RPH Eksperimen Litar Tahun 5

Embed Size (px)

Citation preview

Tarikh: 10 April 2014 (Khamis)Masa: 11.45 12.45 (60 minit)Kelas: 5 BakawaliBilangan pelajar: 16 orang (8 lelaki dan 8 perempuan)Subjek: SainsTema: Menyiasat Daya dan TenagaTajuk: Litar Bersiri dan Litar SelariObjektif Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran, murid dapat :2.2 Memahami litar bersiri dan litar selariHasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran :1. 80% murid dapat melukis litar ringkas.2. 3 daripada 5 orang murid dapat mengenalpasti susunan mentol dalam keadaan sesiri dan selari.3. 80% murid dapat membuat litar sesiri.4. 80% murid dapat membuat litar selari.5. 2 daripada 4 orang murid dapat membandingkan mentol dalam litar sesiri dan selari.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran: Koperatif, KonstruktivisStrategi: Aktiviti eksperimen secara berkumpulan.Pengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari susunan litar ringkas beserta simbolnya sebelum ini.Kemahiran Proses Sains: Berkomunikasi, memerhati, membuat kesimpulan, mensintesis dan menjana idea, membuat eksperimenKemahiran Berfikir: Menghubungkait, menjana idea, membanding bezaKemahiran Manipulatif: Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul, menyimpan peralatan sains di tempat yang betulNilai murni: Mempunyai minat dan sifat ingin tahu terhadap persekitaran, kerjasama, saling menghormati, jujur, mempunyai tingkah laku yang baik, mensyukuri nikmat, bertanggungjawab terhadap barang yang dipinjam.Bahan Bantu Mengajar: Kad bergambar, wayar, mentol, suis, bateri, buku dssssssssss teks, pemegang mentol FASA PENGAJARANISI KANDUNGANAKTIVITICATATAN

Set Induksi (5 Minit)Mengenali komponen-komponen dalam litar elektrik

Menyusun komponen elektrik untum membentuk litar.

Komponen litar ringkas :1) mentol2) wayar3) suis4) sel kering

- Guru bertanya kepada murid, macammana nak atur rakan kamu supaya membentuk susunan komponen litar yang betul?

- Guru memanggil enam orang murid ke hadapan.

- Guru mengarahkan mereka supaya menggantung kad bergambar yang mengandungi komponen-komponen bagi litar ringkas yang betul. - Murid berpegangan tangan lalu membentuk satu litar lengkap. KPS :- Berkomunikasi- Memerhati

KB :- Menghubungkait

Nilai murni :- Berani mencuba- Bekerjasama

BBM : Kad bergambar

Pencetusan Idea (10 Minit)Perbezaan litar bersiri dan litar selari.

S.G :

1. Apakah perbezaan yang kamu nampak pada gambar rajah ini?

2. Mentol manakah yang nyalaannya lebih terang?

3. Apa kebaikan litar selari berbanding litar bersiri?- Guru melukis litar bersiri dan litar selari di papan hitam.

- Guru mengarahkan murid melukis bersiri dan selari dalam bentuk simbol di dalam buku tulis.

- Murid melukis litar bersiri dan selari dalam bentuk simbol.

- Guru menyoal murid untuk merangsang minda mereka.

KPS : - Memerhati- Berkomunikasi

KB : - Menghubungkait- Membanding beza

Nilai : - Kerjasama

BBM :- Buku teks

Penstrukturan Idea(25 Minit)Membina litar bersiri dan litar selari- Setiap murid diarahkan untuk mengambil dua mentol, dua pemegang mentol, enam wayar, dua sel kering dan dua suis.

- Murid membuat litar bersiri sehingga mentol mampu mengeluarkan cahaya.

- Murid membuat litar selari sehingga mentol mampu mengeluarkan cahaya.

- Murid menganalisis kedua-dua jenis litarKPS :- Membuat eksperimen

KM : - Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul

Nilai :- Kerjasama- Mendengar arahan

BBM :- sel kering- wayar- mentol- pemegang mentol-suis

Aplikasi Idea(15 Minit)Kelebihan litar selari berbanding litar bersiri

Litar bersiri tidak sesuai digunakan dalam pendawaian elektrik di rumah kerana :

a) Kerosakan satu peralatan akan mengganggu fungsi peralatan yang lain.

b) Tahap kecerahan akan berkurangan jika bertambah bilangan peralatan

S.G :Litar apakah yang sesuai digunakan dalam sistem pendawaian di rumah? Kenapa?

- Guru menyoal murid kelebihan litar selari berbanding litar bersiri

- Murid menjawab soalan guru dengan merujuk litar masing-masing.KPS :- Berkomunikasi- Mengelas

KB :- Membanding beza

Nilai Murni :- Jujur- Bekerjasama- Saling menghormati- Mempunyai tingkah laku yang baik.

BBM :- Litar elektrik

Penutup(5 Minit)Imbas kembali pelajaran yang diajar pada hari tersebut.

Menyimpan peralatan makmal dengan cara betul- Guru meminta dua orang murid untuk memberikan rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

- Guru memberi rumusan secara keseluruhan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

- Murid menyimpan komponen elektrik di tempat yang betul dengan selamat.KPS :- Berkomunikasi- Mengelas

KM- Menyimpan peralatan sains di tempat yang betul.

KB :- Membanding beza

Nilai murni :- Mensyukuri ciptaan tuhan- Berani mencuba- Jujur- Mendengar arahan

BBM :- sel kering- wayar-mentol-suis