Upload
intan-nurbaizurra-mohd-rosmi
View
222
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PENDIDIKAN
Citation preview
REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
MINGGU PERTAMA
TARIKH : 31 MAC 2015
MASA : 8:30- 9:30 pagi
TAJUK : TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 000
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.
Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti
kumpulan dilaksanakan serta mereka berjaya mencapai objektif pengajaran yang telah
dicapai. Aktiviti yang dijalankan pada minggu ini bertumpu kepada operasi tambah dalam
lingkungan 10 000.
KEKUATAN
Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar. Saya dapat menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Secara
keseluruhannya, objektif pembelajaran pada hari ini tercapai dan sesi pengajaran berakhir
dengan semua murid berjaya menjawab soalan yang diberikan semasa sesi lembaran kerja.
Murid sangat bekerjasama semasa aktiviti berkumpulan iaitu ketika mereka dikehendaki
untuk menyelesaikan set soalan yang diberikan. Kebanyakkan daripada murid ingin
mendapatkan ganjaran yang ditawarkan oleh guru malah mereka juga membantu kawan
yang lemah untuk menyelesaikan masalah. Murid berasa sangat seronok dengan aktiviti
yang dijalankan malah mereka meminta agar pengajaran dan pembelajaran seterusnya
melibatkan aktiviti permainan yang lebih banyak. Disini saya merasakan bahawa kekuatan
aktiviti di dalam proses pembelajaran sangat membawa impak yang besar. Murid seronok
belajar malah dalam pada masa yang sama objektif dapat dicapai.
KELEMAHAN
Kelemahan utama yang saya kenal pasti adalah dari segi kawalan kelas.Murid-murid Tahun
3 Cemerlang ini sangat kuat bercakap kerana bilangan mereka yang ramai iaitu tiga puluh
dua orang. Ada dikalangan mereka yang merasakan operasi tambah senang dan mereka
mampu menjawab soalan yang diberi. Ini menyukarkan untuk mengawal mereka untuk tidak
bercakap kerana mereka pantas membuat kerja yang diberikan. Saya juga merasakan
aktiviti perlu dipelbagai dan divariasikan mengikut aras supaya dapat mengekang murid
yang berada di kumpulan yang pandai tidak mengganggu konsentrasi murid yang lemah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Justeru itu, saya telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan sistem token berkumpulan
pada sesi pengajaran saya pada masa akan datang. Saya berharap agar mereka akan lebih
mendengar kata apabila sistem token berkumpulan digunakan. Hal ini bagi mengelakkan
‘bintang’ mereka ditolak. Saya juga cuba untuk mempelbagaikan soalan yang berbentuk
aras tinggi dan sesuai dengan semua tahap. Pada masa akan datang, saya berharap agar
dapat menyelesaikan masalah kawalan kelas dengan lebih bersikap tegas agar murid lebih
mendengar kata dan memberikan sepenuh perhatian kepada sesi pengajaran.
REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
MINGGU KEDUA
TARIKH : 7 APRIL 2015
MASA : 8:30- 9:30 AM
TAJUK : TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10 000
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.
Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti
kumpulan dilaksanakan serta berjaya mencapai objektif pengajaran yang telah disasarkan.
Pada minggu ini , saya bertumpu kepada tajuk yang seterusnya iaitu operasi tolak dalam
lingkungan 10 000. Operasi tolak tidak mendatangkan kesukaran kepada murid pandai
tetapi masalah bagi murid yang lemah. Namun begitu, ianya boleh diatasi dengan latihan
dan pemahaman di dalam konsep.
KEKUATAN
Alhamdullilah, saya telah dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pengajaran Tahun 3
Cemerlang pada hari ini dengan lancar. Saya telah melakukan sehabis baik untuk
pengajaran ini agar semua murid dapat memahami konsep tolak, mampu menjawab soalan
dan latihan yang diberi dan dalam pada masa yang sama merasa seronok dengan
pengajaran yang saya lakukan. Walaupun demikian, saya sedar masih banyak yang perlu
saya tambahbaik dalam pengajaran pada masa akan datang dan banyak kelemahan yang
perlu diperbaiki agar pengajaran lebih efektif. Kekuatan yang dapat saya kenal pasti pada
minggu ini adalah aktiviti yang dirancang semasa set induksi dan fasa perkembangan dapat
menarik minat murid untuk belajar topik pada hari ini. Saya dapat perhatikan bahawa murid-
murid berasa teruja apabila mereka mampu mempelajari konsep tolak menggunakan
Abakus. Mempelajari Abakus adalah di dalam salah satu standard pembelajaran yang perlu
dipelajari oleh murid. Saya dapati pengajaran menggunakan Abakus banyak membantu
murid dalam operasi tolak. Syukur kerana pengetahuan sedia ada mereka mengenai
Abakus sejak darjah dua lagi. Maka, semasa mereka di darjah tiga penggunaan Abakus
tidak menjadi satu masalah kepada mereka.
KELEMAHAN
Kelemahan yang perlu saya baiki pada pengajaran akan datang adalah dari segi
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Selain itu penerangan lebih teliti
perlu semasa pengajaran mengenai Abakus agar sesuai dengan tahap murid-murid saya.
