9
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PULAU PINANG KERTAS KERJA LAWATAN INDUSTRI PROGRAM LAWATAN INDUSTRI KE KILANG COMFORT RUBBER GLOVES INDUSTRIES SDN. BHD PEGAWAI PENGIRING DR ABDUL RAHMAN BIN HEMDI SASARAN PELAJAR KOD KURSUS EM 241 TARIKH 30 NOVEMBER 2015

SDASJDASJDAS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sadawa

Citation preview

Page 1: SDASJDASJDAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAKAMPUS PULAU PINANG

KERTAS KERJALAWATAN INDUSTRI

PROGRAMLAWATAN INDUSTRI KE KILANG COMFORT RUBBER GLOVES

INDUSTRIES SDN. BHD

PEGAWAI PENGIRINGDR ABDUL RAHMAN BIN HEMDI

SASARANPELAJAR KOD KURSUS EM 241

TARIKH30 NOVEMBER 2015

TEMPAT

COMFORT RUBBER GLOVES INDUSTRIES SDN. BHD, LOT 821, JALAN MATANG, 34750 MATANG, TAIPING, PERAK.

Page 2: SDASJDASJDAS

ANJURANFAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN I MECHY1.0 PENDAHULUAN

Sains, kejuruteraan dan teknologi sedang berkembang maju sejajar

dengan era globalisasi dan ia memberi kesan besar kepada pembangunan

ekonomi negara. Teknologi pembuatan membawa definisi teknologi yang

dapat mengubah keadaan sesuatu bahan mentah kepada produk yang

membawa faedah.

Justeru itu, satu pendedahan ilmu pembuatan dan pemprosesan perlu

didedahkan khususnya untuk pelajar kejuruteraan mekanikal.Dengan adanya

lawatan industri yang berbentuk akademik dan ilmiah dapatlah pelajar

menjiwai dan mendalami ilmu pemprosesan, pembuatan dan permesinan serta

pengukuran dan pemeriksaan untuk sesuatu produk.Pelajar juga dapat melihat

keadaan sebenar di industri dan membandingkan dengan teori yang dipelajari.

Daripada program seperti ini, dapatlah pihak FKM UiTMPP

berkolaborasi dengan pihak industri dan seterusnya menaikkan nama fakulti

dan nama UiTMPP.

Di samping itu, para pelajar dapat menimba ilmu dan berkongsi idea

bersama para tenaga kerja di kilang Von Ardenne dan pendedahan ini juga

bertujuan memberi gambaran sebenar dunia kerjaya yang pelajar akan

tempuhi setelah graduasi.Selain itu, lawatan industri ini dapat memupuk minat

pelajar dengan dunia pekerjaan untuk bergelar ‘Mechanical Engineer’.

Industri luar sememangnya mempunyai pelbagai jenis kemudahan dan

peralatan untuk menghasilkan produk keperluan dan kehendak pengguna

dalam dan luar untuk meningkatkan mutu kejuruteraan di dalam dunia

sekarang. Lawatan ini adalah bagi pendedahan serta mengaplikasi dan

Page 3: SDASJDASJDAS

merealisasikan pelbagai idea-idea bernas pelajar di samping melahirkan

pelajar yang berdaya saing dan cemerlang.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama lawatan akademik ini adalah untuk memberi

pendedahan dan gambaran sistem pekerjaan serta pengurusan kilang

pembuatan.

3.0 OBJEKTIF

Lawatan industri ini diadakan merupakan pra-syarat bagi kod subjek MEM561 yang merangkumi 10 peratus kepada markah silibus.

Program seumpama ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar tentang subjek yang di ajar di dalam kelas.

Platform bagi mengembangkan idea para pelajar dari aspek kejuruteraan dan pengurusan dan menyuntik semangat baru kepada pelajar dalam menempuh alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran.

4.0TARIKH

30 November 2015

5.0TEMPAT

Comfort Rubber Gloves Industries Sdn. Bhd

6.0SASARAN

Pelajar kelas Semester 5 MEM 561

Page 4: SDASJDASJDAS

7.0KESAN PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOME)

Pelajar berinteraksi secara langsung dengan para tenaga kerja

industri dan dapat menjawab soalan-soalan yang berbentuk

praktikal.

Pelajar berpeluang merasai alam pekerjaan di samping menimba

ilmu.

Pelajar juga dapat mengaplikasikan pemahaman teori fizik mereka

secara lebih praktikal.

Pelajar dapat mengenali dan mempelajari teknologi terkini yang

terdapat di industri tersebut.

8.0PENGUKURAN

Pelajar perlu menyiapkan laporan selepas lawatan akademik dijalankan

dan dihantar ke pensyarah masing - masing.

Pelajar sebelum ini tidak jelas dengan skop bidang kejuruteraan

mekanikal, jadi dengan adanya program seperti ini pelajar mendapat

pendedahan awal dan menyuntik semangat pelajar.

Dalam pada itu, program ini juga dapat menyediakan platform untuk

pelajar bagi mengembangkan idea-idea bernas dari aspek kejuruteraan

dan pengurusan.

9.0IMPAK

Lawatan industri dilaksanakan kepada mahasiswa/siswi bagi mereka

mendapatkan pendedahan yang lebih jelas mengenai proses

pembuatan dan penyelenggaraan.

Program seumpama ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada

pelajar tentang keadaan sebenar di alam pekerjaan dan pengetahuan

yang diperolehi ini dapat digunakan pada masa hadapan.

Page 5: SDASJDASJDAS

Platform bagi mengembangkan idea-idea bernas para pelajar dari

aspek kejuruteraan dan pengurusan.

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA PERBELANJAWAN

1. Makanan

Elaun Makan (pagi)

RM 4.00 x 25 bil peserta x 1 bil hari

Elaun Makan (tengahari)

RM 6.00 x 25 bil peserta x 1 bil hari

Elaun Makan (malam)

RM 6.00 x bil pelajar x bil hari

RM100.00

RM200.00

2. Penginapan

(Hotel / Resort / Chalet / Pusat Latihan)

(RM25.00 X Bilangan Pelajar X Malam)

3. LAIN-LAIN

Publisiti

Gambar Dan LaporanCenderamata RM50.00

4. Air Meneral

45 orang X 2 hari = 90 botol

EHSAN HEP

5. SIJIL

SIJIL PENYERTAAN

EHSAN HEP

JUMLAH RM350 .00

Page 6: SDASJDASJDAS

11.0 TENTATIF PROGRAM

BIL MASA ATURCARA CATATAN

1. 30 November 2015Isnin

2. 0730 -0800pagi Pelajar berkumpul di depo bas UITMPP. Semua peserta berkumpul di depo bas.

3. 0800-0830pagi Pelajar diberi sarapan pagi dan diambil kedatangan Elaun makan akan diberikan.

4. 0830-0945pagi Dijangka bertolak ke Kilang Comfort Rubber Gloves Industries Sdn. Bhd

5. 0945-1000pagi Dijangka sampai ke Kilang.

6. 1000-1100pagi Sesi suai kenal bersama pihak kilang

7. 1100-1330petang Sesi pembentangan dan lawatan kilang oleh pihak kilang

8. 1330-1400petang Dijangka tamat sesi lawatan dan sesi tamat. Penutupan dan sesi penyampaian cenderahati kepada pihak kilang

9. 1400-1500petang Dijangka bertolak pulang dan makan tengah hari Elaun makanan diberikan kepada pelajar

10 1500-1645petang Dijangka sampai ke UiTMPP

Page 7: SDASJDASJDAS

12.0 STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM

BIL NAMA JAWATAN FAKULTI/ CAWANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

PENGIRING

DR ABDUL RAHMAN BIN HEMDI

PENASIHAT EN LESAIRUAMIN BIN LEIAHSNORASIKIN BINTI HUSSIN

PENGARAH PROGRAMSITI NUR HIDAYAH BINTI CHE MOHD ZAKI

T/PENGARAH PROGRAMMUHAMMAD HANAN BIN MOHD ISMAIL

SETIAUSAHAAIDA FARZANA BINTI CHE HUSNI

BENDAHARIWAN AHMAD SHAHRIL BIN ZULKIFLI

AJK PENGANGKUTANMUHAMMAD KHAIRUL BIN ZAINAL ABIDIN

PENSYARAH KANAN

PENASIHAT KELAB I-MECHY

PELAJAR

PELAJAR

PELAJAR

PELAJAR

PELAJAR

Page 8: SDASJDASJDAS

13.0 PENUTUP

Program lawatan ke KILANG COMFORT RUBBER GLOVES ini dapat

memberi pendedahan sebenar tentang proses pengilangan dan pembuatan

yang sebenar dan ianya dilihat sebagai salah satu alternatif yang terbaik untuk

mendekatkan diri para pelajar dengan suasana alam pekerjaan. Selain itu, ia

amat memberi manfaat kepada para pelajar untuk lebih memahami apa yang

dipelajari di dalam kuliah dan ia secara tidak langsung memudahkan

pensyarah untuk menerangkan sesuatu proses atau sistem yang terlibat.

Program ini juga berpotensi melahirkan para siswazah yang berkualiti dan

bermutu sama ada dari sudut teori dan praktikalnya. Oleh itu, saya berharap

program lawatan industri ini dapat dijalankan lagi pada semester seterusnya.