Upload
nguyendiep
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SATU TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGAMALAN ETIKA
PROFESION PERGURUAN DALAM KALANGAN GURU 3 SPH (PKPG),
DI UTM, SKUDAI, JOHOR.
SHARINA BINTI SALLEH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SATU TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGAMALAN
ETIKA PROFESION PERGURUAN DALAM KALANGAN GURU 3 SPH (PKPG), DI UTM, SKUDAI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2006 / 2007
Saya SHARINA BINTI SALLEH ( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh,
__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO 11-102, LRG.SEK . KANAN 1D, 26700 BANDAR MUADZAM SHAH, DR. YEO KEE JIAR PAHANG. Nama penyelia
Tarikh: MAC 2007 Tarikh : MAC 2007 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
√
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : __________________________
Nama Penyelia : DR. YEO KEE JIAR
Tarikh : MAC 2007
i
SATU TINJAUAN TERHADAP TAHAP PENGAMALAN ETIKA PROFESION
PERGURUAN DALAM KALANGAN GURU 3 SPH (PKPG),
DI UTM, SKUDAI, JOHOR.
SHARINA BINTI SALLEH
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2007
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………
Nama Penulis : SHARINA BINTI SALLEH
Tarikh : MAC 2007
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhamad S.A.W.
Buat suami tercinta,
Erwanizam Bin Hamdan
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kesanggupan untuk
membenarkan isterimu belajar demi masa depan kita bersama.
Buat ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Salleh Bin Din dan Aminah Omar
Tiada apa yang dapatku bicarakan,hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup ini.
Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua.
Buat ayah dan ibu mertuaku,
Hamdan Bin Sabino dan Supiah Binti Bakian
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak termampu diungkapkan dengan kata-
kata. Hanya Allah sahaja yang tahu kini telah ku tunaikan jua .
Buat adinda-adindaku ,
Salida dan keluarga , Sharimah dan keluarga , Suzaila,
Juliana Liza dan keluarga , Nurul Akma dan keluarga
Terima kasih atas segalanya.Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan
hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga.
Buat Teman Seperjuangan ,
Terima Kasih Di atas Segalanya.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu RahmatNya.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia
dan hidayahNya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Penyelia Dr. Yeo Kee Jiar di atas ajaran,
bimbingan, teguran dan nasihat yang berterusan sehingga laporan projek ini berjaya
disiapkan.
Terima Kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian
Pendidikan Guru kerana memberikan peluang kepada saya mengikuti Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan 2004/2007.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan
akademik Fakulti Pendidikan UTM. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan di atas segala dorongan yang diberikan serta kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan
laporan projek penyelidikan ini dan kepada semua insane yang mendoakan kejayaan
dan kebahagian saya.
vi
ABSTRAK
Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk meninjau Tahap Pengamalan
Etika Profesion Perguruan (EPP) dalam kalangan guru tahun 3 SPH Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
EPP merupakan satu elemen penting yang perlu diamalkan oleh setiap guru di
negara ini. EPP merupakan garis panduan bagi guru - guru dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pendidik di samping menjadi sumber rujukan bagi guru -
guru dalam mempertingkatkan mutu kerjaya seterusnya melatih diri menjadi guru
yang berkualiti dan cemerlang. Aspek - aspek EPP yang dilihat dalam kajian ini
ialah tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap ibu bapa
dan penjaga, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, dan
tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Kajian ini
melibatkan seramai 97 responden yang terdiri daripada guru - guru 3 SPH PKPG,
UTM. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden. Maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan
perisian SPSS 11.5 (Statistical Packages for the Social Science) dalam bentuk
kekerapan, peratusan dan min. Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati guru
mengamalkan EPP dalam aspek yang dikaji. Purata min keseluruhan menunjukkan
nilai yang tinggi iaitu 3.96 . Berdasarkan dapatan kajian ini , beberapa cadangan
telah dikemukan untuk meningkatkan lagi tahap pengamalan EPP dalam kalangan
guru.
vii
ABSTRACT
This research was carried out to determin the practices of Professional
Teaching Ethics (PTE) among teachers of year 3 SPH Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai,
Johor. PTE is an important element that must be practiced by every teacher in this
country. It is a guideline for every teacher to perform their responsibilities to
improve the quality of their career and also to train them to be qualified and
excellent teachers. The aspects involved in this research were teachers’
responsibilities towards their students, teachers’ responsibilities towards parents,
teachers’ responsibilities towards their society and nation and also teacher’s
responsibilities towards their profession and colleagues. This research involved 97
respondents from year 3 PKPG teachers at UTM. The instrument used was a set of
questionnaire which was distributed to the respondents. The data was analyzed
descriptively by using SPSS 11.5 (Statistical Packages for the Social Science) to
find out the frequencies and percentage. From the analyzed data, it was shown that
teachers practices the PTE to a satisfactory level in their work. The average mean
was 3.96, showing a high value in the practice of PTE. Based on the analysis, some
suggestions were put forward to improve the practices of PTE among teachers.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i.
PENGAKUAN ii.
DEDIKASI iii.
PENGHARGAAN iv.
ABSTRAK v.
ABSTRACT vi.
ISI KANDUNGAN vii.
SENARAI JADUAL xiii.
SENARAI LAMPIRAN xvi.
SENARAI SINGKATAN xvii.
1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1
3
8
9
9
10
ix
1.6.1 Kepentingan kepada Guru
1.6.2 Kepentingan kepada Pihak Pengurusan
dan Pentadbiran Sekolah
1.6.3 Kepentingan kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia
1.7 Batasan kajian
1.8 Definisi
1.8.1 Amalan
1.8.2 Etika
1.8.3 Profesion
1.8.4 Perguruan
1.8.5 Etika Profesion Perguruan
1.8.6 Guru PKPG SPH
1.9 Penutup
10
10
11
11
12
12
12
13
13
13
14
14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Profesion dan Profesionalisme Guru
2.3 Etika Perguruan
2.4 Kod Etika Profesion Perguruan
2.4.1 Ikrar
2.4.2 Tanggungjawab Guru Tehadap Pelajar
2.4.3 Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa Dan
Penjaga
2.4.4 Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat
Dan Negara
15
17
20
24
24
25
25
26
x
2.4.5 Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat
Dan Profesion Perguruan
2.5 Kepentingan Etika Profesion Perguruan
2.6 Peranan dan Tanggungjawab Guru
2.7 Penutup
27
27
29
35
3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Keesahan Soal Selidik
3.8 Prosedur Kajian
3.9 Analisis Data dan Cara Pemarkatan
3.10Penutup
36
36
37
37
38
39
40
40
41
43
4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis data
4.2.1 Latar Belakang Responden
4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut Kaum
4.2.1.3 Taburan Responden Mengikut
44
45
45
45
46
46
xi
Kelayakan Akademik
4.2.1.4 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Amalan etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG Terhadap Pelajar
4.3.2 Amalan etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG terhadap Ibu Bapa dan Penjaga
4.3.3 Amalan etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG Terhadap Masyarakat dan Negara
4.3.4 Amalan etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG terhadap Rakan Sejawat dan
Profesion Perguruan
4.4 Rumusan Keseluruhan Bahagian B
4.5 Rumusan Keseluruhan bahagian B Mengikut Latar
Belakang Responden
4.6 Penutup
47
47
48
51
54
57
61
63
64
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Bahagian A: Maklumat Latar belakang
Responden
5.2.2 Bahagian B
5.2.2.1 Amalan Etika Profesion Perguruan
Oleh Guru Terhadap Pelajar
5.2.2.2 Amalan Etika Profesion Perguruan
Oleh Guru Terhadap Ibu Bapa dan
65
65
66
66
67
68
xii
Penjaga
5.2.2.3 Amalan Etika Profesion Perguruan
Oleh Guru Terhadap Masyarakat dan
Negara
5.2.2.4 Amalan Etika Profesion Perguruan
Oleh Guru Terhadap Rakan Sejawat
dan Profesion Perguruan
5.3 Rumusan Kajian
5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden
5.3.2 Rumusan Analisis Keseluruhan Item
5.4 Cadangan
5.5 Saranan Untuk Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
70
71
72
73
74
75
77
77
RUJUKAN 78
LAMPIRAN 83
