Revolusi Perindustrian

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Revolusi Perindustrian

    1/6

  • 7/29/2019 Revolusi Perindustrian

    2/6

    REVOLUSI PERTANIAN

    Faktor-Faktor Revolusi Pertanian

    Pada awalnya, pengeluaran makanan dilakukan secara kecil-kecilan sahaja.

    Kemudian, Revolusi Pertanian telah berlaku dan sekaligus pengeluaran makanan telah

    dijalankan secara komersil kerana wujudnya beberapa faktor.

    Pemilikan Tanah

    Terdapat dua sistem pemilikan tanah. Sistem yang pertama dikenali sebagai sistem

    pemilikan tanah secara persendirian. Tanah milik persendirian ini dimiliki oleh

    golongan kaya. Sistem pemilikan yang kedua pula ialah sistem pemilikan tanah

    awam. Tanah tersebut digunakan oleh orang awam untuk bercucuk tanam secara

    kecil-kecilan. Amalan penggunaan tanah secara awam ini mempunyai fungsi sosial

    kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat untuk menampung kehidupan harian

    mereka.

    Sistem pertanian yang dijalankan ketika itu ialah sistem padang terbuka. Sitem ini

    juga telah dikenali sebagai sistem fallow; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi

    Yunus.:2001:121). Sistem ini telah membahagikan tanah kepada tiga bahagian, dua

    bidang diusahakan manakala satu lagi dibiarkan kosong dan dikenali sebagai tanahrang. Ini bertujuan untuk menyuburkan kembali kesuburan tanah itu sebelum

    diusahakan semula pada musim yang berikutnya. Proses untuk mengembalikan

    kesuburan tanah pada masa itu menggunakan najis binatang namun najis benatang

    tidak mencukupi disebabkan binatang ternakan tidak dapat dibiakkan dengan baik.

    Kelemahan sistem ini terletak pada penggunaan tanah yang tidak ekonomik dan

    kaedah pertanian yang tidak sistematik. Selain itu, petani juga telah bertani secara

    keil-kecilan, hanya untuk keperluan sendiri. Mereka menghadapi kesukaran akibat

    tanah yang mereka usahakan boleh berada di pelbagai tempat di satu tanah am. Oleh

    itu, usaha tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Petani juga tidak

    dapat melakukan sebarang pembaharuan kerana terpaksa mengikut kelaziman yang

    dilakukan di sesuatu tempat.

    Tuan-tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh

    rakyat, kini, mahu meggunakan tanah awam itu semula bagi tujuan pengeluaran

    pertanian dan perladangan secara komersil. Tindakan ini diambil untuk menampung

    permintaan rakyat terhadap makanan dan juga pengeluaran kain bulu; (Wan Abdul

    Latif et al.:1996:237). Permintaan terhadap makanan yang tinggi oleh rakyat gagal

    dipenuhi akibat perusahaan pertanian secara sara diri. Oleh itu, harga gandum telahmeningkat pada abad tersebut iaitu ke-18.

  • 7/29/2019 Revolusi Perindustrian

    3/6

    Oleh yang demikian, Parlimen telah meluluskan satu akta yang dikenali sebagai Akta

    Pemagaran Tanah. Hampir 500 000 ekor tanah telah dipagari antara tahun 1761

    hingga 1792 melalui akta ini. Hal ini telah menyebabkan penanaman secara komersil

    dapat dilakukan di kawasan yang lebih luas iaitu ladang. Di samping itu, perubahandari segi sosial telah berlaku iaitu rakyat biasa telah kehilangan punca rezeki akibat

    ketiadaan tanah awam bagi menampung kehidupan mereka. Tetapi, masalah ini

    lenyap apabila golongan petani kecil-kecilan menjadi sebahagian daripada buruh

    ladang. Seterusnya, mereka akan berhijrah ke bandar semasa Revolusi Perindustrian

    dan bekerja sebagai buruh ladang.

    Kaedah dan Ciptaan Baru dalam Pertanian

    Kaedah dan ciptaan peralatan yang moden telah membolehkan penanaman dilakukan

    secara lebih efisyen dan penghasilan produk yang lebih lumayan. Antara kaedah yang

    digunakan ialah penanaman secara bergilir. Penanaman pelbagai jenis tanaman yang

    berbeza mengikut musim dilakukan cara ini di atas sesuatu bidang tanah. Hasil

    tanamannya sangat subur kerana terdapat kepelbagaian nutrien tanah digunakan pada

    setiap tanaman tesebut. Tanaman baru juga turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi

    kentang. Selalunya petani akan menanam gandum pada kali yang pertama, turnips

    pada musim yang kedua, barli pada musim yang ketiga dan "clover" pada musim ke

    empat. Giliran tanaman ini akan berubah setahun demi setahun untuk mengekalkan

    kesuburannya; (Anita Ganeri et al.:2000:150).

