Upload
fhen-farrel
View
42
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PENYELIDIKAN TINDAKAN
Citation preview
1
MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF KECIL B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH A&B DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
FHENYIUS DUASIN(920521-12-5127)
SIMON BIN GIHOL
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu mengatasi masalah kekeliruan dalam membezakan penggunaan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan. Walaupun permasalahan ini kelihatan seperti kesilapan kecil dalam pembelajaran di sekolah, namun perkara ini harus dibetulkan kerana pembentukan kata haruslah menepati dengan etika tatabahasa berdasarkan aspek morfologi dan sintaksis. Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran seramai empat orang responden tahun 4 iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah Tuaran yang mengalami masalah dalam membezakan penulisan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah A&B iaitu A merujuk kepada Atas manakala B pula merujuk kepada Bawah. Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik, ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Data yang diperoleh juga dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, semua responden berjaya membezakan penggunaan huruf kecil b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa kaedah A&B berkesan dalam membantu murid-murid untuk membezakan penggunaan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan.
Kata kunci: huruf kecil b dan p, kaedah A&B
1.0PENDAHULUAN
Merujuk Kamus Dewan (2005), maksud pendidikan ialah perihal mendidik dan
pengetahuan mendidik. Makna prasekolah pula ialah sebelum memasuki sekolah,
tabika dan tadika. Justeru itu, pendidikan prasekolah ialah mendidik murid-murid
2
sebelum mereka memasuki alam persekolahan dewasa atau persekolahan secara
formal.
Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis
merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan
secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan
bahasa, audiens dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan
menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan
menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa
Melayu dan mata pelajaran tertentu.
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai
kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka
menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid ialah seperti
keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan
perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja
serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal
membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya
menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan
tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang
terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.
2.0FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami dalam
kalangan murid Tahun 4. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang
tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan
3
penggunaan huruf kecil b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat
tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul.
Hasil perbincangan dengan guru kelas Tahun 4 ini, antara masalah utama
dalam kalangan murid Tahun 4 ini ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan
huruf kecil b dan p ketika membina perkataan. Ini jelas kelihatan apabila pengkaji
membuat semakan buku tulis dan karangan mereka. Terdapat kesilapan yang
dilakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p dalam perkataan.
Oleh itu, pengkaji memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 yang
berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam penulisan Kertas Bahasa
Melayu 2 bahagian B. Realitinya, murid sebenarnya mampu membaca dengan baik
tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf kecil b dan p yang
akhirnya menyumbang ke arah kesalahan dalam ejaan, murid-murid ini sukar untuk
mendapatkan markah yang baik dalam penulisan. Justeru itu secara tidak langsung
prestasi murid-murid ini semakin merundum.
Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi
masalah bagi mereka. Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang
baik di tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini. Justeru
itu, permasalahan dalam pembelajaran ini perlu diselesaikan dengan segera
sebelum mereka melonjak ke peringkat menengah agar mereka tidak menghadapi
masalah yang lebih besar lagi dalam penulisan tahap yang lebih tinggi.
3.0OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif UmumMengatasi masalah kekeliruan dalam membezakan penggunaan huruf kecil b dan p
ketika menulis sesuatu perkataan.
3.2Objektif Khususa. Meningkatkan penggunaan huruf kecil b dan p yang betul ketika menulis
sesuatu perkataan dengan menggunakan kaedah A&B bagi murid Tahun 4.
4
b. Meningkatkan prestasi murid Tahun 4 dalam aspek penggunaan huruf kecil b
dan p yang betul ketika menulis sesuatu perkataan.
3.3Persoalan KajianBerdasarkan objektif kajian, maka dua persoalan kajian telah dibina seperti yang
berikut:
a. Adakah kaedah A&B mampu meningkatkan penggunaan huruf kecil b dan p
yang betul ketika menulis sesuatu perkataan bagi murid Tahun 4?
b. Adakah kaedah A&B berkesan dalam meningkatkan prestasi murid Tahun 4
dalam aspek penggunaan huruf kecil b dan p yang betul ketika menulis
sesuatu perkataan?