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan item kajian 39
3.2 Pekali Alpha Cronbach 40
3.3 Cara memberi skor bagi item positif
dan negatif 42
3.4 Penilaian Mengikut Nilai Min 43
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan
Mengikut Jantina 45
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan
Mengikut Kaum 46
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan
Mengikut Kelayakan Akademik 46
4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut
Pengalaman Mengajar 47
4.6 Dapatan Kajian Bagi Amalan Etika Profesion
Perguruan oleh guru 3 SPH PKPG terhadap
Pelajar 48
4.7 Dapatan Kajian Bagi Amalan Etika Profesion
Perguruan oleh guru 3 SPH PKPG terhadap
Ibu Bapa dan Penjaga 51
4.8 Dapatan Kajian Bagi Amalan Etika Profesion
Perguruan oleh guru 3 SPH PKPG terhadap
Masyarakat dan Negara 54
xiii
4.9 Dapatan Kajian Bagi Amalan Etika Profesion
Perguruan oleh guru 3 SPH PKPG terhadap
Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan 57
4.10 Taburan Purata Peratusan dan Min
Keseluruhan 60
4.11 Taburan Purata Peratusan Keseluruhan
Mengikut Latar Belakang Responden 62
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 84
B Surat Pengesahan Pelajar 89
C
D
Jadual Penentuan Saiz Sampel
Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis
90
91
xv
SENARAI SINGKATAN
EPP - Etika Profesion Perguruan
FPK - Falsafah Pendidikan Negara
INTAN - Institut Tadbiran Awan Negara
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
SPH - Kemahiran Hidup
SPSS - Statiscal Packages For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Guru perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang bagi memastikan
profesionalisme keguruan terus dipandang tinggi, sekali gus merealisasikan hasrat
memartabatkan pendidikan negara ke taraf dunia.
Dalam hal ini, guru diharapkan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan
penuh dedikasi. Kecemerlangan seseorang guru bukan hanya terletak pada
penguasaan ilmunya, tetapi merangkumi aspek-aspek perguruan yang lain
sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk
Ambrin Buang, yang berpandangan bahawa ;
“ Budaya kerja cemerlang bagi seorang guru perlu dicapai melalui empat aspek iaitu sikap, ilmu pengetahuan, kemahiran dan integriti. Guru perlu menonjolkan sikap positif dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing, sekali gus memenuhi etika profesion perguruan kebangsaan. Guru juga perlu bersikap proaktif, menghargai pandangan orang lain, tegas, menepati waktu dan komited terhadap tugas. Malah, guru perlu mengamalkan pendidikan sepanjang hayat bagi meningkatkan pengetahuan sedia ada selain menonjolkan keterampilan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.”
2
Selain empat aspek tersebut, guru juga diharapkan memikul tanggungjawab
dalam melahirkan pelajar yang berjiwa bangsa. Menurut Datuk Ambrin Buang, guru
juga berperanan meniupkan semangat perpaduan dan patriotik dalam kalangan pelajar
supaya mencintai negara dan bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Jika guru
berupaya memenuhi semua aspek ini, hasrat negara memartabatkan pendidikan ke
taraf dunia boleh dicapai.
Peranan pendidikan dalam mencorakkan arus pembaharuan dan pembangunan
masyarakat amatlah besar, pertamanya adalah untuk membekalkan tenaga kerja
manusia yang sihat dan berpengetahuan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan
keduanya memupuk sahsiah individu seperti sikap, disiplin dan moral dengan cara
yang bermakna.
Dasar pembangunan negara yang terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (1991 – 2000) menyatakan seperti berikut ;
“ Usaha–usaha dalam bidang pendidikan dan latihan akan diteruskan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai imbangan bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran dengan penumpuan terhadap sains dan teknologi, nilai–nilai dan rohani dan moral yang tinggi, rasa dan tanggungjawab, berdaya cipta, mudah lentur diri dan berupaya memberi sumbangan kepada pembangunan negara yang harmoni, makmur dan bersatu ”
Kerajaan Malaysia (1990).
Dasar tersebut sejajar dengan kenyataan Ahmad Sarji (1993) yang menyatakan
bahawa pegawai profesional hendaklah mempunyai ilmu yang kaya, pengetahuan
yang tinggi dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas–tugas dan
tanggungjawab mereka.