    Selain daripada teknik penggiliran tanaman, beberapa orang tokoh telah mencipta

    bahan dan cara-cara untuk memudahkan dan memajukan pertanian. Mereka ialah

    Jethro Tull (1674-1740), Viscount (Turnip) Townshend (1674-1738), Robert

    Blakewell (1725-1795), Arthur Young (1724-1820), dan Coke of Holkham (1752-

    1847). Jethro Tull merupakan orang yang bertanggungjawab mengembangkan

    pertanian secara saintifik melalui bukunya, "The New Horse-Houghing Husbandary"

    dan "An Essay on the Principles of Tillage and Vegetation" . Beliau juga telah

    mencipta sebuah alat menggali tanah dan alat menabur benih secara sistematik.

    Kaedah ini menyebabkan tanaman tumbuh teratur mengikut baris yang sama

    jaraknya. Ini memudahkan kerja menggembur dan membersihkan tanah. Tanah juga

    disuburkan dengan mencampurkan tanah liat. (WanAbdul Rahman

    Latif.:1996:274)Vicount Townshed pula telah memperbaiki kaedah penggunaan tanah

    secara lebih intensif. Beliau telah mengemukakan sistem penggiliran tanah yang

    dipanggil sistem Norflolk.

    Beberapa jentera pertanian juga dicipta. Muncul juga satu kumpulan bergelar

    'Propagandis' yang menulis tentang teknik pertanian yang tersebar luas kepada

    masyarakat umum. Antaranya ialah alat bajak Rotterham, alat mengetam, alat

    memukul dan alat menumbuk bijirin dan sebagainya. Kaedah pembiakan danpenternakan yang baik juga telah diperkenalkan oleh Roberk Bakewell; (Mahdi Shuid

  • 7/29/2019 Revolusi Perindustrian

    4/6

    dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:121).

    Pertanian Komersil

    Selain daripada penggunaan alat yang moden, baja asli juga telah mula diperkenalkansecara meluas dan ini telah menyebabkan tanaman lebih subur dan hasil pertanian

    akan bertambah lagi. Baja asli ini telah dicipta oleh Justus Von Liebig pada tahun

    1840 dan uji kaji ahli British bernama Humpry Davy pada tahun 1802. Pengenalan

    sistem saliran yang berkesan juga telah mengangkut air daripada tasik yang dijanakan

    oleh kincir angin yang telah dicipta pada tahun 1745. Penyelidikan pula telah

    dilakukan secara giat oleh para penyelidik seperti Anthur Young. Beberapa pusat

    penyelidikan pertanian juga telah ditubuhkan seperti Royal Agriculture Society of

    England (1838), Rothamstead Experimental Station (1842) dan Royal College of

    Agriculture (1846). Berbekalkan semua ini, hasil pertanian menjadi berkualiti dan

    berkuantiti; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:123).

    Hasil pertanian ini dieksport untuk pasaran sama ada pasaran tempatan mahupun

    pasaran antarabangsa. Buktinya, England telah mengeksport kira-kira 13 peratus

    daripada hasil keluaran pertaniannya. Keupayaan mengeksport hasil pertanian ini

    menandakan kemajuan yang begitu besar telah dapat dicapai oleh England pada kurun

    tersebut. Pertambahan kadar produktiviti memberi sumbangan yang besar kepada

    proses pertumbuhan ekonomi Britain. Hal ini juga telah mengatasi masalah kebuluran

    yang sering menjadi faktor penghalang kepada pertumbuhan demografi dan

    ekonomi; (Wan Abdul Rahman Latif.:1996:254).

    REVOLUSI PERINDUSTRIAN

    Faktor-Faktor Revolusi Perindustrian

    Revolusi Perindustrian bermula di England dan kemudian berkembang ke serata

    dunia. Revolusi ini menyaksikan penggunaan kemajuan sains dan teknologi dalam

    bidang pertanian, perindustrian dan pengangkutan. Terdapat beberapa sebab mengapa

    Revolusi Perindustrian bermula di England dan tidak di negara lain. Faktor utamanya

    adalah kerana England memiliki modal yang besar yang dipusat di Bank England dan

    pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran untuk barangannya. Sebab

    yang lain pula adalah kerana England mempunyai deposit bahan mentah yang banyak

    khususnya arang batu dan bijih besi.