4.0KUMPULAN SASARAN
Bil. Kod Responden Tahun Jantina Catatan
1. SUBJEK KAJIAN 1 (S1) 4 L
Mengalami
kekeliruan dalam
membezakan
penggunaan huruf
kecil b dan p
5
ketika menulis
sesuatu perkataan
dengan
menggunakan
kaedah A&B
2. SUBJEK KAJIAN 2 (S2) 4 L
3. SUBJEK KAJIAN 3 (S3) 4 L
4. SUBJEK KAJIAN 4 (S4) 4 P
Jadual 1: Kumpulan sasaran
5.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1Model Kajian Tindakan
5.2 Prosedur Penyelidikan Tindakan
6
Rajah 2: Prosedur Penyelidikan Tindakan
Rajah 3: Intervensi Kaedah A&B (Kaedah Atas dan Bawah)a) Peringkat Pertama (1)
Langkah 1Untuk langkah pertama ini, pengkaji menjalankan pemerhatian sebelum
intervensi untuk mengenal pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap
penggunaan huruf b dan p. Pemerhatian dilakukan dengan pengkaji membuat
pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis, lembaran kerja dan
kertas ujian mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah dimana murid
sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan.
Selain itu, pengkaji juga membuat ujian diagnostik terhadap murid-murid.
Ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan
7
sesuatu perkataan itu terutama sekali perkataan yang mempunyai huruf b dan p. Ini
kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini
akan memudahkan guru untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan murid.
Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada
kelemahan murid tersebut.
Dalam langkah ini juga pengkaji menjalankan soal selidik sebelum intervensi
kepada murid-murid. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan
sebenar murid-murid dalam kalangan Tahun 4 ini. Dalam soal selidik ini pelbagai
soalan akan ditanya dan fokus soal selidik ini adalah untuk menentukan tahap
seseorang murid dalam mengenal perbezaan diantara huruf b dan p.
Langkah 2Setelah mendapat hasil keputusan pemerhatian, ujian diagnostik dan juga
soal selidik, analisis hasil dapatan tersebut dilakukan dan tindakan diambil bagi
mengenalpasti subjek kajian yang memerlukan bimbingan. Tindakan selanjutnya
adalah dengan memulakan intervensi melalui sesi penerangan dan pengajaran
teknik mengenal huruf b dan p. Pengkaji memberikan pengetahuan asas terlebih
dahulu kepada subjek kajian.
Dalam langkah ini, pengkaji menerangkan kepada murid teknik menulis huruf
b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih
dahulu. Manakala bagi huruf p pula, kedudukan pensil bermula dari pangkalnya
dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh murid-murid dalam
tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul.
b) Peringkat Kedua (2)
Langkah 3Langkah seterusnya, pengkaji memperkenalkan kaedah A&B (Atas dan
Bawah) kepada subjek kajian. Pengkaji melatih kefahaman subjek kajian tentang
huruf kecil b dan p menggunakan bahan bantu mengajar. Kaedah A&B ini akan
dipraktikkan oleh murid dalam latihan menulis perkataan yang mempunyai huruf
kecil b dan p. Setelah itu, pengkaji memberikan ujian pertama kepada subjek kajian
yang mana mereka dikehendaki untuk mengenal pasti dan menyenaraikan huruf
8
kecil b dan p yang tidak betul dalam petikan yang diberikan. Cara ini bertujuan untuk
membiasakan mereka dengan kedudukan huruf-huruf tersebut dalam sesuatu
perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada mereka tentang penggunaan
huruf b dan p yang betul dalam sesuatu perkataan itu.
Langkah 4Pada langkah keempat ini, pengkaji akan melaksanakan intervensi latihan
dan pengukuhan berbentuk imlak. Guru membacakan petikan teks yang mempunyai
penggunaan huruf kecil b dan p dalam sesuatu perkataan itu kemudian murid perlu
menyalin semula setiap patah perkataan yang dibaca oleh guru. Intervensi latihan ini
untuk menguji sama ada mereka telah dapat mengenalpasti perbezaan antara huruf
kecil b dan p dengan betul melalui aplikasi kaedah A&B. Pada peringkat ini, guru
berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing. Guru akan membimbing subjek
kajian melalui kaedah A&B untuk menyalin semula perkataan yang telah dibaca.
Cara sebegini akan membantu mereka mengenal dan mengecam ejaan yang betul
bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu, mereka juga dapat melatih diri mereka dalam
menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul.
c) Peringkat Ketiga (3)
Langkah 5Pada langkah ini, ujian pencapaian dilaksanakan ke atas subjek kajian. Ujian
ini dijalankan untuk menguji tahap prestasi mereka setelah menjalani intervensi
sama ada menunjukkan peningkatan dan dapat menyelesaikan masalah dalam
pembelajaran mereka sebelum ini ataupun sebaliknya. Setelah melaksanakan ujian,
pengkaji membuat penilaian terhadap hasil kerja subjek kajian dan menganalisis
setiap hasil dapatan tersebut. Refleksi dibuat oleh pengkaji terhadap keputusan
analisis hasil dapatan yang telah diperolehi untuk membuat kesimpulan.
6.0KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA6.1 Kaedah Pengumpulan DataPengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data iaitu instrumen
pemerhatian, soal selidik dan ujian.
i. Pemerhatian
ii. Soal selidik
9
iii. Ujian (Diagnostik dan Pencapaian)
Bil. Kaedah Tujuan Catatan
1. Pemerhatian
- Mengenal pasti secara tidak langsung tentang
kekeliruan terhadap penggunaan huruf b
dan p dalam kalangan subjek kajian.
- Terdapat lima item yang disenaraikan- Skala ‘YA’ atau
‘TIDAK’- Dilaksana sebelum
dan selepas intervensi
2. Soal selidik
- Mengenalpasti kaedah A&B mampu
meningkatkan penggunaan huruf kecil
b dan p yang betul ketika menulis sesuatu
perkataan selepas intervensi.
- Terdapat lapan item yang disenaraikan
- Dilaksana sebelum dan selepas intervensi
3. Ujian
- Memperolehi dapatan mengenai
keberkesanan intervensi dalam mencapai objektif
yang telah dirancang.- Ujian diagnostik dan
ujian pencapaian- Dilaksana sebelum
dan selepas intervensi
10
7.0DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI DATA
Data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Kesemua hasil
dapatan pemerhatian, soal selidik dan ujian dianalisis secara satu persatu. Tujuan
analisis adalah untuk mencari dan menandakan idea-idea di dalam data sekali gus
membuktikan hasil dapatan kajian. Berikut merupakan subjek kajian yang terlibat
dalam kajian:
Bil. Kod Responden Tahun Jantina Catatan
1. SUBJEK KAJIAN 1 (S1) 4 L
Analisis data :Pemerhatian, soal
selidik dan ujian
diagnostik serta
ujian pencapaian
2. SUBJEK KAJIAN 2 (S2) 4 L
3. SUBJEK KAJIAN 3 (S3) 4 L
4. SUBJEK KAJIAN 4 (S4) 4 P
Jadual 2: Subjek kajian yang terlibat
11
7.1 Analisis Perbandingan Keputusan Pemerhatian Sebelum Dan Selepas IntervensiBerikut merupakan analisis perbandingan graf bar menegak keputusan pemerhatian
sebelum dan selepas intervensi:
Graf 1: Perbandingan kekerapan subjek kajian terhadap item yang
diperhatikan sebelum dan selepas intervensi
Berdasarkan graf bar 1 di atas, menerangkan tentang dapatan pengkaji
berkaitan dengan perbandingan kekerapan subjek kajian terhadap item yang
diperhatikan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Graf bar 1 di atas
membuktikan bahawa terdapatnya peningkatan kekerapan ‘Ya’ dalam setiap item
yang diperhatikan pada sebelum dan selepas intervensi.
Kesimpulannya, hampir kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan
dalam semua aspek yang diperhatikan. Lantas, hal ini membuktikan bahawa
intervensi yang dijalankan oleh pengkaji sesuai digunakan untuk mengatasi masalah
kekeliruan dalam menulis huruf kecil b dan p dalam sesuatu perkataan dengan betul.
7.2 Analisis Perbandingan Dapatan Soal SelidikAnalisis perbandingan dapatan soal selidik dibuat berdasarkan item-item yang
terdapat dalam instrumen soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji. Berikut
merupakan hasil dapatan penuh mengenai perbandingan dari segi peratus dapatan
soal selidik sebelum dan selepas intervensi berdasarkan skala pilihan yang terdapat
dalam instrumen soal selidik:
ItemSangat tidak
setuju (1)
Tidak
setuju (2)
Tidak pasti
(3) Setuju (4)
Sangat
setuju (5)
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Item 1 0% 0% 50% 0% 0% 0% 50% 25% 0% 75%
Item 2 0% 0% 50% 0% 0% 0% 50% 25% 0% 75%
Item 3 0% 0% 0% 0% 75% 0% 25% 25% 0% 75%
12
Item 4 0% 0% 75% 0% 25% 0% 0% 25% 0% 75%
Item 5 0% 0% 75% 0% 25% 0% 0% 50% 0% 50%
Item 6 25% 0% 50% 0% 0% 0% 25% 75% 0% 25%
Item 7 75% 0% 0% 0% 25% 0% 0% 75% 0% 25%
Item 8 0% 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 100% 0%
Jadual 3: Perbandingan dari segi peratus dapatan soal selidik sebelum dan selepas intervensi
7.3 Analisis Perbandingan Dapatan Ujian Diagnostik dan Pencapaian
Berikut merupakan analisis perbandingan markah ujian diagnostik dan ujian
pencapaian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji ke atas subjek kajian:
Subjek Kajian Ujian Diagnostik Ujian Pencapaian Peningkatan
Markah (%)
Jumlah
betul
Markah
(%)
Jumlah
betul
Peratus
(%)
S1 3/5 60% 4/5 80% 20%
S2 2/5 40% 5/5 100% 60%
S3 3/5 60% 5/5 100% 40%
S4 2/5 40% 5/5 100% 60%
Jadual 4: Analisis perbandingan markah ujian diagnostik dan pencapaian
Graf 2: Perbandingan markah ujian diagnostik dan pencapaian
13
Berdasarkan jadual 4 dan graf bar 2 di atas, menerangkan tentang
perbandingan peratusan markah ujian diagnostik dan ujian pencapaian bagi empat
orang subjek kajian. Bagi ujian diagnostik iaitu ujian yang dijalankan sebelum sesi
intervensi dilakukan, mencatatkan peratusan markah yang rendah iaitu antara 40%
sehingga 60% dalam kalangan subjek kajian.
Ujian pencapaian pula dijalankan setelah sesi intervensi dilakukan.
Berdasarkan jadual 16 dan graf bar 14 di atas, menunjukkan terdapat peningkatan
yang jelas apabila peratusan markah ujian pencapaian keempat-empat orang subjek
kajian meningkat berbanding sebelum sesi intervensi dilakukan. Peratusan
peningkatan markah bagi subjek kajian 1 (S1) ialah 20%, subjek kajian 2 (S2) ialah
60%, subjek kajian 3 (S3) ialah 40% dan subjek kajian 4 (S4) ialah 60%. Justeru itu,
hal ini membuktikan bahawa sesi intervensi yang dijalankan terbukti berkesan dan
membantu meningkatkan peratusan markah keempat-empat orang subjek kajian.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan ujian ini telah menjawab kepada
persoalan kedua kajian ini iaitu, ‘Adakah kaedah A&B berkesan dalam meningkatkan
prestasi murid Tahun 4 dalam aspek penggunaan huruf kecil b dan p yang betul
ketika menulis sesuatu perkataan? Peningkatan peratusan markah murid setelah
sesi intervensi dijalankan telah membuktikan bahawa kaedah A&B yang digunakan
dalam sesi intervensi berkesan dalam meningkatkan prestasi murid Tahun 4 dalam
aspek penggunaan huruf kecil b dan p yang betul ketika menulis sesuatu perkataan.
8.0RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIAN
Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemahiran menulis
huruf b dan p dalam kalangan murid tahun 4 sekolah rendah. Pengkaji telah
14
menjalankan kajian ini di sebuah sekolah di daerah Tuaran dan seramai empat
orang murid yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan seorang murid
perempuan telah menjadi subjek kajian. Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas
keempat-empat orang subjek kajian ini yang mengalami masalah pembelajaran iaitu
kekeliruan dalam membezakan penggunaan huruf kecil b dan p ketika menulis
sesuatu perkataan dengan menggunakan kaedah A&B dan kaedah pengumpulan
data bentuk pemerhatian, soal selidik dan ujian diagnostik serta ujian pencapaian.
Penyelidikan tindakan ini telah membantu pengkaji untuk mengenal masalah-
masalah murid-murid di sekolah dalam pembelajaran. Tambahan pula, melalui
kajian ini, pengkaji telah dapat mempelajari kaedah-kaedah yang boleh digunakan
untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran murid-murid di sekolah. Walaupun
isu kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ibarat sebutir garam di padang pasir,
namun masalah pembelajaran ini seharusnya tidak dipandang enteng oleh guru-
guru.
Kesalahan huruf b dan p sememangnya sesuatu masalah kemahiran menulis
yang sangat minima impaknya kepada penulisan. Namun, sekiranya masalah ini
tidak diatasi dari peringkat akar umbi, maka murid-murid yang menghadapi masalah
seperti ini akan terus berpendapat bahawa tanggapan mereka mengenai huruf b dan
p yang sama kehadirannya di dalam sesuatu perkataan itu adalah betul. Tambahan
pula, masalah pembelajaran ini akan menimbulkan lebih banyak masalah
pembelajaran yang lain dalam penulisan mereka apabila mereka ke peringkat
pengajian yang lebih tinggi pada masa hadapan. Justeru itu, guru haruslah
memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini sebelum merebak menjadi
lebih kritikal.
9.0CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat cadangan ataupun
penambahbaikan yang boleh dilakukan agar kajian mengenai masalah pembelajaran
ini akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan lagi.
15
Rajah 4: Cadangan kajian lanjutan
RUJUKAN
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2011). Linguistik Am. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Asmah Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.Nik Safiah Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pusataka.Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.Rosinah Edinin (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Bangi: Pelangi
Profesional Publishing Sdn. Bhd.Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (2004). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.Zainal Ariffin & Hassan Noor. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Synergy
Media.
KamusKamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka