21
1.0 PENGENALAN Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar- gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software” dan “ hardware”. Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) pula beliau menyatakan bahawa “, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap mengenai BBM walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman

Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sAINS

Citation preview

Page 1: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

1.0 PENGENALAN

Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid

untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas

Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid

belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti

pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman

dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan

sebagainya.

Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan

gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam

pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu

dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga

kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media

elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 )

dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu

“ software” dan “ hardware”. Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) pula beliau

menyatakan bahawa “, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap mengenai BBM

walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan

BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan

penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”

Menurut Atan Long ( 1982: 174 ), “ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu

bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta,

atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya

dinamakan BBM.” Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) pula

menyatakan bahawa hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi

yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah

bagi mengembangkansikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya

penghargaan.”

Page 2: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh

dibahagikan kepada tiga kategori:

i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronikseperti filem

pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio,

pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet

dan sebagainya.

ii. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik – seperti

suara, gambar, carta, model,surat khabar, papan hitam, papan putih,

papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.

iii. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek,

pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak

membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini

agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan.

Mutu bahan bantu mengajar (BBM) juga diambil kira dalam pembinaan dan

pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang

hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya

biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa – sebutan ),

intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf

atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari

bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-

jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku

(Behaviorisme) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran .

Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep

Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa

proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaran

pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu

haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar

Page 3: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik

terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer

ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik

dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas

mengenai perkakasan sistem komputer .

Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan

satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu

menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan

dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum memulakan sesuatu

proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar

untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga

harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa

soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap

juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta

alir , gambarajah dan juga slaid projektor .

Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar

rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru

haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi

tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari . Sebagai

contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data

mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer

yang telah dipelajari sebelum itu.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan

pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai

menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu

proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran,

iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan

melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran.

Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif).

Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Page 4: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya

seperti rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama,

batu-batan, kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice

cream, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya.

Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai

BBM yang menarik, lasak, pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat

matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-model bangunan dan

sebagainya.

Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini

bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan

dan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang

disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 “ seseorang individu dalam suasana

pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan

peringkat-peringkat penyampaian pengajaran… suasana pembelajaran ini pula

adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan

pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.”

Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana

kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan

pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang

kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam

keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.

Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas,

terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang

diperuntukkan. BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang

hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia

sahaja.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan

juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara

prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran ialah:

i. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif

pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan

Page 5: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif

pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih

dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan

sewenang-wenangnya.

ii. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan

pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan

pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa

dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira

perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan

pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran

sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented),

guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya

mementingkan aspek pengajaran semata-mata.

iii. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara

efektif. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak

disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka

mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan,

aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang

mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan

memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

iv. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan

negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras

dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk

melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri.

v. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang

dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa.

Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang

lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung

kepada sesuatu yang baru.

vi. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah

terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar.

Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih

Page 6: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan

yang seumpamanya.

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65)

kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

i.BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

ii.Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

iii.Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

iv. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di

kalangan pelajar

v.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

i. memberi rangsangan dan minat murid-muird.

ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal.

iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah

oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih

mendalam dan beragam.

iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

Page 7: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

2.0 PENGGUNAAN MODEL SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR SAINS

Guru bertanggungjawab dalam memilih dan menyediakan sumber PdP untuk

memantapkan penyampaian konsep sainsnya samaada di dalam di dalam kelas

atau makmal. Adakalanya guru boleh mengubahsuai bahan yang ada disekelilingnya

untuk dijadikan bahan bantu mengajar.Penggunaan model merupakan salah satu

sumber yang boleh menarik minat murid untuk belajar. Malah boleh membantu para

guru untuk memberi kefahaman tentang konsep sains yang diajar.

Kelebihan yang ada model ialah boleh mewakili objek sebenar, boleh digunakan

sebagai set induksi atau menguji hipotesis dan model juga membolehkan sesuatu

konsep sains yang tidak dapat diperhatikan secara langsung diperjelaskan kepada

murid seperti tentang gerhana, kejadian siang dan malam dan sebagainya.

3.0 PEMBINAAN MODEL

Saya telah memilih membina model “Kejadian Siang dan Malam” . Model ini

dihasilkan dengan berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Lima,

dalam Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta. Penghasilan model ini juga bertitik

tolak kepada masalah yang dihadapi oleh majoriti murid saya khasnya kelas 5

Mutiara tentang konsep “Kejadian Siang dan Malam”

Walaupun fenomena ini seolah-olah kelihatan mudah, namun apabila saya meminta

murid menjelaskan pengetahuan mereka tentang bagaimanafenomena kejadian

siang dan malam, hampir semua murid tidak dapat memberi jawapan yang tepat

malah ada yang tersasar jauh daripada konsep yang sebenar.

Berdasarkan borang kajiselidek (rujuk lampiran) yang saya jalankan ke atas 10

orang murid dari kelas 5 Mutiara membuktikan mereka benar-benar menghadapi

masalah tersebut. Di antara miskonsepi mereka ialah mereka menyatakan matahari

mengelilingi bumi pada paksinya, bumi bergerak ke matahari dan ke bulan, bumi

berputar mengelilingi matahari dan sebagainya.

Page 8: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

3.1 Bahan yang Digunakan

Bahan yang digunakan untuk membina model tersebut ialah glob bumi kecil, kotak

kasut, sebatang plastik yang bersaiz kecil, selo tape biru, plastik keras, mounting

board dan lampu suluh. (lihat Gambar rajah di bawah). Glob bumi mewakili bumi,

batang plastik sebagai paksi yang membolehkan glob bumi diputarkan dan lampu

suluh sebagai matahari. Glob akan dilekatkan dengan batang plastic yang berfungsi

untuk memutarkan glob.

Rajah 1. Bahan digunakan untuk membuat model

3.2 Ciri-ciri Model

1. Model dapat menunjukkan kepada murid bahawa bagaimana pergerakan

bumi pada paksinya dari barat ke timur menyebabkan berlakunya siang dan

malam. Bahagian glob yang mengadap cahaya lampu (matahari) mengalami

Page 9: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

siang manakala bahagian glob yang tidak mengadap cahaya sebagai waktu

malam.

2. Model ini tidak begitu besar iaitu sebesar kotak kasut sahaja. Jadi ia sangat

ringan dan senang di bawa sama ada oleh guru atau murid.

3. Model ini menarik dan interaktif kerana murid boleh melihat putaran bumi

pada paksinya dengan memutarkan batang plastik yang terdapat di

bahagaian atas kotak. Murid juga dapat melihat bagaimana terjadinya siang

dan malam hasil dari putaran bumi tersebut.

4. Mudah untuk dihasilkan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Tidak sampai

RM 10.

3.3 Cara Penggunaan model

Model ini boleh digunakan oleh guru bagi menerangkan tajuk berkaitan dengan

“Kejadian siang dan malam”. Ianya juga boleh digunakan oleh murid semasa

sesi pembelajaran mereka bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap

tajuk tersebut.

Bagi menggunakan model ini adalah sangat mudah sama ada bagi guru atau

murid.

1. Murid boleh melihat glob (bumi) yang terdapat di dalam kotak pada

bahagian sisi kotak yang telah ditutup dengan plastik.

2. Untuk memutarkan glob tersebut. Sebatang plastik yang telah

disambungkan dengan glob terdapat di bahagian luar atas kotak.

Batang plastik berperanan sebagai paksi bumi. Putaran glob adalah

lawan jam. Bila batang plastik diputarkan, maka glob tersebut akan

turut berputar. Maka di sini murid akan dapat maklumat bahawa bumi

berputar pada paksinya yang tetap pada arah lawan jam iaitu dari arah

barat ke timur

Page 10: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

3. Bagi melihat kewujudan siang dan malam. Maka lampu yang terdapat

di dalam kotak tersebut boleh dibuka.

4. Apabila lampu dinyalakan, bahagian atas kotak tersebut perlu ditutup

agar cahaya akan tertumpu ke arah glob. Murid akan dapat melihat

cahaya yang jatuh ke permukaan glob yang mengadapnya. Manakala

ada bahagian glob yang gelap kerana tidak menerima cahaya.

Bahagian glob yang menerima cahaya adalah siang manakala

bahagian permukaan glob yang gelap adalah malam

Batang plastic yang digunakan untuk memutarkan glob

Glob yang boleh dilihat dari luar

Bahagian luar yang menggambarkan arah gerakan cahaya ke bumi

Lampu yang berperanan sebagai cahaya matahari

Page 11: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

.