    Selain itu, revolusi pertanian juga telah menyediakan bahan mentah yang mencukupi

    untuk menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian

    meningkat. Dengan terdapatnya bekalan makanan ini Britain tidak perlu terlalubergantung pada pengimportan bahan tersebut dari luar. Dana yang diselamatkan itu

    http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/pop_bank.htmhttp://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/pop_bank.htm
  • 7/29/2019 Revolusi Perindustrian

    5/6

    dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan industri dalam

    negara; (Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman.:2002:230). Ia juga dikaitkan

    dengan kepesatan pertambahan penduduk yang menyediakan tenaga buruh untuk

    kilang dan terdapat pasaran yang tersedia. Empayar England di luar negeri juga

    sedang berkembang pada tahap itu dan ini menjaminkan sumber bahan mentahberharga dan pasangan untuk barangan siap. Kemajuan pengangkutan pada tahap itu

    turut membantu pengagihan barangan ke seluruh dunia. Dengan perkembangan

    kemudahan bank, wang telah sedia ada untuk membiaya projek-projek industri.

    Ada pula pendapat tentang kemungkinan negara-negara Eropah mempelopori

    Revolusi Perindustrian kerana hasil kekayaan yang diperolehi melalui

    dasar Merkantilisme. Merkantalisme boleh diertikan sebagai satu sistem di mana

    kerajaan campur tangan dalam menggalakkan pertumbuhan kekayaan dan kekuasaan

    negara. Sistem ini menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan. Kekayaan

    diperoleh dengan menguasai koloni dan mengadakan imbangan perdagangan yang

    memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula dimiliki dengan membesarkan

    angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta perkapalan

    yang menafikan hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa asing. Kebajikan rakyat

    dalam negara induk dipelihara untuk meluluskan akta yang dapat meningkatkan

    produktiviti negara, anataranya Akta Perantis 1563 dan Undang-undang Kemiskinan

    1600 di England; (Sivachanralingan Sundarajaya dan Ayadurai

    Letchumanan.:2001:334).

    Kelemahan negara-negara Eropah lain seperti Perancis dan Jerman juga ditinjau.Jerman dikatakan tidak dapat bersaing dengan England kerana dikongkong oleh

    halangan adat. Pada tahun 1970 pula, negara Perancis merupakan negara industri yang

    jauh lebih maju dalam bidang perindustrian daripada England tetapi mereka

    ketinggalan di dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang bersifat autokrasi dan

    percubaan mengawal industri. Pelayaran ke seberang laut juga tidak mendapat

    sokongan kerajaan seperti yang diterima oleh England. Cukai yang terlampau tinggi

    dan sekatan yang dikenakan sewenang-wenangnya juga telah mengakibatkan industri

    Perancis merosot. Dalam pada masa yang sama, kuasa imperialisme Perancis di India

    dan Amerika juga turut terjejas akibat peperangan. Oleh itu, England dengan mudah

    dapat mengambil alih dominasi kawasan berkenaan.

    Kelas aristokrat di England pula tidak pernah membentuk satu sistem yang tertutup.

    Sebaliknya kelas pedagang yang muncul pada abad ke 18 telah mengeratkan lagi

    hubungan antara kedua-dua golongan. England juga mempunyai lebih banyak

    pengetahuan dan kelengkapan kebendaan untuk menjadi lebih unggul daripada

    negara-negara lain. Di samping kesemua faktor ini, kejayaannya juga terletak pada

    kemampuan untuk meluaskan pasaran luar negeri sebelum abad ke-19.

    Selain itu, terdapat juga satu lagi sebab yang memungkinkan England muncul sebagainegara industri adalah kerana terdapatnya satu golongan masyarakat yang bergelar

    http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/pop_aristokrat.htmhttp://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/pop_aristokrat.htm
  • 7/29/2019 Revolusi Perindustrian

    6/6

    "Puritan" melabur sejumlah wang yang besar di dalam bidang industri setelah hak

    mereka dalam politik dilucutkan. Pada masa yang sama, kecenderungan untuk

    menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam industri sangat diperlukan. Oleh

    itu beberapa ciptaan yang canggih telah ditemui. Dalam pada itu, suasana politik

    England juga amat sesuai untuk inovasi kerana tidak berlaku sebarang peperanganbesar di kawasan tersebut;

    http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/pop_puritan.htmhttp://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/pop_puritan.htm