2
(vii) Perjanjian Belian Balik (Repo) Perjanjian belian balik (Repo) adalah satu perjanjian di mana institusi perbankan menjual "kertas bernilai" kepada pelabur dengan persetujuan untuk membelinya semula, pada harga yang telah dipersetujui dan pada tarikh yang ditetapkan di masa hadapan. Repo ini ditawarkan oleh bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar. Bagi produk ini, apa yang menarik ialah tempoh matang pelaburan boleh dirunding supaya dapat disesuaikan dengan aliran tunai dan keperluan pelabur. Bagi memudahkan urus niaga, pelabur biasanya dikehendaki membuka akaun semasa dengan bank. Kelayakan: Produk ini ditawarkan kepada individu serta badan korporat dan badan-badan berkanun. Jenis-jenis kertas untuk Repo: Penerimaan jurubank, IDB, Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon Cagamas, bil Perbendaharaan dan bil Bank Negara. Jumlah minimum: Sekurang-kurangnya RM50,000. Tempoh matang: Minimum satu bulan. Walau bagaimanapun, peniaga utama dibenar menerima Repo dengan sebarang tempoh matang. Kadar faedah:

Repo

Embed Size (px)

DESCRIPTION

repo

Citation preview

Page 1: Repo

(vii) Perjanjian Belian Balik (Repo)

Perjanjian belian balik (Repo) adalah satu perjanjian di mana institusi

perbankan menjual "kertas bernilai" kepada pelabur dengan persetujuan

untuk membelinya semula, pada harga yang telah dipersetujui dan pada

tarikh yang ditetapkan di masa hadapan. Repo ini ditawarkan oleh bank

perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar. Bagi produk ini, apa

yang menarik ialah tempoh matang pelaburan boleh dirunding supaya dapat

disesuaikan dengan aliran tunai dan keperluan pelabur. Bagi memudahkan

urus niaga, pelabur biasanya dikehendaki membuka akaun semasa dengan

bank.

Kelayakan:

Produk ini ditawarkan kepada individu serta badan korporat dan badan-

badan berkanun.

Jenis-jenis kertas untuk Repo:

Penerimaan jurubank, IDB, Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon Cagamas, bil

Perbendaharaan dan bil Bank Negara.

Jumlah minimum:

Sekurang-kurangnya RM50,000.

Tempoh matang:

Minimum satu bulan. Walau bagaimanapun, peniaga utama dibenar

menerima Repo dengan sebarang tempoh matang.

Kadar faedah:

Kadar faedah boleh dirunding dan bergantung kepada tempoh matang dan

ianya berkait rapat dengan kadar faedah antara bank semasa. Pelabur akan

menerima pelaburan pokok serta faedahnya apabila matang.

Page 2: Repo

4.3 PERJANJIAN BELI BALIKDAN PERJANJIAN JUAL DAN BELI BALIK (“REPO”)

4.3.1 Perjanjian beli balik konvensional (“repo konvensional”) dan Perjanjian

Jual dan Beli Balik (“repo Islam”) adalah tidak diinsuranskan oleh PIDM.

4.3.2 Bagi repo konvensional, ahli‐ahli dikehendaki mengemukakan satu

Borang DPR, secara kolektif dan hanya sekali, bagi semua jenis repo

konvensional. Ahli‐ahli juga dikehendaki mengemukakan satu (1) set

maklumat utama atau umum mengenai produk deposit bagi repo

konvensional tersebut.

4.3.3 Bagi repo Islam, ahli‐ahli juga dikehendaki mengemukakan satu

Borang DPR, secara kolektif dan hanya sekali, bagi semua jenis repo Islam.

Ahli‐ahli juga dikehendaki mengemukakan satu (1) set maklumat utama atau

umum produk deposit yang diguna pakai bagi repo Islam tersebut.