RPH luas

Embed Size (px)

Citation preview

Mata Pelajaran: SainsKelas: 4 AnggerikHari/ Tarikh: 23 April 2014 (Rabu)Masa: 11.15 12.15 (60 minit)Bilangan Murid: 20 orang (10 lelaki, 10 perempuan)Tema: Sains FizikalTajuk: Pengukuran

Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat6.2 Mengaplikasikan pengetahuan tentang luasStandard Pembelajaran :6.2.1 Menyatakan luas ialah besarnya sesuatu permukaan 6.2.2 Mengukur luas permukaan satu objek menggunakan menggunakan alat pengukuran piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1cm 6.2.3 Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik iaitu millimeter persegi (mm2), (sentimeter persegi (cm2), meter persegi (m2) dan kilometer persegi (km2) 6.2.4 Mengira luas permukaan segiempat tepat dan segiempat sama menggunakan rumus: Luas = panjang x lebarHasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyatakan maksud luas dan unit piawai bagi luas 2. Mengukur luas permukaan sesuatu objek menggunakan alat pengukur piawai. 3. Mengira luas permukaan segiempat tepat dan segiempat sama menggunakan rumusAktiviti P&P :1) Murid mendengar cerita daripada guru.2) Murid menjawab soalan yang disoal guru. 3) Murid mengukur luas kad bergambar menggunakan kertas petak 4) Murid mendengar penerangan guru tentang konsep/rumus luas 5) Murid membuat lembaran kerja 6) Murid berbincang bersama guru tentang hasil dapatan7) Membuat refleksi.

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah biasa dengan konsep luas. Mereka juga dapat mengenal pasti panjang dan lebar sesuatu permukaan.Kemahiran Saintifik : KPS memerhati, berkomunikasi, mentafsir data, mengukur dan menggunakan nomborKemahiran Berfikir : Mencirikan, membandingkan dan membezakan, menjanakan idea dan menghubungkaitkan

Sikap Saintifik dan Nilai Murni : Minat dan bersifat ingin tahu, bekerjasama, berfikir secara rasional, yakin dan berdikari.

Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) :Kreativiti dan inovasi . Memastikan pengukuran dilakukan dengan menggunakan alat dan cara yang betul

Sumber P&P : kertas petak 1cm x 1cm, kad bergambar, lembaran kerja, pembaris, pemadam, buku latihan

Fasa / MasaKandunganAktiviti P&PCatatan

Orientasi

(5 minit)tajuk P&P :mengukur luas

Menyatakan luas ialah besarnya sesuatu permukaan

1) Guru bercerita kepada murid tentang aktiviti riadah iaitu joging setiap petang di beberapa tempat seperti padang bola, gelangang bola tampar, dll.2) Murid menjawab beberapa soalan guru.3) Guru perkenalkan topik pelajaran iaitu mengukur luas.4) Guru bersoal jawab dengan murid apa yang dimaksudkan dengan luas.

KB: Mencirikan, menghubungkait, menganalisis

KPS: berkomunikasi, membuat infrens.

Pencetusan Idea

(10 minit)Mengukur luas permukaan satu objek menggunakan menggunakan alat pengukuran piawai seperti kertas petak berukuran 1cm x 1cm

1) Guru menyoal murid. Cth : a) Adakah luas boleh diukur?b) Berapa luas bilik yang kamu belajar sekarang?c) Berapa luas padang bola sepak sekolah?d) Bagaimana anda hendak mengukur luas?2) Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.3) Guru memberitahu murid bahawa hari ini cikgu ada bawa empat keping gambar yang tidak diketahui luasnya.4) Guru mengajar langkah pengiraan menggunakan kertas petak.4) Guru menyuruh murid mengira luas gambar-gambar tersebut dengan menggunakan kertas petak yang berukuran 1 x 1 cm.6) Murid mengira luas gambar-gambar tersebut sehingga mendapat jawapan.7) Setiap kumpulan memberikan jawapan masing2

KB: menjana idea

KPS: Memerhati, berkomunikasi, mengukur dengan menggunakan nombor

Nilai murni: Sifat ingin tahu

Abm : kertas petak 1cm x 1 cm

Penstrukturan Idea

(30 minit)Menyatakan unit piawai bagi luas dalam sistem metrik iaitu millimeter persegi (mm2), (sentimeter persegi (cm2), meter persegi (m2) dan kilometer persegi (km2)

Mengira luas permukaan segiempat tepat dan segiempat sama menggunakan rumus: Luas = panjang x lebar1) Berdasarkan jawapan yang diberi, guru bertanya apa unit yang harus diletakkan untuk ukuran luas kad-kad gambar tersebut.2) Murid memberikan pelbagai pendapat dan jawapan.3) Guru menerangkan kepada murid unit piawai bagi luas dalam sistem metrik iaitu milimeter persegi (mm2), sentimeter persegi (cm2), meter persegi (cm2), dan kilometer persegi(km2) 4) Guru menyoal murid bagaimana mahu mengukur luas sebuah kawasan yang besar seperti padang bola dan padang hoki.3) Guru menerangkan cara mengira luas permukaan segi empat tepat dan segi empat sama dengan menggunakan rumus.Luas = panjang x lebar

KB: Menjana idea, mencirikan

KPS: Komunikasi, memerhati, mengukur dan menggunakan nombor

Sumber P&P: buku teks

EMK: Kreativiti dan Inovasi

Aplikasi

(10 minit)Aplikasi rumus luas : -

Luas = panjang x lebar-1. Guru membahagikan lembaran kerja kepada murid.2. Murid menjawab lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.3. Guru memantau murid menjawab soalan.4. Guru dan murid membuat perbincangan untuk mencari jawapan yang betul.

KB: Menjana idea, menghubungkait, menganalisis

KPS: Komunikasi, mengukur dan menggunakan nombor

ABM :buku latihan, pembaris, lembaran kerja, pemadam

Nilai Murni: minat dan bersifat ingin tahu, yakin dan berdikari

Refleksi

(5 minit)Imbas kembali pelajaran yang telah dipelajari hari ini.1. Guru meminta beberapa orang murid membuat kesimpulan berkenaan apa yang mereka telah belajar pada hari ini.2. Guru merumuskan isi pelajaran.

KPS : berkomunikasiKBK :membuat kesimpulan,