9
7 Sarapan Hebat “CEPATLAH bangun Adam, mandi dan solat Subuh. Nanti lewat pula pergi sekolah.” “Cepat mandi Adam, buat apa dalam bilik air tu lama sangat?” “Cepat pakai baju dan bersiap, nanti lewat nak sarapan.” “Cepat Adam, nanti sejuk pula makanan atas meja tu.” Begitulah keadaan Adam pada setiap pagi hari persekolahan. Puas ibunya, Puan Irma, berleter tiap-tiap pagi. Mujurlah ibunya penyabar. Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi. Itulah Adam Malik, murid tahun enam yang bijak, tetapi suka bertangguh dan benci sarapan. “Ibu, malaslah nak sarapan pagi-pagi ni. Lagipun takut lewat pula sampai sekolah nanti,” rungut Adam macam biasa. “Eh, kenapa nak takut pulak? Lewat tu kan Adam sendiri yang cipta. Jadi, Adam kenalah bertanggungjawab.” “Ibu dah kejutkan awal. Kenapa Adam tak nak bangun? Bukannya hari ni aje, tapi tiap-tiap hari, kan?” balas Puan Irma geram. “Kalau Adam bangun awal tadi kan semuanya jadi tenang dan tak kelam-kabut macam ni,” leter Puan Irma. “Dah, jangan buang masa. Makan saja apa yang terhidang di Kamil Idris

Sarapan Hebat - mysuperneuron.com · “Hari ini saya nak sambung pengucapan awam atau public speaking seperti yang kita buat minggu lepas. Seperti biasa, tajuk adalah bebas dan masa

  • Upload
    others

  • View
    40

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

7

Sarapan Hebat

SARAPAN HEBAT

“CEPATlAH bangun Adam, mandi dan solat Subuh. Nanti lewat pula pergi sekolah.”

“Cepat mandi Adam, buat apa dalam bilik air tu lama sangat?”“Cepat pakai baju dan bersiap, nanti lewat nak sarapan.”“Cepat Adam, nanti sejuk pula makanan atas meja tu.”Begitulah keadaan Adam pada setiap pagi hari persekolahan.

Puas ibunya, Puan Irma, berleter tiap-tiap pagi. Mujurlah ibunya penyabar. Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi.

Itulah Adam Malik, murid tahun enam yang bijak, tetapi suka bertangguh dan benci sarapan.

“Ibu, malaslah nak sarapan pagi-pagi ni. Lagipun takut lewat pula sampai sekolah nanti,” rungut Adam macam biasa.

“Eh, kenapa nak takut pulak? Lewat tu kan Adam sendiri yang cipta. Jadi, Adam kenalah bertanggungjawab.”

“Ibu dah kejutkan awal. Kenapa Adam tak nak bangun? Bukannya hari ni aje, tapi tiap-tiap hari, kan?” balas Puan Irma geram.

“Kalau Adam bangun awal tadi kan semuanya jadi tenang dan tak kelam-kabut macam ni,” leter Puan Irma.

“Dah, jangan buang masa. Makan saja apa yang terhidang di

Kamil Idris

8

depan Adam tu,” perintah Puan Irma.“Ibu, boleh tak Adam bawa bekal makanan aje? Nanti Adam

makanlah dekat sekolah. Adam tak ada selera nak makan pagi-pagi ni,” rayu Adam.

Minum dulu air kosong yang ibu sediakan depan mata kamu tu. Memanglah tak ada selera, badan Adam lemah sebab kurang air dalam badan. Lepas minum nanti mesti Adam berselera nak makan,” pujuk Puan Irma lembut.

“Isy, ibu ni suka paksa orang tau!” Adam mengomel sambil meneguk air dalam keadaan terpaksa.

“Ha, jangan lupa baca doa makan dulu,” pesan Puan Irma sambil tersenyum.

Begitulah Adam. Memang selalu kena diingatkan. Kalau tidak, asyik lupa sahaja.

Memang benar kata ibunya. Selepas minum air kosong, baru bangkit selera Adam mahu menjamah sarapan. Mukanya nampak segar dan bertenaga. Berselera betul Adam menjamah roti yang disapu madu lebah.

“Ibu, sedap juga sarapan yang ibu buat ni. Ibu, kenapa ibu sapu roti ni dengan madu lebah?” soal Adam sambil mengunyah makanannya.

“Madu lebah ada gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Bukan itu aje tau, madu lebah juga ada banyak vitamin seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C.”

“Wow! Patutlah nabi pun suka makan madu lebah, kan ibu?” soal Adam lagi.

“Betul kata Adam tu. Madu lebah juga ada pelbagai zat lain seperti magnesium, potassium, kalsium dan zat besi,” jelas Puan Irma.

“Oh kalau kita buat apa yang nabi buat, kita dapat palaha, kan ibu?”

9

“Bukan pahala saja yang Adam dapat. Semua zat dan khasiat yang ada dalam makanan tu pun semuanya Adam dapat,” sambung Puan Irma.

“Ibu, kenapa ibu selalu suruh Adam sarapan? Kan Adam boleh makan saja waktu rehat kat sekolah nanti?” soal Adam bersungguh.

“Sebab ibu sayangkan Adam,” jawab Puan Irma ringkas.“Apa maksud ibu? Adam tak fahamlah,” balas Adam. “Sarapan penting untuk badan dan otak Adam. Sarapan tidak

boleh dilewatkan sebab sarapan sama penting dengan berbuka puasa. Nabi Muhammad pun melarang kita melewatkan berbuka puasa,” jelas Puan Irma.

“Buka puasa? Ibu ni nak buat kelakar pulak pagi-pagi ni,” kata Adam.

“Ibu tak buat kelakarlah Adam. Ini fakta okey. Sarapan adalah makanan pertama yang kita makan selepas bangun tidur. Sebab itu sarapan pagi sangat penting.”

“Cuba Adam eja breakfast,” sambung Puan Irma.“Alah... kacang aje tu ibu. B, r, E, A, K, f, A, S, t!” Adam mengeja

dengan pantas.“Bagus! Pandai anak ibu,” puji Puan Irma sambil tersenyum.“Break maksudnya berbuka, fast maksudnya puasa,” jelas Puan

Irma.“Iyalah, betul kata ibu.”“Manusia tidur lebih kurang lapan jam sehari. Semasa bulan

ramadan, manusia berpuasa selama lebih kurang lapan jam sehari. Betul tak?” soal Puan Irma.

“Maknanya masa kita tidur, kita macam berpuasalah, kan ibu?” soal Adam.

“tepat sekali! Sebab itu sarapan itu penting. Kalau tak ambil

10

sarapan, otak dan badan akan jadi lemah. Macam mana nak belajar dengan baik kalau otak Adam tak bertenaga.”

“Bila otak dapat makanan yang cukup, otak dapat bekerja dengan lancar dan sempurna,” sambung Puan Irma.

“Orang yang tak sarapan macam bateri yang lemah, betul tak ibu?” soal Adam.

“Pandai pun Adam bagi contoh. Seronok tak kalau main kereta kontrol kalau baterinya lemah?”

“Argh, bosannya! Kereta jalan tersangkut-sangkut.” Puan Irma dan Adam ketawa. Selepas sarapan dan memeluk ibunya, Adam bergegas menuju ke

kereta. Ayahnya, Encik Kamil, sudah lama menunggu di dalam kereta.

DALAM perjalanan ke sekolah, Adam berbual dengan ayahnya. “Ayah sarapan tak pagi ni?” soal Adam. “Oh, mestilah. Ayah tak pernah lewatkan sarapan. Bangun tidur

aje ayah akan minum air kosong yang dicampur sedikit madu lebah. Macam yang nabi buat.”

“Lepas solat Subuh, baru ayah dan ibu akan sarapan sama-sama,” jawab Encik Kamil.

“Ha, lepas ni, kalau ayah atau ibu kejutkan, Adam mesti bangun dan jangan bertangguh. Nanti bolehlah kita solat Subuh dan sarapan sama-sama.” Encik Kamil menasihati anaknya.

“Kenapa ayah minum air kosong lepas bangun tidur,” soal Adam kehairanan.

“Bila air dalam badan kurang, cecair di dalam badan pun kurang. Kesannya, badan kita akan jadi lemah dan tak bertenaga.”

11

“Kenapa ayah letak madu dalam air?” soal Adam lagi.“Nabi Muhammad SAW suka minum air yang dicampur madu.

Bila madu dicampur dengan sedikit air, ia terus meresap ke dalam darah dalam masa tujuh minit sahaja.”

“Wah, hebat tu ayah!” sampuk Adam.“Otak akan jadi segar dan gembira selepas dapat tenaga. Nanti

dapatlah otak kita bekerja dengan lancar dan cemerlang,” terang Encik Kamil panjang lebar.

“Patutlah setiap pagi Adam rasa malas, penat dan tak semangat sebelum ni. Nasib baik Adam dah sarapan tadi ayah,” kata Adam.

“Baguslah macam tu Adam,” puji Encik Kamil. “Bila kita ambil berat tentang otak kita, otak kita pun akan

bekerja dengan baik untuk kita,” sambung Encik Kamil.

KATA-KATA ibu dan ayahnya masih terngiang-ngiang di telinga Adam. Adam berasa sangat teruja untuk memberitahu kawan-kawan tentang pentingnya sarapan.

“Adham, kau sarapan tak pagi tadi?” tanya Adam.“Aku tak sukalah nak sarapan waktu pagi. Waktu rehat nanti

aku makanlah kat kantin. Kenapa Adam?” soal Adham sambil mengerutkan dahi.

“Sebelum ni aku pun macam kau juga, tak suka sarapan. Pagi tadi baru aku tahu sebenarnya sarapan tu sangat penting untuk otak dan badan kita,” jawab Adam bersungguh.

“Iya ke Adam, macam mana kau tahu?” tanya Adham.“Ibu dan ayah aku yang beritahu,” jawab Adam tersenyum.“Eh, Naz, kau sarapan tak pagi tadi?” tanya Adham pada kawan

baiknya Nazril.

12

“Sarapan? Aku tak pernah sarapan sebelum pergi sekolah. Kenapa tiba-tiba tanya pasal sarapan ni? Kamu nak belanja aku ke?” soal Nazril sambil ketawa kecil.

“Nampaknya kita bertiga ni sama aje. Mungkin sebab itu kita selalu dapat markah yang rendah dalam ujian,” keluh Adam.

“Eh, kenapa pula ni? Apa kena-mengena sarapan dengan markah ujian kita? Aduh, tak faham aku,” kata Naz sambil menggaru kepalanya.

Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba...“Bangun semua, selamat pagi cikgu,” teriak Haris, selaku Ketua

Kelas Enam Mutiara. “Selamat pagi semua, sila duduk,” jawab Cikgu Nero. Cikgu Nero ialah Guru Kelas tahun Enam Mutiara. Cikgu Nero

mengajar subjek Bahasa Melayu tahun enam.“Hari ini saya nak sambung pengucapan awam atau public

speaking seperti yang kita buat minggu lepas. Seperti biasa, tajuk adalah bebas dan masa yang diberi ialah lima minit,” kata Cikgu Nero.

Semua murid tahun Enam Mutiara kelihatan cemas. Ada yang tiba-tiba loya dan sakit perut.

“Untuk public speaking hari ini, nama yang telah dipilih ialah...” Cikgu Nero berhenti seketika.

tiba-tiba kelas Enam Mutiara senyap sunyi. Semua murid kecut perut dan berdebar-debar. Jantung mereka berdegup kencang macam nak pecah. takut kalau-kalau nama mereka akan dipanggil.

Mengikut kajian, public speaking ialah perkara nombor satu yang paling ditakuti oleh manusia di serata dunia. Jadi tak hairanlah kalau semua murid Enam Mutiara sedang berdebar-debar.

“Dengan segala hormatnya dipersilakan Adam Malik untuk

13

memberikan ucapan,” sambung Cikgu Nero.terkejut Adam bila namanya dipanggil. Mujurlah Adam

mengambil sarapan tadi. Kalau tidak, silap-silap boleh pengsan dibuatnya.

Semua murid yang lain lega dan kembali ceria selepas nama Adam disebut oleh Cikgu Nero. ramai yang tersenyum dan mengurut-urut dada mereka.

Walaupun berdebar dan masih terkejut, Adam bangun dan berjalan ke depan dengan yakin. Sambil berjalan, otaknya ligat berfikir mencari idea. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca mantera.

Aduh! Matilah aku. Apa aku nak cakap ni? Adam bercakap seorang diri.

Blink! tiba-tiba Adam mendapat satu idea. tidak seperti sebelum ini, waktu pagi otak Adam agak perlahan memproses maklumat. Mujurlah hari ini otaknya bekerja dengan lancar. Mungkin sebab Adam ambil sarapan yang sihat pagi tadi.

Yes! Aku akan bercakap pasal breakfast. Nasib baik aku masih ingat apa yang ibu ceritakan pagi tadi, kata Adam dalam hatinya.

“Bismillahirrahmanirrahim...” Adam memulakan bicara dengan penuh yakin.

Adam memberi ucapan dengan penuh semangat sehingga kawan-kawannya terlopong mendengar cerita Adam. tutur bicaranya lancar macam air terjun. Isi ucapannya mantap dan tersusun rapi.

Cikgu Nero sangat berpuas hati dengan keseluruhan penyampaian Adam.

Cepat sungguh masa berlalu sehingga Adam tidak perasan masa telah tamat. Adam menutup bicaranya dengan ucapan terima kasih. Seluruh kelas memberikan tepukan yang paling gemuruh.

14

15

Suasana kelas Enam Mutiara sugguh gamat dengan bunyi tepukan dan sorakan.

“tahniah, Adam Malik. Ucapan macam inilah yang cikgu cari selama ini. Syabas!” puji Cikgu Nero lagi sambil menepuk-nepuk bahu Adam.

tutur kata Adam sangat jelas dan teratur. Isinya disampaikan dengan baik sekali. terbukti, Adam mampu mengingat cerita ibu dan ayahnya dan tidak sia-sia Adam meluangkan masa mendengar nasihat mereka pagi tadi.

“Adam, cikgu sangat bangga dengan kamu. Boleh kamu kongsikan apa rahsia kamu? Bagaimana kamu dapat memberikan ucapan yang sungguh hebat pagi ni?” pinta Cikgu Nero.

“tak ada apa rahsia pun cikgu. Sebelum ni saya tak ambil sarapan sebelum pergi sekolah. tapi pagi tadi ibu paksa saya ambil sarapan. Masa makan, ibu cerita pada saya tentang pentingnya sarapan. Err...sebenarnya, itulah rahsia saya cikgu,” jawab Adam malu-malu.

“Oh, baguslah macam tu. Maknanya kamu bukan saja berkongsi ilmu yang sangat penting pagi ini. Malah kamu juga buat apa yang kamu cakap. You walk the talk. Hebat!” puji Cikgu Nero.

Adam hanya tersengih-sengih bangga. Dia tidak sabar mahu balik ke rumah dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya. Bayangkan kalau dia tidak bersarapan dan tidak mendengar nasihat ibu dan ayahnya. Sudah tentu dia akan terpinga-pinga bila namanya dipanggil tadi. Malah mungkin pengucapan awamnya akan menjadi peristiwa yang paling memalukan dalam sejarah hidupnya.