mengajar kelas Prasekolah Cemerlang di SK Padang Sebang. Fokus pengajaran dan pembelajaran saya adalah untuk mengajar murid mengenal huruf u dan n dengan baik.

2. Analisis isu / perkara yang di fokus.

2.1 Kekuatan

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya telah mengajar murid menyanyi lagu huruf u dan n. Saya mereka lirik lagu yang mudah dan berfokus kepada bentuk huruf u dan n. Saya boleh berpuas hati dengan pengajaran pada kali ini kerana murid mudah mengingati lagu yang saya ajar dengan bantuan anggota badan murid sendiri iaitu jari mereka . Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran saya meminta murid mewarna huruf u dan n.

2.2 Kelemahan

Kelemahan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini, ialah saya berasa sakit tekak dan letih kerana terpaksa mengulang-ulang menyanyikan lagu huruf u dan n, bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran menyanyi lagu huruf u dan n. Keadaan ini terjadi kerana saya tidak merakam suara nyanyian saya terlebih dahulu. Oleh itu saya terpaksa menyanyi secara manual.

3. Cadangan penambahbaikan

Saya perlu merakam lagu terlebih dahulu bagi membantu murid menyanyi

dengan baik dan bersemangat.

(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

( MINGGU 3)

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Pada 22 April 2015 yang lalu merupakan kali ketiga saya berpeluang mengajar kelas Prasekolah Cemerlang di SK Padang Sebang. Pada kali ini saya telah merancang untuk menggunakan Teknik KUPIN bagi membantu murid mengecam huruf u dan n dengan baik. Fokus pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini ialah memastikan murid mengecam sepenuhnya huruf n dan u. Pada akhir pengajaran saya memberi latihan pengukuhan dengan meminta murid membulatkan huruf u dan n yang terdapat di dalam perkataan yang diberi.

2. Analisis isu / perkara yang di fokus.

2.1 Kekuatan

Saya dapati pegajaran dan pembelajaran pada hari ini mencapai objektif yang disasarkan. Ini kerana murid yang lemah dalam penguasaan huruf u dan n telah dapat mengenal pasti huruf u dan n. Hal ini dibuktikan apabila saya meminta murid tersebut menyebut huruf pada kad imbasan yang saya pamerkan, murid ini telah boleh menyatakan huruf u dan huruf n dengan betul.

2.2 Kelemahan

Murid sukar dikawal kerana teruja dengan kereta u dan n saya "KUPIN". Namun begitu hasil daripada pengalaman saya mengajar kelas prasekolah sebelum ini, membantu saya untuk mengatasi masalah kawalan kelas ini.

3. Cadangan penambahbaikan

Saya perlu menyatakan peraturan pemainan sebelum menggunakan

Teknik "KUPIN" supaya semua murid dapat bersabar dan bertoleransi

dalam permainan ini.

(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

( MINGGU 4 )

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Pada 24 April 2015 yang lalu merupakan hari terakhir saya mengajar kelas Prasekolah Cemerlang di SK Padang Sebang. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya telah meminta bantuan Juruteknik Komputer sekolah untuk merakam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Fokus pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini ialah memastikan murid mengecam huruf u dan n serta boleh memadankan huruf u dan n yang sama di dalam lembaran kerja . Pengajaran pada hari ini menggunakan sepenuhnya teknik KUPIN dalam membantu murid mengecam huruf u dan n.

2. Analisis isu / perkara yang di fokus.

2.1 Kekuatan

Dapatan hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan kepada murid kelas prasekolah pada hari ini ialah 90 peratus murid telah menguasai kemahiran mengecam huruf u dan n dengan baik.10 peratus lagi tidak dapat dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini kerana murid tersebut tidak hadir ke sekolah.

2.2 Kelemahan

Segala kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat di atasi dengan baik. Ini kerana bahan inovasi ini dipraktikkan berulang kali, justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya hasil daripada latih tubi.

3. Cadangan penambahbaikan

Saya berasa gembira dengan pengajaran dan pembelajaran hari ini kerana

saya tidak perlu melabel bentuk huruf u dan n lagi, kerana murid sudah t

ahu bentuk huruf u dan n berdasarkan lirik lagu yang dinyanyikan. Pada

masa akan datang saya boleh menggunakan Teknik "KUPIN" untuk

mengajar abjad lain pula.

(Sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)