5
KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112 REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112 Lawatan ilmiah bagi subjek PJM 3112 telah dilaksanakan di SMK DATUK PETER MAJUNTIN Penampang pada 2 haribulan Mac 2013. Tiga kelas yang mempunyai elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi semester lima telah terlibat dalam lawatan ilmiah ini. Objetif utama dalam lawatan ilmiah ini adalah untuk melihat dan mengetahui cara pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan dalam sekolah. Pemilihan SMK DATUK PETER MAJUNTIN bagi lawatan ilmiah ni kerana sekolah ini merupakan sekolah sukan Negara bagi negeri Sabah. Oleh demikian ianya menepati kehendak tugasan kami untuk membuat lawatan ilmiah ke mana – mana atau beberapa agensi sukan. KEKUATAN Kekuatan yang saya dapat hasil daripada lawatan ilmiah ini ialah saya dapat mempelajari tentang cara pengurusan dan pentadbiran sukan yang dilaksanakan olek SMK DATUK PETER MAJUNTIN ini. Saya melihat bahawa telah banyak atlet berprestij tinggi dan gemilang yang telah dihasilkan oleh sekolah tersebut. Ada antara atlet yang digilap telah pernah mewakili Malaysia ke sukan di peringkat tinggi. Selain daripada itu juga saya telah mengetahui cara bagaimana sekolah sukan ini memilih atletnya dan digilap untuk Berjaya.

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

Page 1: REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112.docx

KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112

Lawatan ilmiah bagi subjek PJM 3112 telah dilaksanakan di SMK DATUK PETER

MAJUNTIN Penampang pada 2 haribulan Mac 2013. Tiga kelas yang mempunyai

elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi semester lima telah terlibat dalam

lawatan ilmiah ini. Objetif utama dalam lawatan ilmiah ini adalah untuk melihat dan

mengetahui cara pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan dalam

sekolah. Pemilihan SMK DATUK PETER MAJUNTIN bagi lawatan ilmiah ni kerana

sekolah ini merupakan sekolah sukan Negara bagi negeri Sabah. Oleh demikian ianya

menepati kehendak tugasan kami untuk membuat lawatan ilmiah ke mana – mana atau

beberapa agensi sukan.

KEKUATAN

Kekuatan yang saya dapat hasil daripada lawatan ilmiah ini ialah saya dapat

mempelajari tentang cara pengurusan dan pentadbiran sukan yang dilaksanakan olek

SMK DATUK PETER MAJUNTIN ini. Saya melihat bahawa telah banyak atlet berprestij

tinggi dan gemilang yang telah dihasilkan oleh sekolah tersebut. Ada antara atlet yang

digilap telah pernah mewakili Malaysia ke sukan di peringkat tinggi.

Selain daripada itu juga saya telah mengetahui cara bagaimana sekolah sukan ini

memilih atletnya dan digilap untuk Berjaya. Antara cara pemilihan atlet yang dibuat

adalah melalui Talent Identification atau pengenalpastian bakat. Pengenalpastian bakat

ini dilakukan dengan melihat penglibatan murid dalam sukan. Jurulatih sekolah akan

mengenalpasti bakat murid tersebut melalui pemerhatian dan juga melalui pemilihan

terbuka. Sekolah akan menganjur sukan dan melalui daripada penglibatan murid dalam

sukan, jurulatih akan membuat pemilihan sama ada murid tersebut boleh digilap untuk

menjadi atleit yang Berjaya pada suatu hari nanti.

Tambahan itu juga ialah melalui Majlis Sukan Sukan Malaysia. Panel pemilihan akan

memberi sokongan kepada atlit tersebut untuk berlatih dalam sekolah sukan agar bakat

Page 2: REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112.docx

KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112

atlit tersebut dapat digilap lagi. Syaratnya ialah murid tersebut haruslah pernah mewakili

sekolah tersebut dalam acara sukan diperingkat yang tinggi. Setelah keputusan dibuat

oleh panel jurulatih bahawa murid tersebut boleh digilap untuk menjadi atlit yang

Berjaya, maka penempatan murid tersebut ke sekolah sukan akan dilaksanakan dan

murid tersebut akan menjalani latihan di sekolah sukan yang ditetapkan.

Bagi program pembangunan atlit pula, sekolah ini telah menetapkan bahawa atlit

sekolah tersebut akan berlatih selama tiga hari sekali dalam seminggu. Jadual latihan

adalah bermula pada hari isnin, selasa dan juga jumaat. Bagi atlit yang belajar pada

sesi petang akan menjalani latihan daripada jam 7.00 pagi hingga jam 9.30 pagi.

Manakala bagi atlit yang belajar pada sesi pagi akan menjalani laihan daripada jam

3.30 petang hingga jam 5.30 petang. Hal ini adalah untuk mengelak daripada atlit

tersebut terganggu masa pembelajaran mereka. Selain latihan tersebut, kem latihan

pusat juga dilakukan bagi meningkatkan prestasi atlit tersebut, namun kem latihan

pusat ini bergantung kepada takwin majlis sukan – sukan daerah.

Seterusnya ialah kemudahan yang dimiliki oleh sekolah sukan ini. Saya mendapati

bahawa sekolah sukan ini memiliki satu mini stadium yang bernilai jutaan ringgit dan

diperakui di peringkat dunia. Segala perakuan dan pembinaan mini stadium ini dibuat

daripada German. Kebanyakan bahan yang digunakan dalam pembuatan mini stadium

ini telah di import daripada luar Negara terutamanya daripada Negara German,

Australia dan juga Taiwan. Hal ini memperlihatkan bahawa sekolah sukan

mementingkan aspek kesukanan dan pemantapan atlit melalui kemudahan yang

disediakan bagi atlit mereka.

Sekolah ini juga membuat sewaan bagi penggunaan mini stadium ini agar hasil sewaan

ini digunakan bagi kerja penyelengaraan mini stadium tersebut. Memandangkan pihak

kerajaan kurang memberi bantuan kewangan untuk kerja naik taraf dan

penyelengaraan, oleh demikian pihak sekolah hanya mampu mengharap melalui wang

hasil sewaan ke atas penggunaan mini stadium tersebut. Kemudahaan lain yang ada

ialah perkhidmatan gymnasium dan stor peralatan sukan sekolah dan juga stor sekolah

sukan.

Page 3: REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112.docx

KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang saya dapat lihat dalam sekolah sukan ini ialah jenis sukan yang

ditawarkan dalam sekolah ini. Sekolah sukan ini hanya menawarkan latihan sukan bagi

sukan olahraga, hoki perempuan, badminton, ten pin bowling, bola sepak, dan

memanah. Bukan semua jenis sukan yang sekolah ini dapat tawarkan memandangkan

kekurangan tenaga jurulatih pada sukan lain.

Selain itu ialah kos pengurusan bagi mini stadium yang amat tinggi juga menyebabkan

pihak sekolah tidak mengguna mini stadium dengan tidak teratur. Penggunaan mini

stadium ini hanyalah untuk latihan atlit memandangkan pihak kerajaan tidak

menyalurkan bantuan kewangan dalam pengurusan dan penyelenggaraan mini stadium

ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan yang dapat saya utarakan ialah memastikan

bahawa jadual perjalanan dapat dilaksanakan dengan betul dan baik memandangkan

masa perjalanan yang diambil daripada IPG Kampus Kent ke sekolah sukan tersebut

adalah hampir dua jam setengah. Hal ini akan memberi pandangan negative kepada

pihak sekolah kerana pihak guru pelatih mengambil masa yang lama untuk tiba ke

sekolah tersebut.

Selain itu ialah memastikan tarikh lawatan yang sesuai untuk melaksanakan lawatan

tersebut. Lawatan ini yang sepatutnya dijalankan sebelum kami menjalani praktikum

terpaksa dilaksanakan pada hari ini memandangkan beberapa masalah yang berlaku.

Bagi penambahbaikan untuk sekolah sukan ialah saya mencadangkan untuk

menambah bilangan jurulatih yang berkelayakan untuk semua jenis sukan. Oleh

demikian kita dapat menghasilkan banyak atlit sukan di peringkat yang tinggi. Selain itu

ialah mencari alternative lain bagi mendapatkan sumber kewangan memandangkan

bantuan kewangan daripada kerajaan tidak disediakan. Seterusnya ialah memberi

Page 4: REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112.docx

KEVIN JOHN JALANI PISMP SN JAN 2011 PJM 3112

ganjaran yang berpatutan kepada atlet yang telah berusaha untuk mengharumkan

nama sekolah tersebut.

KESIMPULAN

Kesimpulan hasil daripada lawatan ke sekolah sukan ini ialah saya amat berpuashati

dan gembira kerana dapat melihat salah satu sekolah sukan di negeri sendiri dan

melihat bagaimana cara pengurusan yang dibuat oleh sekolah tersebut dalam

meningkatkan pencapaian murid dalam bidang sukan.