Pada masa yang sama ‘eyecontact’ semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran
perlu dalam memfokus kepada murid. Saya agak kurang prihatin dengan murid-murid saya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana untuk menghadapi murid seramai
32 orang dan menumpukan perhatian kepada setiap orang di dalam kelas memang agak
sukar. Namun sebagai seorang guru, perkara itu tidak boleh di pandang remeh. Ini kerana
murid di dalam kelas berhak mendapat layanan sama rata oleh semua guru. Bagi mengatasi
masalah ini, saya cuba untuk mengecilkan kuantiti murid dengan mengumpulkan mereka
kepada beberapa kumpulan kecil. Ini memudahkan saya bergerak ke setiap kumpulan dan
memberi perhatian kepada murid yang bermasalah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang perlu saya lakukan adalah dari segi perancangan yang
telah tersusun dan sistematik. Nilai yang saya nyatakan di dalam buku Rekod Pengajaran
Harian juga perlu ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,saya
perlu bersikap lebih prihatin dan tegas semasa mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran . Aktiviti yang dirancang perlu menepati kehendak 5 fasa di mana murid
digalakkan untuk membuat penerokaan. Selain itu saya juga akan cuba untuk
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta menggunakan sumber bahan
bantu mengajar yang pelbagai di dalam kelas.
REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
MINGGU KETIGA
TARIKH : 14 APRIL 2015
MASA : 8:30- 9:30 AM
TAJUK : DARAB
REFLEKSI RPH MINGGU KETIGA
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.
Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti
kumpulan dilaksanakan serta telah memahami objektif pengajaran yang telah diajar. Tajuk
minggu ini bertumpu kepada topik darab. Topik yang agak sukar kerana sesetengah murid
sukar menghafal darab dengan baik. Namun, sebagai seorang guru itu tidak boleh dijadikan
alasan bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
KEKUATAN
Saya telah merancang beberapa jenis aktiviti bersesuaian bagi membantu murid memahami
topik darab dengan lebih baik. Penggunaan kad gambar dan aktiviti permainan banyak
membantu murid semasa topik ini diajar. Murid berasa seronok kerana mereka memahami
konsep bahagi. Malah ada juga yang mampu untuk menghafal sifir dengan baik. Tambahan
lagi saya telah mengadakan sistem ganjaran bagi mereka yang boleh menghafal sifir. Setiap
kali sebelum topik diajar, masa lima minit akan digunakan untuk bertanyakan sifir secara
rawak. Bagi mereka yang mudah untuk menjawab, bintang akan diberi dan dikumpul hingga
di akhir topik darab. Keseronokan murid dapat dirasai apabila mereka berlumba untuk
menjawab. Murid yang lemah juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian.
KELEMAHAN
Namun begitu terdapat kelemahan yang dikenal pasti. Antaranya saya perlu mencari kaedah
bersesuaian kepada murid yang merangkumi semua tahap kebolehan. Apa yang dapat
diperhatikan apabila aktiviti permainan dijalankan murid lemah takut untuk mengambil
bahagian dan mereka bertindak pasif. Untuk pengajaran seterusnya, penglibatan murid ini
menjadi fokus utama yang perlu saya titikberatkan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya akan memastikan bahawa pada masa mendatang, semua murid akan mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti dan sistem kumpulan akan ditambahbaik. Dalam sistem ini,
murid pandai akan menjadi pembimbing kepada murid yang lemah. Dengan ini, semasa
aktiviti dijalankan semua murid dapat mengambil bahagian.
REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
MINGGU KEEMPAT
TARIKH : 21 APRIL 2015
MASA : 8:30- 9:30 AM
TAJUK : BAHAGI
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.
Semua murid telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik semasa aktiviti
kumpulan dilaksanakan serta telah memahami objektif pengajaran yang telah diajar.
KEKUATAN
Syukur alhamdulilah sesi pengajaran dan pemudahcaraan pada hari ini dapat dijalankan
mengikut jadual.Bahan-bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru dapat
memudahkan murid memahami konsep bahagi dengan baik. Selain itu, penglibatan murid
pada sesi pengajaran dan pemudahcaraan pada hari ini juga baik. Murid dilihat berminat
dan teruja untuk menjawab soalan dan melaksanakan aktiviti yang dirancang. Murid tidak
takut untuk cuba menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Murid dilihat teruja apabila
video mengenai topik pengenalan bahagi dimainkan. Murid tertarik untuk melihat video
tersebut dan bergerak mengikut lagu pergerakan di dalam video. Murid juga seronok
menyanyi bersama-sama sekaligus pemahaman konsep dapat dilakukan dengan baik.
KELEMAHAN
Terdapat beberapa aspek kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Aspek pertama ialah dari segi kawalan kelas.
Guru mendapati murid-murid tertentu gemar melakukan sesuatu yang dapat menarik
perhatian guru. Dengan itu, langkah pelaksanaan yang dirancang sukar dilakukan dengan
baik dan teratur. Akibatnya, pengajaran guru sedikit terganggu. Murid juga asyik menyanyi
sehingga terlupa bahawa konsep nyanyian itu hanyalah sebagai pengenalan kepada
konsep. Guru juga perlu lebih bersedia dan mempunyai pelan sampingan sekiranya berlaku
masalah ketika tayangan video. Ini kerana sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran
untuk berjalan dengan lancar.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sebagai langkah penambahbaikan, saya akan memastikan murid yang mempunyai masalah
pembelajaran diberikan latihan yang berbeza supaya mereka tidak bosan dalam pengajaran
dan pembelajaran dan saya perlu lebih bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan.