5
REFLEKSI OLEH : Norhayati bt Asri Bagi mahasiswa pendidik pengkhususan Sains Semester 6 IPG Kampus Pulau Pinang, terdapat keperluan sukatan pelajaran subjek SCE 3111 yang perlu dipenuhi. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah tugasan projek yang melibatkan subjek yang kami pelajari iaitu Penilaian Dalam Pengajaran Sains. Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baharu yang telah saya pelajari. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan berempat. Jadi kami perlu duduk berkumpul dan berbincang mengenai tugasan yang diberikan ini. Setelah mencapai kata sepakat jadi kami telah membahagikan tugasan mengikut kriteria yang telah kami susun dan atur. Apa yang telah saya pelajari adalah perbincangan dalam kumpulan adalah penting untuk mencapai suatu kata putus. Dari sini juga kami menjadi bertambah mesra daripada sebelumnya. Selain itu, sebagai seorang bakal guru juga saya perlu mengambil kira juga mengenai pentadbiran dalam peperiksaan kerana setiap guru pasti akan mengendalikan sama ada peperiksaan atau ujian yang kecil di sekolah. Jadi seeloknyalah setiap mahasiswa pendidik mempelajari dan mengetahui kriteria yang terdapat dalam pentadbiran peperiksaan.

refleksi sce 3111

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sebagai rujukan jer

Citation preview

Page 1: refleksi sce 3111

REFLEKSI

OLEH : Norhayati bt Asri

Bagi mahasiswa pendidik pengkhususan Sains Semester 6 IPG Kampus

Pulau Pinang, terdapat keperluan sukatan pelajaran subjek SCE 3111 yang perlu

dipenuhi. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah tugasan projek yang melibatkan

subjek yang kami pelajari iaitu Penilaian Dalam Pengajaran Sains.

Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baharu yang telah saya

pelajari. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan berempat. Jadi kami

perlu duduk berkumpul dan berbincang mengenai tugasan yang diberikan ini.

Setelah mencapai kata sepakat jadi kami telah membahagikan tugasan mengikut

kriteria yang telah kami susun dan atur. Apa yang telah saya pelajari adalah

perbincangan dalam kumpulan adalah penting untuk mencapai suatu kata putus.

Dari sini juga kami menjadi bertambah mesra daripada sebelumnya.

Selain itu, sebagai seorang bakal guru juga saya perlu mengambil kira juga

mengenai pentadbiran dalam peperiksaan kerana setiap guru pasti akan

mengendalikan sama ada peperiksaan atau ujian yang kecil di sekolah. Jadi

seeloknyalah setiap mahasiswa pendidik mempelajari dan mengetahui kriteria yang

terdapat dalam pentadbiran peperiksaan.

Seorang guru perlu mengetahui selok belok peperiksaan sebelum, semasa

dan selepas peperiksaan dilaksanakan. Hal ini sangat penting kerana prosedur

dalam pentadbiran peperiksaan perlu dituruti untuk memastikan kelancaran

pelaksanaan peperiksaan dan keberkesanan item yang ingin kita uji kepada murid-

murid kita. Dengan berjaya dan berkesannya pentadbiran ujin ini maka keputusan

yang bakal kita peroleh dapat dinilai dengan efisien dan meningkatkan kualiti

pendidikan sekaligus meningkatkan kualiti modal insane yang bakal kita lahirkan.

Page 2: refleksi sce 3111

Seterusnya seorang bakal guru juga perlu mengetahui dan membezakan

antara peperiksaan atau penilaian berpusat dengan Penilaian Berasaskan sekolah.

Jika dilihat secara kasar penilaian berpusat lebih merujuk kepada penilaian sumatif

iaitu penilaian yang dilaksanakan selepas akhir satu unit pembelajaran, semester

atau tahun. Peperiksaan berpusat ini biasanya dilaksanakan oleh organisasi luar

dimana pentaksiran yang dirancang,dibina dan dilapor adalah Lembaga Peperiksaan

sendiri dan bukannya piahak sekolah. Walaupun begitu pihak sekoalh tetap terlibat

dengan pentadbiran dan penyimpanan rekod peperiksaan berpusat ini.

Bagi penilaian berasaskan sekolah pula atau lebih dikenali sebagai PBS,

penilaian ini meliputi penilaian formatif dan juga sumatif. PBS ini meliputi komponen

pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik dan pentaksiran

aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum yang mana merangkumi matlamat Falsafah

Pendidikan Negara yang mahu melahirkan modal insane yang seimbang dari segi

jasmani , emosi, rohani dan intelek.

Merujuk kepada pengendalian PEKA di sekolah pula, sebagai seorang bakal

guru sains amatlah penting untuk menguasai bahagian pengendalian Peka ini. Guru

perlu mengetahui tugasan dan peranan yang perlu semasa pelaksanaan PEKA ini.

Antaranya, guru merupakan pembekal maklumat kepada murid dimana guru perlu

mengetahui selok belok dan mempunyai informasi yang mendalam mengenai aktiviti

yang dijalankan. Hal ini perlu supaya guru lebih bersedia untuk menjawab segala

persoalan yang bakal diajukan oleh murid kepada beliau. Selain itu guru juga perlu

menjadi penunjuk cara kepada murid sebelum murid melaksanakan aktiviti yang

disediakan oleh guru. Jadi murid lebih jelas mengenai aktiviti yang dijalankan dan

perjalanan aktiviti menjadi lebir lancar dan teratur.

Page 3: refleksi sce 3111

Selain itu guru juga merupakan fasilitator kepada murid dimana guru perlu

memantau dan memberikan tunjuk ajar kepada murid semasa aktiviti dijalankan.

Melalui peranan ini guru sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan yang lebih

mesra antara guru dan murid. Hubungan yang mesra antara guru dan murid lebih

memudahkan pergerakan komunikasi dan penyampaian pengetahuan akan menjadi

lebih efisien dan efektif.

Pelaksanaan PEKA ini juga menjadikan guru sebagai penilai terhadap

kebolehan dan kemahiran yang ada pada murid. Dari aktiviti PEKA ini juga guru

dapat melaksanakan pentaksiran auntetik dimana guru dapat menilai nilai dan sikap

murid semasa menjalankan aktiviti PEKA. Pentaksiran auntentik ini penting untuk

guru nilai kerana setiap kebolehan, kemahiran dan pencapaian murid merujuk

pencapaian guru itu sendiri dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Jika

murid dapat mencapai objektif dan hasil pembelajaran yang digariskan oleh guru,

maka seorang guru tersebut telah berjaya menyampaikan pengajarannya dengan

baik.

Secara keseluruhannya, projek yang dilaksanakan ini sebenarnya sedikit

sebanyak membantu para mahasiswa pendidik memperoleh ilmu dan pengalaman

yang sangat berguna yang dapat diaplikasikan dalam dunia realiti pendidikan pada

masa akan datang. Jadi saya sebagai seorang bakal guru akan lebih berusaha untuk

mencari dan memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna bagi saya

untuk menjadi guru yang serba mahir dalam pelbagai bidang dan ilmu pengetahuan.

Saya juga berharap saya dapat menjadi guru yang fleksibel dalam menghadapi apa

jua cabaran dalam dunia pendidikan masa hadapan.

Guru cemerlang. Murid gemilang, sekolah dan Negara terbilang’.