Saman Pemula Distress

  • Upload
    adidaya

  • View
    53

  • Download
    23

Embed Size (px)

DESCRIPTION

legal pleadings

Citation preview

DALAM MAHKAMAH SESYEN Dl BANDAR BARU BANGI

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

SAMAN PEMULA NO:________________________ TAHUN 2015

ANTARA

KB COLOUR IMAGE SDN BHD

(No. Syarikat : 567146- M)...PLAINTIF

DAN

USRAH CETAK SDN BHD

(No. Syarikat : 1024020-M) .. DEFENDAN

SAMAN PEMULA

Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim pada haribulan , 2015 pukul 9.00 pagi untuk mendengarkan permohonan bagi pihak Plaintif yang memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk memberikan perintah-perintah seperti yang berikut:-

(a) Writ Distres dikeluarkan terhadap Defendan yang dinamakan di atas dan Bailif Mahkamah dengan ini diarahkan supaya menahan harta alih secara sah yang boleh dikenakan kepada distres untuk sewaan yang dijumpai di premis Defendan yang disebut di atas yang dikenali sebagai Lot SD-20, Lekas 18 dan beralamat No.7 Jalan 2, Kawasan Perindutrian Lekas 18, 453500 Semenyih Selangor Darul Ehsan yang disewakan kepada Defendan yang dinamakan di atas untuk jumlah wang sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Ribu Dua Ratus Sahaja (RM 103,200.00) yang merupakan amaun sewa untuk 12 bulan dari Mei 2014 hingga April 2015 dibayar kepada Plaintif-yang dinamakan di atas.

(b) Bailif Mahkamah dengan ini dibenarkan memasuki Premis yang disebutkan di atas dengan menggunakan paksaan yang berpatutan di mana perlu untuk melaksanakan kemasukan untuk Distres.

Suatu Perintah untuk Plaintif-Plaintif mengambil milikan kosong diberikan berkenaan dengan Premis tersebut dan sekiranya perlu Bailif Mahkamah dibenarkan memasuki Premis yang disebutkan di atas dengan menggunakan paksaan yang berpatutan.

(d)Defendan yang disebutkan di atas akan menanggung segala kos dan fee yang

ditetapkan dan perbelanjaan bagi melaksanakan Writ, mengikut peruntukan -

peruntukan Akta Distres 1951; dan

(e) Perintah-perintah lain atau perintah selanjutnya diberikan sepertimana Mahkamah Mulia ini fikirkan patut dan suaimanfaat.

Alasan-alasan permohonan ini adalah seperti di dalam afidavit yang diikrarkan oleh Afidavit XXXYYYYYYY dan difailkan bersama ini dan secara ringkasnya adalah seperti

berikut:-

(i) Defendan telah gaga! untuk membayar jumlah sebanyak RM 103,200.00 yang

merupakan amaun sewa untuk Dua belas (12) bulan dari Mei 2014 hingga

April 2015 untuk premis yang disewa daripada Plaintif; dan

(ii) Defendan masih lagi dan terus menerus menduduki Premis tersebut sehingga

kini.

Bertarikh pada haribulan , 2015.

.................................................................................

Peguamcara bagi PlaintifPendaftar

Tetuan Godfrey D'Cruz & Co.Mahkamah Rendah

Bandar Baru Bangi

Memorandum yang hendak diturunkan pada Saman

Saman ini diambil oleh Tetuan Godfrey D'Cruz & Co yang beraiamat di [ alamat kami] peguamcara bagi Plaintif tersebut

Nota- Saman ini tidak boleh disampaikan lebih daripada 12 bulan kalender selepas tarikh di

atas melainkan jika diperbaharui melalui perintah Mahkamah.

Jika Defendan tidak hadir sendiri atau melalui peguamncaranya pada masa dan di tempat

yang disebutkan di atas maka perintah akan dibuat sebagaimana yang difikirkan adil dan

suaimanfaat oleh Mahkamah.

SAMAN PEMULA ini telah difailkan oleh Tetuan

DALAM MAHKAMAH SESYEN Dl BANDAR BARU BANGI

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

SAMAN PEMULA NO:________________________ TAHUN 2015

ANTARA

KB COLOUR IMAGE SDN BHD

(No. Syarikat : 567146- M)...PLAINTIF

DAN

USRAH CETAK SDN BHD

(No. Syarikat : 1024020-M) .. DEFENDAN

AFIDAVIT SOKONGAN PLAINTIF

Saya, XXXXYYYYYYY (NRIC NO. xxxccvvvvvvv) seorang warganegara Malaysia dan beralamat di [alamat plaintif....] sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah seorang ... dan telah diberikuasa oleh Plaintif dengan sempurnanya untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihak Plaintif.

2.Kecuali di mana yang dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dinyatakan di sini adalah dalam pengetahuan peribadi saya dan / atau diperolehi daripada surat-surat, rekod-rekod

dan dokumen-dokumen yang dalam milikan Plaintiff yang saya mana mempunyai akses dan saya percaya adalah benar dan tepat.

3.Plaintif merupakan pemilik sebuah premis yang merupakan sebuah lot kedai dan dikenali sebagai Lot SD-20, Lekas 18 dan beralamat No.7 Jalan 2, Kawasan Perindutrian Lekas 18, 453500 Semenyih Selangor Darul Ehsan (selepas ini dirujuk sebagai Premis tersebut).

4. Saya menyatakan bahawa Plaintif-dan Defendan telah memasuki satu Perjanjian Sewaan bertarikh 1.4.2013 (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian Sewaan tersebut). Plaintif, sebagai tuan tanah telah bersetuju untuk menyewakan dan Defendan telah bersetuju untuk menyewa Premis tersebut.

Dilampirkan sesalinan Perjanjian Sewaan tersebut dan ditandakan sebagai Ekshibit A-1".

5. Saya menyatakan bahawa terma-terma penting di dalam Perjanjian Sewaan tersebut adalah seperti berikut:-

Tempoh Perjanjian Sewaan tersebut adalah untuk selama 2 tahun mulai 1.10.2011 dan berakhir pada 30.09.2013 (selepas ini dirujuk sebagai Tempoh Sewaan tersebut),

Kadar sewaan Premis tesebut adalah sebanyak RM7,000.00 sebulan (selepas ini dirujuk sebagai Sewaan Bulanan tersebut) dan kena dibayar tanpa tuntutan secara terdahulu pada 7 haribulan pada setiap bulan sepanjang Sewaan;

Sekiranya Jumlah Sewaan tersebut adalah tertunggak selama 14 hari samaada dituntut secara undang undang ataupun tidak, Perjanjian Sewaan ini adalah tamat dan adalah sah bagi Tuan Tanah untuk memasukki semula dan mengambil milikan Premis tersebut dan menyingkirkan Penyewa dan sesiapa yang berada di situ serta barang-barang kepunyaan Penyewa daripada Premis tersebut.

Di penamatan Perjanjian Sewaan tersebut, Defendan tidak dibenarkan untuk membawa keluar lekapan dan kelengkapan yang dipasangkan oleh Defendan melainkan perabot boleh alih kepunyaan Defendan.

6. Setakat 25.4.2015, Defendan telah gagaI, ingkar dan/atau abai untuk membuat pembayaran terhadap Sewaan Bulanan Tersebut untuk bulan Mei 2014 sehingga April 2015 yang kesemuanya berjumlah RM 103,200.00 (selepas ini dirujuk sebagai Jumlah Tunggakan tersebut). Oleh itu, satu surat tuntutan bertarikh xxxxxxxxx telah dikeluarkan oleh peguamcara Plaintif , tetuan Godfrey D'Cruz & Co., di atas arahan Plaintif Defendan pada :-

6.1Menuntut Defendan untuk membayar kepada Plaintif keseluruhan jumlah Sewaan Bulanan tersebut yang tertunggak selama duabelas (12) bulan yang berjumlah RM103,200.00;

6.2memberikan notis kepada Defendan yang menyatakan bahawa Plaintif telah melaksanakan hak-hak mereka untuk menamatkan Perjanjian Sewaan tersebut selaras

dengan peruntukan di bawah Klausa [X] Perjanjian Sewaan tersebut di atas alasan bahawa

terdapat tunggakan pembayaran seiama 14 hari atau lebih terhadap pembayaran Sewaan

Bulanan tersebut kepada Plaintif;

6.3memberikan notis kepada Defendan untuk keluar dari Premis tersebut dan memberikan milikan kosong kepada Premis tersebut kepada Plaintif.

Dilampirkan sesalinan surat bertarikh 28/6/2012 tersebut dan ditandakan sebagai Ekshibit A-2.

7. Namun begitu, sehingga kini Defendan telah gagaI,ingkar dan/atau abai untuk keluar dari Premis tersebut dan menyerahkan milikan kosong bagi Premis tersebutserta membuat apa-apa bayaran kepada Plaintif-Plaintif atau peguamcara mereka berkenaan tuntutan Plaintif

untuk jumlah keseluruhan Sewaan Bulanan yang tertunggak di dalam surat bertarikh [..xxxxxxxxxx.....] tersebut. Secara tambahan, Defendan sekarang adalah penceroboh tanpa lesen untuk menduduki Premis tersebut daripada Plaintif.

8. Oleh yang demikian dengan rendah diri saya memohon satu Writ Distres dikeluarkan terhadap Defendan berserta dengan satu Perintah kepada Plaintif-Plaintif untuk

memasuki Premis tersebut dengan kekerasan yang munasabah dan/atau Plaintif-Plaintif diberikan milikan kosong terhadap Premis tersebut sepertimana yang difailkan di sini.