5. Di sini murid akan mendapat gambaran serta kefahaman yang sangat

jelas tentang kejadian siang dan malam. Bermula dari putaran bumi

pada paksinya dari barat ke timur (lawan jam) dan permukaan glob

yang menerima cahaya sebagai siang dan bahagian glob yang tidak

menerima cahaya sabagai malam.

6. PERINGATAN:-

Model ini sesuai di gunakan di kawasan yang kurang cahaya bagi

memperoleh visual yang lebih baik dan jelas ke atas glob yang disinari

cahaya lampu yang telah disediakan.

Jadi, Elakkan dari membelakangi cahaya lampu atau cahaya matahari

apabila semasa menggunakan model tersebut tersebut kerana menyebabkan

kesan sumber cahaya dari kotak itu akan berkurangan. Jadi visual tentang

kejadian malam dan siang itu tidak akan begitu baik dan jelas.

3.0 PENILAIAN MODEL

Bahagian glob yang menerima cahaya

Page 12: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

Selain itu, murid juga dibantu dengan nota ringkas yang menerangkan tentang

fenomena kejadian siang dan malam bagi menambah dan memantapkan lagi

pemahaman mereka tentang tajuk yang diajar (lampiran)

Setelah memberi penerangan kepada murid tentang bagaimana menggunakan

bahan bantu mengajar tersebut, maka setiap murid akan menggunakan bahan bantu

mengajar tersebut secara bergilir-gilir untuk melihat bagaimana berlakunya kejadian

siang dan malam.

Setelah murid selesai melihat kejadian fenomena siang dan malam dengan

menggunakan bahan bantu mengajar tersebut, saya sekali lagi memberi

penerangan kepada murid tentang kejadian siang dan malam bagi memperkukuhkan

kefahaman mereka. Beberapa soalan juga diajukan kepada murid untuk mencungkil

pengetahuan dan kefahaman mereka tentang tajuk yang dibincangkan. Kemudian

murid diminta menjawab sekali lagi soalan yang sama bagi melihat keberkesanan

bahan bantu mengajar tersebut sama ada berjaya membantu menyelesaikan

masalah miskonsepsi murid atau tidak. Setelah menyemak kertas soalan murid,

Alhamdulillah saya dapati semua murid telah berjaya menjawab dengan betul

tentang fenomena siang dan malam.

Page 13: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

RUMUSAN

Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada

anak didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan

oleh guru dalam memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah

penggunaan bahan Bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM adalah penting

kerana ada tempatnya penggunaan BBM moden sekarang tidak dapat mengambil

alih semua tugas guru. BBM tradisi seperti penggunaan bahan maujud, bahan asli

di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM moden masa kini, ini

pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Sikap

guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan bahawa

penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama

sekali.

Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk

menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti

di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata

pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan

semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan jelas sudah

tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan, kad

ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya. Begitu juga

hasil-hasil karya sastera seperti puisi – pantun, syair, gurindam dan sajak adalah

Page 14: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil

karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.

“ Kembali ke Asas” adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John

Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa

berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa, keperluan, kehendak

masyarakat danberbagai fenomena di sekelilingnya.

Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran

bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru

mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan

pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula,

kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian

mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-

bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan

bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi Guru dan

Pelajar …….TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar

BahasaMelayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.

……..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,

Longman Malaysia Snd. Bhd.

Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi

Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Page 15: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan).Subang Jaya: ……

Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar

Dalam. …….Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor,

Longman Malaysia Snd. …….Bhd.

Rahil Mahyuddin, Jami’ah Mohamad, Kasnani Ab. Karim. (2000).Psikologi

Pendidikan

II. Petaling Jaya” Addison Wesley Logman Sdn. Bhd.

Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab

Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd.

Yahya Othman. (2007). Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa

Melayu. ………..Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaMalaysia

http://e-pendidikan.net/guruinternet.html

Posted by Herry Tat 6:14 AM  

2 c o m m e n t s :

BM Xped said...

Satu kajian yang perlu diamati,diselidiki dengan masa yang lebih panjang

agar kesimpulannya menepati kehendak aliran terkini.

Friday, January 11, 2008 6:31:00 AM

Malay LiterateGuy said...

Diharapkan kesimpulan yang diperolehi dapat digunakan sebagai panduan

kepada semua.

Page 16: Sce3112 - Bahan Utk Terangkan Apa Itu Bbm

Friday, February 22, 2008 1:24:00 AM

Post a Comment

Newer Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Mobiweb

 

http://www.mecd.biz