Pandangan tersebut turut dipersetujui oleh, Abdul Rahman (1993) yang
menyatakan bahawa idealisme perguruan yang bertanggunjawab kepada pembinaan
generasi anak bangsa pada masa lampau tidak lagi mendasari asas perjuangan dan
idealisme profesion perguruan abad ke 21. Keadaan yang berlaku sekarang
menunjukkan profesion perguruan yang tandus dengan idealisme dan mempunyai
3
imej dan status yang lemah lagi rendah dalam masyarakat sedang menghadapi krisis
yang begitu mencabar.
Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dahulu lagi untuk menjadikan
bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Di
Raja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1997) telah
mencadangkan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukkan tatasusila guru.
Langkah ini adalah amat penting dan wajar memandangkan profesion perguruan
sentiasa berubah fungsi dan peranan terhadap masyarakat dan negara seiring dengan
perkembangan dunia masa kini.
Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional
yang melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan yang berperanan
merealisasikan serta mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar, masyarakat,
agama dan negara serta mengharapkan golongan ini sentiasa bercita–cita tinggi iaitu
bagi membentuk dan membina satu masyarakat yang bertamadun tinggi.
Memandangkan betapa pentingnya profesion perguruan di dalam masyarakat,
eloklah ditinjau tahap pengamalan Etika Profession Perguruan dalam kalangan pelajar
3 SPH PKPG yang pernah mereka ceburi sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat
ijazah di Universiti Teknologi Malaysia.
1.2 Latar belakang kajian
Setiap kerjaya dalam dunia pekerjaan mempunyai peranan yang tersendiri.
Kerjaya guru merupakan satu kerjaya yang terlibat secara langsung dalam
pelaksanaan kurikulum dan pendidikan di sekolah. Adalah amat penting bagi
profesion perguruan untuk mempunyai guru–guru yang beretika terhadap
profesionnya. Persoalannya kini, adakah guru–guru pada masa kini masih
4
memaparkan imej yang buruk dalam melaksanakan tanggungjawab mereka atau telah
menampakkan kemerosotan dari segi etika profesion perguruannya?
Sejak kebelakangan ini banyak krisis yang melanda profesion perguruan dan
pendidikan dibincangkan sebagai agenda nasional yang perlu ditangani dengan
berkesan. Pelbagai isu dan masalah yang berlaku dalam dunia pendidikan dan
keguruan sudah tentu akan menjejaskan kualiti pendidikan dan boleh menyebabkan
banyak masalah yang berkaitan dengan pendidikan timbul dan mendapat kecaman
daripada masyarakat.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh
mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan
perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolalaan
sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995).
Kegagalan guru melaksanakan tugas mereka mengikut Etika Profesion Perguruan
(EPP) sudah pasti akan mengundang pelbagai kritikan daripada masyarakat.
Menurut Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Jemaah Nazir
Sekolah (2001) menyebut bahawa;
"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global," (hlm.24).
Guru pada masa kini seringkali diperbandingkan dengan guru sebelum
merdeka. Guru–guru pada masa dahulu dikatakan amat dedikasi dan komited terhadap
tugasnya sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat amat menyanjungi serta menerima
kepimpinan mereka (Awang Had, 1985).
5
Kritikan masyarakat terhadap profesionalisme perguruan juga ada kaitan
dengan wujudnya keadaan kepakaran dan profesionalisme guru tidak kemas kini dan
relevan ke arah pembangunan diri insan yang menyeluruh dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kajian pihak Nazir
Sekolah juga mendapati kelesuan proses pendidikan ini ada kaitan secara sebab-akibat
dengan amalan pentadbiran organisasi persekolahan yang lebih menguruskan hal-hal
mekanikal seperti pengendalian perjawatan, gaji dan bangunan.
Mengikut Mok Soon Sang (1993), selain menyebarkan ilmu, tingkah laku guru
akan menjadi contoh dan teladan kepada murid–muridnya. Oleh yang demikian guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan
murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan
tugas sebagai pendidik yang sempurna. Pendapat ini juga disokong oleh kenyataan
Najib Razak (1997) yang menyatakan, bahawa dalam usaha untuk memastikan
martabat pendidikan dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, etika
Profesion Perguruan harus dikaji semula.
Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru
pada dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja,
beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Malah
tidak dapat dinafikan ada segelintirnya yang melihat sekolah sebagai sebuah
organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini
bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga (Abdul
Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan pasti suasana
pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang
tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang
diidamkan.
Hilang kepercayaan kepada diri seorang guru akan mendatangkan rasa
bimbang dan menyebabkan kepercayaan murid kepada guru tersebut akan hilang.
Stone (1992) menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya
perlu bagi seorang guru untuk menyampaikan pengajaran. Tanpa ilmu pengetahuan
yang mencukupi, para guru akan terperangkap dalam arus reformasi yang begitu
kencang melanda profesion perguruan.
6
Fenomena ini telah mendatangkan kesan psikologi terhadap guru. Peranan
guru dan profesion perguruan kini sudah semakin bertambah. Guru bukan hanya
sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga menjalankan
tugas sebagai pemimpin, pengubah sosial, pereka, penilai, perancang kurikulum,
pemupuk semangat pelajar dan berperanan sebagai ahli psikologi secara tidak
langsung (Pelita Brunei, 1997). Sesetengah guru yang menjalankan terlalu banyak
tugas dan tanggungjawab di sekolah telah menyebabkan mereka mengalami stress,
kemurungan, sakit jiwa dan sebagainya (Berita Harian, 30/8/2005).
Profesion perguruan penting kepada masyarakat dan negara. Ini disebabkan
guru merupakan pembentuk generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi
dan intelek selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bagi menepati hasrat tersebut,
negara memerlukan guru yang mempunyai tahap pengamalan Etika Profesion
Perguruan yang tinggi.
Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara kita
dalam setiap bidang kerjaya, profesion perguruan juga tidak ketinggalan mengalami
perubahan yang pesat mengikut arus perubahan. Kerjaya yang pada suatu ketika
dahulu menjadi sanjungan kini telah terhakis kehormatannya lantaran tanggapan
masyarakat dan pihak yang menilai kerjaya guru seperti kerjaya lain (Awang Had
Salleh, 1998).
Suatu ketika dahulu, kita pernah dikejutkan oleh beberapa berita yang
membicarakan terdapatnya segelintir guru yang sudah kurang komited dan dedikasi
terhadap tugas mereka. Golongan ini telah melanggar Etika Profesion Perguruan iaitu
dengan melakukan perkara–perkara yang dipandang serong oleh masyarakat sekaligus
mencemar nama baik profesion yang mulia ini. Hal ini juga mengakibatnya
berlakunya konflik antara pihak guru dengan pihak ibubapa pelajar mahupun
masyarakat sekeliling.
Profesion perguruan “ kurang menyerlah kepakarannya ” walaupun jasa
seorang guru telah banyak melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam
pendidikan. Keadaan ini terjadi kerana terdapat segelintir individu yang bersifat
angkuh, lupa diri dan memandang rendah kepada peranan yang dimainkan oleh
7
seorang guru. Ia seolah–olah memberi gambaran bahawa nilai–nilai mulia yang
diamalkan oleh guru selama ini telah terhakis. Menurut Chot Cha Chan (1985),
masyarakat kini memandang guru dengan penampilan yang kian menurun.
Pencemaran nilai budaya dan bangsa adalah cabaran yang berat yang perlu ditangani.
Lebih–lebih lagi pada hari ini kita sering dipaparkan dengan berita mengenai
peristiwa keganasan pelajar ke atas guru mahupun sekolah. Berita tempatan telah
melaporkan terdapat pelajar yang telah membakar makmal, menumbuk guru dan cuba
untuk membunuh mereka.
Kemelut sosial, politik dan ekonomi yang dihadapi negara juga telah
memberikan kelemahan kepada sistem pendidikan sekolah dan pencapaian guru.
Salah laku yang melibatkan segelintir guru seperti mencabul pelajar, merogol pelajar
dan mendera pelajar telah menjejaskan nama baik profesion perguruan dan juga
mengurangkan rasa hormat dan kepercayaan masyarakat. Walaupun bilangannya kecil
namum pepatah ada menyatakan “ kerana nila setitik, rosak susu sebelanga ” . Perkara
ini amat memalukan dan akibatnya masyarakat mula memandang rendah dan tidak
menghormati guru dan profesion perguruan lagi.
Selain daripada tanggungjawab terhadap pelajar, guru juga perlu bertanggung-
jawab terhadap ibu bapa atau penjaga, rakan sejawat dan profession perguruan, serta
masyarakat dan negara. Ekoran daripada kekangan yang dihadapi guru, terdapat 600
orang guru yang sedang mengalami tekanan perasaan atau masalah sakit jiwa yang
serius, manakala terdapat juga guru yang mengalami masalah psikosis dan neurosis
iaitu jenis penyakit yang berkaitan dengan kebimbangan dan kerisauan. (Utusan
Malaysia, 27 dan 28 Febuari 1998).
Melihat isu yang dibangkitkan dan kajian yang masih terhad mengenai Etika
Profesion Perguruan di kalangan guru–guru di negara ini, maka penyelidik
berpendapat perlu menjalankan kajian ini untuk menemukan jawapan–jawapan
kepada tahap amalan Etika Profesion Perguruan. Dengan wujudnya pelbagai cabaran
di dalam profesian perguruan pada masa kini, adalah perlu rasanya untuk meninjau
pendapat pelajar–pelajar PKPG yang sememangnya mempunyai pengalaman dalam
profesion ini sebelum melanjutkan pelajaran.
8
1.3 Pernyataan masalah
Dalam suasana kerancakan memperkenalkan dan melaksanakan reformasi
pendidikan, usaha perlu dilakukan untuk meneliti dan memeriksa sama ada tingkah
laku sejajar dengan perubahan-perubahan dan sikap guru-guru tersebut. Kajian-kajian
empirikal perlulah dilakukan terhadap kesan-kesan perubahan terhadap guru-guru.
Kajian seumpama ini adalah penting untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
pendidikan, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan guru yang bertaraf
dunia.
Kebelakangan ini, profesion perguruan telah berdepan dengan pelbagai
masalah, cabaran mahupun pekara–pekara negatif. Media massa sering mengeluarkan
kenyataan–kenyataan yang mengkritik tentang profesion perguruan. Keadaan ini telah
memberikan tekanan kepada golongan pendidik. Situasi ini dikhuatiri memberikan
kesan terhadap profesion perguruan mahupun golongan pendidik.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa guru–guru perlu
dan seharusnya mengamalkan Etika Profesion Perguruan agar tidak mencemarkan
nama baik profesion perguruan ini kerana golongan guru merupakan kelompok
utama dalam pembangunan sesebuah negera . Guru memikul tanggungjawab besar
seperti yang diharapkan oleh pelajar, ibu bapa, sekolah, rakan sejawat, masyarakat
dan negara.
Sejajar dengan pernyataan tersebut, penyelidik ingin mengkaji amalan etika
profesion perguruan oleh guru terhadap pelajar, ibu bapa dan penjaga, rakan sejawat
dan profesion perguruan, masyarakat dan negara seperti yang termaktub di dalam
Etika Profesion Perguruan.
9
1.4 Objektif kajian
Berdasarkan pernyataan masalah di atas, secara spesifiknya objektif
penyelidik dalam menghasilkan kajian ini ialah :
1. Mengenal pasti tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG terhadap pelajar.
2. Mengenal pasti tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG terhadap ibubapa dan penjaga .
3. Mengenal pasti tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG terhadap masyarakat dan negara.
4. Mengenal pasti tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
5. Mengenalpasti tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru 3
SPH PKPG mengikut latar belakang responden iaitu jantina, kaum,
kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.
1.5 Persoalan Kajian
Untuk memenuhi matlamat kajian ini, beberapa persoalan penting yang ingin
dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut :
1. Apakah tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru PKPG 3 SPH
terhadap pelajar?
2. Apakah tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru PKPG 3 SPH
terhadap ibubapa dan penjaga?
3. Apakah tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru PKPG 3 SPH
terhadap masyarakat dan negara?
4. Apakah tahap pengamalan Etika Profesion Perguruan oleh guru PKPG 3 SPH
terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan?